Raya kedua haritu genaplah setahun sang puteri turun ke bumi. Turun ke bumi melalui perut mummy bukan jatuh dari langit yer.. Maka membesarkan sang puteri 9 bulan dalam perut mummy kemudian lahir & membesar sehingga 1 tahun 3 hari, hari ni dan semoga terus membesar & membesar lagi bagai juara.
Sempena ulangtahun kelahiran sang puteri yang ke setahun yang jatuh pada 2 syawal (bulan Islam) bersamaan 20 Ogos 2012 takde sebarang majlis untuk sang puteri sebabnya kat rumah (kampung) sang lekit tak putus2 di kunjungi sedara mara. Ada jugak plan nak buat parti kecil dengan adik beradik kat rumah sebab bulan ogos di kongsi hari lahir dengan Acu (13 Ogos) Ateh An (15 Ogos) & lala (20 Ogos).. Juga mummy akan datang 28 ogos tapi memandangkan tetamu datang sampai malam.. tak jadi pulak. Tapi takpe at least chaq (mak sedara lala merangkap kakak sulung sang lekit) dah bagi hadiah. Yang lain bagi duit raya. Acu katanya dah beli hadiah tapi tertinggal dalam kereta si sponsor hadiah tu.
0 bulan - 7 bulan
Takde la terkilan sangat tak dapat celebrate 1st birthday lala sebab jatuh pada hari raya kedua.. Kat rumah pun sibuk dengan tetamu yang penting ingatan tulus ikhlas mummy, dady,Chaq,Ngah,Ateh An,Acu.. pada hari ulangtahun kelahiran lala dah cukup bermakna. Mungkin 2nd year nanti kita celebrate ramai ramai... Time tu mesti best sebab lala pun dah besar sikit.. dah ada gigi.. dah boleh berlari.. dah pandai macam macam, kan??
8 Bulan - 1 Tahun
Diam tak diam.. dah setahun 3 hari sang lekit bergelar mummy. Dan selama tu jugak sang lekit membesarkan lala dengan kudrat sendiri. Tak pernah sehari sang lekit tinggalkan lala.. Tak pernah terlintas di hati ni nak ambil masa bersendirian @ berhappy2 tanpa lala disisi. Sampai takde langsung terfikir nak berdua duan keluar dengan hubby @ tinggalkan lala walau sekejab pada orang lain. Sungguh.. setakat ni sang lekit tak sanggup kemana mana tanpa ada lala. Walau balik kampung haritu ramai yang ada boleh jaga lala, tapi kalau nak keluar tetap kami laki bini usung lala. Mak dengan bapak sama je.. kedekut nak bagi orang tolong jaga, kekekekekeke. Sang lekit tak yakin orang lain mampu jaga lala. Jaga sekejab2 tu ok la.. tapi sampai jauh di mata, oh.. tidak ler. Yelah.. Ibu kan?? Dia rasa dia je tahu macam mana nak uruskan anak dia.. Mana2 mak pun macam tu, ye tak??
Moga Shahila akan membesar menjadi anak yang baik & terbaik, sihat & riang.. Semoga mummy juga di beri kekuatan & kesihatan yang baik untuk terus menjaga shahila.. semoga dady juga di beri kekuatan & kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki buat family kita. Semoga kita semua di beri rahmat dalam kehidupan kita. Amin...
P/S : Selamat hari raya maaf zahir & batin andai ada menguris perasaan selama berblog (mesti ada yang terguris punya). Raya tahun ni 3 hari je balik kedah.. Baju kurung 2 pasang tapi tailor tu memandai lak buat baju kurung pahang padahal sang lekit cuma cakap buat baju kurung biasa jer.. Sang Lekit memang selesa berbaju kurung biasa macam tu. Tak suka pesen2 sangat kalau baju kurung ni. Nak tak nak tu je baju raya yang ada terpaksa sarung jugak.
selamat hari raya akak lekit. maaf zahir batin. happy belated beday utk lala
ReplyDeletehai , baru follow sini..comey la baby gurl..selamat hari raya dan hepi befday utk baby comeyy k ;)
ReplyDeletehappy belated birthday cik lala..
ReplyDeletehepi belated besday untuk lala dan hepi besday untuk mummy lala today..semoga kalian berdua sentiasa dirahmati Allah..selamat hari raya juga mummy! (^_^)
ReplyDelete