RESEPI AYAM GORENG SPICY ALA ALA MC DONALD
Gambar sekadar hiasan |
Aku dulu2 dah pernah makan pun. Sejak tahun 2009 lagi. Still ingat lagi rasa dia even dah lama. Yang spicy tu memang pedas tahap melampau jugak. Ayam dia lebih kering berbanding KFC agak berminyak. Memang kalau nak buat perbandingan Ayam Mc D ni better dari KFC sebab bila makan tak muak sangat. Sekarang aku tak tau la macam mana rasa ayam goreng tu. Sama ke atau dah berubah resepi dia. Tapi.. tak ada keinginan pun nak makan sebab iklan kat TV tu. Biasa jer pun sebab bagi aku.. benda dah pernah aku makan & tau macam mana rasa dia, kan?
Tapi kalau asyik habis stok je pun menyampah jugak kan? Kalau dah kempunan nak makan apakata korang cuba buat sendiri di rumah. Memang sangat berbaloi ok.. nak2 lagi yang ada anak ramai. Yelah.. nak makan kat fastfood restoran ni pepaham je harga dia kan? Bila masak sendiri kat rumah dalam jumlah yang banyak tu memang agak jimat.
Nak masak dia pun tak susah.. Korang boleh refer Video resepi Ayam Goreng Spicy Ala Mc Donald kat sini >> [VIDEO] Resipi Ayam Goreng Spicy << Senang kan? siap dia bagi video lagi sebagai tutorial. So, tak ada alasan tak reti nak masak selain kau memang malas je. hehehehe. Kalau nak resepi bertulis refer kat bawah ni ok
Bahan-bahan (perapan ayam):
- 1/2 ekor ayam
- 3 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar garam bawang putih
- 2 sudu besar lada sulah
Bahan-bahan (tepung):
- 2 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar garam bawang putih
- 2 sudu besar lada sulah
- 2 sudu besar mixed herbs
- 2 sudu besar baking powder
Cara-cara:
1. Gaul ayam dengan bahan-bahan perapan dan biarkan selama 4 jam.
2. Gaul kesemua bahan-bahan tepung.
3. Celupkan ayam ke dalam telur, kemudian salutkan bersama campuran tepung tadi.
4. Goreng lebih kurang 10 - 15 minit hingga masak.
5. Hidang!
Sedang elok la kan hari minggu buat menu2 macam ni untuk makan petang2. Anak2 happy.. ibu ayah pun boleh tumpang sekaki. Jimat belanja & boleh duduk bersama eratkan kasih sayang antara ahli keluarga.
pebrettt!
ReplyDeletewow perkongsian yang sgt menarik sebagai rujukan masa hadapan.Thank you!sedapnyaaaaaaaaaa
ReplyDeleteMesti sedap ni!
ReplyDeleteboleh cubalah ni
ReplyDeleteAdoi la buat aku terliur...sabar2 ade baki 30hr je lg ni....sabar2
ReplyDelete