Showing posts with label pedas. Show all posts

KAK SENDUK KEMBALI MENCERCA DI BLOG MERIAHUOLL

KAK SENDUK KEMBALI MENCERCA DI BLOG MERIAHUOLL. Rasanya kalau hangpa dah lama berblog kenal dengan Blog Meriahoull yang penulisannya menggunakan nama pena Kak Senduk. Antara blog yang saya suka baca masa saya mula2 baru menulis blog. Selain blog Kak Senduk ni.. Blog Imah Lenggok.. tapi Imah lenggok dah lama tutup blog.


Baca blog depa ni memang pecah perut walau ayat dia memang tajam menikan, pedas, panas,laser, berapi semua.. tembus ke hati ok! Tapi penulisan dari blogger outspoken ni selalunya lebih jujur, telur & pandangan dia bukan fake. Tapi Kak Senduk dah lama bercuti dari berblog. Sejak semalam nampak dia dah mula kembali Meriahoull dengan entri entri baru. Entri terbaru dia dok komen pasal Video Live kat FB pasal makeup..

Saya memang setuju dengan pendapat dia.. Hangpa nak tau apa dia dok kecam pasal live makeup kat FB tu pi la terjah sendiri kat blog Meriahuoll.. Memang meriah karipapusing. Terubat rindu nak baca bebelan kak senduk. At least tengah sedih boleh la tersenyum..

Kak Senduk sekarang dah tak bekerja makan gaji. Dia ada buat jualan secara online. Macam macam benda la dia jual. Tapi kalau hangpa nak minta dia buat paid review pun boleh. Sedang elok la dia pun memerlukan sumber pendapatan secara online sekarang ni. Sedih haritu baca luahan hati dia.. Selama ni kita dok gelak2 je baca ngomelan dia tapi jauh di sudut hati dia tak ada siapa tahu kesusahan dia selepas berhenti kerja. Cuba berniaga macam macam tapi hasilnya tak seberapa & di pandang sepi orang2 sekeliling sebab tak berduit.

Kak Senduk ni mempunyai pengaruh & follower yang ramai kat media sosial.. Sebab penulisan dia ada identiti sendiri & memang menghiburkan. Dia tulis berkajang pun tak jemu orang nak baca. Pada online seller yang mempromosikan jualan hangpa.. Sedang elok la gunakan khidmat Kak Senduk ni. Hangpa boleh hubungi dia melalui

Facebook : Reez Sham Yasin
Blog : Meriahoull

Apapun welcome back Kak Senduk. Semoga dengan kehadiran kak senduk di blog memeriahkan lagi dunia blog di Malaysia.. Semoga Kak Senduk murah rezeki.. Rindu editing gambar2 Kak Senduk yang malatop macam dulu. Gud luck..

RESEPI AYAM GORENG SPICY ALA ALA MC DONALD

RESEPI AYAM GORENG SPICY ALA ALA MC DONALD. Sekarang tengah viral ayam goreng Mc Donald walaupun ayam goren Mc D ni dah lama wujud. Gara2 iklan TV... yang buat masing2 terliur macam ibu ibu mengandung mengidam. Sampai habis stok la ayam goreng tu...

Gambar sekadar hiasan

Aku dulu2 dah pernah makan pun. Sejak tahun 2009 lagi. Still ingat lagi rasa dia even dah lama. Yang spicy tu memang pedas tahap melampau jugak. Ayam dia lebih kering berbanding KFC agak berminyak. Memang kalau nak buat perbandingan Ayam Mc D ni better dari KFC sebab bila makan tak muak sangat. Sekarang aku tak tau la macam mana rasa ayam goreng tu. Sama ke atau dah berubah resepi dia. Tapi.. tak ada keinginan pun nak makan sebab iklan kat TV tu. Biasa jer pun sebab bagi aku.. benda dah pernah aku makan & tau macam mana rasa dia, kan?

Tapi kalau asyik habis stok je pun menyampah jugak kan? Kalau dah kempunan nak makan apakata korang cuba buat sendiri di rumah. Memang sangat berbaloi ok.. nak2 lagi yang ada anak ramai. Yelah.. nak makan kat fastfood restoran ni pepaham je harga dia kan? Bila masak sendiri kat rumah dalam jumlah yang banyak tu memang agak jimat.

Nak masak dia pun tak susah.. Korang boleh refer Video resepi Ayam Goreng Spicy Ala Mc Donald kat sini >> [VIDEO] Resipi Ayam Goreng Spicy << Senang kan? siap dia bagi video lagi sebagai tutorial. So, tak ada alasan tak reti nak masak selain kau memang malas je. hehehehe. Kalau nak resepi bertulis refer kat bawah ni ok

Bahan-bahan (perapan ayam):
- 1/2 ekor ayam
- 3 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar garam bawang putih
- 2 sudu besar lada sulah

Bahan-bahan (tepung):

- 2 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar garam bawang putih
- 2 sudu besar lada sulah
- 2 sudu besar mixed herbs
- 2 sudu besar baking powder

Cara-cara:

1. Gaul ayam dengan bahan-bahan perapan dan biarkan selama 4 jam.
2. Gaul kesemua bahan-bahan tepung.
3. Celupkan ayam ke dalam telur, kemudian salutkan bersama campuran tepung tadi.
4. Goreng lebih kurang 10 - 15 minit hingga masak.
5. Hidang!

Sedang elok la kan hari minggu buat menu2 macam ni untuk makan petang2. Anak2 happy.. ibu ayah pun boleh tumpang sekaki. Jimat belanja & boleh duduk bersama eratkan kasih sayang antara ahli keluarga.

RESEPI NASI LEMAK BAJET

RESEPI NASI LEMAK BAJET. Zaman ekonomi makin down ni semuanya kena bajet. Bukan je bajet makan kat luar jer kena cut cost.. bajet nak memasak pun kena cut cost. Ayam ikan semua makin mahal.. apatah lagi kelapa & santan. Jadi pada golongan yang pendapatan tak seberapa tu belajar2 kurangkan kos makan kat luar & kos nak memasak juga.


Sebab hari aku masak nasi lemak bajet.. Bajet tu bukan apa. Barang basah semakin mahal tu salah satu alasan jugak tapi alasan paling relevan sebenarnya malas nak pergi kedai. Nak bajet tenaga supaya tak banyak keluar... Nanti banyak keluar tenaga kena banyak makan balik untuk tambahkan tenaga katanya. Hahahaha... Manusia memang suka bagi alasan. Terus terang je kau malas kan senang.

2 hari lepas rasanya ada masak guna sikit santan kotak.. Maka ada lebih lagi aku simpan dalam peti ais. Bangun pagi cium & rasa santan tu masih elok. Kalau simpan lagi lama confirm rosak. Aku ni jenis tak suka pembaziran tu yang kadang2 ada je aku recycle jadi macam macam menu kalau ada masakkan aku yang tak habis makan katanya. Sedar diri kita bukan orang kaya raya.. Jadi hidup la seperti seadanya. Jangan kau tak mampu gigih nak makan macam orang ada ada.. Lepas tu meraung kat wall FB cerita kat orang terpaksa kira syiling untuk mengalas perut. hehehehe

Rasanya dah panjang sangat aku membebel tak tentu hala.. Maka marilah kita ke dapur sekangkang kera cik minah tak berapa gebu ni...

Bahan bahan nak masak nasi lemak bajet ni aku guna apa jer yang ada dalam rumah waktu tu..

Bahan bahannya nak masak nasi lemak..

1. Beras dalam 2 pot kecil (aku guna beras Ribbon wangi. Sejenis beras wangi yang sedap di makan tapi tak sesuai buat nasi goreng sebab agak lembut)
2. santan (aku guna santan kotak dalam sepatuh kotak kecik tu. Erkk rasa lebih sikit pada separuh kot)
3. Bawang besar
4. Bawang putih
5. halia
6. garam

Cara memasak nasi lemak

1. Cuci beras & toskan
2. Masukkan beras dalam periuk nasi. Masukkan santan, bawang besar yang di hiris,bawang putih yang di ketuk, halia yang di hiris memanjang & garam secukup rasa. Masukkan air mengikut sukatan yang di perlukan. Kalau santan tu dah cukup air tak perlu tambah air. Macam beras aku guna kena kurang sikit air supaya nasi tak lembik sebab dia beras wangi agak lembut.
2. Kalau korang guna rice cooker masak macam biasa la kan.
3. Biarlah dia sampai masak.. kemudian kacau2 sikit dengan chopstick untuk sebatikan rasa.

Bahan bahan memasak sambal tumis ikan bilis

1. Ikan bilis (di goreng)
2. Bawang Besar
3. Bawang putih
4. Sedikit belacan
5. Cili kering yang dah di rebus atau di rendam sekejab dalam air panas
6. Air asam jawa
5. Garam
6. Minyak masak untuk menumis

Cara memasak sambal tumis

1. Kisar Bawang besar, bawang putih, cili kering & belacan.
2. Panaskan minyak dalam kuali & tumis bahan kisar tadi.
3. Tunggu sehingga cili yang di masak tadi pecah minyak masukkan sedikit air asam jawa
4. Dah masak cili tadi.. masukkan ikan bilis yang dah di goreng. Tapi simpan sikit ikan bilis goreng untuk di makan nanti.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Kalau yakin dah masak tutup la api jangan membazir gas.

Last sekali rebus telur. Kalau ada ulam ulaman seperti timun.. potong la. Kalau takde pun takpe masih kenyang makan nasi lemak tanpa ulam timun. Ada orang suka makan dengan kacang tanah goreng. Kalau ada boleh hidangkan sekali nanti. Tapi aku memang tak suka makan kacang tanah dengan nasi lemak.

Dah masak semua jangan tengok jer.. Pepandai la senduk & makan sendiri. Jangan tunggu orang suap takut mati mereput kat situ pulak. hahahahaha

Satu hidangan nasi lemak sangat bajet. Nampak sedap tak? hahaha

Apapun nasi lemak ni aku masak tanpa perlu mengeluarkan bajet harian. Guna bahan2 mentah yang ada dalam rumah so kalau ada bahan perasa tambahan yang aku skip tu pepaham je la yer. Tetap rasa nasi lemak & sambal yang sedap ok! Sebab tu aku namakan nasi lemak bajet hahahaha

Moral of the story.. zaman ekonomi meleset ni memang kena pandai rancang perbelanjaan. Mungkin sebelum ni kalau kita pergi beli bahan basah untuk stok memasak main ambil & bayar.. Ada yang tak sempat nak masak dah rosak, mulai sekarang kita kena mula belajar membeli secara bijak. tapi mungkin sebelum ni kita dah biasa hidup selesa tanpa perlu struggle sangat nak rancang perbelanjaan mungkin susah sikit nak buat.

RESEPI IKAN KEMBONG MASAK LEMAK CILI API YANG ANDA TAK SANGKA SEMUDAH NI

RESEPI IKAN KEMBONG MASAK  LEMAK CILI API YANG ANDA TAK SANGKA SEMUDAH NI. Lama kan aku tak bertukar jadi cik minah gebu dapur sekangkang kera ni kan.. Bukan tak memasak kadang2 mood malas nak ambil gambar masakan.. Kadang2 masakan yang dah ada aku share resepi kat blog takkan nak tulis 2 kali resepi yang sama kan.. Nak2 lagi sekarang sibuk dengan In Law sakit bagai.. Cuma minggu ni rehat sekejab dua tiga hari dari berulang alik ke hospital cuma kirim makan kat suami je hantar kat Mak mertua.


Hari ni sebab nampak ada santan & serai dalam peti ais.. Ada ikan kembong. Kalau tak masak ikan & santan tu rosak kan.. Nak masak kari macam tekak tak rasa nak makan jer.. Jadi marilah kita melemak cili apikan dia.. Sebab malas nak kekedai.. so bahan bahan yang aku guna apa yang ada dalam rumah jer.. Antara bahan bahannya adalah..

Ikan Kembong
Santan
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Serai
Asam keping
Cili Padi
Kunyit hidup (kalau tak ada guna kunyit serbuk)

Cara nak memasak dia jangan terkejut ok.. Ni kategori kau campak2 jadi je. Memang senang sangat.

Mula2 blend/kisar Bawang Besar, Bawang Putih.Halia,Cili Padi,kunyit hidup & serai. Serai tu ada orang suka ketuk2 jer.. Tapi aku suka blend halus nanti kuah dia lebih pekat & sedap.. Yang tu terpulang pada pilihan masing2.

Lepas dah blender halus semua bahan.. Letak kuali masukkan bahan blend/kisar tadi bersama asam keping. Kalau ada daun kunyit boleh simpul campak jer dalam kuali tapi sebab aku tak ada stok jadi aku tak masukkan. Masak sehingga mendidih kemudian masukkan santan. Biar dia masak sekejab masukkan ikan. Masak sampai ikan masak tutup api. Dah siap..

Masak lemak cili api ikan kembong

Walaupun simple percayalah sedap ok! Yang suka makan pedas boleh lebihkan cili api. Memang berasap telinga masa makan. hehehehe...

Jadi pada yang baru belajar masak atau penghuni rumah bujang nak jimat kos boleh la mencuba masak lemak cili api ikan kembong ni.

CARA NAK BEZAKAN CILI KERING PEDAS BIASA DENGAN EXTRA PEDAS

CARA NAK BEZAKAN CILI KERING PEDAS BIASA DENGAN EXTRA PEDAS. Bila dah biasa bergelumang dengan dapur & memasak ni kita akan secara tak sengaja dapat mengenalpasti rasa rasa dari bahan masakan macam cili kering ni. Secara kasarnya cili kering ni kalau kita tengok macam sama jer semua tapi sebenarnya tak serupa. Ada sifat tertentu yang membezakan rasanya. Penting jugak bagi yang nak belajar masak untuk ambil tahu benda benda macam ni.

Sumber google

Pernah terbeli sambal nasi lemak over pedas sampai rasa tak boleh terima la tahap kepedasan dia & aku pernah termasak laksa gila punya pedas masa raya puasa lepas kat kampung sampai semua yang makan muka jadi lain. Semua ni di sebabkan tak perasan cili kering yang di gunakan.

Cili kering ni ada dua jenis.. Satu yang jenis kering berkedut2. Memang tak cantik.. macam kulit kurang collagen katanya. Nampak tua & banyak kedutan. Yang satu lagi nampak cantik & bergetah katanya. Cili kering tu nampak glowing jer.. Kira sedap mata memandang la berbanding kalau yang berdekut sampai dah tak nampak sifat cili tu.

Kalau korang nak tahu.. Yang kedut seluruh sifatnya.. kering kontang bagaikan gurun sahara tu adalah yang rasanya pedas biasa. Pedas yang mungkin kanak kanak boleh makan lagi. Tapi kalau yang jenis nampak sifat dia yang cantik.. tak berapa kering kulitnya.. & glowing jer tu jangan percaya sangat dengan kelembutan wajahnya tu sebab yang jenis tu puaka niyang rapik punya rasa. Memang extra pedas. Kalau makan rasa nak tumbuk orang yang ada dekat dengan kita katanya. hehehehehe...

Boleh tengok perbezaan cili kering pada gambar ni. Sebelah kiri tu memang extra pedas & yang sebelah kanak pedas biasa jer

So, dengan entri ni kalau korang jenis tak tahan pedas... Jangan la guna cili kering yang nampak glowing tu.. Pilihlah yang kedut sejuta. Walau kedut dia rasa dia tak berpuaka. Almaklum sifat dia macam orang tua2 jugak.. penyayang. Walaupun pedas tapi pedas yang ada kasih sayang lagi berbanding dengan yang glowing.. sifat dia macam orang muda.. panas baran. hehehe.. Tu dia cerita pasal cili kering siap perumpamaan tua muda bagai katanya.

Moral of the story.. Mungkin ada yang rasa entri ni remeh, sebab dia dah tau bezakan antara cili kering pedas biasa dengan extra pedas.. tapi ketahuilah kat blog aku pernah sangkut keywords cara nak masak nasi, masak air bagai. Kat situ kau kena paham.. remeh bagi kau belum tentu remeh bagi orang lain.

RESEPI ASAM PEDAS AYAM PALING MUDAH & SEDAP

RESEPI ASAM PEDAS AYAM PALING MUDAH & SEDAP. Bila masak untuk sorang - sorang2 makan ni rasa nak masak menu2 yang simple & cepat je. Tapi kalau nak makan telur goreng je pun jemu. Alang2 memang aku sorang je makan pedas dalam rumah ni sekarang.. Ayam pun tinggal 2 ketoi tu pun part yang laki aku tak makan.. Sebab laki aku makan bahagian dada ayam jer.. lain2 part dia tak makan.. Bila tengok daun kesom elok je dok hijau lagi. Lebih masak laksa haritu & serai pun ada lagi.. Tetiba teringin nak makan asam pedas ayam.


Maka ke dapurlah kita bagi menyempurnakan hajat di hati tu. Gitulah kalau hidup sendiri ni.. Kau nak makan.. pepandai la kau masak. Takde orang nak tolong masakkan. Malas ke rajin kena la jugak berketung ketang kat dapur.

Nak masak asam pedas ayam ni.. Bukan setakat kena ada daun kesom, serai bagai.. Nak tau apa bahan bahan yang perlu ada untuk masak asam pedas ayam ni.. Meh la tengok. Jangan risau kalau version lekatlekit ni memang mudah mudah belaka tapi Insya Allah sedap hingga menjilat pinggan..

Bahan bahannya adalah
Ayam
Cili kering
Bawang besar
Bawang Putih
Halia
Kunyit Hidup (Takde pun tak apa)
Belacan
Serai
Daun kesom
Minyak Masak
Air Asam Jawa

Bahan kisar
Cili kering (sebelum blend tu elok rendam dalam air panas sekejab)
Bawang besar (aku guna sebiji je sebab masak sikit)
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Sedikit belacan


Cara memasak
Potong ayam ikut size yang korang suka. Cuci & letak tepi sekejab. Panaskan minyak & tumiskan bahan kisar & serai yang dah di di ketuk kemudian masak sehingga pecah minyak. Dah pecah minyak masukkan ayam & daun kesom biar masak sekejab. Masukkan air asam jawa. Masukkan garam atau serbuk perasa.. Biar masak sekejab lepas tu siap untuk di hidang.

Sila tadah baldi takut banjir dengan air liur lepas tengok asam pedas ayam den ni hahaha

Senang kan adik adik. Jadi takde alasan tak reti memasak lepas ni. Ni kira masakan asam pedas ayam paling basic la. Tu pun dah sedap.. Bayangkan guna resepi yang lebih pro. Mau terangkat meja makan katanya. hehehe

Lepas ambil makanan berat sedap jugak kan kalau dapat makan pencuci mulut yang manis2. nak2 lagi lepas makan menu pedas macam asam pedas ayam ni.

AKSI BERSENAM BOLEH NAMPAK MACAM BERJIMAK KALAU SALAH CARA

AKSI BERSENAM BOLEH NAMPAK MACAM BERJIMAK KALAU SALAH CARA. Semalam aku ada post entri pasal gambar yang tengah jadi viral sepasang pengantin hipster ni. Almaklum la cara depa posse tu mengundang sakit mata pada pandangan mata masyarakat maka ada orang rasa benda macam tu kurang senonoh untuk di jadikan posse kepada pasangan pengantin masa ambil gambar.


Ada jugak yang backing katanya aksi & gaya macam tu sebenarnya biasa di buat kat gym, so tak ada apa yang salah kalau pasangan pengantin nak buat posse macam tu. Mungkin tu salah satu aktiviti senaman untuk mereka. Ia di panggil sandwich apa ntah.. Ok la. Untuk tujuan bersenam tu aku accept la. Di buat pun kat tempat untuk bersenam, ye dak. Tapi kena ingat.. tak semua perkara tu sesuai di lakukan untuk semua keadaan & masa. Benda yang normal di buat kat sesuatu tempat untuk tujuan sesuatu perkara tu memang boleh nampak janggal bila di lakukan pada tempat,keadaan,suasana & masa yang salah.

Contoh macam tidur.. kalau tidur dalam bilik.. dalam rumah sendiri memang tak nampak janggal tapi tetiba kau tidur dalam ikea atas sofa yang display tu. Nyenyak siap dengan gaya kuak lentang lagi.. Gamaknya orang akan pandang macam tak ada apa2, seolah olah macam kau tidur dalam bilik sendiri ke tidak? Mustahil la kan.. Confirm orang pandang pelik & zaman sekarang semua orang ada camera atas tapak tangan ni. Nak2 pulak ada smartphone dengan fungsi camera secanggih ni boleh nampak gambar macam 3D lagi >> Ini Sebab Kenapa Kaki Candid,selfie & suka Ambil Gambar Kena Ada Smartphone ni <<  silap haribulan orang ambil gambar & viralkan tak pepasal je kau dapat malu padahal kau cuma tidur bukan berjimak pun kat situ. Sebab kau tidur kat tempat yang salah maka perbuatan tidur yang asalnya takde pelik kat memana jadi sesuatu yang pelik pada pandangan masyarakat.

So kita kena faham.. apa yang mungkin tak salah atau tak di pandang luar biasa kita buat tak semestinya kita boleh buat dimana & bila2 masa saja. Kalau tak kena gaya memang bahaya. Even dah jadi laki bini pun tak menghalalkan semua perkara yang halal kita boleh buat kalau salah tempat & masa. Nak2 lagi pasangan pengantin posse dengan post sandwich macam tu. Imaginasi manusia ni sangat2 liar.. Bagi korang mungkin aksi macam tu nak mengambarkan korang mengamalkan hidup sihat & selalu ke gym tapi sebab korang baru je di ijabkabul & masih dalam busana pengantin.. Orang yang mungkin tak tahu posse tu salah satu aktiviti senaman dalam gym dah fikir bukan2. Apa ingat semua orang pergi gym ke? hehehe

Moral of the story.. Banyak lagi cara boleh kita buat untuk mencipta kelainan di hari bersejarah kita. Kenapa perlu pilih cara yang boleh mengundang salah faham & kritikan masyarakat. Pokok pangkal kalau ada malu memang banyak perkara buruk boleh di elakkan berlaku. Sebab tu mulai sekarang kita kena mula kurangkan show off gambar2 yang melibatkan kita & pasangan ni. Aku dulu pun zaman jahiliah suka jugak upload gambar tapi bila trend viral ni mula berleluasa memang berhati hati jugak. Sebab kita takkan tahu siapa bakal jadi mangsa viral seterusnya...

RESEPI IKAN TONGKOL MASAK KICAP DUA RASA

RESEPI IKAN TONGKOL MASAK KICAP DUA RASA. Tu dia lama tak menge'chef'kan diri kat blog lekat lekit ni katanya. Jadi hari ni tetiba rasa nak menge'chef' pulak. Resepi harus simple sebab konsep share resepi kat blog aku target untuk budak2 baru belajar masak atau budak2 bujang yang menyewa ramai2 tak kira kerja atau belajar. Almaklum la rumah bujang ni kan.. kadang2 bahan2 masakan ni bukan macam rumah orang kelamin. Memang semua dah ada. Rumah bujang kalau setakat kicap tu memang ada la.. Buat2 sesak hujung bulan sementara tunggu gaji atau elaun masuk.

Sejak guna galaxy s4 zoom ni rajin pulak aku ambil gambar live dari dalam kuali. hahaha

Masak kicap pun boleh buat dua rasa ok! Jangan tak tau.. Yang penting kreatif. Alah.. masak kicap je kot kau kerek sangat apsal?? hahaha... Ok ok.. hadik2 sekalian mari la kita belajar macam mana nak masak ikan tongkol masak kicap dua rasa ni. jangan risau menu ni sangat simple tapi kadang2 kena masak extra nasi. Yang simple tu memang membuka selera katanya..

Bahan bahan di perlukan cuma
Ikan Tongkol (Ikan lain pun boleh ikut selera tekad korang la)
Bawang putih & bawang besar
Halia
Kicap masin
Kicap Manis
Minyak masak
Kalau nak pedas masukkan sekali cili padi

Ok dah cukup bahan tu. Cara nak memasak pun sangat senang. tak menangis tepi dapur punya

Mula2 siang ikan. cuci bersih. Masukkan kunyit & garam kemudian goreng.
Kisar bawang besar,bawang putih & halia.
Potong bawang besar cara bulat.
Panaskan minyak.. tumis bahan kisar tadi sampai bau harum semerbak. Lagi bagus bau boleh sampai depan pintu rumah jiran. Baru dia tau korang pandai masak. Untung2 ada yang ambil buat menantu. hahahaha
Bila dah naik bau bahan tumis tadi masukkan kicap manis & masin secukup rasa. Jangan lebih2 nanti rasa pahit. Lepas tu campak la ikan goreng tadi dengan gembira. Harus gembira ok. Tak gembira nanti masakan tak sedap. Lepas tu masuk bawang potong tadi. Kalau rasa hangpa memang jenis selera hot & spicy.. campak je sebijik2 cili padi tu. Tak payah potong pun takpe. Orang tak makan pedas boleh makan sekali. Kalau nak pedas gigit je cili tu. Tapi kalau nak sebatikan rasa pedas dalam kuah boleh je blend sekali cili padi tu dengan bahan tumis yang lain.

Tak payah dok belek mangkuk sangat la. Cap DIY je tu.hahaha

Maka siaplah resepi mudah yang boleh masak sambil baca blog gosip retis katanya. hahaha.. Kenapa dua rasa. Sebab guna dua rasa kicap. Manis & masin. Maka jadilah dua rasa hahaha. Susah ke? tak lah.. Yang susah kalau malas je. Kalau ada keinginan nak masak tu apapun jadi senang ye dak. Selamat mencuba yer adik2 resepi hakak puaka nan mudah ni. Hitam itu menawan gitu. hahaha

RESEPI SAMBAL TELUR PECAH BERDERAI PALING MUDAH

RESEPI SAMBAL TELUR PECAH BERDERAI PALING MUDAH. Masakan jenis sambal sambal ni memang orang malaysia la paling win. Sebab orang malaysia tak kira apa bangsa sekalipun memang suka makan pedas. Sambal telur pecah ni memang senang nak buat cuma kalau tak kena cara dia kau akan berkampung dalam jamban la. Sebab bila guna cili kena masak betul2. Kalau cili tu kurang masak memang la dia ganggu sikit sistem penghadaman. Mau kering badan di buatnya hahaha... Tapi sebelum ada yang tanya kenapa sambal telur pecah berderai.. saja je nak bagi lain sikit nama menunya. Yang berderai telur putih jer.. hehehe


Aku ni kalau share resepi memang target aku untuk bebudak baru belajar masak atau bebudak bujang yang masih belajar yang boleh cut cost bila masak ni. Jadi pada anak anak dara yang baru di pinang tu nak buat persediaan untuk menjadi suri di dapur bila dah kahwin nanti.. Elok jugak la mula belajar resepi simple2 dulu. tak susah nak buat sambal telur pecah ni walau keenakkan dia sehingga menjilat pinggan. Bahan2 dia pun tak banyak..

Bahan dia cuma...
Cili kering
Telur Ayam
Belacan
bawang Besar
Asam Jawa
Minyak masak
Garam sebagai perasa

Cukup la tu...  Tak payah banyak2 kalau nak save budget katanya. Cara nak masak pulak

Rendam cili kering dalam air panas. agak kembang baru toskan. Pastikkan biji cili tu di asingkan yer. Kisar cili kering bersama bawang besar & belacan. Dah siap kisar halus bahan2 tadi panaskan minyak kemudian masukkan bahan kisar tadi. Tunggu sampai pecah minyak baru masukkan air asam jawa & garam. Dah sebati rasa pecahkan telur masukkan dalam kuali. Biar telur masak sekejab & hidangkan.

Kalau aku masak sambal ni cili memang aku masak lama sikit. Sebab nak pastikkan dia betul2 masak. Sampai hilang rasa cilik mentah tu. Tu baru betul cili betul2 masak. Senang kan nak masak sambal telur pecah ni.


Moral of the story.. Boleh la sapa2 yang tak pergi mana hari minggu sebab budget takde try masak sambal telur pecah ni. Tapi yang mana join perhimpunan AMENO tu hari ni makan mewah sikit la sebab dapat gaji limaploh hengget katanya. Boleh makan cikencop hari ni hehehe

ORANG GILA PUN TAK MAKAN SANDWICH MACAM NI

ORANG GILA PUN TAK MAKAN SANDWICH MACAM NI. Sapa kat sini suka makan pedas tahap extreme punya. Bukan takat calit2 sambal belacan hujung ulam kemudian makan tu bukan kategori pemakan pedas tahap gila. Tu biasa jer. Aku pun boleh makan. Tapi kalau sampai tahap makan roti dengan penuh cili padi potong macam gambar kat bawah ni.. Aku memang tabik spring la sapa2 boleh makan. Sebab bagi aku memang benda paling gila & aku tak rasa orang gila pun tergamak makan.


Ni namanya cabaran paling gila membakar usus perut. Rasa macam tak logik ada orang buat cabaran macam ni tapi sesungguhnya ada orang Malaysia yang sahut cabaran macam ni. Almaklum la Malaysia.. tak kira apa kaum pun majoriti suka makanan pedas. Aku pun suka tapi kalau suruh aku makan roti dengan penuh cili potong macam ni minta maaf je la. Aku tak sanggup nak berguling2 lagi depan pintu masuk HKL macam haritu. Bila perut sakit tahap rasa nak terputus tali pusat ni.. Rasanya aku rela beranak 10 orang dari sakit macam tu. Sebab aku rasa masa aku bersalin dulu sakit dia takde la lama sangat. Ni berhari hari jugak sakit. Sampai susut berat badan. Fobia aku nak makan apa2 dah sekarang. Makan pun macam takut takut je.


Tak sangka juga ada orang gila buat cabaran makan pedas macam ni. kalau nak tengok depa berjaya ke tidak dalam cabaran ni, sila la tengok kat sini >> Cabaran Cili Padi Sandwich <<

Makanan pedas ni memang ada kebaikkan dari sudut kesihatan & kecantikkan sebab cili jugak ada khasiatnya tapi kalau di ambil secara berlebihan pun akan memudaratkan. Jadi yang suka makan makanan pedas tu berpada pada yer. Jangan sampai berlubang usus sudah.

INILAH PUNCA KFC MASAK MERAH RICE WRAP RASA LAIN DI PERAK

INILAH PUNCA KFC MASAK MERAH RICE WRAP RASA LAIN DI PERAK.. Balik dari kampung hari selasa lepas singgah sekejab ke lumut perak. Sempat lagi tu nak berjimbaraya katanya. Macam tu la rutin kami bila travel balik kampung. Ada jer tempat nak singgah katanya. Sebab tu aku cukup enjoy kalau guna jalan lama balik nak balik KL. Kalau ikut highway sumpah aku rasa jemu nak mampus. Biarlah perjalanan tu panjang takpe asalkan tak bosan. Boleh tengok tempat orang, kampung orang selain jimat duit tol. Haritu balik dari kampung ke KL memang kami tak bayar tol langsung. Tu yang sempat singgah lumut mandi laut. Aku tak mandi pun anak & laki aku jer.. Aku tukang ambil gambar jer.


Dalam perjalanan nak ke lumut tu  aku tak sure area mana tapi perak jugak la. Singgah KFC beli makanan alas perut. Sebab nak makan dalam kereta je malas dah nak singgah kedai makan. Nak jimat masa katanya. So asben aku belikan aku KFC masak merah rice wrap & dia macam biasa la spesis musang ayam goreng je la yang dia lebih bernafsu. Maka makanlah kami secara beradap dalam kereta. Tapi Rasa pelik pulak KFC ayam masak merah rice wrap kali ni aku makan. Apsal pedas giler.. rasanya haritu aku beli kfc masak merah rice wrap masa on the way nak ke PD takde la pedas macam ni. Aku tanya asben aku kenapa pedas giler.. Dia pun rasa memang pedas giler so dua2 jadi pelik kami cuma mampu ber huhuhu kepedasan tanpa ada jawapan pasti.

Aku tanya laki aku memang setiap cawangan KFC tu tak sama ke rasa dia. Sini tak pedas.. sana pedas. Dia pun tak dapat nak jawab soalan bini dia. Rupanya ini sebabnya kenapa KFC Masak Merah Rice Wrap yang aku beli kat cawangan KFC Perak kali ni Pedas Giler. Nak tau tengok sendiri la >> Rupanya Ini Sebab KFC Masak Merah Rice Wrap Pedas Giler <<

Aku ingat memang KFC pun ikut negeri.. Yelah belah2 utara ni kan suka makan pedas pedas so belah utara je dia bantai semua menu2 dia jadi pedas rupanya bukan sebab tu tapi sebab lain. Takpelah.. nak buat macam mana benda tu pun dah selamat masuk perut katanya. Halalkan je la kepedasan yang aku rasa. Hahahaha

Moral of the story.. Sangat penting periksa menu2 baru ni supaya apa yang kita beli & makan tu sesuai dengan citarasa kita. Nasib baik la aku takde sebarang penyakit yang tak boleh makan pedas kalau tidak maybe nak mandi laut kat lumut terus masuk hospital lumut katanya. hahahaha

RESEPI LAKSA GORENG KORBAN

RESEPI LAKSA GORENG KORBAN. Amboi laksa pun kena korban jugak kan? Yelah.. pengorbanan sebungkus laksa yang tak habis katanya. Nak buang benda elok boleh di makan tapi di sebabkan kuah dia dah habis maka marilah kita cuba resepi baru yang tak berapa baru sangat, laksa goreng. Kenapa korban?? selain sebab bersempena hari raya korban aku goreng laksa ni ia jugak merujuk kepada laksa yang lebih di korbankan dalam kuali untuk di goreng. Apa2 je la nama resepi janji tak sedap ye dak??

Inilah laksa Goreng Korban aku. Aku guna laksa jenis bihun yang kecil even label kat plastik dia tulis laksa beras, Sumpah takde langsung rasa laksa beras. Rasa laksa biasa jer.
resepi ni sangat mudah. Sesuai untuk orang2 bujang, pelajar IPT yang dok menyewa atau mak2 yang busy mengalahkan perdana menteri. Sebab laksa goreng ni boleh di jadikan menu sarapan yang simple,senang & sedap.

Tak susah nak masak dia.. Bahan2 yang di perlukan jugak tak banyak. Aku cuma guna
Laksa yang siap rebus & dah lembut
Cili giling yang ready made (boleh beli kat mana2 pun ada jual)
kicap manis
kicap masin
serbuk perasa (tak wajib)
telur
Timun
bawang besar
bawang putih
Daun Selom (lebih masa buat laksa berkuah haritu)
telur

Inilah rupa daun selom. memang orang utara kalau masak laksa akan makan bersama daun ulaman ni sebab susah nak cari orang kebanyakkan ganti dengan daun salad. Tapi lebih sedap makan laksa dengan daun selom. Sumber Google

Cara2 nak buat dia pun sangat senang..
Tumis bawang merah & putih
Masukkan cili giling tu ikut suka la banyak mana nak masuk. Agak2 cukup bagi rasa.
Masukkan kicap manis & masin
serbuk perasa
Pecahkan telur. Kacau hancur
Masukkan laksa rebus & gaul hingga sebati
Last sekali masukkan timun yang di hiris memanjang macam nak makan dengan laksa berkuah,bawah mentah,daun selom (yang biasa orang makan dengan laksa berkuah)
Gaul sekejab & tutup api. Jangan lama2 masak bila dah masuk sayuran ulaman tadi. Kalau boleh dah siap masak laksa baru gaul sebati bahan ulaman tu

Dah siap..

Kalau korang spesis pemakan pedas ,Boleh tambah cili padi. Yelah.. jenis pemakan pedas ni kadang2 makan roti pun depa nak ada rasa pedas inikan makan benda2 goreng macam ni. Tu sebab stok perasa2 yang pedas sentiasa ada dengan mereka atau kalau makan kat mana2 even makan western food pun dia request cili padi. Kalau nak tahu korang betul2 penggemar makanan pedas baca la kat link tu. Sebab setakat makan sambal tumis belum kategori orang yang obses dengan makanan pedas.

Apapun kalau ada lebihan laksa yang dah rebus tu tak tau nak buat apa jangan buang. Transferkan dia menjadi laksa goreng yang sedap, cepat di masak & sedap di makan.

DISEBALIK MAKANAN PEDAS YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU

DISEBALIK MAKANAN PEDAS YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU. Di Malaysia ni memang terkenal dengan masakan yang pedas pedas. tak kira apa bangsa sekalipun memang ramai yang suka makan pedas. Sebab tu kadang2 pelancong datang ke Malaysia depa tak berapa tahan dengan makanan tempatan sebab kebanyakkan pedas. Nak buat macam mana dah lidah Malaysia katanya.. Yang acah2 western tak makan pedas tu kadang2 depan orang je. Balik rumah dia belasah sambal belancan sepiring tak toleh kiri kanan dah.

Sumber Google

Ramai yang tak tahu apa yang ada di sebalik makanan pedas ni. Yang dia tahu lagi pedas lagi sedap. Asal makan kena ada benda2 pedas kalau tak selera dia memang jadi kurang. Yang suka makan pedas ini yang patut anda tahu..

Mari kita ke segmen 'tahukah anda.."

Tahukah anda makanan pedas boleh membantu..

1. turunkan berat badan sebab ia meningkatkan metabolisme yang mampu memberi penurunan kepada berat badan. Kajian menunjukkan sebatian utama dalam cili yang disebut capsaicin mempunyai kesan termogenik dan membantu badan untuk membakar lebih banyak kalori setelah makanan dimakan

 2. Menyihatkan jantung. Kajian menunjukkan, orang yang selalu memakan makanan pedas mempunyai jumlah insiden serangan jantung dan stroke yang lebih kecil. Alasannya kerana cili boleh mengurangkan kesan kerosakkan akibat dari kolesterol "jahat" atau Low Density Lipoprotein (LDL) dan capsaicin mempunyai kesan antiinflamasi. Keradangan merupakan faktor risiko dari penyakit jantung.

3. Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, capsaicin mempunyai kemampuan untuk membunuh sel kanser dan leukemia. Rempah-rempah tertentu seperti kunyit yang ditemui dalam serbuk kari dan mustard dapat melambatkan penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Kombinasi kunyit dengan lada hitam akan membuat kesannya berlipat ganda.

4.  Mencegah Parkinson. Sebuah kajian baru yang disiarkan dalam jurnal Annals of Neurology mendapati bahawa mengambil lada dua kali seminggu dapat membantu mengurangkan risiko berlaku penyakit Parkinson sehingga lebih dari satu pertiga. Hal ini berkaitan dengan kandungan nikotin dalam lada yang dapat mencegah kerosakan saraf.

5. Memperbaiki fungsi pencernaan. Manfaat cili dalam saluran penghadaman membantu meningkatkan sistem peredaran darah di perut dan meningkatkan lapisan mukus. Capsaicin juga membantu membunuh bakteria H.pylori penyebab sakit maag.

6. Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C dapat menguatkan dinding otot jantung. panas dari lada akan meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Sebab tu dengan mengambil makanan mengandungi lada secara keseluruhan dapat memperbaiki sistem kardiovaskular.

7. Memperbaiki mood. Makanan pedas boleh meningkatkan pengeluaran hormon yang menghasilkan perasaan bahagia, seperti serotonin. Maka makanan pedas boleh membantu meringankan kemurungan dan tekanan.


Tu antara kebaikan makan pedas. Jadi sapa2 nak turunkan berat badan boleh la amalkan makanan pedas. Kalau tak kurus jugak tak tau la kan. Tapi jangan anggap orang yang setakat boleh makan sambal tumis tu kategori orang yang memang tergolong dalam golongan pengemar makanan pedas. Ciri2 orang yang suka makan makanan pedas ni bukan setakat boleh makan sambal tumis jer tapi ada lagi ciri2 lain sebelum layak di gelar sebagai orang yang suka makan pedas. Nak tau apa ciri2 sebenar orang yang suka makan makanan pedas ni meh baca kat sini >> Inilah ciri2 Sebenar pengemar makanan pedas << kalau korang ada semua ciri2 ni memang confirm anda memang seorang suka makan pedas.

Moral of the story.. apapun makanan kalau di ambil dengan cara betul jadi berkhasiat tapi kalau di ambil secara berlebihan jadi racun pada badan walau pada asalnya ia makanan berkhasiat.

CHEF WAN SIFATKAN CENCALOK, BUDU & PERKASAM ADALAH BANGKAI

Nak gelak pun ada... kesian pun ada jugak. Yelah.. Chef Wan sapa tak kenal. Chef selebriti yang sangat terkenal bukan sahaja kat Malaysia malah luar negara. Bukan setakat pandai masak, pandai berlakon, pandai mengacara & pandai jugak membebel. Tetiba keluar statement ni.. Aku rasa, Macam aku pulak lagi educated dari chef Wan.


Taknak cakap banyak just nak cakap sikit tapi banyak jugak.. Chef Wan ni tak pandai bezakan bangkai dengan makanan yang di perap @ di jerukkan ke? Rasanya orang nak makan ikan, udang, sotong & apa je makanan laut ni mana ada kena sembelih dulu. Main siang jer.. Takde istilah bangkai pun.

Sumber FB

Aduhai.. Dato Chef Wan.. isunya pasal Babi di heret pulak cencalok, budu, perkasam ikan kering bagai tu dah kenapa? Bercakaplah apa yang kita tahu saja.. Kita semua boleh jadi outspoken dalam menyuarakan pendapat tapi tak perlu cakap merepek yang tak masuk akal nak2 lagi publick figure jadi bahan ketawa orang je.

Moral of the che wan story.. Ingat yer adik2.. beza bangkai dengan makanan laut yang di keringkan, di jerukkan atau di perap adalah sangat berbeza. Takde istilah makan bangkai kalau korang gemar makan cencalok,budu, ikan masin bagai. Anggap la Tok Wan ni dia tak berapa sihat masa keluarkan statement tu. Yelah.. manusia semua buat silap.


BERHATI HATI DENGAN BLOGGER NI

Blogger mana pulak ni yang kena berhati hati. Bahaya sangat ke? dia buat apa sampai di isytiharkan bahaya? Apa jejari kontot dia je ke yang puaka buat orang takut? Tahap bahaya dia tu setakat ni dah mampu membunuh banyak jiwa ke? Tu dia.. banyak soalan nak kena jawab tu.

Sila takut ok

Ada tak korang pernah dengar macam tu dari kawan2 alam maya.. hati2 dengan orang ni.. hati2 dengan peniaga ni.. hati2 dengan blogger ni.. pernah kan?? Kalau korang di beri amaran macam tu.. apa tindakkan korang? Mesti la protect diri kan.. Memang la bila orang bagi amaran suruh berhati hati kena la protect diri tapi jangan terus percaya.. sebelum tu kena siasat dulu tahap bahaya dia. Kadang2 manusia ni.. dalam hati walau tak banyak ada sikit perangai dengki. Tak kata orang lain.. dalam diri kita sendiri pun ada sebab kita manusia.

Yang den nak cerita ni sebenarnya pasal diri sendiri den sendiri yang di katakan bahaya & sapa2 yang mendekati diriku harus berhati2. Bila dengar statement tu.. Serius aku memang tergelak. Aku pandang diri aku ni.. kalau fizikal.. rasanya tak la menakutkan sangat. Yelah.. alam maya tak nampak sangat fizikal sebenar.. Tapi bila statement tu di tambah lagi.. barang siapa berani berdebat dengan lekatlekit memang boleh dapat 5 bintang. Kuat sikit la gelak aku.. bukan apa. Aku rasa macam di iktiraf seorang yang hebat berdebat padahal aku ni bukan la educated sangat. Aku cakap dari apa yang aku tahu, baca & lihat selebihnya aku menilai ikut logik akal aku je. Yang rasa takut sangat dengan aku dah kenapa??

Sebahagian komen yang penting2 je aku attach kat sini

Aku memang jenis perangai.. Kalau aku rasa betul aku terus pertahankan pendapat aku. Kalau aku salah aku hentikan perbalahan & minta maaf jer. Jenis aku kalau perlu aku cakap seratus kali pun untuk bagi orang paham.. aku akan cakap. Jenis aku selagi orang dok salah faham, aku rasa tak puas hati. Penulisan aku memang agak garang bagi orang2 yang tak mengenali aku secara personal. Sekadar kat laman sosial atau alam maya memang kalau orang judge dari penulisan memang nampak agak garang padahal kalau korang tanya kawan2 aku kat FB yang mana kenal aku di luar laman sosial ni nescaya dorang akan cakap aku ni penglipurlara. Aku ni ada sense of humor jugak kalau korang nak tahu. Even dalam rumah dengan asben aku yang memang jenis suka berlawak ni pun kami sentiasa lawak berlawak sesama sendiri even kadang2 kasar sikit la bunyi.

Aku bukan seorang yang garang sangat.. Tak perlu takut. Aku bukan jahat sangat walau aku bukan la baik mana pun. Aku takde tegas sangat. Dan aku jugak bukan ego sangat sampai tak boleh terima pandangan orang lain. Aku maybe jenis suka cakap terus terang. Kalau aku rasa macam tu.. macam tu la aku cakap. Tak semua orang boleh terima, tu aku faham. Kadang2 kita tak boleh terlalu jujur untuk jaga hati, tu pun aku tahu. Tapi ada perkara kita tak boleh terlalu jaga hati sampai kita nampak hipokrit sangat. Tengok situasi & keadaan jugak la part mana harus kita jujur & part mana tak perlu sangat kita jujur. Contoh macam kita melawat orang tengah sakit tenat.. nampak macam harapan nak hidup tu tipis tapi kita tetap cakap, Insya Allah dengan izin Allah semoga baik la nanti. Kita takkan cakap.. Tu dah nampak dekat sangat dah ajal dia tu.

Jadi pada mereka yang rasa perlu berhati2 bila berkawan dengan aku.. hati2 la. Tak salah pun protect diri sendiri tapi bagi yang dah lama kenal aku tak kira di luar atau alam maya, maka depa lebih tahu tahap selamat & bahaya bila berkawan dengan. Aku tak kisah sangat la dengan spekulasi2 camtu. Yang pasti.. kalau rasa bahaya akan nampak bahayanya. Orang nak judge apa tu.. lantak la. Yang pasti aku terus menulis selagi aku mahu menulis.

P/S : Diluar nama seorang blogger aku sebenarnya biasa jer.. Takde la silap sikit terus sound orang, salah sikit terus aku macam ustazah garang pegang rotan sekolah kan orang.. Aku cuma orang biasa.. yang senyum, gelak, berlawak & marah ikut situasi.. dan aku jugak menangis macam orang lain bila aku sedih


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com