Showing posts with label masakan. Show all posts

RESEPI PALING MUDAH UNTUK BUAT TAUFUFAH

RESEPI PALING MUDAH UNTUK BUAT TAUFUFAH. Amboi ramai betul kan peminat Taufufah di kalangan orang orang melayu even tak silap Taufufah ni sejenis dessert @ manisan kaum cina tapi biasa la Ini Malaysia ma.. Berbilang kaum. Dah tak ada istilah melayu makan masakan melayu, cina makan masakan cina atau india makan masakan india. Selagi ia halal & bahan bahan di gunakan halal... Semua bangsa & agama boleh makan.

Bila saya upload gambar My Homemade Taufufah @ Taufufa ramai juga tanya macam mana nak buat. Macam kagum sangat kan lekatlekit boleh buat sendiri taufufa padahal.. Den pun belajar dari video kat youtube. Ada cara mudah nak buat Taufufa sendiri. Memang tak sesusah macam kita gambarkan. Kalau nak tahu macam mana moh ler kita ke segmen dapur sekangkang kera lekatlekit.

Bahan bahan yang di gunakan untuk sediakan taufufah ni pun tak banyak..

1. Agar agar tali atau serbuk agar pun boleh je. Janji agar agar

2. 1 Kotak air kacang soya. (saya guna 1 kotak kecik sebab nak buat dalam 2 mangkuk biasa orang jual tu)

3. Gula merah

Dah 3 bahan tu dah cukup. Tak banyak pun kan.

Cara nak sediakan dia Taufufa

1. Didihkan air masukkan agar agar masak sehingga agar agar cair kemudian tapis

2. Masukkan air kacang soya

3. Sejukkan (Biar dia beku)

Cara nak sediakan air gula

1. Didihkan air masukkan gula merah & biar hancur sebati menjadi air gula

2. Tapis air gula merah kalau Taufufah tadi dah beku just tuangkan air gula.

3. Siapa untuk di makan..

* Kalau boleh guna air soya yang pure soya bukan air kotak. Kadang kadang air kotak ni soya dia cair sikit. Kalau air soya yang orang jual tu buat sendiri.. soya dia pekat & lebih sedap taufufa korang. Rasa soya tu lebih kuat. Tapi kalau tak ada.. soya kotak pun ok dah.

Taufufa @ Taufufah homemade by lekatlekit.com

Mudah kan? Kalau macam ni pun hangpa rasa susah.. Pi ja beli kat pasar malam nu ada orang jual. tak pun gerai gerai tepi jalan.

Sekian resepi paling mudah semudah ABC untuk sediakan sendiri Taufufah di rumah. Buat sendiri ni bukan jer terjamin kebersihannya.. Kita boleh matching rasa tu ikut selera sendiri. ye dak..

RESEPI RENDANG MINANG VERSI LEKATLEKIT

RESEPI RENDANG MINANG VERSI LEKATLEKIT. Hari ni dah raya keberapa anak anak? Ya betul.. Betul la tu jawapan korang walau den tak dengar pun. tak kisah la raya keberapa pun tapi kita still dalam bulan raya lagi kan. Raya kan sebulan walau semalam semua dah start kembali kepada rutin harian macam biasa. Tapi mood raya tu still on selagi biskut2 raya tak tinggal serdak bak kata orang kedah.


Kalau orang melayu ni.. Raya & rendang memang tak dapat di pisahkan. Tak kisah la apa versi rendang pun majoriti setiap rumah tu kebanyakkan memang ada menu rendang. Raya haritu masa singgah rumah sedara sebelah suami.. depa jamu kami lemang & rendang minang. Bersungguh laki cheq makan.. Sedap sangat la tu. So, si bini pun rasa excited la nak merisik risik resepi dengan tukang masaknya.. Tapi resepi pun di beri secara lisan.. So, den pun masa ikut apa yang den ingat jer..

Makan.. Gigih la balik rumah sendiri merendang minang. Sedap tak sedap tu cerita lain episod. Yang penting cuba dulu. Masakan ni.. Tak semestinya kali pertama buat terus sedap tapi kena buat banyak kali baru improve skill tu. Tapi Alhamdulillah la.. First time masak rasa not bad walau tak 100% sama macam yang orang jamu tu.

Ada yang tanya resepi dengan den.. Ok ok.. jangan risau den memang sejenis yang tiada rahsia antara kita bab2 resepi ni. Apalah sangat nak share resepi. Yang tak boleh share suami jer.. kekekekekekeke

Antara bahan bahan yang di gunakan untuk merendang minang versi lekat lekit..

1. Of course la Ayam kalau nak buat rendang ayam. Ikut la berapa banyak hangpa nak masak
2. Bawang besar
3. Bawang merah
4. Lengkuas
5. Halia
6. Serai
7. cili padi
8. Santan (better guna santan fresh yang parut balik rumah kau perah sendiri)
9. Kerisik
10. Daun limau purut
11. Daun kunyit
12. Kunyit hidup
13. garam

Cara nak masak



1. Masak ayam dalam periuk sehingga keluar semua minyak2. Biar sampai kering minyak tu.

2. Kisar bawang besar, bawang merah, lengkuas, halia, cili padi & kunyit hidup. Kalau suka.. boleh kisar sekali dengan serai. Kalau tak suka takpe biarkan dulu.

3. Masukkan bahan kisar bersama santan dalam kuali.. Kau rebus sampai pecah minyak.

4. Bila dah pecah minyak baru campak ayam, daun limau purut, serai yang dah ketuk & kerisik.

5. Agak semua dah sebati.. Masukkan garam & daun kunyit yang dah di potong halus gaul & tutup la api tu.

* Petua orang bagi resepi ni nak sedap lebihkan bawang. Almaklum la membawang ni memang sedap katanya. kekekeke

Dah siap rendang minang versi lekatlekit katanya. Resepi tu den pakai ingat2 dalam otak je tapi bahan basic buat rendang ni lebih kurang sama jer. Cuma rendang merah yang biasa kita buat guna cili kering kan.. Rendang minang ni guna cili padi. Tu je.. Tapi tak tau la pure minang atau dah versi melayu punya rendang minang. Asalkan ada rupa minang ok la tu kan.. kekekeke

Siap dah bungkus dalam 'Tipuware' nak hantar kat mertua

Bagi anak anak dara yang nak merendang tu masih sempat lagi ni. Cuba la.. Manatau, dengan rendang resepi dari blog lekatlekit ni asbab hangpa dapat jodoh kan. kekekeke

RESEPI MASAK LEMAK CILI API TELUR AYAM MELEKAT LEKIT

RESEPI MASAK LEMAK CILI API TELUR AYAM MELEKAT LEKIT. Lama pulak tak buat segmen Dapur sekangkang kera lekatlekit ni kan.. Mesti ada yang tuduh dah lama tak memasak tu. Memang la kadang2 tak masak juga sebab dah di tapau sang suami. Kadang2 tengahari ambil budak lala dari sekolah nak hantar balik tu dia tapau siap2 nasi bungkus.. Jadi hari tu tak masak la hahaha. Tapi bukan hari hari pun. Seminggu sekali dua jer.. Dapur sekangkang kera lekatlekit memang la tak berasap sebab guna dapur gas tapi masih berapi. Buktinya baru 2 hari lepas tukar tong gas baru ok.

Bila dah berapi tu ada la menunya.. Normally selalu masak menu malas pergi kedai je siang siang hari ni. Antara menu malas pergi kedai den.. Masak lemak cili api telur ayam. Ni kes ada lebihan santan la... Guna santan kotak tu tahan lama sikit. Tapi tak boleh lama2 sangat simpan nanti dia rosak jugak. Tak pepasal kerana santan sekotak rosak masak lemak sebelanga. Maka meh kita melemakkan badan dengan masak lemak..

Tak payah tarik nafas dalam dalam sangat la kan.. Nak follow resepi lekatlekit ni. Semestinya sambil joget lambak pun boleh masak ok. Sesangat la senang sampai menangis mertua hangpa kalau tengok resepi lekatlekit ni.. sebab terlampau senang dia tak boleh buli menantu dia lagi hahahaha

Sebelum mukadimah dia jadi novel moh ler kita ke dapur yer tengok apa bahan yang lekatlekit guna nak masak.. Yang penting kau jangan kangkang kangkang atas bahan bahan masakan tu ok! Tak elok tau.. syirik,khurafat & mati masuk neraka nanti.

 Bahan bahannya 

1. telur ayam (ikut suka berapa biji kau nak masak. Den guna 3 biji jer)
2. Santan (Of course wajib kalau tidak tak namanya masak lemak)
3. Bawang besar
4. Bawang putih
5. Halia
6. Lengkuas
7. Cili padi
8. Serai
9. Kunyit (tak kisah la kunyit hidup ke kunyit serbuk. asal kuning je tapi jangan guna water color pulak)
10. Garam sebagai serbuk perasa
11. Daun limau purut (Tak wajib tapi kalau ada lagi sedap & harum)
12. Minyak masak

  Cara memasak 

1. Blend Bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, cili padi & kalau guna kunyit hidup masukkan sekali kalau guna kunyit serbuk tak perlu.

* Kalau rasa tak nak blend serai boleh ketuk je & masukkan dalam masakan nanti. Tapi saya suka blend semua untuk menghasilkan kuah yang pekat.

2. Panaskan minyak.. Of course dalam kuali bukan dalam pinggan yer. Lepas tu tuang jer bahan blend tadi dalam minyak panas tu biar dia kesakitan dalam tu. hehehehehe..nak memasak kena kejam.

3. Bila bahan blend tadi dah mendidih.. masukkan santan, daun limau purut, garam secukup rasa tapi jangan sampai kena darah tinggi.

4. Pecahkan telur sebiji demi sebijik & biar masak. Lepas tu tutup api.

* Kalau ada daun kunyit pun boleh masukkan.

Kalau ikut orang nogori dia memang tak guna bawang jauh sekali lengkuas & halia dalam masak lomak depa. Ni lekatlekit punya style. From utara with love katanya. hahaha..


Untuk tekak sendiri memang lulus dengan cemerlang la rasanya. Kalau hangpa nak tau kat tekak hangpa lulus ke tidak kena la cuba. hehehehe

Moral of the story.. Sedap di mulut jangan seksa di perut. Makan pedas berpada pada jangan cirit di kemudian hari. hehehee

MASAK SEPANTAS KILAT DENGAN PASTE D'CHEF

MASAK SEPANTAS KILAT DENGAN PASTE D'CHEF. Gaya hidup masa sekarang ni memang 24 jam macam tak cukup. Kalau boleh manusia zaman sekarang nak 1 hari 28 jam baru cukup depa nak siapkan semua tuntutan duniawi katanya. Nak - nak lagi masa sekarang memang terasa lajunya. Tup tup dah sampai nak ke penghujung tahun padahal perancangan yang awal tahun pun tak terlaksana lagi.



Macam tu juga rutin hidup seorang wanita,isteri & ibu.. Lebih lebih lagi yang bekerjaya ni. Awal pagi sebelum subuh dah bangun siapkan keperluan anak anak & suami. Ada tu yang mengamalkan makan masakan dari rumah memang pepagi tu kelam kabut la sikit. Mana nak siapkan anak anak, nak masak, nak siap diri sendiri pergi kerja. Mana nak blend bahan masak bagai. Ya Allah.. dengar pun rasa semput kan. Boleh bayangkan macam mana terkejar kejarnya wanita bekerjaya dengan rutin harian mereka start dari awal pagi hingga tengah malam.

Sebab tu la bagi memudahkan kaum wanita di Malaysia ni.. Nak menjimat masa & tenaga ketika memasak kat dapur.. Banyak produk paste di pasaran. Tapi tak semua paste yang ada di pasaran ni sedap even memudahkan aktiviti memasak pun. Ada yang rasa tak menepati citarasa asia sangat katanya hehehehe

Kalau hangpa dok tercari cari paste apa yang sedap nak di cuba.. Boleh try jenama D'Chef Paste. Macam macam paste masakan ada. Ada asam pedas, Rendang ayam, Beriyani & banyak lagi. tak tertulis dengan kata kata paste keluaran D'Chef ni. Kalau nak di senaraikan boleh buat drama bersiri katanya hehehehe.


Instant page ni bukan apa memudahkan kita memasak selain rasanya sedap. nak sediakan bahan & rempah ratus nak memasak ni pepaham je la.. Kena ambil masa jugak kan. Jadi dengan D'Chef Paste ni hangpa campak campak je pun dah jadi lauk pauk special untuk hidangan seisi keluarga dalam masa yang singkat. sesuai sangat la dengan gaya hidup sibuk manusia zaman sekarang.



Tak semestinya untuk yang berkeluarga jer.. Yang bujang lagi la sesuai simpan stok2 Paste jenama D'Chef ni. Anytime rasa nak masak masak.. nak2 lagi hujung bulan sementara nak tunggu gaji masuk. At least takde la makan telur kicap je kan. Boleh je makan sesedap masak sendiri menggunakan D'Chef paste ni.

tak reti masak takpe.. Meh sini nak share resepi2 yang sedap dengan Paste D'Chef ni..




Lepas ni dah tak ada alasan tak sempat masak sebab tak cukup masa nak sediakan bahan bahan nak masak. tak payah nak buat paste sendiri.. Guna je Paste D'Chef ni, Insya Allah.. tiap tiap boleh bawa bekal pergi kerja atau buatkan bekal untuk anak anak ke sekolah.

Kalau korang nak try Paste D'chef ni sila hubungi

Call/Whatsapp : 0136796693
Instagram : siti_khairiah2105
Facebook : Siti Khairiah

RESEPI SIAKAP MASAM MANIS PALING MUDAH DI ALAM SEMESTA

RESEPI SIAKAP MASAM MANIS PALING MUDAH DI ALAM SEMESTA. Tu dia.. berapa hari dah blog tak ber update katanya. Maaf la busy sikit. Ni baru ada masa nak jenguk blog yang penuh cerita suka & duka. Bercuti pun sebab perkara yang berlaku mengaitkan blog juga. Takpe la.. bab tu nanti ada masa kami cerita panjang lebar yer.. La ni kami nak share resepi jer. Almaklum la bulan puasa ni la orang rajin nak google resepi katanya.


Bila sebut menu siakap masam manis ni confirm ramai terbayang kerumitan nak memasak dia padahal dia kategori menu campak campak je nak2 versi aku ni. Asal ada ikan siakap je pun dah jadi masam manis katanya. Apadahal.. Janji ada rasa masam & manis sudah menggunakan bahan bahan asas yang memang selalu ada kat rumah.

Untuk versi siakap masam manis ni.. Di sebabkan ada ikan jer. Barang2 lain yang biasanya di gunakan untuk masak siakap masam manis takde tetap dia jadi jugak masam manis dia. Nak tau bahan apa yang aku guna.. let's check it out

Bahan bahan

1. Ikan siakap
2. Minyak masak untuk menggoreng ikan
3. Bawang besar
4. Bawang putih
5. Kicap manis
6. Sos tomato
7. Kiub pati ayam (Yang ni tak wajib)
8. Garam sebagai serbuk perasa (Jika perlu. Tapi selalunya tak perlu dah)

* Kalau suka pedas boleh masukkan cili padi yang di hiris

Cara memasak

1. Goreng ikan siakap. Ikut suka hati la nak garing ke tidak
2. Potong dadu bawang besar & bawang putih
3. Panaskan minyak masak (Guna minyak yang goreng ikan tadi)
4. Tumis bawang
5. Masukkan sos tomato & kicap manis. Kalau pekat sangat tambah sedikit air
6. Masukkan kiub pati ayam
7. Masak sekejab. Kalau tak cukup masin perasakan dengan garam.
8. Dah masak kuah dia.. curahkan je atas ikan siakap tadi.
9. Kalau ada daun bawang tabur je kat atas kuah tadi

Senang tak menu Siakap Masam Manis Versi lekatlekit. Simple yang amat. Budak darjah 5 pun reti nak buat ok! Tapi rasa dia, still sedap ok!

So, kalau hangpa nak buat menu bersahur pun sesuai atau menu berbuka puasa pun boleh. Memang sesuai di makan pada bila2 masa je jangan risau. Selamat mencuba semua.

RESEPI PERIA GORENG TELUR MELEKAT LEKIT

RESEPI PERIA GORENG TELUR MELEKAT LEKIT. Jarang aku nak masak sayur peria ni ok. Kecuali ada permintaan la. Di sebabkan hari ni ada permintaan dari suami yang suruh masakkan peria goreng telur untuk mak mertua yang masih uzur akibat mild strok so berasap awal sikit la dapur lekatlekit. Kalau tak ada request memang jarang nak masak pepagi.. Bukan ada sapa nak makan pun awal2. Selalunya petang & malam je aku masak.

peria

Walaupun jarang masak peria ni.. Tapi confident tu kena ada untuk masak sesuatu masakan yang memang bukan dalam kepakaran kita. Lagipun apalah sangat kan nak masak peria goreng telur ni.. Mungkin bagi aku antara masakan tak mencabar sangat tapi bagi orang tang baru belajar pegang sudip & senduk ni maybe antara perkara yang mencabar nak buat bila masuk dapur..

Takpe.. takpe.. Sebagai blogger yang prihatin.. Acik boleh share cara nak masak peria goreng telur ni. Manatau akan datang mak mertua hangpa request nak makan kan. Takde la kau mengelabah bewak kabok sangat kat dapur tu. Jom la kita terus ke segmen senduk sudip lekatlekit.. tu dia dah ada nama segmen kau! Jangan tak tau hahahaha

Bahan bahan

1. Peria
2. Bawang besar
3. Bawang putih
4. Telur ayam
5. Minyak masak
6. Garam
7. Serbuk kunyit

Cara nak memasak

1. Kau potong & cuci bahan bahan ni
    a. Potong bawang merah & putih
    b. Potong Peria
Rujuk gambar kat bawah

Peria, Bawang Besar & bawang putih

2. Bila semua dah potong & cuci bersih.. Panaskan minyak dalam kuali & tumiskan bawang besar & bawang putih.
3. Bila bawang dah naik bau.. Masukkan peria & goreng sekejab bagi lembut
4. Masukkan sedikit serbuk kunyit & garam secukup rasa. Gaul sehingga sebati
5. Masukkan telur & kacau sehingga seia sekata semuanya.
6. Dah masak tutup api & hidangkan jer


Senang kan nak masak peria goreng telur ni. Yang jadi susah mungkin tak tahu nak masak je. Tapi kalau ada keinginan nak masak, Insya Allah boleh. Jangan la sampai tak tau masak langsung even bukan kewajipan seorang perempuan memasak tapi kita dah di besarkan dengan adat yang paling tidak perempuan ni kena juga reti buat kerja dapur. Jangan sampai.. bila dah kawen lepas tu duduk dengan mertua kau cuma reti belek laki jer. Satu hapa kerja rumah kau tak reti & malas nak buat. Kesian mak bapak kau.. mesti terpalit noda atas kemalasan anak dia tu. Aku dulu masa duduk dengan mak bapak pun malas jugak masuk dapur.. tapi dah kawen ni memang berubah 360 darjah la sampai balik kampung sekarang tugas memasak dah jadi tugas aku. Sekali sekala bagi mak kita rilex sekejab la dari memasak. takkan sepanjang hidup dia nak jadi tukang masak kita je kan..

DHAL KACANG HIJAU PALING MUDAH & CEPAT UNTUK MASAK KUAH DHAL

DHAL KACANG HIJAU PALING MUDAH & CEPAT UNTUK MASAK KUAH DHAL. Satu masalah paling besar nak masak dhal ni adalah nak tunggu kacang dhal hancur & empuk. Memang menguji kesabaran katanya. Aku pernah nak masak kuah dhal ni.. Sampai habis gas la punya dok rebus kacang dhal. Sebelum ni kalau suami request suruh masak kuah dhal.. Serius dalam hati tu dah merungut tapi tak terkeluar la kat mulut. Dia tak tau ka letih nak tunggu kacang dhal empuk.. bukan sejam dua.. Tu pun dah rendam semalaman dalam air tu.


Di sebabkan perkara tu memang kebanyakkan orang lebih suka beli je yang dah siap masak.. Nak makan roti canai beli je kat mamak. Masalah laki aku dengan aku2 sekali memang tak makan restoran mamak dah lama sangat. Pepaham je la banyak sangat kontroversi pasal restoran mamak ni. Kadang2 kembang setaman dalam tekak ni. Bila sang suami nak makan roti canai dia beli yang frozen balik goreng je atas kuali.. Yang tu ok la. Kuah dhal.. aku jugak la yang nak kena masak.

Tapi sekarang aku dah tak mengeluh kalau laki suruh masak kuah dhal. Sejak berkenalan dengan Dhal kacang hijau ni.. Serius anytime laki nak makan kuah dhal boleh je masak.

Kacang dhal ni ada 2 jenis tau.

1. Dhal kacang kuda - Yang ni la aku rasa paling banyak pahala kalau masak dengan penuh kesabaran, keikhlasan & penuh kasih sayang. Sebab jenis dhal kacang kuda ni paling menguji keimanan seorang manusia macam aku. 3 - 4 jam pun kadang2 tak empuk rasa macam nak hempuk je.

Ada perbezaan dari segi size & harga dua jenis kacang dhal ni. Yang kecil tu lebih mahal even harga tak ada GST katanya hahahaha

2. Dhal kacang hijau - Yang ni membuatkan para isteri tersenyum ketika memasak. Sebab dhal kacang hijau ni senang empuk & tak perlu masa yang lama. Yang paling penting tak payah rendam semalaman pun. Nak masak.. boleh terus masak. Dalam setengah jam macam tu kacang dhal dah empuk. So pilihan aku memang Dhal kacang hijau.

Rasa dhal kacang kuda & dhal kacang hijau ni bagi aku takde la beza mana pun. Kalau sedap kau masak, maka sedap la rasanya. So, dari segi rasa tu bagi aku masih sedap sebab aku pandai masak kan.. well.. u know me. Ok ok.. jangan ludah tepi skrin. hahahaha

Alahai.. nak resepi jugak ke? Ok ok lah.. memandang aku chef di hati suami ku memang aku reti la jugak masak kuah dhal cara aku.. Cara aku masak kuah kari dhal ni..

Bahan - bahan

1. Dhal kacang hijau (rendam 5 minit dalam air panas)
2. Rempah kari ikan atau daging. Mana2 pun boleh
3. Daun kari
4. Jintan manis
5. Biji sawi
6. Terung
7. Ubi Kentang
8. Lobak merah
9. Bawang merah
10. Bawang putih
11. Kulit kayu manis
12. Bunga lawang
13. Minyak masak

* Kalau terung, ubi kentang & lobak merah tak ada pun tak apa sebenarnya

Cara memasak 

1. Potong bawang merah, bawang putih.
2. Potong dadu terung, ubi kentang,lobak merah. cuci & biarkan dulu
3. Panaskan minyak tumis bawang merah, bawang putih,daun kari,,jintan manis, kulit kayu manis,bunga lawang sampai layu & naik bau.
3. Masukkan rempah kari & kacau. Kemudian tambah sedikit air & masak sehingga pecah minyak
4. Masukkan kacang dhal & tambah air biar masak sampai hancur/empuk
5. Kacang dhal dah empuk & hancur baru masukkan lobak merah & ubi kentang
6. Masukkan terung
7. Biar sehingga semua bahan masak baru masukkan biji sawi.
8. biar masak sekejab perasakan dengan garam atau boleh juga kalau nak masukkan sedikit kiub pati ayam.
9. Dah semua sebati tutup la api. Membazir gas je masak lama lama. hehehehe

Dah siap kuah kari dhal. Ada orang buat kuah dhal tak letak rempah kari. Pun boleh tak ada masalah. Tapi aku suka kari dhal.. Tak susah sebenarnya masak kuah dhal yang susah sebab lama nak tunggu kacang dhal empuk je. Jadi kalau nak cepat stanby ke dhal kacang hijau. Settle masalah rumahtangga katanya hehehehe.

Dah siap kuah kari dhal ni. Boleh la di makan dengan roti canai frozen. Feeling macam lepak kat mamak hahaha

Apapun semoga info ni membantu orang lain memerlukan & selamat mencuba resepi kuah kari dhal by lekatlekit ni. Pasti anda lebih di sayangi lepas ni. hehehehehe

PETUA KUAH LAKSA TAK BASI SEHINGGA 5 HARI

PETUA KUAH LAKSA TAK BASI SEHINGGA 5 HARI. Laksa salah satu makanan kegemaran orang malaysia terutama orang utara ni. Ada orang hari hari kena makan laksa.. Ada orang seminggu sekali kena juga masak laksa & ada orang asal jumpa laksa mesti nak makan. Aku pun antara mereka yang suka makan laksa jugak ok. Lepas tu jenis over confident laksa masak sendiri konon lebih sedap dari orang masak.. So aku memang rajin la masak sendiri kalau nak makan laksa. Kadang2 aku sorang je makan tapi masaknya dekat setengah periuk. Jadi apa aku buat.. Selalu aku frozenkan kuah laksa dalam peti ais.


Normally aku masak kuah laksa ni even tak di frozenkan memang tahan 3 hari tak basi & masih sedap. Kalau sampai hari ke 3 pun tak habis aku baru aku simpan dalam peti ais. Petua nak masak kuah laksa supaya tahan lama tak basi ni mudah jer..

1. Jangan buat kuah laksa tumis. Minyak tu buat kuah laksa tak tahan lama. Kalau nak simpan dalam peti ais pun nanti minyak tu jadi tepu tak sedap. Jadi masak secara rebus je tanpa gunakan minyak akan buat jangka hayat kuah laksa anda lebih lama.

2. Cili sebelum blender (kisar) rebus atau rendam dalam air panas dulu baru blend. Masa masak cili biar sampai betul2 hilang bau mentah cili tu. Masak lama sikit. Kalau cili masak dengan baik, Insya Allah kuah laksa anda tak cepat basi.

3. Setiap hari panaskan.. Yang tu paling penting kalau tak di simpan dalam peti ais.

Tu je la petua yang selalu aku buat untuk memastikan kuah laksa aku tak basi & boleh tahan sehingga 5 hari. Kalau hangpa jenis pemakan laksa tegar macam aku boleh la buat macam tu kemudian simpan dalam peti ais. Rasa nak makan boleh keluarkan & panaskan jer.

Ni kuah laksa yang berusia 5 hari. 3 hari atas dapur & 2 hari dalam peti ais. Nak makan aku cuma panaskan dalam microwave jer. Makan dengan bihun yang dah di celur lembut. Rasa dia of course semakin sedap sebab kuah dia semakin pekat & rasa dia semakin sebati.

Kuah laksa ni tak semestinya boleh makan dengan laksa jer sebenarnya.. Boleh je makan dengan bihun & megi (mee segera). Tu cara aku menikmati kuah laksa. Pokok pangkal dia.. kalau kuah laksa tu sedap.. makan dengan apa pun sedap. Selamat mencuba petua masakan dari dapur sekangkang kera lekatlekit ni. hehehehe

13 MENU SEDAP YANG ANDA BOLEH MASAK MENGGUNAKAN TELUR AYAM

13 MENU SEDAP YANG ANDA BOLEH MASAK MENGGUNAKAN TELUR AYAM. Telur ayam adalah bahan mentah yang kita boleh simpan buat stok lauk masa sesak. Setiap rumah kebanyakkan paling2 mesti ada telur ayam kan? Sebab telur ayam ni senang nak masak.. Kalau malas sangat boleh je goreng makan dengan nasi panas & kicap. Tu pun dah cukup memusnahkan diet bagi wanita2 yang sedang nak kuruskan badan katanya. Anzalna pun katanya dia selalu masak telur goreng & nasi je untuk laki dia.. See.. retis pun jadikan menu santapan suami tercinta telur goreng je. hehehehe


Tapi jangan tak tau sebenarnya telur ayam ni boleh di pelbagaikan menu nya. Tak semestinya goreng atau rebus jer. Dia boleh di jadikan menu istimewa kalau tahu cara nak memasaknya. Kadang2 kita ni hari2 masak pun boleh jadi blur nak cari idea memasak apatah lagi yang jarang2 masuk dapur. Lagilah tumpul idea dia nak memasak. Jadi sebagai rujukan bagi mereka yang selalu buntu nak masak apa menggunakan telur ayam ni.. Korang boleh rujuk 13 menu dia bawah. Di sertakan dengan link sekali kalau korang nak cari resepi..


Ada juga yang suggest simpan je telur tu sampai menetas anak ayam.. bela bagi besar kemudian buat ayam goreng. Pun aku hargai cadangan yang macam minta kena kecam tu hahaha... Almaklum lelaki kalau minta cadangan menu gitu la depa. kekekeke


Jadi yang buntu tak tau nak masak apa dengan telur ayam.. Boleh cuba cadangan 13 menu tu. Telur ni kalau di variasikan rasa dia memang akan jadi menu high class jugak kan? Apa ingat telur lauk murahan ke? hehehehe

RESEPI AYAM GORENG SPICY ALA ALA MC DONALD

RESEPI AYAM GORENG SPICY ALA ALA MC DONALD. Sekarang tengah viral ayam goreng Mc Donald walaupun ayam goren Mc D ni dah lama wujud. Gara2 iklan TV... yang buat masing2 terliur macam ibu ibu mengandung mengidam. Sampai habis stok la ayam goreng tu...

Gambar sekadar hiasan

Aku dulu2 dah pernah makan pun. Sejak tahun 2009 lagi. Still ingat lagi rasa dia even dah lama. Yang spicy tu memang pedas tahap melampau jugak. Ayam dia lebih kering berbanding KFC agak berminyak. Memang kalau nak buat perbandingan Ayam Mc D ni better dari KFC sebab bila makan tak muak sangat. Sekarang aku tak tau la macam mana rasa ayam goreng tu. Sama ke atau dah berubah resepi dia. Tapi.. tak ada keinginan pun nak makan sebab iklan kat TV tu. Biasa jer pun sebab bagi aku.. benda dah pernah aku makan & tau macam mana rasa dia, kan?

Tapi kalau asyik habis stok je pun menyampah jugak kan? Kalau dah kempunan nak makan apakata korang cuba buat sendiri di rumah. Memang sangat berbaloi ok.. nak2 lagi yang ada anak ramai. Yelah.. nak makan kat fastfood restoran ni pepaham je harga dia kan? Bila masak sendiri kat rumah dalam jumlah yang banyak tu memang agak jimat.

Nak masak dia pun tak susah.. Korang boleh refer Video resepi Ayam Goreng Spicy Ala Mc Donald kat sini >> [VIDEO] Resipi Ayam Goreng Spicy << Senang kan? siap dia bagi video lagi sebagai tutorial. So, tak ada alasan tak reti nak masak selain kau memang malas je. hehehehe. Kalau nak resepi bertulis refer kat bawah ni ok

Bahan-bahan (perapan ayam):
- 1/2 ekor ayam
- 3 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar garam bawang putih
- 2 sudu besar lada sulah

Bahan-bahan (tepung):

- 2 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar garam bawang putih
- 2 sudu besar lada sulah
- 2 sudu besar mixed herbs
- 2 sudu besar baking powder

Cara-cara:

1. Gaul ayam dengan bahan-bahan perapan dan biarkan selama 4 jam.
2. Gaul kesemua bahan-bahan tepung.
3. Celupkan ayam ke dalam telur, kemudian salutkan bersama campuran tepung tadi.
4. Goreng lebih kurang 10 - 15 minit hingga masak.
5. Hidang!

Sedang elok la kan hari minggu buat menu2 macam ni untuk makan petang2. Anak2 happy.. ibu ayah pun boleh tumpang sekaki. Jimat belanja & boleh duduk bersama eratkan kasih sayang antara ahli keluarga.

RESEPI MASAK ASAM TELUR GORENG

RESEPI MASAK ASAM TELUR GORENG. Tu dia.. dia mai lagi dok feeling chef kampung kat blog katanya. Resepi masak asam pun hang nak share ka lekatlekit. Mesti la share.. I kan pembekal resepi resepi mudah & sedap. Tak lama lagi kita dah nak masuk bulan ramadhan. Bila tiba bulan Ramadhan ni mesti la bulan di mana Umat islam wajib berpuasa bagi yang berkemampuan menunaikan ibadah puasa ni. Bulan ramadan bukan jer terkenal dengan bazar makanan tapi terkenal juga dengan gastrik. Bulan tu la paling ramai kena gastrik berbanding bulan bulan lain kan... hehehehe

Resepi Masak Asam Telur Goreng

Bila dah kata bulan puasa ni.. Kena la bangun sahur supaya bila makan sahur tu dapat la memberi tenaga kepada kita untuk berpuasa sehingga matahari terbenam. Takde la perut berkeroncongan minta nasi kandar la hapa kan. Yelah.. waktu sahur ni normally waktu ramai yang masih di buai mimpi ke awan biru.. Kadang2 terlajak perahu jugak. Bangun cuma ada 15 minit je untuk bersahur. Juadah sahur pun tak ada apa2.. Hanya nasi kosong je katanya. Ok ok.. takpe meh sini i nak bagi resepi mudah yang boleh jugak di jadikan menu untuk bersahur last minute. Menu nya.. Masak Asam Telur goreng.. ada la berkuah sikit kan.

Bahan bahan dia

1. Telur Ayam (Berapa biji ikut la berapa orang nak makan)
2. Bawang Besar
3. Bawang putih
4. Halia
5. Cili Padi (Ni kalau yang suka pedas)
6. Lada hitam (ketuk je bagi pecah sikit)
7. Air Asam Jawa
8. Minyak Masak
9. Garam sebagai serbuk perasa

Cara nak memasak

1. Goreng telur dulu. Alah buat macam telur mata pun ok
2. Potong bawang besar, bawang putih,halia
3. Panaskan minyak tumis bahan kat atas tadi
4. Agak naik bau masukkan air asam jawa
5. Masukkan cili padi & lada hitam
6. Perasakan kuah dengan garam
7. Bila dah mendidih masukkan telur goreng atau tutup api curah je kuah asam tadi atas telur goreng.
8. Makan la apa tunggu lagi. hehehehe

Masak Asam Telur Goreng

Dah siap satu menu yang paling ringkas & sedap juga makan dengan nasi panas atau makan masa time tengah2 lapar gila tu. Tak perlu masa yang lama nak masak ni. Alah menu2 biasa orang tak berapa kaya raya katanya. Cukup la.. mampu rasa nikmat kenyang tu pun dah syukur sangat. Tak payah nak semak otak nak fikir makan mewah yang di luar kemampuan.. Makan je ikut kemampuan. Menu2 macam ni bukan je budget kecik tapi sedap jugak ok!

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT SENANG LENANG

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT SENANG LENANG. Tu dia.. Nama resepi kau. Ayam Goreng kunyit senang lenang katanya.. Amboi hang lekatlekit.. Ayam goreng kunyit pun nak share resepi ka? Setakat goreng & campak - campak tu budak sekolah rendah pun tau masak.. Aippp.... Jangan tak tau kadang2 resepi yang budak sekolah rendah reti masak tapi yang tua bangka umur di pinggir kubur pun tak reti nak masak ok! Nak bagi contoh.. Orang2 sekeliling aku pun ada sampai tua bangka pun tak reti masak. Asyik lauk tunjuk - tunjuk je hari hari.. Manalah tau tetiba seminggu sebelum mati tetiba dapat hidayah nak belajar masak Ayam goreng kunyit at least ada jugak resepi kat carian google tu katanya...


Aku ni nak kata pandai masak tu tidak la.. setakat menu2 kampung & menu2 simple tu reti la. Yang penting menu2 yang aku suka la. Lidah belacan ni bukan reti sangat nak makan western, korean food bagai.. Almaklum la selera kampung kampung katanya. Jadi sebab bukan la handal masak so aku share resepi resepi simple je la.. Kenapa Ayam goreng kunyit senang lenang.. Sebab senang je nak memasaknyer tijah Ooi.. Ni kategori masakan campak2 jadi jer...

Bahan bahan dia pun simple sahaja

1. Isi Ayam di potong dadu
2. Kunyit serbuk
3. Garam halus
4. Kobis bunga
5. Lobak merah di potong memanjang
6. Bawang besar
7. Cili padi
8. Minyak masak

Cara memasak

1. gaulkan isi ayam yang di potong dadu dengan garam & kunyit serbuk
2. Panaskan minyak & Goreng isi ayam sehingga garing
3. Masukkan lobak merah & goreng sekejab dengan ayam
4. Masukkan bunga kobis
5. Masukkan bawang besar yang di potong bersama cili padi
6. Gaul semua & goreng sekejab sehingga masak
7. Tutup api & hidangkan

Dah siap satu menu ringkas tapi kalau makan dengan nasi panas & sup kosong macam kat restoran tomyam tu pun dah cukup sedap ok! Kalau kat restoran tomyam untuk sorang makan ayam goreng kunyit ni pun dah RM3 - RM4 ok! Masak sendiri jimat belanja. Nak2 lagi untuk makan satu family

Ayam Goreng Kunyit Senang lenang by Lekatlekit

Jadi pada yang selama ni tak pernah cuba masak sendiri Ayam Goreng kunyit ni lepas ni boleh la cuba. Nak2 lagi yang bujang2 trang tang tang tu. Dok makan nasi bujang kat kedai pun muak jugak ye dak. hehehehehe

RESEPI PAJERI TERUNG PALING MUDAH DI MUKA BUMI

RESEPI PAJERI TERUNG PALING MUDAH DI MUKA BUMI. Tu dia.. paling mudah di muka bumi katanya. Kalau ada yang rasa susah jugak mohon kau pergi makan kat restoran mamak line clear sudah. Memang kau spesis tak berbakat nak pegang senduk & kuali.. Kau cuma berbakat sendukkan nasik & lauk dalam pinggan sendiri je.. hehehehe


Tapi bagi yang nak mencabar & belajar memasak boleh la mencuba resepi mudah lekat lekit ni... Bukan apa bila merantau kat tempat orang teringin nak makan boleh masak sendiri macam aku ni. Sekarang ni tak susah google je resepi apa kau nak semua ada.. Sampai resepi nasi kangkang pun ada orang google ok! tak tau la sapa la yang dok mencari resepi nasi kangkang tu yer..

Yang pelik2 tu tak payah la nak belajar.. Belajar je resepi yang tak payah nak kangkang macam resepi Pajeri terung ni.. Bahan2 yang di gunakan jugak terjamin bersih halal.. Berbanding nasi kangkang yang ramuan dia guna benda2 kotor. Jadi tanpa membuang masa hangpa yang memang sentiasa busy body tu meh la kita ke dapur lekat lekit.. Tengok apa bahan yang di gunakan untuk masak Pajeri terung ni...

Bahan bahan

1. Terung Panjang
2. Bawang besar
3. Bawang Putih
4. Halia
5. Kerisik
6. Rempah kari daging
7. Santan
8. Garam
9. Gula

Cara memasak

1. Kisar bawang besar,bawang putih,halia
2. Panaskan minyak tumis bahan kisar sehingga naik bau
3. Masukkan serbuk rempah kari daging. Tak payah bancuh masuk serbuk macam tu je & kacau
4. Masak sekejab.. kalau kering tu tambah air sikit. Masak sampai pecah minyak
5.Masukkan santan, kerisik & masak sekejab
6. Masukkan garam & gula secukup rasa
7. Masukkan terung yang di belah dua. Tambah air sikit & masak sekejab sehingga teruk lembut
8. Kalau dah masak tutup api & hidangkan.

Dah siap pajeri terung. Kalau ada bahan yang korang rasa aku tak masukkan tu.. Sebenarnya aku guna bahan2 yang ada dalam rumah je. Aku ni ada sejenis penyakit malas.. Kalau kat rumah tu aku memang malas nak keluar & pergi kedai. Punca utama adalah sebab rumah aku atas kayangan. Even ada lift nak turun ke bawah.. Tapi kalau dah Malas tu tetap malas hahaha. Apapun still bahan bahan basic tu cukup & rasa dia still sedap hehehehe


Apapun selamat mencuba resepi mudah & sedap ni. Jadilah wanita yang tahu memasak even tidak pakar sebab bila kita melangkah ke alam rumahtangga.. ketahuilah air tangan seorang isteri & ibu itu pengikat kasih sayang. Tak kisah la kau dapat laki chef sekalipun.. Air tangan isteri & ibu tu tetap istimewa. Sebab ada magic. hehehehe

LEPAS BACA ENTRI NI CONFIRM ANDA TAK BELI LAGI KENTANG PUTAR DI KFC

LEPAS BACA ENTRI NI CONFIRM ANDA TAK BELI LAGI KENTANG PUTAR DI KFC. Serius aku memang suka makan kentang putar kFC.. nak2 black pepper sauce dia tu.. Alahai nikmatnya makan nak2 lagi makan time masih panas panas. Hingga menjilat sudu ok. Kadang2 berebut jugak dengan asben menatang tu..


Aku yakin ramai yang baca entri ni pun peminat kentang putar @ Mashed Potatoes ni kan? Selalu tengok kalau yang ada anak kecik tu depa suka suapkan kentang putar ni kat anak depa sebab dia berasaskan kentang & lembut kan.. Cuma tu la sebenarnya tak berapa bagus untuk baby2 ni.. Sebab kita sedia maklum fastfood macam tu banyak serbuk perasa. Sikit2 bagi rasa tu ok la kan.. Jangan bagi makan sampai kenyang & jadi makanan rutin pulak. Tak baik untuk kesihatan anak anak tu bagi jangkamasa panjang.

Tapi kalau anak korang suka juga nak memastikan bahan yang di gunakan lebih sihat better buat sendiri la. Kita boleh control semua bahan perasa & kita boleh tahu tahap kebersihan semasa menyediakan.. ye dak? Lagipun air tangan ibu ni ada magic... So inilah peluang anda mengeratkan ikatan kasih sayang dengan anak melalui masakan.

Bukan susah pun nak buat kentang putar @ Mashed Potatoes ni. 15 minit je pun dah siap.. Tak caya 15 minit boleh siap? Tak caya korang tengok sendiri Video & resepinya kat sini >> [VIDEO] Resipi Mashed Potatoes << Confirm lepas tengok korang takkan beli lagi Mashed Potatoes yang sedap kat KFC tu. Sebab senang sangat nak membuatnya.. Rasa tak berbaloi nak berbaris panjang tunggu giliran nak order kentang putar kat KFC. Nak2 lagi hari minggu macam ni.


Kalau tak kemana mana hari ni elok la try buat kentang putar ni kat rumah. Sambil2 tengok TV boleh makan ramai ramai. Makan berebut rebut tu yang sedap.. Kalau makan sorang2 tak enjoy sangat katanya. hehehehehe

RESEPI NASI GORENG KERABU SARDIN

RESEPI NASI GORENG KERABU SARDIN. Nasi goreng ni menu yang biasa tapi boleh di olah dengan pelbagai rasa. Kadang2 sebab gabungan bahan bahan lain harga dia jadi mahal padahal nasi goreng je kot.. hahahaha. Jadi nasi goreng walau nampak simple tapi kalau hangpa pandai mengolah bahan bahan dia memang akan jadi special.. Sebab kat kedai ada jual nasi goreng biasa & nasi goreng special. hehehehe


Sebab aku masak nasi goreng special katanya harus la share resepi dengan orang lain. Setakat nasi goreng kicap & telur tu tak kuasa akak nak tulis ok... Tu dia kerek sungguh statement tu kan? Yelah.. nasi goreng yang tipikal macam tu ramai dah share resepi dia katanya.. Yang jenis kerabu ni maybe tak ramai lagi yang share kan? Aku pun sebenarnya main campak campak jer.. tetiba sedap pulak tu beriya nak share resepi.

Nak masak nasi goreng kerabu sardin ni bukan la payah bebeno. Cuma mungkin bahan di gunakan je lain sikit. Tapi jangan risau bahan bahan yang di gunakan semua boleh di dapati dengan mudah. Tak payah nak order sampai obersi... Ala.. ni kira menu2 tempatan of course la bahan2 dia pun kemelayuan jugak ok.

Bahan - bahan yang di gunakan untuk masak nasi goreng kerabu sardin ni adalah..

1. Nasi putih
2. Kerisik kelapa
3. cili kering
4. ikan sardin
5. Bawang besar
6. sedikit belacan
7. minyak masak
8. Kobis (Boleh juga letak kacang panjang atau daun ulam ulaman yang bersesuaian)

Cara memasak

1. Rendam dalam air panas atau rebus cili kering.
2. Tumbuk cili kering, belacan & kerisik (tapi kalau kerisik korang yang tak beku di frozenkan dalam peti ais rasa tak payah tumbuk la)
3. Panaskan minyak & tumis bawang
4. Masukkan bahan tumbuk tadi.. Masak sekejab
5. masukkan ikan sardin & hancurkan dia
6. Masukkan nasi gaul hingga sekata
7. Masukkan garam & gaul hingga sebati rasa dengan nasi
8. Last sekali baru masuk daun ulam - ulaman. Aku ada kobis jer. so aku masuk kobis. Kalau korang ada kacang panjang & sebagainya campak jer. Tapi make sure potong dulu kecik yer sebab yang nak makan manusia bukan lembu atau kambing.
9. Akhir sekali masukkan bawang mentah yang di potong gaul semua sampai seia sekata & hidangkan.

Boleh jugak kalau nak guna ikan masin kalau taknak guna ikan sardin tin. Ikut suka korang la kan.. Yang nak makan korang. Kalau aku rasa matching pulak rasa ikan sardin dengan bahan bahan lain.


Dah siap.. sila la rasa jangan malu malu. Insya Allah menetapi tekad orang melayu.. Rasa kerisik yang di gaul dengan nasi bersama rasa cili & ulam - ulaman lain di tambah pula dengan rasa ikan sardin sebagai pelengkap.. Memang termimpi mimpi lepas makan. hahahaha

Jadi selamat mencuba resepi mudah lagi menjilat jari ni.

RESEPI SAMBAL TERUNG PIPIT PALING MUDAH

RESEPI SAMBAL TERUNG PIPIT PALING MUDAH. Kembali lagi dalam segmen Dapur sekangkang kera lekatlekit. Hari ni kita jadi chef tak bertauliah sekejab yer.. Almaklumlah housewife macam aku ni memang tak boleh lari dari buat kerja kerja kat dapur.. Tak tau la housewife lain memang tak pernah jejak dapur kecuali makan jer.. Tapi memang ada spesis macam tu tau.. Kena ingat bila jadi isteri lepas jadi ibu.. pengerat kasih sayang adalah air tangan dari seorang wanita bergelar isteri & ibu.. Tak payah la nak berkira sangat konon bukan kerja perempuan masak memasak ni.. Memasak la.. Insya Allah perkara tu mungkin menjadi asbab kebahagian rumahtangga kita.


Tak reti masak bukan alasan.. Kalau kau pandai scroll news feed FB kau boleh dapat macam - macam resepi. Siap ada tutorial dengan video lagi. Pokok pangkal kau nak buat ke tidak je. Tak cukup kat Facebook.. Kat blog melambak orang share macam2 resepi.. Ni pun aku nak share juga resepi masakan kampung.. Sambal terung pipit.. Bagi pengemar makanan jenis sambal.. Cuba la masak. Insya Allah.. berjaya menambah kilo pada berat badan anda hahahaha

Kalau tak reti masak jangan risau meh chef lekat lekit nak bagi resepi. Kita mulakan dengan bahan bahannya dulu yer tuan tuan & puan puan..

Bahan bahan

1. Terung Pipit
2. Cili kering
3. Bawang Besar
4. Bawang Putih
5. Sedikit belacan
6. Air asam jawa
7. Minyak masak
8. Garam sebagai perasa

Cara memasak

1. Buang tangkai terung pipit lepas tu cuci & toskan. Letak tepi dulu
2. Rendam cili kering dalam air panas lebih kurang sepuluh minit
3. Blend (kisar) Cili kering, Bawang Besar, Bawang putih & sedikit belacan.
4. Panaskan minyak
5. Tumiskan bahan kisar. Masak sehingga cili pecah minyak.
6. Masukkan terung pipit
7. Masukkan air asam jawa
8. Masak sekejab tambah garam.
9. Kalau dah rasa masak tutup api & hidangkan.

Boleh jugak kalau nak letak ikan bilis, ikan goreng, sotong, udang.. Tapi yang aku masak sambal kosong dengan terung pipit sebabnya takde stok bahan lauk time masak sambal terung pipit ni hahahaha. Tapi tetap sedap ok makan dengan nasi panas & ikan goreng.

Sambal terung Pipit

Jadi yang tak ada idea nak masak apa hari ni boleh cuba sambal terung pipit ni. Takpe.. diet tu postpone esok je katanya... hahahaha

RESEPI KARI IKAN SARDIN TIN PALING MUDAH

RESEPI KARI IKAN SARDIN TIN PALING MUDAH. Baru baru ni aku ada beli sekor ikan kembong size besar.. Bila timbang.. Harga dekat RM4 sekor beb! Telan setiap titik air liur ok. Tu baru sekor boleh la makan berdua dengan asben.. Membayangkan orang anak ramai.. Paling2 kena jugak 3 - 4 ekor.. Ikan je pun menangis tepi mesin penimbang tu ok! Tak campur lain - lain lagi. Ikan pun bukan fresh sanga.. Dah bermalam dalam ais. Dah kategori mangsa Titanic dah ikan ttu tapi tetap Mahal yarabbi.


Nak makan ikan segar sekarang pun ada orang tak tau nak bajet macam mana kalau yang jenis keluarga besar alih2 sardin jugak jadi pilihan. Yer sardin pun dah mahal sekarang. Tin besar pun cecah RM8 tapi still masih ada pilihan yang murah katanya. Tak payah la beli cap chicken atau cap crown tu.. Tu memang level2 orang kaya je makan sardin tu sekarang. Beli la brand2 tak berapa popular.. ada je yang murah. Sebab ikan sardin ni pun masih boleh di pelbagaikan masakannya selain dok buat sambal sardin jer.. antaranya boleh juga di masak kari dengan ikan sardin tin ni.. Tak tau macam mana nak masak kari ikan sardin tin ni meh nak ajar...

Bahan bahan nak memasak kena tahu dulu.. Jadi semak je bahan yang di gunakan..

1. Ikan sardin tin (Tin besar ke kecik tu terpulang kepada jumlah orang nak makan)
2. Serbuk rempah kari ikan
3. Bawang besar (boleh juga guna bawang merah)
4. Bawang putih
5. Halia
6. Daun kari
7. Jintan manis
8. Air asam jawa
9. Santan
10. Minyak masak
11. Garam

Cara memasak

1. Asingkan ikan sardin dari sos. Atau buang je kuah sos dia sebab memang tak di gunakan.
2. Bancuh rempah kari dengan air jadi macam pes
3. Potong bawang besar @ bawang merah, bawang putih, halia
4. Panaskan minyak masak
5. Tumiskan bawang besar @ bawang merah,bawang putih,halia, daun kari & jintan manis sehingga naik bau
6. Masukkan serbuk rempah kari yang dah di bancuh tadi & masak sehingga pecah minyak
7. Masukkan santan
8. Masukkan air asam jawa
9. Masukkan ikan sardin & masak sekejab, masukkan garam secukup rasa & tutup api

Dah siap menu istimewa yang mudah dengan menggunakan ikan sardin dalam tin. Sapa kata ikan sardin tin tak boleh buat menu2 sedap. Boleh je bergantung pada kreativiti sendiri la. Nak buat masak lemak pun boleh ok! Cuma ikan tu perlu masuk paling akhir sebab ikan sardin tin ni tak perlu & tak boleh masak lama2 nanti hancur berkecai sehancur hatimu di tinggalkan kekasih hati katanya. hahahaha...

Kari ikan sardin tin air tangan lekatlekit katanya

Menu ni pun sesuai untuk makhluk2 di rumah bujang. Almaklum la antara menu2 rumah bujang ni sardin tin & telur dadar kan. Jadi kalau jemu masak sardin dengan sos dia tu boleh try masak kari. Manatau time jamu kawan2 makan kari sardin tetiba jodoh sampai kerana kari sardin tu sapa tahu. hahahaha.. Apapun selamat mencuba

RESEPI SAMBAL PETAI VERSI UTARA

RESEPI SAMBAL PETAI VERSI UTARA. Ni antara menu penghancur diet manusia jugak ni. Walaupun ada yang tak makan petai sebab dia sejenis ulam ulaman yang berbau.. Tapi lebih ramai penggemarnya berbanding yang tak menggemari. Dalam family aku pun ada adik & kakak aku yang tak makan petai even kami berasal dari kampung & membesar di kampung. Apa ingat semua orang kampung taste dengan petai ke? So, walau petai ni di gelar selera kampung tapi bukan orang kampung je makan ok! hehehehe


Tapi aku memang pemakan petai dari kecik lagi. Aku bukan selera kopitiam atau cafe hipster sangat.. Aku selera restoran kak senah bak kata Dayang deno. hehehehe.. Jadi bagi mereka2 yang berselera restoran kak senah macam aku confirm suka makan petai kan.. Disebab ramai yang suka makan petai cuma tak ramai yang reti nak masak petai ni.. Meh la aku share resepi sambal petai versi utara. Ada versi utara selatan jugak ke? Ada perbezaannya cara orang utara & orang selatan makan petai. Satgi hangpa tau la apa bezanya hahahaha

Bahan bahan yang di gunakan untuk masak sambal petai ni

1. Petai (aku guna 4 papan petai)
2. Ikan Bilis (boleh jugak guna udang atau sotong)
3. Cili kering
4. Bawang besar
5. Bawang Putih
6. Sedikit belacan
7. Air asam jawa
8. Minyak Masak
9. Garam (sebagai perasa)

Cara memasak 

Langkah pertama

1. Gorengkan ikan bilis & letak tepi dulu.
2. Kikis kulit petai & potong macam versi di bawah.

Potong macam ni ok.

Tu memang utara style. Kalau selatan style dorang tak masak sekali dengan kulit petai. Depa guna biji petai jer. Tapi kalau versi orang kedah macam aku kami akan potong halus2 dengan kulit sekali & masak. Sedap ok kulit petai tu!

Langkah kedua

1. Kisar (blend) Cili kering (rebus atau di rendam seketika cili kering dalam air panas sebelum blend),Bawang besar, bawang putih & belacan.
2. Minyak goreng ikan bilis tadi panaskan balik & masukkan bahan kisar. Masak sehingga cili tu pecah minyak.
3. Masukkan petai & masak sekejab
4. Masukkan air asam jawa
5. Kalau petai dah masak, masukkan ikan bilis goreng gaul sebati, masukkan garam secukup rasa & tutup api

Lepas tu hidang & makan la. Boleh jugak di jadikan sambal untuk nasi lemak atau di makan dengan nasi putih. Ikut selera korang la. Takkan tu pun nak kena ajar. hahahaha.

Sambal Petai

Senang kan nak masak sambal petai. Tak susah pun macam hangpa bayangkan selama ni. Tapi kesedapan dia mampu terasa sampai dalam mimpi ok. hahahaha. Selamat mencuba resepi mudah ni.

RESEPI AYAM MASAK LEMAK TANPA CILI PADI

RESEPI AYAM MASAK LEMAK TANPA CILI PADI. Normally orang buat masak lemak jenis berlauk ni memang letak cili padi atau cili apa atau apa2 cili la.. Cuma beza pedas dengan kurang pedas je kan.. Tapi memandangkan mak mertua kami tengah tak sihat.. Dia pun tak mau makan pedas pedas dalam tempoh dia masih uzur macam tu. Nak masak singgang je manjang.. Alahai kesian pulak kan. Lagipun tekanan darah dia dah turun kadang2 low.. So meh la kita bagi dia makan yang boleh naikkan darah dia supaya sentiasa di paras normal.


Maka sebab kat rumah den ada ayam.. Ayam yang den nak masak rendang sebenarnya. Almaklum la raya kan even raya cina sekalipun. Bila tinggal kat malaysia ni.. Semua raya kita berpeluang cuti maka di kira kita pun macam raya jugak la kan. Ada la tinggalkan sikit untuk masak kat mak mertua. Sebab bahan2 masak lemak ni ada persamaan dengan masak rendang.. so dari membazir bahan2 yang berlebihan maka berlaku la kisah masak lemak ayam tanpa cili padi di dapur sekangkang kera cik minah tak berapa gebu ni..

Bahan bahan nak buat Ayam masak lemak ni adalah

1.Ayam
2. Serai
3. Lengkuas
4. Halia
5. Kunyit hidup
6. Daun kunyit
7. Daun limau purut
8. Bawang besar
9. Bawang putih
10. Santan

Cara memasak..

1. Kisar Serai, lengkuas,bawang besar, bawang putih, kunyit hidup & halia
2. Ambil kuali tuangkan bahan kisar & masukkan ayam yang dah di cuci & di potong kemudian buka api.
3. Campak je daun kunyit yang dah di simpul & daun limau purut
4. Biar masak sampai mendidih kemudian masukkan santan.
5. Biar sampai masak & tutup api.

Dengan beberapa step mudah dah siap ayam masak lemak tanpa cili padi. Bukan je sesuai untuk orang2 yang tak boleh makan pedas malah untuk kanak kanak juga. Walau tanpa rasa cili padi tu tetap sedap ok! Lemak berkrim di sukai ibu mertua katanya hehehehe

walaupun tanpa cili tapi kesedapan dia tetap menyerlah ok. Ni letak siap2 dalam bekas pakai buang. Senang tak payah collect balik dah hahaha. Sebagai menantu yang baik kena la sekali sekala masak untuk mak mertua bukan je tunjuk baik masa sebelum jadi menantu je

Kalau yang nak convert masakan ni bagi pedas just kisar je dengan cili padi atau cili api mengikut kepedasan yang korang nak. Step memasak dia tetap sama. Cuma ada orang suka menumis bahan kisar guna minyak tapi aku guna kaedah merebus je semua. Sebab ayam & santan tu dah ada minyak. So tak payah berminyak minyak sangat nanti naik minyak pulak orang yang makan. hahahaha

Moral of the story.. Resepi ni utara style ok bukan nogori 9 style. Kena mention siap2 satgi ada yang dok pertikai orang negeri 9 masak lemak tak macam ni.. tak macam tu bagai. hehehehe

RESEPI SINGGANG IKAN UNTUK IBU MERTUA

RESEPI SINGGANG IKAN UNTUK IBU MERTUA. Tajuk tu tetap la nak berdrama katanya.. Kalau hang letak tajuk resepi singgang pun dah ok kot awat nak habaq habis singgang untuk mertua bagai. Tu la style lekatlekit katanya. Kalau tak gempak tajuk entri bukan lekatlekit.. trademark dari dulu lagi nak buat macam mana. Rasa macam tak puas tulis tajuk entri pendek pendek ni.. Dasar semua nak panjangkan cerita katanya. hahahaha

Gambar singgang ikan ku tengah mendidih atas dapur

Hari tu masa Mother in law kena ward.. Ada la masak singgang ikan untuk dia. Memandang dengan ada high blood & time tu memang blood pressure dia sangat tinggi so aku google masakan paling elok untuk orang sakit ni singgang la cuma jangan letak garam atau nak letak pun secubit jer camtu. Bergantung pada condition si pesakit la kan.. kalau tekanan darah memang tengah ke langit biru tingginya better jangan makan langsung garam.. Kalau dah mula stabil cuma nak control boleh makan untuk rasa sikit2..

Untuk singgang ibu mertua ku ni.. Sebab dia tak boleh makan masin lagi so terpaksa lebihkan rasa lain untuk sedapkan sikit la lauk untuk dia.. Takkan nak rasa air kosong je kan.. Bahan bahan yang aku guna untuk masak singgah ibu mertua ku ni adalah..

Ikan (ikut suka nak guna ikan kembong ke, senangin ker.. mabong ke.. ikan tongkol ke)
Kunyit hidup (kalau tak ada boleh guna kunyit serbuk)
Bawang besar
Bawang putih
serai
asam keping
Susu cair/santan (tak banyak untuk susu cair 1 sudu dah cukup kalau santan 1 -2 sudu bergantung pada kepekatan santan)
Bendi

Cara nak masak dia..

Tumbuk kasar kunyit hidup,bawang besar & bawang putih. Tak payah halus sangat agak2 hancur sikit tu dah ok.

Masukkan bahan tumbuk tadi & tambah air, masukkan serai yang dah di ketuk & asam keping buka api & rebus sampai mendidih.

Kemudian masukkan santan/susu cair & bendi.. Biar rebus sekejab

Masukkan ikan. Tunggu sehingga ikan masak & boleh tutup api.

* Bagi yang sihat nak pedas boleh letak cili padi yang di ketuk. Ni resepi untuk orang sakit kena bebas pedas *

Siap sudah singgang ikan untuk ibu mertua ku. Ni gambar sebelum di pos kerumah beliau

Sekiranya yang tak ada masalah kesihatan boleh la masukkan garam secukup rasa kalau yang sakit macam mak mertua aku ni sekarang condition dia tak la di tahap kritikal sebab dah balik rumah boleh la masuk secubit garam tu pun bukan secukup rasa. Sekadar ada rasa hujung2 lidah je tau. Tapi lagi bagus tak masuk garam langsung.

Senang kan masak singgang.. Ada orang tak masuk santan atau susu cair sebab mak mertua aku ni yelah tak boleh makan garam untuk pastikan darah dia tak naik balik. Tu salah satu cara nak bagi lauk tu ada sedikit rasa. Takde la pekat macam nak masak lemak tu yer.. just sekadar ada rasa lemak hujung2 lidah jugak. Sebab mak mertua request untuk kali kedua masak macam tu bermakna sedap la kot hahahaha. Korang nak tau sedap ke tidak cuba la.

Moral of the story.. menantu yang baik adalah menantu yang masak untuk ibu mertua hahahaha

Jom subscribe di channel youtube Surialekatlekitgurl

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com