LETAK ANJING DALAM TROLI TESCO BUKAN SALAH CINA

9/06/2015 10:18:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

LETAK ANJING DALAM TROLI TESCO BUKAN SALAH CINA. Mula kecoh pasal isu satu gambar seorang individu berbangsa cina bawak anjing pergi tesco kemudian letakkan dia dalam troli. Kecoh la satu alam maya pasal tu sebab troli tu mungkin di guna oleh pengunjung yang beragama Islam. Tapi takpe semua troli kat tesco tu telah di sertu oleh sekumpulan individu beragama Islam yang prihatin. Alhamdulillah.


Masalahnya bila berlaku kes yang melibatkan satu individu dari sesatu bangsa mesti wujud isu perkauman. Padahal isu letak anjing dalam troli bukan masalah kaum tapi masalah individu yang tak sensitif dengan orang lain. Nama je duduk kat Malaysia. Ada berbilang kaum & majoriti penduduk adalah beragama Islam takkan tak tau isu anjing sangat sensitif. Nak hentam... hentam je individu tu kenapa mesti hentam bangsa.

Macam tu juga bila berlaku sesuatu yang melibatkan bangsa melayu beragama Islam.. Orang melayu paling kuat menghentam bangsa sendiri. Kenapa bangsa kena jadi mangsa di sebabkan hanya individu yang melakukannya. Bagi aku memang tak adil tak kira untuk apa bangsa & agama sekalipun. Sebab tu dalam entri aku pun kalau aku nak menghentam individu aku takkan sebut mak,bapak,family atau sedara mara dia apatah lagi bangsa & agama mereka. Aku akan bercakap tentang orang yang aku nak cakap je.

Kita boleh lantang bersuara sebab Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara tapi kebebasan tu tetap ada limit. Jangan kerana seorang individu berbangsa cina buat perangai tak semegah letak anjing dalam troli pasaraya yang di gunakan berbilang kaum & agama kita terus keluarkan statement yang berunsur provokasi yang mungkin mencetuskan pergaduhan antara kaum. Kau nak hentam amoi tu sampai lunyai pun silakan tapi jangan melibatkan kaum & agama sebab hanya dia je yang buat bukan orang lain.

Moral of the story..Jadi keyboard warrior ni ada fungsinya tapi Belajar menjadi keyboard warrior yang adil tidak menghukum orang yang tak bersalah hanya kerana seorang individu.

4 comments:

  1. org malaysia nak sgt kot bergaduh psl isu perkauman...sepatutnya yg dipersalahkan org yg langsung tak sensitif psl anjing is haram...suka hati dia jek..yg pelik pengurusan tesco tak nampak ke ek??

    ReplyDelete
  2. Saya paling tak suka bab perkauman dibangkitkan..

    ReplyDelete
  3. Keyboard warrior ni kerjanya percuma ajekan, takda apa-apa bayaran tapi tak tahulah kenapa ramai benar yang eyeing this position ek? Ni mesti kes nak cakap depan-depan tak berani, hentam belakang ajelah!

    Amoi ni baru balik obersi ni. Dia fikir dia masih lagi di China rupa-rupanya dah sampai Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Itulah penyebab dia tak prihatin....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com