PEGANG BABI & ANJING TIDAK SUCI HANYA DENGAN SAMAK
PEGANG BABI & ANJING TIDAK SUCI HANYA DENGAN SAMAK. Ramai yang sebenarnya tak tahu maksud sertu & samak termasuk aku. Yelah.. salah faham kita selama ni samak tu sama jer dengan sertu tapi sebaliknya samak & sertu ada perbezaannya. Sebab aku ni kategori buah cempedak di luar pagar serius benda ni pun salah satu perkara yang aku tak tahu & salah faham. Nak tahu kenapa samak tidak menyucikan najis mughalazah.. jemput baca dengan tenang & minda yang terbuka.Sekadar hiasan |
Kita faham samak tu bila terpegang anjing ke babi ke dalam keadaan yang menyebabkan kita perlu bersihkan untuk menyucikan anggotan badan kita, basuh dengan air bercampur tanah 1 kali & 6 kali basuhan guna air mutlak. Sebenarnya salah. Bila kita nak membersihkan anggota badan kita yang terkena najis mughalazah kita kena sertu bukan samak sebab perbuatan sertu & samak jauh beza & tujuan sertu & samak tidak sama.
Sumber Google |
Samak
Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut. Sabda Rasulullah S.A.W. yang mafhumnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih.
(Riwayat Muslim) Contoh : Kulit kambing akan disamak terlebih dahulu untuk menyucikan daging tersebut untuk dibuat kompang atau kegunaan yang lain.
Sertu
Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu menyentuh anjing, babi dan keturunannya yang sedang basah akibat terkena hujan, ataupun terkena air liurnya/Najis Mughalazah hendaklah disucikan dengan membasuhnya dengan 6 basuhan air mutlak dan 1 kali basuhan air yang dicampurkan tanah. Jumlah basuhan adalah 7 kali. Menyucikan najis mughalazah dengan menggunakan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah. Contohnya : Anda terpegang seekor anjing, dan anda hendaklah sertu tangan anda mengikut cara yang ditetapkan syarak.
Sumber : Indahnya Agama Islam
Kat Malaysia ni najis mughalazah paling popular anjing dengan babi la. jadi saja la aku buat tajuk macam tu sebab kalau sebut najis mughalazah satgi ada yang tak tau apa benda najis mughalazah tu tapi kalau sebut babi dengan anjing semua orang Islam tahu tak boleh di sentuh tanpa sebab & kalau tersentuh dalam keadaan tertentu perlu di sucikan dengan cara menyertu tapi selama ni kita faham sebagai menyamak.
Penjelasan Ustaz Azhar Idrus tentang Sertu & Samak
Tu la kan.. sebenarnya banyak perkara dalam hidup kita kadang2 kita salah faham semenjak dari kita lahir sampai kita besar. Kadang2 ada orang terpesong pemahaman dia sampai mati. Mati2 kita ingat benda yang kita tahu atau faham tu betul. ending dia alih2 salah pemahaman kita tak kira dari sudut hukum agama atau pemahaman kita dalam perkara lain. Sebab ia di sampaikan dari generasi ke generasi tanpa rujukan apa - apa. Semuanya berdasarkan pemahaman sendiri je. Contoh perumpamaan Harapkan Pagar, pagar makan padi.. walau logiknya mana ada pagar makan padi. Pagar tu bukan spesis benda hidup pun. Tapi kita tetap tak pernah rasa perumpamaan tu salah sampai lah kita tahu sebenarnya bukan pagar tapi pegar.. sejenis burung yang makan padi. Macam tu jugak dengan perkataan Lepaking.. kita fikir perkataan tu cuma bahasa santai budak2 sekarang yang suka sangat rojakkan bahasa. bahasa melayu campur bahasa inggeris Lepak+ing. Tak rasa perkataan tu di iktiraf & ada tercatat dalam mana2 kamus tapi tak sangka pulak perkataan lepaking memang ada dalam kamus oxford. banyak benda yang kita tak sangka berlaku dalam hidup kita kan? Tak sangka perkara tu salah.. tak sangka benda tu ada.. tak sangka dia macam tu.. erkk!
Apapun.. Memang tak salah cara kita membersihkan najis mughalazah selama ni cuma yang salah adalah panggilan pada perbuatan tu je yang kita salah faham. Tapi penting jugak kita tahu perbezaan perbuatan samak & sertu untuk kita tidak menyebarkan fakta yang salah. Aku bukan setazah, hokay! Sebarang komen nak tunjuk berlagak pandai & memperbodohkan orang tak di layan tapi kalau nak sama2 menyebarkan ilmu silakan. Kalau aku salah memberi info tegurlah dengan fakta yang betul dengan rujukan yang sahih secara berhemah. Semoga perkongsian ilmu yang sedikit ni memberi manafaat pada semua.