BERHATI HATI DENGAN BLOGGER NI
Yang den nak cerita ni sebenarnya pasal diri sendiri den sendiri yang di katakan bahaya & sapa2 yang mendekati diriku harus berhati2. Bila dengar statement tu.. Serius aku memang tergelak. Aku pandang diri aku ni.. kalau fizikal.. rasanya tak la menakutkan sangat. Yelah.. alam maya tak nampak sangat fizikal sebenar.. Tapi bila statement tu di tambah lagi.. barang siapa berani berdebat dengan lekatlekit memang boleh dapat 5 bintang. Kuat sikit la gelak aku.. bukan apa. Aku rasa macam di iktiraf seorang yang hebat berdebat padahal aku ni bukan la educated sangat. Aku cakap dari apa yang aku tahu, baca & lihat selebihnya aku menilai ikut logik akal aku je. Yang rasa takut sangat dengan aku dah kenapa??
Aku bukan seorang yang garang sangat.. Tak perlu takut. Aku bukan jahat sangat walau aku bukan la baik mana pun. Aku takde tegas sangat. Dan aku jugak bukan ego sangat sampai tak boleh terima pandangan orang lain. Aku maybe jenis suka cakap terus terang. Kalau aku rasa macam tu.. macam tu la aku cakap. Tak semua orang boleh terima, tu aku faham. Kadang2 kita tak boleh terlalu jujur untuk jaga hati, tu pun aku tahu. Tapi ada perkara kita tak boleh terlalu jaga hati sampai kita nampak hipokrit sangat. Tengok situasi & keadaan jugak la part mana harus kita jujur & part mana tak perlu sangat kita jujur. Contoh macam kita melawat orang tengah sakit tenat.. nampak macam harapan nak hidup tu tipis tapi kita tetap cakap, Insya Allah dengan izin Allah semoga baik la nanti. Kita takkan cakap.. Tu dah nampak dekat sangat dah ajal dia tu.
Jadi pada mereka yang rasa perlu berhati2 bila berkawan dengan aku.. hati2 la. Tak salah pun protect diri sendiri tapi bagi yang dah lama kenal aku tak kira di luar atau alam maya, maka depa lebih tahu tahap selamat & bahaya bila berkawan dengan. Aku tak kisah sangat la dengan spekulasi2 camtu. Yang pasti.. kalau rasa bahaya akan nampak bahayanya. Orang nak judge apa tu.. lantak la. Yang pasti aku terus menulis selagi aku mahu menulis.
P/S : Diluar nama seorang blogger aku sebenarnya biasa jer.. Takde la silap sikit terus sound orang, salah sikit terus aku macam ustazah garang pegang rotan sekolah kan orang.. Aku cuma orang biasa.. yang senyum, gelak, berlawak & marah ikut situasi.. dan aku jugak menangis macam orang lain bila aku sedih
suka baca pendapat/komen2 akak kat fb..kdg2 benda yg liniey nk ckp tu x terluah n xtau nk luah/nk bg pendapat cmne tp bila tgk akak bg pndapat yg lebih krg sma liniey nk ckp tu liniey rasa lega..
ReplyDeleteakak paham x ?hahah terbelit2 ittew nk bgtau..sbb x pndai nak mengomen..huk2
paham liniey.. kira akak ni mewakili isi hati liniey jugak la kan.. kekekeke
Deletemomoy pun sama pendapat. Tak semestinya kita kena terima bulat2 pendapat dia kan. tapi kan bertentangan nak argue ke apa boleh jer. semua blogger tak kisah pun . TAPI gunalah ayat yang berhemah. Kan sis lekit
Deletesalam Mami Lala..
ReplyDeletehihi..sepanjang 4 tahun kenal abby dialam maya tak ape2 yg nk dipertikakan..
dasat jgk bila ade org dah tag kita mcm tu.. huhu..
nampaknye,abby yg kena berhati2 dgn 'org' tu.. hihi.. :D
cma antara kawan blogger saya yang baik
Deleteentry akak n komen akak jujur tau.. akak mewakilkan kami yg xberani bersuara.. kritikan akak pun xde la buat sentap ke hape.. go akak!!! agak² nt Lala jd berani mcm akak x??
ReplyDeleteterima kasih.. ada tempat kita kena berani bersuara.. tapi ada ketika kita kena mengalah jugak
Deletemacam-macam orang ye cik lekit
ReplyDeletesengaja dengki la tu, siapalah punya keja tu
tak mengapa, saya support cik lekit walau dah dapat warning =)
alah.. saya tak tacing pun. celah gigi pun tak terasa. kekekeke
Deletesetuju.. hihi. salam kenal :)
ReplyDeleteterima kasih sebab sudi berkenalan dengan blog saya
Deletetakut tgk gambo tuh kikikiki
ReplyDeletesaja cari gambar menakutkan sikit.. gimik semata. hahaha
Deleteuiks..for me Suria ok jer..pelik plak ada yang sanggup suruh berhati2 tu...hurmmm....
ReplyDeletetu la kan.. macam bahaya sangat je bunyinya. hahahaha
Deletetak tanya la pulak lelaki ke perempuan & malas nak amik pot sangat sebab tukang sampai tu pun saya sebenarnya tak berapa percaya. Bukan tuduh talam dua muka ke hapa.. tapi, dia bagitau benda tu lepas ada perbalahan sikit pasal satu isu kat FB.. so, saya anggap apa dia cakap just sekadar nak tunjukkan yg saya ni memang tidak di sukai ramai la kot.. kekekekeke. Saya ni memang jenis susah nak percaya orang.
ReplyDeletesaya cam akak dari fb ben ashari.. bertikam lidah, berselisih faham tu, perkara yang biasa dalam kehidupan.. dah dorang butthurt, tu pasal la kot unfren & block.. kalau dalam dunia ni semua sama je fikirannya, aman dan boring dunia ni.. asalkan ada orang mengenali akak, cukup la.. lebih2 lagi Allah s.w.t dan ahli keluarga akak :)
ReplyDeleteakak x kisah kalau jenis2 cepat tacing nak unfriend.. tu lagi baik dari dia asyik tacing dengan akak jer... kekekeke
Deletepernah rakan sendiri unfriend akak,,mula2 marah,sedih gak la,tapi pikir2 balik,lantak dia ah..aku bukan jaga tepi kain dia pun...dia je yg terperasan lebih.agaknya makan cili kot...
ReplyDeleteAkak.. saya ni malas dah nak amik peduli orang unfriend ni. Kadang2 kita buat status umum jer tak maksudkan sapa2 pun.. tapi bila dia buat, maka memang dia terasa. Bila terasa kita pulak jadi salah.. patut dia rasa nak berubah kalau tahu benda tu salah.. kan?? takat unfriend hidup kita tak terjejas pun
DeleteFuhhh jenuh baca tiap perkataan.. Nk bg paham apa yg jadik. Kesimpulannya... Bkn smua org suka kita bkh terima pendapat kita. Hehe akak pun ada haters gak walau duk cerita diari sendiri kat laman sendiri. Biasa la tu.batu api, talam ubi. Ehehe
ReplyDelete