Showing posts with label lala. Show all posts

SELAMAT HARI JADI SHAHILA

20 Ramadhan bersamaan 20 Ogos 2011.. Lahirnya seorang puteri tepat pukul 9.38 pagi di hospital sg buloh. Lepas 4 hari siaplah surat beranak dan di daftarkan dengan nama Shahila. Nama pilihan dady dia sendiri mengikut perjanjian yang di tetapkan masa Shahila dalam perut lagi. Kalau baby girl nama bapak dia yang akan bagi.

Hari ni 20 Ogos 2013 genaplah budak shahila tu 2 tahun. Hari ni hari selasa.. Hari dady kerja. Tapi dady dah tinggalkan pesanan untuk lala.. Dady cakap lala bangun nanti tolong wish Happy Birthday. Dady kata nanti kita beli kek.

Hadiah untuk lala belum prepare setakat ni. Takde sebarang plan untuk buat majlis celebrate birthday lala. Maybe kita celebrate 3 beranak jer la kot. Lagipun kita selalu bertiga je buat sebarang aktiviti. Dunia kita pun kebanyakkan habis bertiga jer.. Kadang2 je kita invite Acu.

Duhai anak mami tersayang.. 2 tahun lala masih belum faham banyak perkara. Shahila akan belajar perlahan lahan & akan memahami dengan sendirinya nanti. Apa yang mami & dady harapkan shahila membesar dengan sempurna, sihat & jadi anak yang terbaik. Anak yang solehah.. anak yang cantik & anak yang cerdik.

Happy birthday Shahila. Moga hari ini & seterusnya shahila terus menjadi anak yang cemerlang & berbahagia dengan kehidupan sederhana kita ni. Mami & Dady sayangkan shahila..



MAYBE YES.. MAYBE NO.. DAH 1 TAHUN 8 BULAN HARI NI

Ye.. dah setahun lapan bulan. Menyemak entri bertarikh 15 Januari 2011 dimana test yang di buat sendiri kat rumah positif.. rasa macam alahai sekejab je masa berlalu. Maybe Yes Maybe No dah setahun 8 bulan dah...

Lala membesar macam biasa, sihat, aktif, lasak tak kira dalam tidur apatah lagi dalam jaga cuma makan je taknak sekarang ni. Tapi susu kuat jugak dia minum. Suka tidur lewat & bangun pun lewat sekarang ni. Tidur pukul 1 lebih.. bangun pun sekarang paling awal 11.30 pagi.. & pernah sampai pukul 1.30 petang baru dia bangun.

Rata2 kalau bawak lala keluar.. Orang tengok akan cakap 'Lasak budak ni'. Ye memang lasak budaknya. Tak reti diam langsung. Tidur pun lasak jugak. Abis semua orang di sebelah dia kena tendang. Kalau lala tendang bukan tendang2 baby.. atau tendang2 manja. Tendang2 perit jugak la rasa. Sampai dady taknak tidur sebelah dia lagi. Dia punya berpusing masa tidur 360 darjah gitu. Tu tak kira kalau dia bangun hempap kepala dia atas badan.. kadang tersasar kena kat muka memang rasa nak menangis.. nak nak lagi kena kat mulut atau batang hidung. Nasib la kau anak... hahahaha

Masih suka upin ipin.. jadi kami laki bini kalau nak makan kat luar selalunya akan bagi lala duduk dalam baby chair sambil layan upin ipin kat youtube maka tenang la kami makan. Kartun2 lain macam Dora The Explorer, Go Diego Go, Bola Kampung, lagu2 tema drama sinetron indonesia juga salah satu favourite lala selain lagu2 patriotik, lagu2 mengundi, lagu2 undilah BN bagai, juga lagu2 nasyid, zikir & selawat kat tv al hijrah. Tu semua lala suka tengok sambil dengar.

Tu je la cerita lala untuk kali ni.. Jom kita layan aksi shahila depan lensa camera bapak dia yang di snap mak dia tanpa didikan profesional.. hahahaha







P/S : maybe yes.. maybe no tu tajuk entri semasa berjaya kesan lala dalam perut


MAKAN MEE KUNING SEPANJANG MINGGU

Dah lama jugak la budak kecik buat perangai tak nak makan. Nak susu jer.. Jadi lama jugak sang lekit cutikan lala dari makan & sejak seminggu lalu sang lekit cuba balik bagi dia makan. Dalam kuantiti yang sedikit & sekali je sehari. Kang bagi banyak2 takut dia stress kena paksa makan, langsung tak nak makan.

Menu sepanjang minggu ni adalah mee. First time bagi dia makan mee.. sang lekit buat dia mee sup ayam campur taugeh. Nampak dia suka jugak makan. Esoknya try buat mee goreng pulak. dia makan jugak. Sebab dua hari berturut2 dia makan mee tukar pasta pulak. Buat creamy pasta. Dia makan jugak. Lepas tu buat pasta yang takde creamy2 dah.. Dia taknak makan. Esoknya buat mee balik. Mee sup ayam campur sayur sawi. Dia makan. hari seterusnya mee hailam. dia makan & hari ni mee hailam lagi

Jarang2 sang lekit nak tayang masakan hasil air tangan sendiri kan?? Ni la rupa bentuk hasil bersilat dengan kuali, sudip bagai.. Untuk shahila je. Mee hailam melekit. kekekeke

Nampaknya lala sukakan mee. Maybe sebab sebelum ni sang lekit belum pernah cuba bagi dia makan mee kuning kot. Nasi totally lala tak berapa minat. Kalau bagi pun jenuh la nak memujuk. Takpe la cuti la nasi sekejab.. tengok seminggu dua lagi try bagi nasi. Sekarang ni bagi lala makan apa dia nak jer. Susah jugak nak bagi budak lala ni makan. Nak bagi makan kat rumah & apa yang sang lekit masak je. Makanan luar memang susah budak ni nak makan. Nak ajar minum air kotak pun susah macam mana la nak ajar dia sedut minuman guna straw kan?? Tunggu sampai dia dah mesra dengan makanan baru senang nak ajar dia makan sendiri, minum guna straw.. Selagi dia makan nak tak nak macam tu memang bagi apapun tak jadi.

Sang lekit tak risau sangat kalau anak orang lain dah pandai sedut minuman guna straw & lala tak nampak pun macam reti minum dengan straw ni sebabnya lala memang tak minum minuman lain selain susu & air masak. Vitagen pun sang lekit selalu pujuk & lalaikan dia dengan tv bila nak bagi minum. Tu pun guna botol susu sebab senang nak pujuk. Macam tu jugak makan.. nak pujuk dia makan kena lalaikan dia dengan tv. Takpe sang lekit tak rasa terbeban pun buat semua tu. At Least dia makan juga walau sikit. Yang penting setiap hari kita berusaha untuk bagi dia makan. Lama2 dia boleh terima makanan jugak. Kalau kita pun malas... asyik sumbat susu jer, memang la budak tu lambat sikit la nak terima makanan. Rajin2 la try menu baru.

Tak nafikan sepanjang memasak untuk lala.. ada yang dia tak nak makan langsung. Ada juga dia habiskan. Tapi kunci utama jangan putus asa untuk terus bagi anak makan. Kadang2 budak2 yang bawah 2 tahun ni memang selera meragam sikit. Dari pemerhatian sang lekit ada budak masuk je umur 2 tahun, dia dah sukakan makanan. Jadi dalam tempoh bawah 2 tahun ni kita kena banyak sabar & usaha la untuk pujuk dia makan.

Asalkan dia membesar dengan sihat, jarang sakit, aktif & takde tanda2 ada masalah.. pun dah cukup bagus untuk perkembangan dia. Sekurang kurangnya lala ada kelebihan dia berbanding budak2 lain.. mungkin lala lambat dari segi dapat skill baru.. lambat berjalan (setahun  4 bulan baru jalan), lambat bercakap (dah setahun 7 bulan tak panggil mummy lagi ni) tapi lala budak yang jarang sakit & sentiasa aktif juga kurang meragam. Jadi.. kita tak perlu rasa rendah diri kalau anak orang lain dah belajar banyak perkataan sedangkan anak kita tak pandai cakap lagi.. Yang ada anak cepat segala galanya jangan riak & menunjuk sangat. Dan jangan nak compare anak kita tu dengan anak orang lain. Niat berkongsi takpe jangan niat nak membandingkan kelebihan yang anak kita ada dengan anak orang lain tu yang buat orang lain terasa. Masing2 anak.. semua di anugerahkan kelebihan masing2.

EPISOD SETAHUN 7 BULAN

Walaupun budak lala ni dah masuk setahun 7 bulan.. tapi check up & suntikan untuk setahun setengah nurse bagi appointment pada 21 March dimana pada tarikh tu lala dah genap setahun 7 bulan.

Untuk check up kali ni berat lala dalam graft yang comel lagi. Kira ada pertambahan berat walau selera makan lala merundum teruk. Dia cuma nak minum susu jer sekarang ni cuma sang lekit terus bagi dia supplement. Lala masih lagi ambil scoot emulsion & Appeton Multivitamin lysine. Susu fernleaf. Bila anak meragam tak nak makan ni memang kita kena pastikan dia banyak menyusu & minum air. Macam lala selain susu.. sang lekit bagi dia minum vitagen jugak sekarang. Jangan lupa air kosong pun kena bagi.

Dah macam2 resepi sang lekit cuba untuk buat shahila nak makan tapi tetap jugak tak nak lepas dah pandai jalan ni jadi kalau paksa sangat pun tak elok jadi bagi je la dia masa sampai dia betul nak terima makanan balik. Pun macam tu kadang2 sang lekit pujuk2 jugak makan. ada la sesuap dua dia makan.. kadang2 satu suap pun dia taknak telan. Selagi dia sihat, perkembangan dia baik.. sang lekit pun taknak bagi tekanan kat diri sendiri dah bila anak taknak makan ni. Dulu yer jugak.. lala taknak makan, mak dia stress lebih2.

Kelasakkan lala kadang2 menggugat juga kesabaran seorang mak ni. Bayangkan masa check up dia macam lipas kudung. Habis jer nurse check up lala.. sementara nak tunggu dia tulis rekod perkembangan lala dalam buku pink tu terpaksa pos lala keluar kat bapak dia dulu. Nak2 pula kali ni check up nurse pelatih yang buat. Jadi agak slow sikit la, kan. Bila tengok anak orang lain dalam bilik check up tu ok jer.. terasa pula anak daku ni memang lasak gila. Kalau kat umah ni tak payah cakap la. Dia tidur pun tak diam apatah lagi masa dia berjaga. Mummy ni nama je tido nak.. tapi 1 malam tu entah berapa kali bangun.. tak kena sepak dengan lala.. bangun angkat dia yang dah terbabas dari tilam. Memang orang tak pernah jaga lala akan anggap.. baby girl tak selasak baby boy tapi bagi sang lekit lasak lala ni kadang2 baby boy pun kalah.

Lala sekarang kuat menjerit.. dia main sorang pun jerit, dia tengok tv pun jerit.. Kalau dia jerit tu ada la benda dia excited. Cuma sekarang ni perangai lala time nak tidur suka merengek. Kadang2 sang lekit biar jer dia berguling atas tilam sambil merenget sebab kalau biar cepat sikit dia tertidur.. kalau di pujuk makin menjadi2 pulak dia merengek lepas tu lambat pulak nak tidur. Lala jarang nak tidur bawah pukul 12.. Nasib la mak ko surirumah nak..

Kelasakkan lala ni kadang buat bibir dia berdarah, dahi benjol.. dahi benjol kadang2 dia tak nangis.. kalau mulut berdarah tu selalu sekejab je nangisnya. Bukan sang lekit tak pantau aktiviti dia dalam rumah tapi bayangkan kita cuma paling sekejab nak buat susu, dia kat sana dah macam2 aksi bahaya dia buat. Makin tinggi makin banyak benda dia boleh capai makin terpaksa sang lekit simpan barang2 tak sepatutnya jadi mainan dia kat tempat yang lebih tersembunyi sampai kadang2 daku pun tak ingat bila nak guna.

Sang lekit ada cuba2 nak ajar dia tengok buku, pegang pen & conteng kertas tapi masalahnya lala ni dia nak pandai express.. bagi buku dia gigit, bagi pen dia gigit bagi kertas pun dia gigit. Cara dia study semua masuk mulut. hahahaha.. orang membaca untuk tambah pengetahuan, lala telan je semua ilmu tu gamaknya. hahahaha.. Pun begitu ada la juga kadang2 dia layan buku bergambar tak gigit.. Act macam membaca jer. kekeke

Tu je perkembangan lala yang mampu sang lekit cerita untuk setahun 7 bulan ni. Minta semua tolong doa shahila cepat pandai cakap.. Sekarang ni dia masih berbahasa pra sejarah walaupun mulut dia sangat bising. Tak sabar nak dengar dia panggil mummy.

Revolusi wajah budak lala

P/S : tadi nurse kata suntikan kali ni maybe demam.. Alhamdulillah selepas balik dari klinik terus bagi ubat demam stok kat umah punya yang di ambil dari klinik dr misai (private clinic) takde tanda2 dia demam lagi pun. Moga2 tak demam yer nak..


BILA LALA JADI VACUUM..

Hari genap usia budak lala setahun enam bulan & 4 hari. Dalam umur setahun setengah ni apa yang lala dah expert yer?? Boleh la.. nak kata  genius sangat sampai dah boleh hafal a sampai z tu takde la. Lala bukan kanak - kanak terpilih yang mendapat anugerah tu setakat ni. Akan datang tak tau la kot2 rezeki lala tergolong dalam golongan kanak2 genius.. Tu tak tau la pulak kan??

Sekarang lala dah semakin laju jalannya walau kadang2 terbabas jugak sebab lost control. Selera makan merundum sikit sejak dua menjak & sang lekit terpaksa beli sebotol lagi Appeton Multivitamin lysine untuk mengembalikan selera makan dia. Pun begitu dia tetap di beri makan jugak walau makannya sikit sangat.

Dan sejak dua menjak ni Bapak lala gegatal pulak tidokan lala dalam buaian balik. Nampaknya lala kembali menyukai dirinya di buai sambil tidur. Sejak kembali ke arena buai membuai ni senang sikit sang lekit setting time tidur siang dia. Lala akan bangun selalunya pukul 10 pagi.. kalau awal pun maybe pukul 9 atau 9.30 pagi. Kadang2 je terlebih awal dalam pukul 8 pagi tapi jarang lala nak bangun time tu. Kalau lala bangun pukul 10 selalunya dia akan mandi pukul 11.. kena jarak 1 jam selepas dia bangun dari tidur sebelum bagi mandi untuk memastikan dia tak badmood masa mandi. Lagipun time dia bangun tu time tayangan kartun2 kat tv alhijrah. Dia bangun minum susu dulu.. dalam setengah jam lepas minum susu dia akan minum scott emulsion & setengah jam lepas minum scott emulsion baru mandi.

Lepas dia mandi.. dia minum sebotol lagi susu. Dalam 11.30 ke 12 gitu la jam dia.. sejak lala suka membuai ni sang lekit akan tidurkan dia sekejab. Masa dia tidur tu boleh la masak untuk santapan dak lala di tengahari nanti. Kalau sebelum ni lala jarang tidur time tu.. selalunya masa bagi lunch kat dia belum sempat habis.. dia dah ngantuk. Selalu sangat terjadi dia tidur dengan nasi yang masih dalam mulut., Jadi sejak dia kembali tidur dalam buai.. sang lekit tidurkan dia dulu. Dalam buai senang nak paksa dia tidur.. buai jer dalam 15 minit ke setengah jam tidur la dia. Jadi bila time dia makan nanti takde la dia terlentok. Lala guna electric rocker sebab tu dia kalau dalam buai kemain nyenyak sebab buaian dia sentiasa membuai. Selalunya kalau pukul 11.30 dia tidur.. 1.30 tu dia baru bangun. Kira lama la tu berbanding sebelum ni taknak tidur langsung time tu.

Masih menanti lala menyebut perkataan keramat iatu Mummy.. tapi belum sampai seru lagi nampak gayanya. Takpe sabar.. Tak payah nak sedih sangat kalau budak2 lain sebaya lala dah pandai sebut macam2, kan?? Biarlah kalau depa nak compare anak depa lagi cepat perkembangannya janji lala membesar dengan sihat, comel & ada perkembangan yang normal. Memang lala lambat bercakap, setahun 4 bulan baru berjalan.. Tapi Alhamdulillah setakat ni lala di beri antibodi yang kuat jugak jarang nak demam. Setiap kejadian tu ada kurang & lebih. Kadang2 budak tu cepat jer perkembangan dia tapi selalu pulak sakit, kan?? Allah nak bagi tu cukup adil dah..

 Men'Try baju baru acu beli.. (kena sebut nama Acu untuk bodek lebih)

Lasak.. mana2 budak sebaya lala pun memang masa dorang melasak tanpa ada belas kasihan kat mak bapak dia la. Memang time dia nak belajar semua benda. Lala ni jenis suka sangat mengutip benda masuk mulut. Tak kira la dari barang mainan dia & apa2 je la dia jumpa atas lantai sampai kadang2 sang lekit panggil dia vacuum. Yelah.. semua benda nak masuk mulut. Memang susah hati jugak la.. dia tak kira apa je dia jumpa atas lantai semua dia nak kutip masuk mulut. Tak kira la sekecik2 zarah sehingga sebesar2 alam.. Asal muat dia sumbat dalam mulut dia.. dia sumbat je. Paling dia suka jenis benang.. Sampai floss bapak dia pun dia buta macam gula2. Sedap betul dia isap benang kalau dia dapat. Sampai kusyuk la dia nikmati. Kadang2 kemain panjang dia tarik benang floss tu.. Mentang2 ada perisa.Satu lagi perangai dia kalau isap jari ke.. minum susu ke.. mesti pintal2 rambut. Kalau dia isap jari sambil berdiri pun mesti pintal2 rambut. Nampak kelakar sikit bila dia buat macam tu nak2 lagi sambi berjalan.

Jari kelingking pun jadi la.. Janji boleh nyot2..

Lala dah pandai membodek. kalau dia nak tengok upin ipin kat youtube dia akan berkepit dengan dady. Semalam dia dah tunjuk reaksi macam merajuk kemudian pergi kat dady. Lala pantang kita buka peti ais mesti laju dia datang tutup.. macam tu jugak pintu bilik.. kalau kita tutup laju dia dia pergi tolak. Tidur lala sangat lasak di malam hari.. tiap2 malam sang lekit bangun & angkat dia tidur di posisinya betul. Kadang2 sampai kelantai perginya. Kadang2 di hujung kaki kita dia tersadai. Memang la sang lekit kerap bangun sebab angkat lala yang terbabas dari tilam tapi takpe la.. redha je la dapat lala yang lasak ni walaupun mulut daku ni pernah luka & berdarah akibat di hempap kepala lala tapi dia rilex je tidur. Tak sakit pulak tu.

Selepas 4 Bulan pertama kelahiran lala dengan episod yang betul2 menguji kesabaran (sebab lala suka menangis tengah malam tak henti2 sampai dekat subuh), selepas 4 bulan tu.. Memang tak susah lagi nak handle budak lala ni. Mungkin dia dah puas menangis masa 4 bulan pertama tu, sekarang dia jadi susah nak menangis atau meragam. Masih lagi maintaince dengan perangai baik tu walau suka sepah rumah dengan mainan.. Tapi bagi sang lekit biar dia lasak hati tak gundah dari dia meragam jiwa jadi kacau bilau di buatnya.. kan??

Tu je la perkembangan lala yang mampu sang lekit cerita. Susah nak cerita detail sangat sebab bagi sang lekit lebih mudah faham kalau tengok dari nak di luahkan dalam bentuk karangan ni. Apapun perkembangan lala normal je macam budak2 lain jugak.




DAH DAPAT LESEN BERJALAN

Akhirnya setahun 4 bulan..  dapat jugak lesen P.. sebulan lagi Insya Allah dapat lesen penuh la tu. Bila dapat lesen penuh nanti confirm la berdesup perginya kesana sini. Almaklum la time time macam ni la dia nak menjelajah seluruh pelusuk yang ada.

Masalahnya cerita pasal lesen apa ni?? Siapa yang dapat lesen?? Alkisahnya budak lala akhirnya dah pandai berjalan sendiri jugak. Sejak awal bulan haritu (maybe hujung bulan 12 kot..) dia dah tunjuk tanda2 nak berjalan bila dia mula bertatih setapak dua. Sekarang dah bertapak2 dah dia bertatih tapi jalan jatuh lagi la. Rajin betul budak lala practice berjalan.. Dan makin jauh pula dia menjelajah. Tapi nasib baik la rumah kami ni kecik jer.. Lega rasa hati mummy. walau lambat akhirnya lala berjalan jugak. Memang betul2 anak dady la lala ni. Semua nak lebih kepada dady. Muka pun lebih mirip bapak.. berjalan pun ikut bapak.. setahun lebih baru jalan macam bapak dia juga (menurut cerita ibu mertua ku ler..)

Dah dapat skill baru maka dia punya ragam pun dah bertambah la. Dia punya lasak pun semakin naik level dia. Almaklum la dah boleh berjalan kan?? Bab makan.. lala dah makan nasi. Lega tengok dia nak makan tapi masih terus bagi dia Appeton Multivitamin lysine & Scott Emulsion. Susu haritu masa takde selera nak makan lala minum dugro sekarang dady lala dah tukar susu fernleaf. Makin selera pun dia minum susu fernleaf tu. Termasuk mak & bapak lala pun suka jugak susu fernleaf tu. Kurang manis tapi sedap. Sesuai pula dengan lala bila sejak kali pertama dia minum & hari ni dah masuk minggu kedua dia minum dia takde sembelit atau cirit birit. Dulu lala ada masalah sembelit jugak.. sekarang takde lagi. Hari2 mesti berak berbanding dulu kadang2 2 hari sekali. Dugro pun ok jugak.. membantu naikkan berat badan lala masa dia taknak makan langsung. Tapi fernleaf ni nampak lala lebih suka rasanya walau lala ni jenis bagi susu apapun dia minum cuma banyak dengan sikit je la. Kebanyakkan susu lala dady yang pilih kecuali dugro tu je mummy yang suruh dady beli atas rekemen seorang kawan.

Bab lain.. bagi sang lekit ok jer. Lala susah meragam, susah menangis & memang suka main la. Normal la budak2, kan?? Makin hari cuma dia makin manja la sikit. Suka lentok2 kat badan mummy & dady. Suka tido beralas peha mummy masa tengok TV. Yelah makin besar makin berperasaan la kot.. Macam biasa lala senang nak bawak kemana mana. Sebabnya dia jarang sangat nak buat perangai. Dia punya perangai bagun tidur terus hala kat tv. Lala memang hantu tengok tv sikit walau masa dia bangun tu tv off tetap dia akan pergi kat tv dulu.

Lala ni jenis kalau tengok tv nak cium skrin tv tu.. tak larat nak angkat & ubah dia jauh dari tv..

Diam tak diam.. dah semakin membesar budak shahila tu. Rasa sayang pulak nak tinggalkan saat2 boleh peluk lala selalu, mandikan dia, suapkan dia makan, main dengan dia, cium dia.. Yang pasti semua tu satu hari akan jadi kenangan. Kenangan yang semua ibu ibu akan merinduinya jadi waktu yang ada nikmati sebaik mungkin.


SAAT NASIK MULA DI KUNYAH & DI TELAN

 Wah.. tajuk entri.. sesuatu sangat. Nak tau sesuatu apa teruskan membaca hingga ke titik yang terakhir tanpa skip satu perkataan pun. Tu dia serius bebeno bunyinya, kan??

Rasanya dekat sebulan jugak budak lala meragam tak nak makan. Asyik minum susu jer.. Sang Lekit tetap tak putus asa untuk pujuk dia makan. Kalaupun dia taknak makan makanan berat sekali sekala dalam sebulan ni sang lekit bagi la juga makanan yang ringan & sedikit sedikit setakat dia nak makan. Macam roti ke.. buah ke.. Sesuap dua jer dia makan. Kadang2 dia nganga je tapi dia kemam dalam mulut tak telan2 sampai terpaksa sang lekit korek & buang pulak. Yelah.. selagi ada makanan dalam mulut dia sampai dia tidur pun dia tak telan & dia takkan minum susu selagi makanan tu ada dalam mulut.

Susah hati tu tak payah cakap. Tapi pendekatan yang sang lekit buat, adalah jangan paksa dia makan. Biar dulu kalau dia taknak makan. Sang lekit taknak dia fobia dengan makanan bila kita terlampau paksa. Lagipun sebelum ni dia elok je makan.. mungkin masuk tahun baru dalam umur dia tu ragam dia macam tu.

Lala
dua tiga hari lepas.. sang lekit mula perasan dia mula nak makan semula. Bila orang suap apa2 dia dah nak nganga & telan makanan tu. Semalam sang lekit suap dia mushroom soup pizza hut tu.. banyak jugak dia makan. Jadi hari ni sang lekit cuba bagi makan nasi dengan ayam goreng yang sang lekit carikkan halus2 & sup sayur bayam+kentang+ayam. Saja je letak ayam goreng sebab dua tiga hari lepas try bagi dia ayam goreng dia nak jugak makan sikit. Hari ni Alhamdulillah dia habiskan juga nasi yang mak dia suap dengan syarat tak mau duduk dalam walker lagi masa makan. Nak bebas.. sambil tengok tv, sambil main, sambil merayap & buat apa saja dia suka la. Makan bermula sesi makan 1.30 tghari & berakhir jam 3 petang. Kalau dulu suap bubur nasi kat dia setengah jam je paling lama sambil duduk dalam walker & tengok TV tapi sekarang lebih mencabar. Saat menyuap nasi ke mulut lala, dia mengunyah tanpa paksa & menelan dengan selera.. lega rasa hati mummy ni nak.

Perkembangan seterusnya.. lala mula tunjuk langkah pertama dia semalam bila sang lekit cuba ajar dia berjalan. Dia berjaya tiga empat tapak jugak la sambil sengih sampai telinga. Hari ni pun sama juga. Cuma kena tambah keyakinan dalam diri dia. Kena bagi moral support banyak2. Tak lama lagi.. maka berlari riang ria la anak mummy. Maka bertambah mantap la vokal & stamina mummy lepas ni.

Lala masih terus ambil scott emulsion & Appeton Multivitamin lysine. Cadangan nak bagi lala mealshake tu tak jadi buat masa ni sebab dia dah tunjuk tanda positif nak makan. Mungkin Appeton Multivitamin Lysine tu boleh dah cukup membantu kot setakat ni. Tengok perkembangan seterusnya la nanti. Kalau memerlukan jugak lala ambil mealshake, nanti mummy belikan je la. Takpe asalkan lala sihat & aktif selalu.

Jadi kesimpulannya.. mak lala pun happy la sikit. Moral of the story.. jangan jadi mak yang cepat gabra macam sang lekit. Cool sudah.. solve problem ikut peringkat & jangan nak amik pusing sangat dengan perkembangan anak orang yang lebih cepat berbanding anak sendiri. Lantak la dorang nak compare pun.. kan??

P/S : Lala dah nak makan nasi senang hati sikit nak pergi holiday bulan depan. Dady nak bawak kita jenjalan jauh tu.. :D


BERAT BERTAMBAH WALAU TAK MAKAN

Sesetengah orang risau bila berat bertambah walau dia rasa dia dah cuba kurangkan makan & banyakkan bersenam.. ada orang pula suka bila berat bertambah walau dia tak makan banyak mana pun. Suka atau duka.. bergantung pada keselesaan size badan seseorang la. Manusia kadang2 memang susah puas hati dengan diri sendiri, kan??

Sekarang ni bukan nak cerita hal orang dewasa ok walau mukadimah macam tu.. Sekarang kisahnya adalah kisah seorang anak yang tak nak makan lebih kurang 2 minggu yang buat mak dia susah hati sangat. Akibat dari kesusahan hati tu.. mak dia beriktiar bagi si anak minum scott emulsion, Appeton Multivitamin lysine & juga menukar susu dari dutch lady kepada dumex dugro. Kesusahan hati seorang mak ni rasa lega sedikit bila tiba hari check up si anak.. bila di timbang berat si anak yang dah 2 minggu hanya minum susu & taknak makan apa2 menunjukkan hasil yang positif.

Alhamdulillah berat lala bertambah juga sekilo setengah bulan ni & graff dia pun nampak comel jer.. Dah bagitau nurse lala buat perangai taknak makan, macam2 dah sang lekit cuba bagi dia makan tetap dia taknak. Nurse kata takpe.. di sebabkan dia aktif & berat dia pun bertambah pujuk pelan2 sampai dia nak makan. Kalau refer dengan Doktor pun katanya takde apa2 masalah. Berat lala naik ni maybe dia sebabkan susu kot.. sebelum ni dia takde masalah makan memang ok je. Disebabkan dia taknak makan  & atas cadangan seorang kawan suruh tukarkan kepada susu dugro.. buat berat dia yang susut naik balik. Memang masa seminggu pertama dia taknak makan pun badan dia nampak susut & ringan. Pergi check up kat klinik Dr Misai pun Dr Misai cakap berat dia tak cukup & tak naik (Dr misai tu dari private clinic) Tapi selepas minum 1 pack pertama Dugro.. rasa berat bila dukung. Jadi mungkin sebab susu kot lala berjaya menternak berat badan walau dia taknak makan langsung. Tapi dia minum susu memang dua kali ganda lebih banyak dari sebelumnya la.

Sang Lekit teruskan jugak bagi dia scott emulsion & Appeton tu. Masih juga cuba pujuk dia makan. Tapi tak hari2 la sebab tak nak dia jadi trauma bila asyik kena paksa makan & terus jadi benci kat makanan pulak. Risau tetap la risau.. dalam umur lala tu sepatutnya dia makan, makanan berzat & tak boleh bergantung pada susu je tapi nak buat macam mana.. dah usaha macam2 tetap dia taknak makan jugak. Nak kata tak ajar makan dari start 6 bulan sampai setahun dia makan ok jer.. dah masuk setahun 2 bulan dia mula buat perangai taknak makan. Bukan mak dia yang malas.. ok! Jadi apa yang boleh sang lekit tunggu je budak tu berjalan.. maybe ragam dia taknak makan berkaitan dengan dia nak dapat skill berjalan kot. Sekarang ni dah dah pakar berdiri tegak. Tak lama lagi mungkin lala akan bertatih seterusnya berjalan & berlari riang ria bersama colgate. Motif colgate pulak, kan??

 Model berbayar ok!

P/S : Dok berkira2 nak try bagi lala Mealshake?? Sapa2 ada pengalaman boleh la share


KESAN SCOTT'S EMULSION PADA BUDAK 1 TAHUN

Shahila dua tiga hari ni tak nak makan. Puas dah buat macam - macam. Ada yang kata dia dah taknak bubur.. perlu bagi nasi. Dah buat. Pun tak nak makan. Dah cilok resepi kat internet..  masak je apa yang dia boleh makan pun tak jalan. Risau hati mak ni nak..

Bila shahila tak nak makan.. mak dia turut sama hilang selera makan. Haritu masa proses tumbuh gigi2 pertama pun dia tak nak makan.. lepas 6 batang siap sedia terpacak dalam mulut tu selera makan dia kembali & badan dia pun naik sikit. Pipi pun ada pau sikit. Tapi sejak dia pandai berdiri & nampak macam nak menapak setapak dua ni.. Terus selera makan dia takde. Risau la jugak takut kurang zat sebab lala ni budaknya aktif sangat. Asyik minum susu je pun tak cukup jugak untuk keperluan harian dia sebab dia dah setahun 3 bulan kan..

Risau.. anak ok mak pulak kena admit wad sakit jiwa sebab terlebih risau anak taknak makan maka semalam kami tiga beranak pergi la mencari apa2 yang patut untuk budak shahila tu. Pergi guardian kat The Store sg buloh tu.. Tak banyak produk suppliement untuk budak satu tahun.. banyak yang ada dalam bentuk tablet. Mana mau nya nak mengunyah.. yang ada time tu scott's emulsion je dalam bentuk cecair. Tanya akak yang keja kat situ.. dia kata scott's emulsion pun boleh membantu menaikkan selera makan budak2.. takpe la try la dulu. Sempat capai jugak gripe water sebab orang cakap benda tu pun boleh bagi budak2 selera makan. Untuk shahila malam semalam tu dua barang tu je la.. Selebihnya mak bapak dia.. lebih sikit mak dia la. kekekekekeke


Balik tu sebab nak test power shahila suka ke tak scott's emulsion perisa oren tu try bagi dalam 6ml. Kalau ikut sukatan untuk budak 1 tahun ni kat kotak tulis 15ML. Lepas minum scott's emulsion tu.. sejam macam tu dia berak setelah 2 hari tak berak sebab kurang makan. Berak ok je tak sembelit. Tu antara kebagusannya la. Lepas tu dia punya aktif sampai pukul 2 pagi baru nak tidur. Memang betul2 memberi energy tambahan pada budak lala ni. Selalunya lewat2 pun dia tidur pukul 12 jer. Maka mak dia dapat la moral of the story.. lain kali bagi minum pagi2.. dia aktif siang2 je. Malam dia tak overactive sangat. hahahaha

Pasal makan.. hari ni pujuk + paksa.. makan jugak sikit berbanding semalam tak nak makan langsung. Esok tengok macam mana. Try seminggu dulu, kalau tak berkesan nanti mummy cari vitamin lain yer nak.  Gripe water tak cuba lagi. Nanti la nak cuba bagi.

satu satunya benda yang dia sentiasa berselera adalah jari dia sendiri

P/S : Yang mana ada petua nak bagi tambah selera makan budak ni share2 la yer.. apa2 vitamin @ supplement  @ petua2 semulajadi turun temurun ker.. amat2 memerlukan.

MANDI MUNTAH BUKAN TOLAK BALA TAPI..

Ajaran mana pulak sang lekit ikut ni sampai kena mandi muntah bagai. Mandi muntah?? dengar pun dah loya tekak.. apatah lagi nak bayangkannya. Mau terkeluar semua isi perut. Yang selalu dengar orang mandi bunga je kan.. Kenapa pulak kena mandi muntah bagai ni sang lekit.. Apa dah jadi setori pelessssssssss...

Nak story la ni pasal semalam. Budak lala entah kenapa pula tetiba muntah je.. dekat 4 kali jugak la. Tapi dia tetap la aktif macam biasa cuma lepas minum susu je muntah. Masa dia muntah kali ketiga tu.. (lepas minum susu) sang lekit angkat dia nak pergi cuci badan & muka dia yang kena muntah tu.. sekali masa tengah dukung dia muntah lagi dengan banyak. Habis dari baju sampai ke seluar kena muntah dia. Bau masam la sikit.. bau susu kan??

Lepas ibu & anak mandi tu sang lekit tak berani nak bagi susu lagi.. bagi minum air kosong je. Tak muntah pulak. Sebelum tidur tu bagi sikit susu.. tengah2 nyenyak dia tidur dalam 1.30 tu dia muntah. Muntah pun mata tak buka. Abis muntah terus sambung tidur.. Mak dia yang tak lena tidur takut lala muntah sambil tidur. Alhamdulillah bangun pagi ni lala minum susu & tak muntah lagi. Dia takde nampak tak sihat pun.. aktif macam biasa jugak.

Bila lala muntah teruk semalam baru sang lekit teringat, takde pulak sang lekit rasa geli ke loya ke dengan muntah lala. Kalau dulu yer.. kalau tengok baby orang muntah susu pun dah rasa loya tekak. Nak2 lagi bau masam muntah susu tu.. silap haribulan daku yang lagi teruk muntah dari baby tu. Tapi bila anak sendiri yang muntah walau sampai mak bermandikan muntah anak tu.. perasaan sayang tu mengatasi segalanya. Otak masa tu risau.. jadi takde la terfikir geli ke hapa ke, kan?? Lagipun sebagai mak.. sejak lahir memang kerja kita la cuci kencing berak dia. Dah takde rasa apa2 dah. Lain la mak jenis sejak lahir anak dia sekali pun tak pernah cuci kencing berak anak dia.. memang la dia rasa geli tiba2 kena buat, kan?? jangan kata takde mak macam tu.. benda ni pengakuan seorang mak pada sang lekit sendiri. dua anak dia tak pernah cuci kencing berak sejak lahir.. semua mak dia yang buat. Boleh gitu??

Bak kata pantun.. Anak udang.. udang juga, mana sama anak tenggiri.. anak orang.. orang juga mana sama anak sendiri. Ye tak?? Bila anak sendiri tu, apa je kita boleh buat. Takde sempadan kasih seorang ibu tu pada anaknya. Mungkin hari ni kita geli dengan muntah & berak baby orang lain.. percayalah bila kita jadi mak kita takkan geli semua tu lagi dengan anak sendiri. Kalau kau geli sapa nak tolong kau buat kalau macam daku ni sebatang kara di tempat orang. Nak tak nak kena juga buat sendiri.. kan?? kekekekekeke

Lepas Makan & berak.. tidur dalam kenikmatan


LALA OH LALA.. LAMA TAK DENGAR CERITA

Oh la la.. sekarang tengah tido. Maksudnya pukul 1.38 pm dia tengah tido. Sekejab lagi mungkin dia bangun maka bersiap sedia dengan perisai.. Sebaik je dia bangun dia akan check TV samada pasang atau tutup. Kalau TV tu off.. paham2 je la, kena buka.

Lepas buka TV, kalau ada rancangan peberet dia, dia tengok la. Kalau takde dia tengok TV time iklan je tak pun time lagu2 patriotik bertema 1 Malaysia tu. Sementara takde benda menarik kat TV.. dia akan mula memanjat apa2 je boleh di panjat. Panjat sofa je selalu sebab sofa je benda yang ada boleh dia panjat kat depan tu. Atau sepahkan mainan dia yang sebesen & pelbagai jenis. Kalau bosan dia merayap2 di kawasan sekitar mencari benda yang terlarang untuk main. Malam dady ada kat rumah, boleh layan upin ipin kat youtube guna enpon kecik je. Sementara nak tido.

Kusyuk layan upin ipin kat enpon kecik dady

Lala sekarang baru ada 6 batang gigi dalam usia setahun 3 bulan. Baru pandai berdiri sendiri tanpa berpaut.. Jalan coming soon la kot. Lambat sikit dia berjalan berbanding baby2 lain tapi perkembangan otak dia takde la terbantut. (Lambat jalan mungkin di pengaruhi faktor keturunan kot sebab bapak lala pun setahun setengah baru berjalan. Mak lala cepat je jalan tapi lala pilih ikut jejak bapak dia nak buat macam mana, kan?? Gigi atas pun macam bapak juga.) Setiap hari ada je benda baru dia belajar. Belajar mengumpil benda yang melekat, Belajar menggunakan apa2 benda sebagai alas memanjat & macam2 lagi la dia belajar setiap hari secara semulajadi.

Hak bermain hak kami.. katanya (gambar 2 bulan lepas. Yang terbaru malas pulak nak godek2 dalam camera

Cakap.. Lala masih tak fasih berbahasa melayu. Masih cakap dalam bahasa ala2 korea sikit, filipina sikit.. kira dia cakap bahasa yang mix je la. Mak dia masih dok kerah lala menyebut mumy.. kadang2 dengar dia cakap didi (dady.. la kot). Lain di ajar lain pulak dia belajar. Tahap kelasakkan lala & kemuraian mulut dia semakin berkembang pesat. Kalau dulu balik umah tok & Opah kat Gombak sana.. sampai Opah tanya suara nya mana.. sekarang ni Opah cakap, kuatnya suara. Tak diam duduk. Manjat dah jadi hobi walau di mana jua berada. Umah Opah takpe yer nak.. rumah orang lain harus mummy kepit ko supaya diam. Kang lasak2 sangat orang benci pulak.

Mangsa buli Acu sendiri. Tu la dok tak diam..

Makan.. Walau macam2 pendapat & pandangan yang suruh ajar lala makan nasi tetap mak dia kurang yakin dengan tahap kemampuan anak dia mengunyah nasi berlauk. Takpe la.. mummy pelbagaikan lauk pauk & sayur dengan bubur nasi je. Cuma bubur lala tak lenyek halus dah macam dulu sebab lala dah pandai kunyah2. Walau makan bubur pipi lala nampak gebu sikit dah berbanding haritu masa mula2 nak tumbuh gigi.. seminggu dia kurang nak makan. Berat dia agak susut. Tapi selepas tu dia makan macam biasa & nampak berisi sikit.

Susu dah 70% susu formula. Cuma time bangun tengah2 malam & bangun tengah2 pagi buta je dia nak minum susu ibu. Alhamdulillah masih ada stok lala minum. Kalau siang2 hari dia tak nak pulak.

Lain2 nanti next entri pasal lala mummy story.

P/S : Siapa tak suka tengok anak cepat bercakap, berjalan tapi setiap perkembangan baby tu tak sama. Ada yang cepat & ada yang lambat jadi tak perlu la kita nak buat perbandingan yang mungkin buat orang lain terasa. Setakat berkongsi pengalaman tu ok ler.. tapi jangan memperlekehkan pulak. Peace!



DAH SETAHUN SEBULAN.. BUAT APA GAMAKNYA?

Sejak menginjak ke setahun ni.. kurang dah entri pasal dia.. dah setahun sebulan lebih dah. Takde sesi canang2 pasal dia.. takde sesi2 tayang2 muka dia kat blog ni.. jadi apa cerita dia sekarang yer??

Syok main jongkang jongkit dengan mummy
Setahun sebulan ni apa perkembangan budak lala tu yer.. Budak lala macam biasa, aktif & sihat. Gigi baru muncul dua batang (Gigi bawah). Belum boleh jalan... tapi sang lekit tak risau sangat sebab lala tak menunjukkan dia ada sebarang masalah sebab dia masih berusaha memantapkan skill2 yang ada untuk berjalan. Mungkin lala tak secepat baby2 lain.. Tapi Insyaallah tak lama lagi berjalan la si lala tu. walau dia masih berjalan dengan berpaut pada sesuatu.. tapi sel2 otak dia dah banyak bersambung. Buktinya trick dia cukup banyak. Kalau dia nak memanjat kat tempat dia tak sampai.. dia dah pandai guna benda2 yang ada sekitar untuk dia jadikan pelapik. Tepi katil ada meja jepun yang kecik tu bapak dia guna letak laptop.. kalau dia nak panjat katil sekarang dia dah tau.. meja & laptop tu la akan bantu dia sampai atas katil. Dan.. pintu bilik kena sentiasa tutup takut di seludup masuk makhluk bernama shahila senyap2 nanti.

Mulut memang bising kat rumah. Pot pet pot pet.. kadang2 dengar macam jepun.. kadang2 macam cina.. kadang2 macam filipina pun ada bahasa dia. Yang penting melodi2 yang keluar dari mulut dia semua tone2 dari bangsa & negera manusia bermata sepet & berkulit putih.. hahahahahaha. Lala dah pandai macam2 benda.. termasuk mengunyah buku ABC.. kalau tak pandai jugak nanti tak tau la.. punya la tekun anak ku belajar sampai kunyah buku la. hehehehehehe. Setiap hari dia akan layan youtube dengan dia punya bapak sebelum tidur malam. Lala ni kalau tak cium ketiak bapak dia.. memang susah sikit nak lena. Siang hari sekarang dia akan tidur tempat yang ada bau bapak dia la. Lala ada perangai yang sang lekit kadang2 geram.. dia kalau baru2 pejam mata dia punya berguling.. aduhai. habis semua orang dia sepak. sementara dia nak betul2 nyenyak tu memang mak bapak dia jadi bola la sekejab.
Budak kecik tengah membesar

Makan lala.. bertambah mengikut umur dia jugak. semakin besar semakin banyak. Lala tak di ajar untuk mengunyah cikedis dalam umur dia sekarang. Memang totally lala makan apa yang mummy dia sediakan saja. Mummy dia pun ada azam tak nak ajar lala makan makanan ringan, cukup la dengan badannya yang ringan. Kecik lala kecik yang sihat. Jadi.. jangan risau tiba masanya dia akan besar jugak.

Sepanjang setahun 1 bulan bersama lala.. adalah 1 detik yang sangat2 menyeronokkan lebih2 lagi sekarang. Keletah dia memberi senyuman di bibir & di hati. Dulu risau rasa macam tak berapa yakin nak jadi mak orang.. tapi sejak lala lahir & jadi cikgu & ajar macam mana nak jadi mak orang, rasa dah semakin tahu & semakin jadi mak orang. Jadi jangan risau bakal2 ibu.. kerana lahirnya anak itu bersama ilmu untuk jadi seorang ibu. Kita akan terus belajar & belajar menjadi ibu demi anak kita.

Kipas susah mati Upin Ipin.. kalau x cium skrin TV tu tak feel kata lala tengok upin ipin.


SETAHUN SUDAH SANG PUTERI TURUN KE BUMI

Raya kedua haritu genaplah setahun sang puteri turun ke bumi. Turun ke bumi melalui perut mummy bukan jatuh dari langit yer.. Maka membesarkan sang puteri 9 bulan dalam perut mummy kemudian lahir & membesar sehingga 1 tahun 3 hari, hari ni dan semoga terus membesar & membesar lagi bagai juara.

Sempena ulangtahun kelahiran sang puteri yang ke setahun yang jatuh pada 2 syawal (bulan Islam) bersamaan 20 Ogos 2012 takde sebarang majlis untuk sang puteri sebabnya kat rumah (kampung) sang lekit tak putus2 di kunjungi sedara mara. Ada jugak plan nak buat parti kecil dengan adik beradik kat rumah sebab bulan ogos di kongsi hari lahir dengan Acu (13 Ogos) Ateh An (15 Ogos) & lala (20 Ogos).. Juga mummy akan datang 28 ogos tapi memandangkan tetamu datang sampai malam.. tak jadi pulak. Tapi takpe at least chaq (mak sedara lala merangkap kakak sulung sang lekit) dah bagi hadiah. Yang lain bagi duit raya. Acu katanya dah beli hadiah tapi tertinggal dalam kereta si sponsor hadiah tu.

0 bulan - 7 bulan

Takde la terkilan sangat tak dapat celebrate 1st birthday lala sebab jatuh pada hari raya kedua.. Kat rumah pun sibuk dengan tetamu yang penting ingatan tulus ikhlas mummy, dady,Chaq,Ngah,Ateh An,Acu.. pada hari ulangtahun kelahiran lala dah cukup bermakna. Mungkin 2nd year nanti kita celebrate ramai ramai... Time tu mesti best sebab lala pun dah besar sikit.. dah ada gigi.. dah boleh berlari.. dah pandai macam macam, kan??

8 Bulan - 1 Tahun

Diam tak diam.. dah setahun 3 hari sang lekit bergelar mummy. Dan selama tu jugak sang lekit membesarkan lala dengan kudrat sendiri. Tak pernah sehari sang lekit tinggalkan lala.. Tak pernah terlintas di hati ni nak ambil masa bersendirian @ berhappy2 tanpa lala disisi. Sampai takde langsung terfikir nak berdua duan keluar dengan hubby @ tinggalkan lala walau sekejab pada orang lain. Sungguh.. setakat ni sang lekit tak sanggup kemana mana tanpa ada lala. Walau balik kampung haritu ramai yang ada boleh jaga lala, tapi kalau nak keluar tetap kami laki bini usung lala. Mak dengan bapak sama je.. kedekut nak bagi orang tolong jaga, kekekekekeke. Sang lekit tak yakin orang lain mampu jaga lala. Jaga sekejab2 tu ok la.. tapi sampai jauh di mata, oh.. tidak ler.  Yelah.. Ibu kan?? Dia rasa dia je tahu macam mana nak uruskan anak dia.. Mana2 mak pun macam tu, ye tak??

Moga Shahila akan membesar menjadi anak yang baik & terbaik, sihat & riang.. Semoga mummy juga di beri kekuatan & kesihatan yang baik untuk terus menjaga shahila.. semoga dady juga di beri kekuatan & kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki buat family kita. Semoga kita semua di beri rahmat dalam kehidupan kita. Amin...

P/S : Selamat hari raya maaf zahir & batin andai ada menguris perasaan selama berblog (mesti ada yang terguris punya). Raya tahun ni 3 hari je balik kedah.. Baju kurung 2 pasang tapi tailor tu memandai lak buat baju kurung pahang padahal sang lekit cuma cakap buat baju kurung biasa jer.. Sang Lekit memang selesa berbaju kurung biasa macam tu. Tak suka pesen2 sangat kalau baju kurung ni. Nak tak nak tu je baju raya yang ada terpaksa sarung jugak.

APA TERJADI 11 BULAN INI?

Macam2 la yang terjadi.. ada yang mencuit hati, ada yang buat susah hati, ada yang tersentuh hati & yang paling penting tetap menjadi ratu hati hingga kini.

Ratu hati beta kini dah 11 bulan.. Biasa la budak 11 bulan, kan? Semakin lasak. Ada yang dah boleh berjalan tapi lala belum lagi boleh berjalan. Masih dok bertatih dengan berpaut pada sofa. Pantang ada peluang mesti nak memanjat. Kadang2 kelakar tengok dia berusaha nak panjat atas sofa. Selalunya kalau sang lekit duduk tepi sofa dia jadikan sang lekit la alas nak memanjat ke atas sofa. Bermakna otak dia dah semakin berfungsi untuk berfikir la tu. Lala tak pandai sebut apa2 perkataan pun lagi. Masih bercakap dengan bahasa baby lagi. Bab makan macam biasa.. masih makan bubur nasi + lauk pauk, sayur mayur yang macam biasa lagi. Cuma kuantiti je makin bertambah. Yelah dah makin besar. Dulu 1 mangkuk baby.. sekarang mangkuk baby tu tak tak cukup. lebih sikit. Untuk sekali makan la.

Lala jugak dah pandai pilih orang. Dah pandai paling muka kat orang yang dia tak suka @ tak kenal. Dia tak sombong lagi macam dulu. Dah senang ketawa bila orang menyakat dia. Bab susu sekarang lala hanya menyusu susu ibu waktu malam saja.. siang susah nak pujuk dia minum susu. Dia asyik nak main & tengok TV jer. Siang dia banyak minum susu formula. Senang nak bagi minum kalau dalam botol. Banyak takde la banyak. Lala minum susu formula 3 kali sehari.. pagi.. petang & malam tapi bila sang lekit tetap sulam dengan susu ibu jugak. Tapi time tengah malam memang dia akan minum susu ibu je. Alhamdulillah.. apa yang dia makan & minum tak bagi sebarang alahan pada lala. Dia masih lagi baby yang sihat, ceria & membesar bagai juara.. kekekeke

Semua step dari meniarap, merangkak, duduk, memanjat, berdiri (dengan berpaut pada sesuatu la) dah boleh.. cuma nak tunggu dia berjalan & bercakap je. Tak sabar sungguh sang lekit. Selalu dok imaginasi je macam mana lala jalan, berlari, melompat & bercakap. Takpe sabar.. akan tiba masanya nanti. Itulah perkembangan lala setakat 11  bulan ni. Kalau ikutkan bulan Islam 20 Ramadhan nanti dah genap setahun si lala.. kalau ikut bulan mat saleh 20 August baru genap setahun.


P/S Entri ni sepatutnya di update 20 July 2012 tapi tak sempat. Sibuk balik kampung katanya.. sambut puasa.


NAK MENUNJUK SIKIT KAT DEPA

Kali ni sesi menayang lagi. Nak menunjuk sikit kat Ibu Aqil tu.. Dia ingat dia je boleh menayang si bulu mata lentik kat blog dia tu. Sang Lekit pun ada jugak si bulu mata panjang tapi tak selentik bulu mata abang Aqil la.

Kalau Ibu Aqil ada abang Aqil.. Sang Lekit pun ada akak Lala untuk di tayang dengan bangganya. Meh sini tengok akak lala di modelkan kat blog melekit ni. Lepas ni mesti Ibu Aqil menangis punya tengok. Mesti abang Aqil nak ngorat akak lala punya.

Amboi entri macam nak gaduh je kan.. Mana ada nak gaduh. Entri tayang2 ni adalah entri nak menayang baju yang di hadiahkan kawan2 blogger kepada lala masa di baru lahir dulu. Lala lahir 1.9kg je jadi tumbesaran dia mengikut dari berat lahir dia la & dia takde la montel2 sangat macam baby lain tapi dia montel dalam zon kg dia je la. So, lambat la sikit dia dapat bergaya dengan baju hadiah dari Ibu Aqil ni. Kalau lala lahir 3 kg maybe 6 bulan dia dah boleh pakai baju Ibu Aqil bagi ni tapi.. 10 bulan baru lala mampu menunjuk2 baju Ibu Aqil tu. Lala kan spesis ramping sikit..

Aksi Hisap jari tak miss punya

Bila makin lasak.. maka berat dia pun naik tak banyak sebab lemak2 yang terkumpul abis terbakar ketika dia melakukan aksi2 extrem dia. Tapi takpe janji setiap bulan ada jugak naik, kan??Untuk Ibu Aqil.. Lala nak ucap terima kasih bagi lala baju comel ni yang buat lala semakin comel bila memakainya. Mummy kata nak pakaikan baju ni bila nak keluar hari minggu nanti.


DIA BUAT AKSI SUPERMAN PULAK

Sejak masuk 10 bulan ni lasak si lala semakin menjadi - jadi. Adakah sebab berkaitan nama dia shahila? Sang Lekit ada terbaca 1 blog siang tadi berkenaan nama yang tidak serasi dengan sesetengah bayi menyebabkan bayi tu akan senang jatuh sakit, suka menangis @ lasak/buas/nakal. Itu cuma anggapan orang2 tua. Tapi dalam kes lala ni sang lekit rasa memang kot bayi yang membesar akan melalui semua tu. Itu tandanya dia sihat.

Tapi memang aksi - aksi shahila sekarang sangat2 merisaukan walau sang lekit happy bila tengok dia membesar dengan perkembangan macam tu. Lala memang susah nak sakit.. Senang jaga walau lasak. Cuma sang lekit tak berani nak biar dia main sorang2 sekarang ni. Dia sangat aktif memanjat. Yelah.. budak baru pandai memanjat ni kadang2 dia tak pandai lagi nak imbang badan. Nama pun baru belajar.

Tapi hari ni aksi lala memang buat sang lekit berderau jugak darah. Rasa darah turun sampai hujung kaki. Hari ni lala berjaya membuat aksi superman. Macam mana dia buat. Lala bangun hari ni pukul 8 pagi. Dia akan main2 dulu.. kemudian pukul 10 sang lekit akan mandikan dia.. lepas minum susu dalam pukul 11 @ 11.30 dia akan tidur balik. Time tu sang lekit ambil kesempatan la masak bubur lala. Sebab lala takkan tidur lama.. setengah jam je. Bila dia bangun boleh la bagi dia makan. Tapi hari ni lala taknak tidur.. sampai dah lewat sangat. Dah masuk tengahari buta. Dia asyik nak main. Sebab taknak bagi dia memanjat sorang2.. sang lekit letak dalam walker tolak walker dia kat peti ais. Sebab kat peti ais lala akan main dengan patung ribena yang sang lekit lekat kat pintu peti ais tu. Ingat boleh la masak bubur lala sambil perhatikan dia main. Tapi...

Sang lekit cuma paling muka sekejab untuk siang udang 3 ekor. Cuma nak buang kulit je. Sang Lekit toleh balik kat lala tengok2 dia dah meniarap atas walker. Separuh badan (dari dada hingga kepala) dah atas sofa.. Separuh lagi atas meja kecik walker tu. Kalau lah roda walker tu bergerak ke belakang confirm jatuh terhempap kat lantai. Dia nak ambil kertas resit beli barang. Berjaya jugak la dia dapat. Den macam nak gugur jantung je bila tengok.

Serik memang serik walau sang lekit jarang biar dia main sorang2 tapi biarlah itu kejadian pertama & terakhir. Biarlah dapur tak berkemas, rumah bersepah sikit, baju lambat cuci.. asalkan lala tak terdedah pada bahaya. Bayangkan tak sampai 5 minit sang lekit paling muka dah dia buat aksi superman macam tu.. Lala memang sangat lasak biarpun dia tak merangkak tapi bila dah pandai memanjat, lasak dia makin menjadi jadi. Setakat kena tendang dengan lala masa tidur tu memang hari2 la kena. Bila tengok TV dia nak panjat TV. Letak depan pc habis di hentak2 keyboard mummy. Pendek kata nak buat apapun sekarang kena tunggu dia tidur. Tu pun kena jugak berjaga. Takut dia terbangun.. terus buat aktiviti extrem dia di luar pandangan kita pun bahaya. Dia bangun jarang menangis.. terus main je.

Sebab tu la bahayanya walker. Tapi bahayanya si lala ni bukan letak dalam walker jer.. letak kat bawah pun sama. dia asyik cari benda dia nak memanjat. Walaupun dia selalu panjat sofa tapi risau jugak takut dia jatuh terhempap kuat. Akibat dari kejadian tersebut hari ni lala makan pun lewat.. sang lekit mandi pun lewat.. apatah lagi makan. Trauma sekejab. Dia sampai petang baru tidur. Kebetulan hari ni dapat call pasal Parentting blogger for milk Campaign tu.. minta sang lekit buat Draft  pasal susu Anmum Essential. Buat jugak la sambil2 perhatikan lala. Manalah tau ada rezeki.. cuba je la. Ye tak??? Sebab kelam kabut tersalah paham ter post lak kat blog tapi dah draft balik. Sepatutnya kena submit dulu kat Si Karen tu.. lepas tu dia akan submit dulu kepada advertiser kalau dorang suka baru dapat.

Dalam tak berapa ada masa sempat juga siapkan walau tak berapa sempat nak buat sangat

P/S : gambar lala buat aksi superman tu takde.. Gila time tu nak fikir ambil gambar. Yang sang lekit fikir time tu cuma bertindak pantas sebelum jadi sebarang perkara yang tak di ingini.


RAHSIA DI SEBALIK GAMBAR SEPULUH BULAN

Setiap bulan kalau muncul angka 20 pada kalendar pasti akan muncul entri ni. Yelah.. setiap bulan itulah hitungan yang di buat. Setiap kali bertambah angka.. Buat hati sentiasa ceria. Melihat dia membesar depan mata.. kadang - kadang rasa macam tak percaya. 10 bulan dah dah bersama dia.. Tak sangka berjaya jugak setakat ni sang lekit membesarkan dia dengan kudrat sendiri. Walaupun takde pengalaman.. tapi dia menjadi guru untuk sang lekit belajar bagaimana menguruskan bayi dari sejak lahir sehingga kini.

Hari ni Shahila @ Lala dah genap 10 bulan. Apa dia dah buat? Dia tak merangkak sampai sekarang.. Tapi dia boleh buat gaya macam baby nak merangkak cuma bila dia nak bergerak dia akan berada dalam posisi meniarap & meluncur laju. Dia boleh duduk kalau kita bantu dia letak dalam posisi duduk cuma dia nak buat sendiri macam malas. Tapi dari rentak dia.. sebenarnya & rasanya dia dah boleh duduk sendiri.. sebab masa dia tengok TV.. dah nampak gaya macam duduk.

Musim panas gini ler gayanya kat rumah

Bila sang lekit tunjuk gambar (upload kat FB & MMS kat family di kampung) orang fikir lala dah boleh berdiri sendiri & ada jugak ingat dia dah nak berjalan tapi sebenarnya lala belum boleh bangun & berdiri sendiri. Gambar yang sang lekit ambil masa dia berdiri.. sang lekit yang dirikan dia & sandar dekat sofa tapi sang lekit perhati lala macam boleh jugak imbang badan dia bila berdiri & kaki dia pun nampak kuat untuk bertahan bila berdiri. Dia dah nampak minat memanjat cuma skill memanjat belum cukup. Selalunya kalau sang lekit duduk tengok TV dengan dia.. dia akan datang panjat sang lekit. Sofa pun dia cuba capai dengan tangan dia untuk berpaut tapi tak sampai lagi.

 Lala Hari ni (10 bulan punya rupa)

Apapun melihat perkembangan dia sang lekit dah cukup lega & happy. Walau ada baby orang lain lebih cepat perkembangan dia berbanding lala.. Tapi cukup la lala berkembang dengan normal. Takpe la tak cepat sangat.. kan?? Tu pun dia dah tunjuk perkembangan positif.. jangan tamak sangat yer mummy. Jangan gelabah tak tentu pasal.. Nurse kan dah cakap bila dia besar dia akan membesar macam kanak2 lain jugak. Dia takde kekurangan kat mana2 pun. (ayat pujuk hati).

Senyum sakan dia

Apapun Mummy sayang anak mummy.. Lala dah 10 bulan.. dah makin lasak.. suka tengok TV.. Bila kat luar lala pandai bawak diri.. tak meragam, menangis.. Terima kasih Lala sebab jadi anak yang baik. Alhamdulillah.

Kusyuk tengok TV

P/S : Makin kuat menjerit budak kecik ni.. Nangis kurang.


TAK KENA PADAN MUKA BULAN NI

Hari ni lala check up untuk 9 Bulan. Berat naik lebih kurang 1/2 Kg je dari last check up hari tu. Ok la tu dari 2 bulan lepas tak naik, kan?? Nurse kata perkembangan berat lala normal jadi tak perlu risau kalau dia kecik dari baby2 lain yang sebaya dengan dia sebab masa di lahir pun kecik.

Untuk pemeriksaan 9 bulan ni takde sebarang suntikan perlu di ambil. Tunggu untuk suntikan 1 tahun je nanti. Tapi lala masih ada appoitment untuk 17 July nanti. Tentang perkembangan lain nurse kata lala masih normal walau lambat sikit. Macam orang2 lain cakap la.. Lain baby lain perkembangan dia. Cukup la sekadar lala sihat & membesar dengan normal macam baby2 lain.

Sang Lekit ni seorang mummy yang sangat mengelabah. Berat anak tak naik mengelabah.. Anak lambat belajar kemahiran baru mengelabah.. Anak sakit sikit pun mengelabah. Walaupun lala dari sudut pandangan sang lekit aktif & jarang sakit. Haritu kena selsema & batuk cepat je baik. Kiranya lala dalam kategori bayi yang antibodi kuat jugak la. Sang Lekit baru2 ni kena demam & selsema. Risau sangat berjangkit dengan lala.. Dia kan menyusu susu ibu. Tapi Alhamdulillah lala tak terjangkit.

Mulut lala sekarang sangat la bising. Dia bangun je asyik membebel je.. (dalam bahasa dia la). Dia sangat kurang nak menangis tapi kuat menjerit bila dia nak orang layan dia @ dukung dia. Lala sekarang bangun awal. Pukul 8 dia dah bangun. Kalau dulu pukul 10 baru dia bangun. Dia bangun je dia akan main dulu sorang2 sampai dia bosan baru dia menjerit. Bila dia bangun selalunya sang lekit akan buka TV untuk dia sebab lala sangat suka tengok TV. Sekarang pun dia tengah layan wonderpets. Dia semakin laju bergerak walau dengan meniarap. Merangkak boleh la 1 langkah macam tu selebihnya dia habiskan bergoyang bontot dalam keadaan yang macam nak merangkak. Nurse cakap ok je kalau dia dah boleh bergerak walau dalam posisi meniarap pun. Duduk cuma boleh bila kita dudukkan dia. Dia tak pandai lagi duduk sendiri.

Gigi... takde lagi. Tapi kuat mengigit dengan gusi dia. Sakit jugak bila dia gigit jari sang lekit walau takde gigi pun. Lala semakin tinggi juga bila sang lekit perasan seluar2 dia makin pendek. Tapi untuk check up 9 bulan ni nurse tak ukur lak ketinggian lala. Sang Lekit tanya jugak tadi... nurse cakap tak payah. Takpe nanti sang lekit sendiri ukur sendiri.

So, untuk check up kali ni takde la ucapan 'Padan muka dari dady'. Nakal dady lala ni suka cakap padan muka kalau lala kena suntik. Jadi padan muka dady tak boleh cakap padan muka kat lala.

Seksi lala..

P/S : Pernah terserempak dengan sorang baby dengan mak dia dalam lift. Lagi kecik dari lala. Ingat dia lagi muda dari lala rupanya dia lebih tua sebulan dari lala. Jadi lala takde la kecik sangat, kan??



BILA DAH GENAP 9 BULAN..

Bila dah genap 9 bulan semakin lasak, semakin banyak kemahiran baru dia belajar, semakin tak senang la mummy kan?? Semakin hari semakin tak berani biar lala main sorang2 & buat kerja lain walau lala bukanlah jenis kuat meragam & sentiasa nak didukung @ duduk atas riba.

Lala Hari ini.

Tapi di sebabkan dia semakin lasak.. makin laju bergerak walau merangkak tak berapa merangkak lagi tapi dengan meniarap pun sekejab je dia boleh sampai kemana saja dalam rumah ni dia nak pergi kalau di luar pengawasan. Apa saja dia nak capai.. dia akan berusaha cuba dapatkan. Letak dalam walker pun dia suka panjat walker tu bila dia nak capai barang yang tak dapat di capai lebih2 barang2 yang agak rendah dari walker dia. Seriau jugak takut dia tersungkur masa menunduk nak ambil barang. Jadi sang lekit nak buat apa2 pun sang lekit terpaksa tunggu lala tidur dulu. Tidur pun kadang2 sang lekit tak senang jugak. Kalau letak dalam buai takut dia terjun buai sebaik je dia terbangun. Bila bangun je dia akan berpusing & meniarap dalam buai. kadang2 kaki keluar dari buai, kadang2 kepala terdongak keluar buai. Aksi2 lala sekarang banyak merisaukan sang lekit. Walau dia tidur sekalipun sang lekit nak buat apapun mesti 5 minit sekali jenguk dia. Tak kira dia tidur dalam buai atau kat atas tilam je.

Lala semalam. Kat Genting dengan mummy & dady

Lala memang banyak habiskan masa tengok TV. Tengok kartun kat TV9 @ tengok iklan2 kat tv. sambil dia buat la aktiviti lain selain memantapkan lagi skill merangkak dia. Bab makan pula.. lala sekarang memang semakin banyak makan bubur. Susu masih lagi susu ibu cuma sang lekit tambahkan dengan susu formula. Tak banyak sangat.. 1 hari 60ml je bagi sebab susu original lala masih banyak & cukup. Yang bagi susu formula sebab 2 bulan lepas masa check up berat lala tak naik banyak. Sebab nak lala montel macam baby lain bukan je lala minum susu formula, mummy pun turut minum susu Anmum. Masa baru lahirkan lala pun sang lekit minum susu Anmum cuma berhenti sekejab sebab masa tu susu terlampau banyak. Tak sempat lala nak minum. Sekarang untuk memastikan susu yang lala minum cukup zat sang lekit ambil la semula. Lala jugak akan minum vitagen apel hijau setiap hari selepas makan lebih kurang 50ml yang sang lekit bagi 2 kali (sekali minum dalam 25ml). Dia makan pun 2 kali 1 hari. Untuk mengelakkan lala sembelit. Petua ni sang lekit dapat dari seorang ibu di kelab Ibu Comel kat FB.

Lala dengan acu. Jelir lidah nampak sikit lesung pipit tu

Semalam bawak lala main2 kat genting. Teruja dia tengok lampu2 & banyak benda bergerak2. Selalunya jalan2 kat KL je. Angkut sekali Ateh An & Acu. Lala lebih minat dengan Ateh An walaupun masa mula2 dulu dia tak minat dengan Ateh An. Hanya dengan Acu je. Tapi sekarang Acu dah jadi last choice. kesian Acu.. di mak tirikan lala. Hanya 2 orang mak sedara lala tu la yang rapat dengan lala sebab dorang tinggal tak jauh dengan lala. Jadi lala selalu di jenguk la 2 mak sedara dia. Yang lain2 kat utara tu.. sekali sekala je dapat jumpa.

Itulah perkembangan lala sehingga hari ni yang genaplah umur dia 9 bulan. Apa yang sang lekit harap lala sentiasa sihat, ceria, aktif & menjadi anak yang baik & cerdik. Dalam membesarkan anak 1 perkara yang sang lekit belajar adalah jangan malas. Jangan malas pujuk dia makan bila sampai masa dia perlu makan.. jangan malas untuk melatih dia dengan kemahiran2 baru, jangan malas jaga kesihatan & kebersihan dia..  Kalau malas tu la punca masalah dari semua sudut. Jadi pada ibu2 walau sebelum ada anak kita ni pemalas dah ada anak kita kena rajin la, kan??


MODEL BARU TAK PERLU BAYAR

Sudah tiba masanya bertukar model. Model lama kena letak jawatan. Walaupun bertukar model.. pilihan model tetap yang free Of charge. Manalah mampu nak bayar model mahal2. Jadi sekarang ni dengan rasminya beliau menjadi duta. Duta apa??

Ada ke model nak jadi duta secara percuma?? Ada.. Duta blog melekit jer.. kekekekeke. Duta baru blog melekit yang percuma tak perlu bayar royalti bagai tidak lain tidak bukan Cik Lala @ Shahila.. satu satunya Tuan Puteri sang lekit tu. Kalau dulu Mak dia je Interframe kan.. sekarang Mak dah malu nak (Malu la sangat.. kan??)  jadi tugas Duta Blog Melekit ni bagi lala pulak la.

Duta kecik

Model kali ni baju ditaja  Ezan Idma.. ekekekekeke.. Sebenarnya dah lama Ezan hadiahkan lala baju ni cuma masa Ezan bagi lala terlalu kecik nak pakai. Baju tu sepatutnya untuk baby 6 bulan tapi lala 8 bulan baru boleh pakai. Banyak lagi baju2 hadiah dari kawan & adik beradik sang lekit yang lala tak boleh pakai lagi. Dan ada juga baju hadiah yang lala tak boleh pakai dah..

Tak feel kalau tengok TV tak hisap jari.. kekeke

Jadi memandangkan lala sangat comel dengan baju comel pemberian Untie Ezan tu, mummy jadikan lala model header blog mummy. Entri ni sebenarnya nak tayang kat Untie Ezan Idma yang lala dah muat baju yang Untie Ezan hadiahkan jer.. Kebetulan lak gambar tu sang lekit jadikan model header...


Apapun Thanks pada Ezan & pada semua yang menyumbangkan hadiah masa Shahila baru lahir dulu. Ada baju yang kawan blogger bagi yang shahila belum cuba untuk 8 bulan ni samada yang match ke belum.. akan menyusur nanti. Kalau dah match, nanti sang lekit tayang2 lagi.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com