TAK PANDAI MAIN SEBAB TU TAK DAPAT ANAK
TAK PANDAI MAIN SEBAB TU TAK DAPAT ANAK. Tu dia sentap orang baca tajuk entri. Kemain kau lekatlekit.. Tak sayang jari ka menaip statement kojaq (kurang ajar) macam tu. Hang nak kena kecam secara berjemaah ka? Hang tu anak ramai sangat ka? Setakat baru sorang anak tak payah bajet hang terer sangat la buat anak..Tu dia... marah betul hangpa na.. Tak dan kami nak explain terus kena sembur bertubi tubi. Bukan kami yang kata lagu tu tapi itulah ayat gurauan paling kojaq (kurang ajar) sesetengah dari kita bila berdepan dengan golongan yang dah berkahwin tapi belum di kurniakan anak. Bukan apa.. tadi kami tertengok rancangan wanita hari ni.. Topik hari ni pasal pasangan yang tak ada anak. Tengok pun dah dekat2 hujung topik. Sempat terdengar salah seorang panel jemputan yang sebut pasal perkara ni.
Katanya antara paling melukakan.. memalukan & mengaibkan bagi dia yang tak ada anak adalah bila di usik atau di sindir dengan ayat.. 'Tak pandai main sebab tu tak ada anak'. Nak2 benda tu di lontarkan di khalayak ramai secara umum.. Main yang dia maksudkan tu pepaham je la kan main apa. Bukan main konda kondi ok.. Benda - benda macam tu adalah perkara yang rasanya tak manis di jadikan bahan gurauan macam tu nak2 lagi kat orang yang di uji tak ada zuriat ni. Kau ingat kau terer sangat ke 'Main' anak berderet cukup 1 team bola tu?? Kau ingat sebab kau pandai main ke kau dapat anak? Hek kau!!
Mungkin sesetengah orang boleh terima gurauan macam tu tapi kena tahu bukan semua orang boleh terima nak nak lagi bagi golongan yang di uji dengan tidak di kurniakan zuriat. Golongan macam ni selalunya agak sensitif bila orang sebut berkaitan zuriat ni apatah lagi dengan memalukan mereka dengan gurauan macam tu. Boleh menyebabkan mereka stress, tertekan, malu & depression juga ok! Jangan di sebabkan kita yang bergurau tak kena tempat ada yang cuba membunuh diri pulak.
Kena ingat bukan saja tak ada anak tu ujian malah yang ada anak ujian lagi besar ok! Kau nak kena tanggung dosa pahala anak selama dia berada di bawah tanggungjawab kau. At Least orang tak ada anak ni.. kat sana dia tak ada soal jawab cara dia membesarkan anak. Kita ni nanti yang nak kena jawab kat sana.. Tu cerita bila lepas mati. Cerita masa hidup ni tak tau lagi lagu mana kejadiannya anak kita bila dah besar nanti. So jangan berlagak sangat la kita boleh beranak pinak macam kilang. Belum tentu semua production tu menjadi elok tertib lentik, ok! Mungkin dia tak ada anak tapi dia anak ni ok >> 3 Top Picks From Audi's Open Haus That Will Wow Your Family & Friends This Year << Kau hado?? So, ketahuilah rezeki setiap manusia tu berbeza.
Moral of the story.. Bergurau tak salah sebab kadang2 gurauan tu perlu untuk mengeratkan silaturrahim tapi bergurau pun kena ada batas & kena tahu juga dengan siapa & apa yang kita nak jadi bahan gurauan. Jangan fikir semua gurauan tu buat orang rasa terhibur ada yang orang rasa macam nak lebur je muka korang tu ok! So, elakkan dari bergurau dengan ayat 'tak pandai main tu' sebelum ada yang kena belasah sampai mandul. hehehee