Hari ni Shahila @ Lala dah genap 10 bulan. Apa dia dah buat? Dia tak merangkak sampai sekarang.. Tapi dia boleh buat gaya macam baby nak merangkak cuma bila dia nak bergerak dia akan berada dalam posisi meniarap & meluncur laju. Dia boleh duduk kalau kita bantu dia letak dalam posisi duduk cuma dia nak buat sendiri macam malas. Tapi dari rentak dia.. sebenarnya & rasanya dia dah boleh duduk sendiri.. sebab masa dia tengok TV.. dah nampak gaya macam duduk.
Setiap bulan kalau muncul angka 20 pada kalendar pasti akan muncul entri ni. Yelah.. setiap bulan itulah hitungan yang di buat. Setiap kali bertambah angka.. Buat hati sentiasa ceria. Melihat dia membesar depan mata.. kadang - kadang rasa macam tak percaya. 10 bulan dah dah bersama dia.. Tak sangka berjaya jugak setakat ni sang lekit membesarkan dia dengan kudrat sendiri. Walaupun takde pengalaman.. tapi dia menjadi guru untuk sang lekit belajar bagaimana menguruskan bayi dari sejak lahir sehingga kini.
Hari ni Shahila @ Lala dah genap 10 bulan. Apa dia dah buat? Dia tak merangkak sampai sekarang.. Tapi dia boleh buat gaya macam baby nak merangkak cuma bila dia nak bergerak dia akan berada dalam posisi meniarap & meluncur laju. Dia boleh duduk kalau kita bantu dia letak dalam posisi duduk cuma dia nak buat sendiri macam malas. Tapi dari rentak dia.. sebenarnya & rasanya dia dah boleh duduk sendiri.. sebab masa dia tengok TV.. dah nampak gaya macam duduk.
Bila sang lekit tunjuk gambar (upload kat FB & MMS kat family di kampung) orang fikir lala dah boleh berdiri sendiri & ada jugak ingat dia dah nak berjalan tapi sebenarnya lala belum boleh bangun & berdiri sendiri. Gambar yang sang lekit ambil masa dia berdiri.. sang lekit yang dirikan dia & sandar dekat sofa tapi sang lekit perhati lala macam boleh jugak imbang badan dia bila berdiri & kaki dia pun nampak kuat untuk bertahan bila berdiri. Dia dah nampak minat memanjat cuma skill memanjat belum cukup. Selalunya kalau sang lekit duduk tengok TV dengan dia.. dia akan datang panjat sang lekit. Sofa pun dia cuba capai dengan tangan dia untuk berpaut tapi tak sampai lagi.
Apapun melihat perkembangan dia sang lekit dah cukup lega & happy. Walau ada baby orang lain lebih cepat perkembangan dia berbanding lala.. Tapi cukup la lala berkembang dengan normal. Takpe la tak cepat sangat.. kan?? Tu pun dia dah tunjuk perkembangan positif.. jangan tamak sangat yer mummy. Jangan gelabah tak tentu pasal.. Nurse kan dah cakap bila dia besar dia akan membesar macam kanak2 lain jugak. Dia takde kekurangan kat mana2 pun. (ayat pujuk hati).
Apapun Mummy sayang anak mummy.. Lala dah 10 bulan.. dah makin lasak.. suka tengok TV.. Bila kat luar lala pandai bawak diri.. tak meragam, menangis.. Terima kasih Lala sebab jadi anak yang baik. Alhamdulillah.
P/S : Makin kuat menjerit budak kecik ni.. Nangis kurang.
Hari ni Shahila @ Lala dah genap 10 bulan. Apa dia dah buat? Dia tak merangkak sampai sekarang.. Tapi dia boleh buat gaya macam baby nak merangkak cuma bila dia nak bergerak dia akan berada dalam posisi meniarap & meluncur laju. Dia boleh duduk kalau kita bantu dia letak dalam posisi duduk cuma dia nak buat sendiri macam malas. Tapi dari rentak dia.. sebenarnya & rasanya dia dah boleh duduk sendiri.. sebab masa dia tengok TV.. dah nampak gaya macam duduk.
Musim panas gini ler gayanya kat rumah
Lala Hari ni (10 bulan punya rupa)
Senyum sakan dia
Kusyuk tengok TV
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT
Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah
* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.
Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017
Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com
19 Komen Melekat:
Tomei...happy 10th months old lala. Kejap jer dah beso yer ☺☺
eh dh besor la...comey la ank awk.. siyes..
anak buah kita pon dah setahun baru berjalan.. tuh normal lar lekit.. dont worry.. :)
dh 10bulan je.kejap je masa berlalu kan kak.hmm lala sihat n comels.putih gebu nampaknya.
hehe..lawa jambul die..comel!
dah 10 bulan..semoga mmbesar semakin sihat dan tinggi dari mummy tau.. :)
mesti seronok kan nengok anak membesar depan mata.. ni yg xsabar nk wat anak ni :)
comelnyer die....
teringat saya masa adik saya umur macam ni abah dirikan adik kat tapak tangan nak bagi dia balancekan badan, hihi
waaaaa dh besar dh lala.... makin manis... nnti dh boleh jalan, jenuh la nak kejar...hehehehe
Lala! dah 10bulan? tak lama lagi 12bulan, genap setahun! jgn lupa buat kek sedap2 tau nyah!
Comelnya lala...anak akak dulu2 le 10 bulan dah boleh jalan kecuali yang sulung 12 bulan baru jalan.
oh ye ke
adakalanya budak2 macam tulah dik
dia macam malas nak usaha sendiri
kalau kita buatkan , baru dia akan jaga posisi tuu ekeke
dah 10 bulan kan ..
kejap je masa berlalu , leh lah beradik ;)
apapun dia ni mmg tomey hehe
seronoknya kalau dah ada bayi sendiri.. x sabar rasanya nak kawin.. hihihi
oklah tu perkembangan untuk 10 bulan.....alhamdulillah sihat walafiat, salam kenal
rasa mcm sekejap sngt masa berlalu. dah besar dah anak awak.
dah besar dak Lala ni.. makin comel.. ;) dan seronok bila dia membesar depan mata kan.. ;)
comel2 nyer anak sis lekit
makin besar makin comel..ingatkan lala dah boleh jalan tadi..
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini