Showing posts with label 10 bulan. Show all posts

NAK MENUNJUK SIKIT KAT DEPA

Kali ni sesi menayang lagi. Nak menunjuk sikit kat Ibu Aqil tu.. Dia ingat dia je boleh menayang si bulu mata lentik kat blog dia tu. Sang Lekit pun ada jugak si bulu mata panjang tapi tak selentik bulu mata abang Aqil la.

Kalau Ibu Aqil ada abang Aqil.. Sang Lekit pun ada akak Lala untuk di tayang dengan bangganya. Meh sini tengok akak lala di modelkan kat blog melekit ni. Lepas ni mesti Ibu Aqil menangis punya tengok. Mesti abang Aqil nak ngorat akak lala punya.

Amboi entri macam nak gaduh je kan.. Mana ada nak gaduh. Entri tayang2 ni adalah entri nak menayang baju yang di hadiahkan kawan2 blogger kepada lala masa di baru lahir dulu. Lala lahir 1.9kg je jadi tumbesaran dia mengikut dari berat lahir dia la & dia takde la montel2 sangat macam baby lain tapi dia montel dalam zon kg dia je la. So, lambat la sikit dia dapat bergaya dengan baju hadiah dari Ibu Aqil ni. Kalau lala lahir 3 kg maybe 6 bulan dia dah boleh pakai baju Ibu Aqil bagi ni tapi.. 10 bulan baru lala mampu menunjuk2 baju Ibu Aqil tu. Lala kan spesis ramping sikit..

Aksi Hisap jari tak miss punya

Bila makin lasak.. maka berat dia pun naik tak banyak sebab lemak2 yang terkumpul abis terbakar ketika dia melakukan aksi2 extrem dia. Tapi takpe janji setiap bulan ada jugak naik, kan??Untuk Ibu Aqil.. Lala nak ucap terima kasih bagi lala baju comel ni yang buat lala semakin comel bila memakainya. Mummy kata nak pakaikan baju ni bila nak keluar hari minggu nanti.


DIA BUAT AKSI SUPERMAN PULAK

Sejak masuk 10 bulan ni lasak si lala semakin menjadi - jadi. Adakah sebab berkaitan nama dia shahila? Sang Lekit ada terbaca 1 blog siang tadi berkenaan nama yang tidak serasi dengan sesetengah bayi menyebabkan bayi tu akan senang jatuh sakit, suka menangis @ lasak/buas/nakal. Itu cuma anggapan orang2 tua. Tapi dalam kes lala ni sang lekit rasa memang kot bayi yang membesar akan melalui semua tu. Itu tandanya dia sihat.

Tapi memang aksi - aksi shahila sekarang sangat2 merisaukan walau sang lekit happy bila tengok dia membesar dengan perkembangan macam tu. Lala memang susah nak sakit.. Senang jaga walau lasak. Cuma sang lekit tak berani nak biar dia main sorang2 sekarang ni. Dia sangat aktif memanjat. Yelah.. budak baru pandai memanjat ni kadang2 dia tak pandai lagi nak imbang badan. Nama pun baru belajar.

Tapi hari ni aksi lala memang buat sang lekit berderau jugak darah. Rasa darah turun sampai hujung kaki. Hari ni lala berjaya membuat aksi superman. Macam mana dia buat. Lala bangun hari ni pukul 8 pagi. Dia akan main2 dulu.. kemudian pukul 10 sang lekit akan mandikan dia.. lepas minum susu dalam pukul 11 @ 11.30 dia akan tidur balik. Time tu sang lekit ambil kesempatan la masak bubur lala. Sebab lala takkan tidur lama.. setengah jam je. Bila dia bangun boleh la bagi dia makan. Tapi hari ni lala taknak tidur.. sampai dah lewat sangat. Dah masuk tengahari buta. Dia asyik nak main. Sebab taknak bagi dia memanjat sorang2.. sang lekit letak dalam walker tolak walker dia kat peti ais. Sebab kat peti ais lala akan main dengan patung ribena yang sang lekit lekat kat pintu peti ais tu. Ingat boleh la masak bubur lala sambil perhatikan dia main. Tapi...

Sang lekit cuma paling muka sekejab untuk siang udang 3 ekor. Cuma nak buang kulit je. Sang Lekit toleh balik kat lala tengok2 dia dah meniarap atas walker. Separuh badan (dari dada hingga kepala) dah atas sofa.. Separuh lagi atas meja kecik walker tu. Kalau lah roda walker tu bergerak ke belakang confirm jatuh terhempap kat lantai. Dia nak ambil kertas resit beli barang. Berjaya jugak la dia dapat. Den macam nak gugur jantung je bila tengok.

Serik memang serik walau sang lekit jarang biar dia main sorang2 tapi biarlah itu kejadian pertama & terakhir. Biarlah dapur tak berkemas, rumah bersepah sikit, baju lambat cuci.. asalkan lala tak terdedah pada bahaya. Bayangkan tak sampai 5 minit sang lekit paling muka dah dia buat aksi superman macam tu.. Lala memang sangat lasak biarpun dia tak merangkak tapi bila dah pandai memanjat, lasak dia makin menjadi jadi. Setakat kena tendang dengan lala masa tidur tu memang hari2 la kena. Bila tengok TV dia nak panjat TV. Letak depan pc habis di hentak2 keyboard mummy. Pendek kata nak buat apapun sekarang kena tunggu dia tidur. Tu pun kena jugak berjaga. Takut dia terbangun.. terus buat aktiviti extrem dia di luar pandangan kita pun bahaya. Dia bangun jarang menangis.. terus main je.

Sebab tu la bahayanya walker. Tapi bahayanya si lala ni bukan letak dalam walker jer.. letak kat bawah pun sama. dia asyik cari benda dia nak memanjat. Walaupun dia selalu panjat sofa tapi risau jugak takut dia jatuh terhempap kuat. Akibat dari kejadian tersebut hari ni lala makan pun lewat.. sang lekit mandi pun lewat.. apatah lagi makan. Trauma sekejab. Dia sampai petang baru tidur. Kebetulan hari ni dapat call pasal Parentting blogger for milk Campaign tu.. minta sang lekit buat Draft  pasal susu Anmum Essential. Buat jugak la sambil2 perhatikan lala. Manalah tau ada rezeki.. cuba je la. Ye tak??? Sebab kelam kabut tersalah paham ter post lak kat blog tapi dah draft balik. Sepatutnya kena submit dulu kat Si Karen tu.. lepas tu dia akan submit dulu kepada advertiser kalau dorang suka baru dapat.

Dalam tak berapa ada masa sempat juga siapkan walau tak berapa sempat nak buat sangat

P/S : gambar lala buat aksi superman tu takde.. Gila time tu nak fikir ambil gambar. Yang sang lekit fikir time tu cuma bertindak pantas sebelum jadi sebarang perkara yang tak di ingini.


RAHSIA DI SEBALIK GAMBAR SEPULUH BULAN

Setiap bulan kalau muncul angka 20 pada kalendar pasti akan muncul entri ni. Yelah.. setiap bulan itulah hitungan yang di buat. Setiap kali bertambah angka.. Buat hati sentiasa ceria. Melihat dia membesar depan mata.. kadang - kadang rasa macam tak percaya. 10 bulan dah dah bersama dia.. Tak sangka berjaya jugak setakat ni sang lekit membesarkan dia dengan kudrat sendiri. Walaupun takde pengalaman.. tapi dia menjadi guru untuk sang lekit belajar bagaimana menguruskan bayi dari sejak lahir sehingga kini.

Hari ni Shahila @ Lala dah genap 10 bulan. Apa dia dah buat? Dia tak merangkak sampai sekarang.. Tapi dia boleh buat gaya macam baby nak merangkak cuma bila dia nak bergerak dia akan berada dalam posisi meniarap & meluncur laju. Dia boleh duduk kalau kita bantu dia letak dalam posisi duduk cuma dia nak buat sendiri macam malas. Tapi dari rentak dia.. sebenarnya & rasanya dia dah boleh duduk sendiri.. sebab masa dia tengok TV.. dah nampak gaya macam duduk.

Musim panas gini ler gayanya kat rumah

Bila sang lekit tunjuk gambar (upload kat FB & MMS kat family di kampung) orang fikir lala dah boleh berdiri sendiri & ada jugak ingat dia dah nak berjalan tapi sebenarnya lala belum boleh bangun & berdiri sendiri. Gambar yang sang lekit ambil masa dia berdiri.. sang lekit yang dirikan dia & sandar dekat sofa tapi sang lekit perhati lala macam boleh jugak imbang badan dia bila berdiri & kaki dia pun nampak kuat untuk bertahan bila berdiri. Dia dah nampak minat memanjat cuma skill memanjat belum cukup. Selalunya kalau sang lekit duduk tengok TV dengan dia.. dia akan datang panjat sang lekit. Sofa pun dia cuba capai dengan tangan dia untuk berpaut tapi tak sampai lagi.

 Lala Hari ni (10 bulan punya rupa)

Apapun melihat perkembangan dia sang lekit dah cukup lega & happy. Walau ada baby orang lain lebih cepat perkembangan dia berbanding lala.. Tapi cukup la lala berkembang dengan normal. Takpe la tak cepat sangat.. kan?? Tu pun dia dah tunjuk perkembangan positif.. jangan tamak sangat yer mummy. Jangan gelabah tak tentu pasal.. Nurse kan dah cakap bila dia besar dia akan membesar macam kanak2 lain jugak. Dia takde kekurangan kat mana2 pun. (ayat pujuk hati).

Senyum sakan dia

Apapun Mummy sayang anak mummy.. Lala dah 10 bulan.. dah makin lasak.. suka tengok TV.. Bila kat luar lala pandai bawak diri.. tak meragam, menangis.. Terima kasih Lala sebab jadi anak yang baik. Alhamdulillah.

Kusyuk tengok TV

P/S : Makin kuat menjerit budak kecik ni.. Nangis kurang.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com