Showing posts with label cina. Show all posts

CINTA PERTAMA TIDAK DI RESTUI BUAT STEPHEN CHOW TIDAK BERKAHWIN SAMPAI SEKARANG

CINTA PERTAMA TIDAK DI RESTUI BUAT STEPHEN CHOW TIDAK BERKAHWIN SAMPAI SEKARANG. Sapa tak kenal Stephen Chow... Majoriti memang kenal tak kira di kalangan peminat bangsa cina ataupun melayu. Pelakon, pengarah & penerbit filem terkenal hong kong memang sangat di kenali seluruh dunia. Lakonan lawak bersahaja dia memang buat sesapa saja boleh tergelak. Filem2 lakonan dia pun kalau tengok banyak kali kita tetap boleh gelak. Lawak dia memang terbaik. Tapi paling aku ingat dalam kebanyakkan filem dia.. kalau ada babak kena pukul mesti ada dialog yang minta jangan pukul bahagian muka dia. hahahaha

stephen Chow @ Chow Sin Chi

Antara filem lakonan dia.. Kungfu Hustle, CJ7, Fight back to school, Sholin Soccer & banyak lagi. Tak larat aku nak senarai. Aku mula kenal Stephen chow atau nama cina dia Chow sin chi ni dalam tahun 90an sebab kakak aku yang nombor dua time tu gila drama & filem hongkong. Kalau dia tengok TV jangan harap boleh tengok drama melayu. Selalu gaduh dengan arwah ayah sebab arwah ayah nak tengok drama melayu hahahaha. Lepas tu banyak jugak la koleksi vcd filem2 hongkong termasuk filem lakonan Stephen Chow dia buat koleksi. Dari situ aku mula kenal banyak pelakon hongkong.. Tapi dalam banyak banyak aku lebih minat stephen chow sebab dia kelakar.


Stephen Chow ni di lahirkan pada 22 June 1962.. Dalam usia 55 tahun dia masih berstatus single ok! Dia tak pernah berkahwin apatah lagi mempunyai keluarga. Katanya dia tak minat untuk berkahwin tapi jangan salah sangka ok! Dia bukan seorang yang gay ataupun homeseksual.

StephenChow Bersama Jacqueline Law

Sepanjang karier dia.. dia memang tidak pernah di gosipkan mana2 pelakon wanita yang pernah bergandingan dengan dia. Cuma di awal karier dia pernah bercinta dengan seorang pelakon wanita terkenal masa tu semasa semasa membintangi filem The Final Combat. Gadis yang berjaya menambat hatinya itu bernama Jacqueline Law, seorang pelakon wanita yang sangat berbakat di Hong Kong. Itulah cinta pertama Stephen Chow. Tapi di sebabkan ibu dia tak suka pada pelakon wanita tersebut hubungan mereka terputus. Sebab di besarkan hanya bersama ibu, stephen chow tidak membantah cakap ibunya. Bagi dia ibu & keluarga adalah lebih penting dari segalanya. Lepas putus cinta memang dia sangat kecewa & sedih.  Lepas tu ada jugak dia bersama pelakon wanita yang lain tapi hubungan mereka tidak sampai hingga ke peringkat perkahwinan kerana dia tidak lagi berminat untuk berkahwin. Tak tau ada yang kata.. dia masih tak boleh lupa cinta pertama dia tu.

Stephen Chow bersama ibunya

Dia sendiri pernah kata.. Kalau masa boleh di ulang dia sendiri takkan pilih jalan hidup yang terlalu sibuk dengan kerja macam sekarang. Tu la kan.. di kurniakan nama yang gah.. kekayaan yang melimpah ruah tapi mungkin jauh di sudut hati dia kosong & sunyi. Dalam usia macam tu sepatutnya dia dah ada keluarga.. Anak2 pun mungkin dah semakin membesar tapi tu la perjalanan hidup dia mungkin dah tertulis macam tu. Tapi belum terlambat.. 55 tahun pun rasanya kalau dia buka hati dia untuk seseorang masih ramai yang sudi termasuk la perempuan2 muda.

INILAH WAJAH TERKINI KANAK KANAK YANG MUNCUL DALAM IKLAN PETRONAS SEMPENA HARI KEMERDEKAAN PADA 2007

INILAH WAJAH TERKINI KANAK KANAK YANG MUNCUL DALAM IKLAN PETRONAS SEMPENA HARI KEMERDEKAAN PADA 2007. Masih ingat lagi tak kisah cinta dua orang budak sekolah rendah yang di rakamkan video mereka di interview kemudian di jadikan iklan sempena hari kemerdekaan pada tahun 2007?Alah iklan yang memaparkan budak lelaki cina & budak perempuan melayu. Yang masih2 suka sama suka tapi tak pernah meluahkan perasaan. Takpe kalau dah lupa nanti boleh tengok kat video di bawah ni..


Dah ingat kan... Tan hong Min & Umi Qazrina. Tu video masa kecik. Yang terkini gambar mereka memang perubahan besar nampak pada Umi Qazrina la.. berbanding Tan Hong Ming yang nampak still skema.. Almaklum la budak baik kan. Nak cari calon suami yang baik ciri2 macam Tan Hong Ming tu hehehehe...

Amboi dia punya caption.. suruh budak2 90an mereput.. Gamaknya yang 80an ni kena meng'hancur'kan diri la yer hahahaha

Masing2 dah remaja.. Dah banyak berubah dari segi rupa, bentuk badan, gaya semua. Tapi nampak Tan Hong Ming gigi dah cantik tersusun je berbanding masa dia budak2 dalam video iklan hari kemerdekaan tu kan.. Umi Qazrina pulak.. Biasa la remaja. Memang nampak stylo milo jugak la.

Umi Qazrina& Tan Hong Min Yang Terkini. 


Cute & sweet macam hello kitty kan mereka. Almaklum orang melayu ni memang suka sweet2 & cute2 jer.. Tengok gambar ni pun mungkin ada yang dah terbang ke awan biru. Kalau korang suka yang sweet & cute macam hello kitty ni peluang korang boleh dapat Hello Kitty Gold Bar kat sini >> Wow! Hello Kitty Gold Bar. Nak Tengok kat sini <<

Apapun Tan Hong Ming pun semakin hensem & Umi Qazrina pun cantik orangnya. Sapa tahu mungkin ada jodoh ke hapa antara mereka.. Masing2 pun sebenarnya dah lama tak jumpa. Rasanya depa satu sekolah masa sekolah rendah jer... Tapi di sebabkan antara mereka ada kenangan & kenangan tu pulak menjadi iklan komersial kat TV.. so cerita pasal depa tu tak mustahil akan di flasback kembali & cerita mereka masih di buru sebab cerita mereka ada value. Takde value sapa nak tulis ye dak... Nak nak lagi iklan tu antara iklan yang agak attractive so orang akan ingat sampai sekarang.

Mesti masing masing akan malu bila tengok balik iklan tu kan... hehehehe.

DISEBALIK KUIH CAKOI YANG MUNGKIN ANDA BELUM TAHU

DISEBALIK KUIH CAKOI YANG MUNGKIN ANDA BELUM TAHU. Aku nak kata penggemar cakoi ni tak jugak. Rasanya dah lama tak makan. Tapi pernah la makan.. Bersama kuah dia yang rasa manis manis tu. Enjoy jugak la cuma nak kata favorite tu tidak la. Tapi setakat nak mengalas perut dari kelaparan layan jugak la kuih cakoi ni.


Kalau yang tak tahu cakoi ni satu jenis makanan orang cina di Indo - China. Cara masak dia adalah menggoreng menggunakan minyak yang banyak maka kolestrol pun tinggi la yer.. erkk.. Mengikut cerita orang orang di China, cakoi mengambarkan dua bentuk manusia di goreng kemudian ia bercantum ketika di masak. Erkk... kenapa di kaitkan dengan orang pulak kan.

Cakoi biasanya menjadi hidangan waktu sarapan tapi ada jugak menjadikan ia sebagai minum petang. Tapi yang selalu jadikan menu minum petang ni orang melayu je kalau cina tetap la cakoi kebiasaan di makan waktu pagi.

Kita biasa makan cakoi dengan kuah dia yang manis manis tu kan.. Tapi ramai yang tak tahu cakoi selain di makan bersama bubur, ia juga boleh di makan dengan kaya, sambal belacan, cheese sauce,durian,peanut sauce & macam - macam lagi. Cicah sambal tumis ikan bilis pun sedap jugak ni. Jenis kuih berasaskan tepung macam cakoi ni memang boleh di pelbagai cara makan dia. Nak makan dengan kuah kari pun sedap jugak. Ikut selera masing masing la kan...

Tu serba serbuk cerita pasal cakoi.. sebenarnya banyak lagi cerita di sebalik cakoi ni. Kalau nak sumbat dalam satu entri ni mau 2 hari 1 malam hangpa kena melukut kat blog lekatlekit.com ni. Jadi di pendekkan kisah cakoi ni korang baca sendiri la kat sini >> Nak Tahu Serba Sedikit Kisah Tentang Cakoi? Ohhh.. Baru Tahu Weyh! << So, lepas ni takde la korang susah hati nak makan cakoi lagi kan? 

Moral of the story.. Tu bestnya hidup di bumi Malaysia ni. Kepelbagaian makanan yang boleh di nikmati oleh semua kaum.

INI YANG MUNGKIN BERLAKU KALAU TERMAKAN MAKANAN SEMBAHYANG ORANG BUKAN ISLAM

INI YANG MUNGKIN BERLAKU KALAU TERMAKAN MAKANAN SEMBAHYANG ORANG BUKAN ISLAM. Kita sedia maklum kaum cina yang beragama budha kebanyakkan memang menggunakan makan untuk kebanyakkan ritual pemujaan agama mereka. Even dekat tempat penyembahan mereka pun sentiasa ada buah atau apa2 makan.. Tapi paling meriah kalau masuk bulan perayaan hantu la.. Memang ritual menjamu hantu tu penuh la dengan macam macam makanan berunsur makanan berat & snek. Yang macam nasi, kuih muih, ayam, daging bagai memang la dah terang2 status kehalalannya bagi umat Islam.. Tapi yang macam snek yang ada status halal tu macam mana pulak??


Benda ni pernah berlaku masa aku kerja sebagai general clerk kat satu kilang masa sebelum berhijrah ke sini dulu. Tak silap aku bulan tu bulan hantu kot. Macam biasa la.. Bos - bos aku ni cina. So depa tak terkecuali la untuk melakukan penyembahan untuk perayaan bulan hantu tu. Habis upacara menyembah tu dia hantar sedikit snek kat opis.. suruh makan. Serius time tu aku meragui status kehalalan makanan tu walau pada hakikatnya dia halal tapi sebab dia dah di jadikan bahan pemujaan untuk ritual keagamaan mereka.. Buat aku tak makan la. Gila kau nak makan! Tak kebulur sangat kot benda2 macam tu nak makan walau time tu aku sendiri tak sure boleh ke tidak orang Islam makan.

Dari apa yang aku baca.. Aku baca je ni bukan pergi mengaji dengan mana2 ustaz. So hangpa ambil sebagai bahan bacaan selebihnya merujuk la kepada mereka yang lebih berilmu.

Setiap barang makanan atau buah yag telah dijadikan sebagai bahan pemujaan di situ telah menjadi makanan jin kafir dan syaitan. Walaupun nampak dari segi zahirnya seperti biasa tapi hakikat sebenarnya barang tersebut telah di cemari dengan gelombang yang buruk dan kotor (daripada jin kafir dan syaitan) jika kita makan dikhuatiri gelombang buruk dan kotor itu masuk ke dalam badan kita menjadi darah daging kita maka memudahkan jin kafir dan syaitan menggoda kita. Oleh itu jauhilah semua barang yang telah dijadikan bahan pemujaan oleh orang musrik . Makan dan minulah barang yang halal dan baik yang ada di sekeliling kita.

Jadi tak kira makanan tu yang di gunakan untuk penyembahan orang bukan Islam atau orang yang mengamalkan ilmu batin macam bomoh tu. Sebab ada di kalangan orang2 melayu yang mengamalkan ilmu2 macam tu setiap tahun dia akan ada satu upacara penyembahan kepada saka saka dia yang selama ni membantu dia dalam aktiviti rawatan alternatif bagai. Kadang2 dia buat macam kenduri jemput orang kampung & orang2 sekeliling makan.. Jadi kalau tahu elakkan la pergi. Kita dah tau kenduri dia tu untuk apa & siapa kan..Takut makan yang jadi darah daging kita memberi kesan dalam kehidupan seharian kita pulak.

Moral of the story.. Walau makanan dari upacara penyembahan macam tu nampak bersih & memang bersih pada zat nya contoh minuman dalam botol macam yakult tu walau kilang tempat pemprosesan & pembungkusan dia bersih giler. Tak caya tengok kat sini >> Ini Yang Telah Di temui Di Kilang Yakult Oleh Satu Team Semasa Melawat Kesana << Tapi kalau benda tu di jadikan salah satu makanan untuk upacara penyembahan bagi orang bukan Islam.. Even botol dia masih di buka sekalipun tetap tak di galakkan kita meminumnya. Bersih hanya pada lahiriah tapi secara batinnya dia telah di serap dengan unsur2 yang tidak baik bagi orang Islam.

VIDEO 3 LELAKI MALAYSIA TERSIKSA SEMASA CABARAN CABUT BULU KETIAK

VIDEO 3 LELAKI MALAYSIA TERSIKSA SEMASA CABARAN CABUT BULU KETIAK. Orang lelaki ni kadang2 tak tahu bila masa dia service bulu ketiak dia kan.. Berapa cm bulu ketiak baru dia nak tebas. Normally lelaki ni memang ketiak dia mana ada licin. Tak tau la ada yang kata lelaki kena ada bulu ketiak baru nampak seksi. Masalahnya perempuan mana la dok hadap bulu ketiak orang lelaki ni. Tak lalu la aku nak menikmati permandangan bulu ketiak orang. Boleh muntah air longkang katanya.


Tapi bulu ketiak lelaki kalau bersepah pun jarang jadi isu berbanding perempuan. Kalau aku la..memang tak tunggu jadi hutan. Dia baru naik pucuk2 aku dah siap tebas. Memang dari zaman anak dara aku pratikkan macam tu. Nak2 dulu zaman budak2 suka pakai baju nampak ketiak lagi la rajin menebas. Tapi tu zaman jahiliah la. Sekarang ni tak tergamak dah nak tayang ketiak kat orang walau ketiak tak berambut pun. Tapi ada jugak jenis perempuan yang tak tau la nak kategorikan dia macam mana.. muka cantik,licin putih gebu.. Tapi celah ketiak.. Na'uzubillah... Umpama dalam semak ada duri, ayam kuning buat sarang katanya. Tebal Yarabbi! Bukan jenis bulu nipis2 tu... kategori hutan belantara. Bukan aku saja reka2 cerita tapi memang pernah nampak dengan biji mata sendiri. Walaupun dia tak pakai baju nampak ketiak tapi dia pakai baju lengan pendek yang lubang lengan dia agak besar bila dia angkat maka nampak la sekebun cinta nan berbulu di celah ketiak dia tu. hehehe

Tak kira la lelaki atau perempuan bulu ketiak bukan sesuatu yang sedap mata orang lain memandang. Jangan la biar ia subur di celah ketiak. Tak payah kau letak bling2 ke, kau warnakan dengan warna pelangi sekali pun bulu ketiak bukan satu benda yang menarik untuk kau simpan macam rambut. Tapi kalau nak buang bulu ketiak gamaknya korang sanggup tak buat macam 3 mamat ni >> 3 lelaki Malaysia Berdepan Dengan Cabaran Yang Paling Menyakitkan cabut Bulu Ketiak << Tengok memasing macam kena siksa jer muka. Kesian pun ada. Confirm la baru pertama kali cabut bulu ketiak tu. Kalau orang dah biasa wax bulu ketiak dah tak berapa rasa sakit katanya. Kita tengok macam kelakar tapi orang yang hadap memang azab katanya.

Ni salah satu wax yang selamat untuk korang try kalau nak buang bulu ketiak ke, bulu roma ke,bulu pada kemaluan ke,bulu kaki atau apa2 bulu yang berbulu di badan korang. Ia berasaskan madu, Tak menyakitkan & akan melambatkan proses bulu tumbuh semula.

Moral of the story.. Kebersihan ketiak pun kena jaga jugak. Jangan malas nak menebas lalang celah ketiak tu. Jangan sampai berkutu baru reti nak buang. Kalau rasa tak sanggup nak cabut guna apa2 cream wax, kau cukur je guna pisau cukur asalkan tak berbulu mata orang tengok ketiak kau tu. hehehehe

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG BULAN HANTU

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG BULAN HANTU. Tadi masa hantar anak aku ke bawah untuk di hantar ke sekolah oleh bapak dia ternampak banyak dah bendera2 yang biasanya di pacak bila tiba bulan hantu mengikut kepercayaan orang cina. Meriah pulak rasa macam nak piliharaya katanya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Menurut kepercayaan orang cina perayaan bulan hantu jatuh pada bulan ke 7 pada malam ke 14 tapi entah kenapa aku baru perasan hari ni bendera2 untuk perayaan hantu tu di pasang bila masuk bulan ogos ni. Tak silap aku memang selalunya aku nampak masuk je bulan ogos orang2 cina mula melalukan ritual untuk bulan hantu.. ke aku salah tengok kalender tak tau la. Kalau ikut info yang aku baca bulan hantu di sambut dalam pertengahan bulan ke 7 mengikut kalender cina kot. hahaha.. Tapi ikut kalender mat saleh jatuh pada bulan ke 8 ke camna tak tau la kan. Kena interview orang cina sendiri la untuk info yang lebih tepat.

Pada bulan hantu.. Orang cina percaya semua hantu hantu & roh2 orang mati termasuk orang2 zaman dulu kala yang dah berkurun mati akan keluar dari alam ghaib. Kalau korang biasa tengok filem2 seram cina, thailand.. Mungkin tahu macam mana kepercayaan orang cina tentang bulan hantu ni. Bila tiba bulan hantu ni.. Turn roh2 orang yang mati atau hantu ni yang akan menziarahi ahli keluarga depa yang masih hidup.

pada hari ke 13 dalam bulan ke tujuh penganut agama budha akan buat satu ritual untuk bebaskan penderitaan orang2 yang dah meninggal dunia. Selalunya depa akan buat ritual menyembah nenek moyang sebagai tanda taat & sebagai satu cara mereka menyambung warisan keturunan walaupun nenek moyang dah lama meninggal. Ia termasuk jugak upcara persembahan makanan. Sebab tu kita nampak orang cina akan letak makanan tempat2 mereka melakukan ritual penyembahan pada bulan hantu. Bukan setakat makanan depa jugak akan bakar wang neraka & bungkusan yang mengandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh2 yang datang menziarahi mereka yang masih hidup bila tiba bulan hantu. yang selalu kita nampak orang cina bakar kertas banyak2 tu. Tu antara ritual membakar wang neraka. Cara tu untuk melayan roh2 yang datang ziarah seolah olah mereka masih hidup. Ritual yang lain2 seperti melepaskan perahu kecik & tanglung di atas air bagi tujuan membantu roh2 yang sesat sedang mencari jalan.

Jadi kalau kita nampak barang2 untuk ritual bulan hantu tu jangan la kita nak sepak2 ke atau curi2 makan apam ke buah oren hapa.. Hormati kepercayaan orang lain. Sebab tu penting kita tahu bukan untuk kita percaya tapi untuk kita lebih memahami kepercayaan agama orang lain supaya kita tak termelakukan perbuatan biadap secara sengaja atau tak semasa mereka melakukan ritual untuk kepercayaan mereka.

Aku kalau sampai bulan hantu ni yang aku tunggu2 kat TV adalah filem2 seram je tapi entah kenapa siaran tv percuma ni tak nampak pulak iklan2 filem seram untuk mana2 slot rancangan TV. Kalau kat astro tu nampak jugak orang dok update pasal filem seram. Tak aci tau. Mentang2 aku tak mampu langgan esteruk.. Tv free tak nak tayang filem seram sempena bulan hantu ni.

Moral of the story... Semoga sempena bulan hantu mengikut kepercayaan orang cina tak ada orang2 malaysia yang tetiba jadi hantu & menghantui orang lain. Biarlah hantu buat tugasan dia.. kita sebagai manusia jadi manusia tak payah nak menyamar hantu sangat. hehehe

AWAS! INILAH SENARAI RESTORAN DIM SUM YANG HALAL & TIDAK

AWAS! INILAH SENARAI RESTORAN DIM SUM YANG HALAL & TIDAK. Sekarang ni bersepah restoran masakan cina yang halal kat Malaysia selepas makanan cina mula mendapat perhatian pelbagai kaum. Aku makan jugak la kat restoran cina muslim ni.. antaranya kat Bukit antarabangsa.. Lupa pulak nama restoran tu. Sebab dah lama tak pergi. Dulu kerap jugak pergi. Spesis yang jarang nak snap gambar makanan bila kat luar harap otak nak ingat ni memang failed katanya.


Banyak jugak la aku try makan restoran cina muslim ni sebab konsep laki aku makan.. makan sampai jemu. Bila jemu kami akan bercuti makan kat restoran yang sama beberapa ketika. Jadi sekarang memang tekak tak minta nak makan kat restoran cina muslim lagi.. Jadi kami pun tak menerjah mana2 restoran cina muslim.

Tapi hati2.. Yang suka makan masakan cina ni. Jangan hanya kerana dia ada mention 'Pork free' & guna bahan2 mentah dari sumber halal belum tentu halal. Sebab ada yang guna alkohol dalam masakan mereka. Selagi tak ada sijil halal JAKIM terpampang kat restoran tu please jangan makan kalau pemilik dia non muslim. Ni bukan soal racist ke hapa.. Ni soal benda yang nak jadi darah daging kita nanti.

Nak2 lagi peminat Dim Sum ni..Korang kena tahu antara 16 restoran yang popular dengan Dim Sum ni ada yang halal & tidak halal walau dia mention pork free & bahan mentah dari sumber halal sebab ada dia guna bahan tak halal sebagai perasa dalam masakan tu. Supaya korang tak termakan Dim Sum Tak halal meh check kat sini >> 16 restoran Dim Sum Halal & Tak Halal Kat Malaysia Mesti Anda Tahu <<

Kalau mengidam sangat nak makan Dim Sum pilihlah restoran yang memang di sahkan halal yer. Bukan takde.. ada cuma jangan main serbu je walau kat hotel. Sebab ada hotel menyediakan menu Dim Sum walau Pork Free tapi dia guna alkohol dalam masakan. Tetap tak halal.. sebab yang haram bukan je babi ok!

Moral of the story.. Kat Malaysia ni kita bertuah. Nak makan masakan bangsa lain ada banyak restoran yang di sahkan halal JAKIM masih banyak. So, tak payah la nak buat macam darurat sangat.. Asal pork free je terus makan.

AWAS! PERKARA YANG TAK BOLEH BUAT PADA TAHUN BARU CINA

AWAS! PERKARA YANG TAK BOLEH BUAT PADA TAHUN BARU CINA. Setiap bangsa & agama tu ada pantang larang dia tersendiri. Setiap pantang larang tu ada alasan.. cuma alasan dia samada logik atau tak logik je. Ada pantang larang alasan dia berkaitan dengan unsur spiritual & mistik.. ada yang sekadar alasan yang di reka reka untuk menakutkan generasi muda. Apapun pantang larang.. Boleh follow kalau tak menyusahkan atau memesongkan kepercayaan agama.


Walaupun kita orang melayu tak salah kita ambil tahu pantang larang & budaya bangsa lain. Yelah.. supaya kita tak termelakukan bila bertandang kerumah mereka untuk meraikan perayaan mereka. Nak2 lagi yang kawen campur ni. Sebab lain bangsa & agama.. Maka pantang larang dia pun lain lain jugak. Jadi sangat2 penting kita ambil tahu pantang larang bangsa lain sebagai menghormati kepercayaan mereka. Bukan suruh percaya tapi tak ada la nanti kita di anggap biadab bila melanggar pantang larang depa kan.

Kita buat dengan niat menghormati.. tak salah kan? Jadi mana2 yang ada kawan2 atau sedara mara mahupun keluarga mertua yang berbangsa cina elok la tahu apa pantang larang orang cina bila menjelang tahun baru cina. Kalau yang jenis berpegang pada adat memang benda2 macam ni memang depa pegang.. Rasanya kaum cina memang masih amalkan pantang larang ni sampai sekarang. Nak tau apa pantang larang dia meh baca kat sini >> 8 Pantang Larang yang boleh & tak boleh buat semasa tahun baru cina yang mesti anda tahu <<

Jadi kalau anda berkunjung rumah kaum cina pada tahun baru cina jagalah kelakuan anda yer.. Jangan terlepas buat benda2 tu semasa di rumah depa walaupun ikut kepercayaan & adat kita memang tak ada yang salah nak buat tapi tidak pada mereka yang berbangsa cina. Hormat menghormati itu penting.

NI NAMANYA TAHUN BARU CINA CAP IKEA

NI NAMANYA TAHUN BARU CINA CAP IKEA. Kemeriahan menyambut Tahun baru cina bagi kaum cina dah nampak auranya bila tanglung2 mula di gantung. Kalau kat kepong tu bersepah dah tanglung merah tergantung. Nasib baik la Merah kalau putih, di malam yang sunyi & gelap.. kalau lalu ada jugak yang langgar tiang kan.


Kat Malaysia ni selain Hari Raya yang di sambut umat Islam, tahun baru cina juga salah satu perayaan yang di sambut secara meriah walau tahun baru cina susah nak nampak cina pakai pakaian tradisi mereka berbanding kaum Melayu & India masih mengekalkan pakaian tradisi bila sambut hari perayaan. Yelah.. cina sekarang banyak western dah. Dah semakin tak nampak budaya tradisi mereka.

Tapi tetap la kaum cina masih merayakan Tahun baru cina walau depa tak pakai cheongsam masa tahun baru cina. Kita orang melayu ja kadang2 over.. Orang lain raya kita pulak lebih2 tempah cheongsam terbelah sampai peha. hahahahaha

Yang pasti Orang cina masih kekalkan benda ni masa sambut Tahun baru cina. Tapi yang lainnya cuma cap Ikea. Nak tau kenapa jadi cap Ikea meh tengok kat sini >> Inilah dikatakan Tahun Baru Cina Cap Ikea <<

Almaklum la sekarang ni semua bangga kalau cap Ikea. Kalau cap DIY macam aku sapa nak pandang ye tak. hahaha.. Takpa nak cap apapun  kalau mampu jangan sampai tak mampu pun kau gigih nak ber cap Ikea memang tu kategori harus di herdik sehingga insaf. hehehe

SESUATU TENTANG HONGKONG PERLU ANDA TAHU

SESUATU TENTANG HONGKONG PERLU ANDA TAHU. Hongkong ni yang aku paling banyak tahu pasal pelakon dia jer. Tu pun sebab dulu masa zaman2 bawah tanggungan mak bapak kakak no 2 aku ni gila tengok filem atau drama hongkong. Habis semua pelakon2 hongkong dia hafal sampai sekali dengan aku pun jadi terhafal. Sebab kalau tengok tv dengan dia memang TV tu dia punya la. Aku pulak jenis.. malas nak berebut TV nan satu tu.. Tengok je la. Tapi dengan arwah ayah dia selalu jugak bergaduh. Si Ayah nak tengok drama melayu si anak nak tengok drama hongkong. Tapi gaduh2 manja je la. Anak beranak la katakan.


Sebab kakak Nombor 2 ni la aku kenal pelakon komedi paling popular kat Hongkong Chow sin chi @ stephen Chow. Alah yang berlakon dalam filem CJ7 tu.. Dia jenis kalau buat lawak pun muka slamber badak je tapi kita yang tengok terkencing kencing gelak. Memang dulu banyak jugak la akak aku kumpul koleksi vcd filem dia. Kalau filem seram hongkong dulu2 pulak hantu lompat la apa lagi. Zaman budak2 tengok filem hantu lompat ni bila part tahan nafas tak bagi hantu dapat kesan, sekali dengan aku pun tahan nafas bagai nak rak. Punya feel tengok filem hantu cina tu. Dia punya takut.. terbayang2 sampai ke tidur katanya. Tu yang enjoy tengok filem seram masa budak2 sebab boleh feel seram berbanding sekarang.. ntah mana hilang deria rasa seram aku pun tak tau.

Sebab Hongkong china dah ambil balik maka banyak pelakon2 hongkong berhijrah ke luar negara tapi Tak jadi satu kerugian pun pada hongkong. Tu pasal filem & pelakon hongkong tapi ada perkara yang lebih penting yang ramai orang yang tak tahu termasuk aku tentang hongkong ni. Ada satu persamaan hongkong & langkawi.. Nak tau apa persamaan hongkon dengan langkawi try baca kat sini. Korang akan jumpa persamaan tu >> 7 Perkara Tentang Hongkong Yang Mesti Anda Tahu << Betul tak ada persamaan dengan langkawi. hehehe

Tak salah kita ambil tahu tentang negara orang ni walau kita tak ada niat pun nak pergi. Manalah tau tetiba tersesat kat sana at least kita dah ada info sedikit sebanyak tentang sesuatu tempat tu takde la macam rusa masuk kampung sangat kan.

SELALU KENA SINDIR & EJEK SEBAB MAK FASIH CAKAP TAMIL

SELALU KENA SINDIR & EJEK SEBAB MAK FASIH CAKAP TAMIL. Aku dah pernah cerita mak aku seorang perempuan Melayu yang takde darah campuran india ke apa tapi sangat fasih berbahasa tamil. Memang ada kawan india aku dulu cakap macam aku cakap bahasa tamil fluent giler beb! Aku memang la tak tau mak aku fluent ke tidak sebab aku memang tak reti nak berkomunikasi dalam bahasa tamil malah takde seorang pun adik beradik aku yang pandai speaking Tamil. Mak aku ni sebab di besarkan di kawasan estate & banyak bergaul dengan orang india dari kecik. Dia pun ada family angkat di kalangan orang india. Jadi.. Secara tak sengaja dia terbelajar bahasa tamil sehingga fasih tapi mak aku tak pandai baca dalam tulisan tamil. Cuma tahu cakap jer.. Setakat tengok filem tamil memang tak payah susah2 nak baca subtitle la.


Dulu masa kecik.. malu jugak la kalau ada orang ejek2 atau sindir sebab mak aku pandai cakap tamil. Bila depa dengar mak aku berbual dengan kawan2 India dia kat mana2 tempat awam.. Atau kawan2 india dia datang rumah orang macam gelak2. Atau pandang sampai tak kelip mata nak2 lagi kat tempat awam. Aku rasa macam terhina sikit la. Padahal.. Apa nak hina. Cuma bahasa. Yelah.. dulu mentaliti mungkin cakap tamil macam low class.. speaking english atau cina tu high class sangat la tapi sekarang serius.. aku rasa bangga mak aku tahu lebih dari 1 bahasa. Setakat reti speaking tak rare sangat la sebab majoriti ramai orang melayu sekarang memang boleh speaking english termasuk la budak2 kecil. Sampai ada anak orang melayu tak reti cakap melayu tapi hanya tahu english je. Jadi takde apa nak di banggakan sebab english sekarang bukan bahasa yang susah nak belajar. Tapi kalau yang pandai cakap tamil.. cina atau bahasa2 lain selain english tu yang rare sebenarnya.

Bila tengok bangsa2 lain cakap bahasa bangsa lain kat video ni >> Bahasa2 Yang Mereka Gunakan Sangat Mengkagumkan << aku rasa depa patut interview mak aku sekali. Hahahaha.. Mak aku jugak kategori yang boleh bercakap lebih dari satu bahasa walau sekolah tak tinggi sampai ke puncak KLCC.

Moral of the story.. Setiap bangsa ada keunikkan bahasa dia tersendiri. Macam India kalau bercakap dorang ada gerak kepala tersendiri. Setiap gerakkan tu ada maksud tertentu. Tu keunikkan bangsa India & bahasanya. Jangan menghina bahasa atau bangsa sesiapa.. Islam tidak ajar kita merendah2 kan orang lain walaupun berlainan bangsa & agama.

P/S : Sehebat manapun kita tahu lebih dari satu bahasa tapi kita tak boleh lawan bahasa budak2 sekarang.. Depa guna bahasa dari planet. Bahasa Alien.. Aq nuck muckan hahahaha.. maafkan saya. saya tak arif bahasa alien. hehehe

VIDEO! SEDAP SUNGGUH SHILA AMZAH NYANYI LAGU TAMIL

VIDEO! SEDAP SUNGGUH SHILA AMZAH NYANYI LAGU TAMIL. Orang kata kalau dah memang suara tu sedap.. meletop kebabom.. nyanyi lagu apapun sedap. Ni baru kategori penyanyi serba boleh. Apa2 irama pun dia boleh lagukan dengan baik. Memang shila Amzah di lahirkan dengan bakat semulajadi. Sebab suara sedap ni bukan boleh dapat kat mana2.. Yang boleh belajar cuma teknik nak menyanyi dengan betul & baik je.

Kalau nak tengok video tu boleh clik kat gambar ni

Bukan la nak merendahkan bakat Najwa Latif.. Tapi Najwa latif salah satu contoh penyanyi yang boleh bawa lagu dia je. Lagu yang di compose sendiri sebab semua lagu dia buat memang nada & melodi yang lebih kurang sama. Kebanyakkan semua mendatar jer. Pernah dengar dia nyanyi lagu orang memang agak kelautan hindi. Berbanding shila Amzah yang kita tahu bakat nyanyian dia. Kalau tak takkan sampai ke china menyanyi ye dak.

Bagus jugak budak shila ni.. Nyanyi lagu melayu sedap. Nyanyi lagu omputih sedap.. nyanyi lagu tamil pun sedap. Gamaknya lagu apa Shila Amzah kalau nyanyi bunyi sumbang yer. Semua irama dia boleh bawak. Tapi satu jer Shila Amzah mungkin tak reti walau dia pandai nyanyi lagu tamil. Pakai saree... hahaha. Bukan semua orang reti pakai saree 

Moral of the story kalau nak jadi penyanyi biar pakej macam shila Amzah. Orang tak boleh pertikai apa2.. Dari segi bakat sampai la ke rupa paras semua cantik elok terletak je. Untunglah.. Ni kalau suruh mengaji pun confirm suara boleh buat ustaz2 pesbuk terlentok liuk tepi skrin. hehehe

LETAK ANJING DALAM TROLI TESCO BUKAN SALAH CINA

LETAK ANJING DALAM TROLI TESCO BUKAN SALAH CINA. Mula kecoh pasal isu satu gambar seorang individu berbangsa cina bawak anjing pergi tesco kemudian letakkan dia dalam troli. Kecoh la satu alam maya pasal tu sebab troli tu mungkin di guna oleh pengunjung yang beragama Islam. Tapi takpe semua troli kat tesco tu telah di sertu oleh sekumpulan individu beragama Islam yang prihatin. Alhamdulillah.


Masalahnya bila berlaku kes yang melibatkan satu individu dari sesatu bangsa mesti wujud isu perkauman. Padahal isu letak anjing dalam troli bukan masalah kaum tapi masalah individu yang tak sensitif dengan orang lain. Nama je duduk kat Malaysia. Ada berbilang kaum & majoriti penduduk adalah beragama Islam takkan tak tau isu anjing sangat sensitif. Nak hentam... hentam je individu tu kenapa mesti hentam bangsa.

Macam tu juga bila berlaku sesuatu yang melibatkan bangsa melayu beragama Islam.. Orang melayu paling kuat menghentam bangsa sendiri. Kenapa bangsa kena jadi mangsa di sebabkan hanya individu yang melakukannya. Bagi aku memang tak adil tak kira untuk apa bangsa & agama sekalipun. Sebab tu dalam entri aku pun kalau aku nak menghentam individu aku takkan sebut mak,bapak,family atau sedara mara dia apatah lagi bangsa & agama mereka. Aku akan bercakap tentang orang yang aku nak cakap je.

Kita boleh lantang bersuara sebab Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara tapi kebebasan tu tetap ada limit. Jangan kerana seorang individu berbangsa cina buat perangai tak semegah letak anjing dalam troli pasaraya yang di gunakan berbilang kaum & agama kita terus keluarkan statement yang berunsur provokasi yang mungkin mencetuskan pergaduhan antara kaum. Kau nak hentam amoi tu sampai lunyai pun silakan tapi jangan melibatkan kaum & agama sebab hanya dia je yang buat bukan orang lain.

Moral of the story..Jadi keyboard warrior ni ada fungsinya tapi Belajar menjadi keyboard warrior yang adil tidak menghukum orang yang tak bersalah hanya kerana seorang individu.

MACAM NI LAH RUPA BILA ARTIS CINA NYANYI LAGU SALOMA

MACAM NI LAH RUPA BILA ARTIS CINA NYANYI LAGU SALOMA. Sesekali artis berbangsa cina nyanyi lagu raya Saloma ni macam best pulak kan.. Almaklum la lagu ni kategori lagu evergreen. Melodi & Irama dia sangat nostalgia. Bukan semua orang boleh bawa lagu lagu lama dengan baik walau orang melayu sekalipun apatah lagi yang bukan berbangsa melayu & cakap melayu pun masih ada slang2 cina gitu.


Aku pun reti jugak nyanyi lagu cina.. Kang Kuo Lai.. tapi tang kang Kuo Lai je la. Tapi ada satu lagu dari band lama 80an dari hongkong aku suka even aku tak reti nyanyi pun.. dari kumpulan beyond. Dulu siti nurhaliza pernah berduet satu lagu yang campur bahasa melayu & cina dengan seorang penyanyi cina.. Time tu pakat habis orang melayu reti nyanyi lagu cina. Yelah.. semua peminat siti nurhaliza pakat dok menghafal lagu tu. Aku tak ingat la tajuk lagu tu tapi popular era 90an kalau tak silap. Zaman Siti Nurhaliza tengah naik la time tu.

Tapi Kalau korang nak dengar macam mana bunyi bila artis cina & beberapa individu lain lagi nyanyi lagu saloma meh dengar kat sini. Jangan terkejut di hujung video ni korang akan dengar lain sikit hehehe >> Artis cina & beberapa Individu lain nyanyi lagu Saloma <<

Kesimpulannya.. kadang kita boleh nyanyi lagu dari bahasa lain walau kita tak tahu maksudnya pun sebab kita selalu terhafal bila melodi lagu tu sedap di dengar tapi bahaya jugak takut maksud tu sesuatu yang bercanggah dari ajaran Islam. So, nak sebut apa2 perkataan dalam bahasa yang kita tak faham selidik dulu apa makna perkataan yang kita sebut.

SPEKULASI & KEBENARAN DI SEBALIK KEJADIAN AMUK DI PLAZA LOWYAT

Rasanya semua orang tahu pasal kes sekumpulan lelaki melayu mengamuk di kedai Oppo plaza Lowyat. Kedua dua belah pihak cuba membetulkan diri masing masing. Tapi kebenaran dia semua orang boleh nilai kot..


Plaza Law yat memang Raja segala gadget elektronik la kat KL ni.. kisah penipuan kat situ bukan perkara baru kot. Jual harga Original tapi barang tak original.. Bukan nak racist ke hapa.. Kebanyakkan cina yang berurus niaga dengan bangsa lain kat situ majoriti ambil kesempatan nak2 lagi yang jenis tau guna jer.. Tak tau nak check mana yang ori mana yang tidak. Nak2 lagi kaum perempuan memang sasaran untuk di tipu la.

Statement penyerang kata di tipu beli set original tapi dapat yang bukan original. Minta tukar dorang tak bagi.. maka dia ambil je yang di katakan hak dia kemudian dia di tuduh mencuri.. statement yang mangsa serang katanya sekumpulan lelaki melayu tu tak puas hati sebab katanya salah sorang kawan depa di tangkap oleh salah sorang staff oppo mencuri. Tapi naluri hati aku ni rasa.. Ni confirm kes peniaga menipu pelanggan. Kalau bukan kes tipu pelanggan pun elok jugak benda ni jadi isu sebab banyak kot kes penipuan kat plaza lowyat ni. Baru pihak2 yang berwajib buka bijik mata sikit.

Sebelum ni kes penipuan kat plaza lowyat pihak berkuasa macam tak pandang.. Hope lepas kejadian ni buka bijik mata luas & sila ambil tindakkkan setegas tegasnya pada peniaga yang menjalankan perniagaan tak jujur macam tu. Makin di biar makin berleluasa. Naik tocang memasing. Asal orang bendul sikit jer... nak menipu.

Moral of the story.. Sekarang ni memang semua kena di viralkan baru jadi isu serius. Jadi sila berterima kasih pada keyboard warrior.

 

PAKAI KAIN BATIK LEBIH MENGAIBKAN DARI BUKA TUDUNG

Itulah realiti yang berlaku sekarang ni kat Malaysia yang semua orang tahu salah satu Negara Islam di dunia. Pelik tapi benar.. Batik kan salah satu kebanggan Malaysia. Tak tau la celah mana mengaibkan sangat. Dari pakai skirt pendek atas peha tu.

Maybe la dia rasa aib sebab dia tak pandai ikat kain batik,hihihi

Bila terbaca kes seorang Nyonya yang di minta pakai kain batik untuk berurusan di JPJ. mula2 aku tak nampak pun benda tu memalukan sangat. Tapi bila terbaca anggota rela yang suruh dia pakai kain batik tu di kenakan tindakkan.. Yang ni aku rasa mengaibkan. Mengaibkan Malaysia sebagai negara Islam & mengaibkan kerajaan yang tak tau nak bezakan yang mana pesalah dengan tidak bersalah. Kalau bagi amaran pertama atau teguran je tak boleh ke? Perlu ke sampai di kenakan tindakkan?


Pelik kan.. Dulu kecoh isu wanita bertudung di minta buka tudung kalau nak kerja kat premis perniagaan kat One Utama. Benda tu settle just dengan permohonan maaf je secara terbuka alasan konon salah pekerja dia yang baru tak tau prosuder mereka. Mustahil la seorang yang di beri tanggungjawab penemuduga tak tahu. Nampak sangat alasan nak lepas tangan. Senang je settle.Tak dengar pulak kena tindakkan apa2. Tapi pasal nyonya kena pakai kain batik ni.. Cepat jer di kenakan tindakkan.Watdehek??

Lepas ni abang2 rela yang jaga kat JPJ yang mana tak mematuhi etika berpakaian halau balik je. So, depa tak boleh nak viralkan sebab salah depa. Tak payah nak bagi choice sangat la pakai kain batik bagai. Bagi depa susah sikit baru depa tau lebih baik pakai kain batik dari kena balik tukar kain lebih panjang kemudian datang balik.

Rasanya kat Malaysia ni suruh bogel pun lagi selamat dari suruh orang tutup betis & peha mengelebeh.

Moral of the story.. Nak berurusan dengan premis kerajaan sila jangan nak tayang sangat peha & betis. Kang suruh pakai kain batik kecoh satu alam maya macam kena suruh bogel. Cemuih Aihhh!!


PENGALAMAN SEDIH & SERAM SEORANG JURUSOLEK MAYAT

Dalam masyarakat cina bila meninggal dunia mereka akan di solek sebelum di lakukan upacara pengebumian. Maka ada di kalangan mereka yang bekerjaya sebagai jurusolek mayat. Yang peliknya mereka memerlukan jurusolek mayat untuk melengkapkan upacara kematian tapi persepsi sesetengah dari kaum mereka memandang kerjaya ni sebagai satu kerjaya yang hina, kotor & membawa malang.


Tertengok satu video seorang jurusolek mayat yang cerita pengalaman dia makeup mayat yang adakala datang dalam keadaan tak sempurna & mengerikan. Paling sedih.. Bila kawan, kaum keluarga & saudara mara meminggirkan dia kerana bekerja sebagai jurusolek mayat. Ada yang menjauhkan diri, tak nak bergaul dengan dia & yang paling sedih ada yang taknak dia datang untuk sebarang majlis keraian seperti perkahwinan takut dia membawa malang. Pernah berlaku satu kejadian di mana dia pergi melawat saudara dia.. selepas kedatangan dia tu salah seorang ahli keluarga saudara dia terlibat dalam kemalangan & meninggal dunia. Mereka menyalahkan dia & menghalau dia ketika dia datang untuk memberi penghormatan terakhir.

Sedih jugak aku tengok video pengalaman seorang jurusolek mayat ni.. dalam sedih2 tu ada jugak ngeri & seram yang dia ceritakan. Yelah berdepan dengan mayat hampir setiap hari pelbagai keadaan.. Setakat tengok cerita seram ok la kita tau semua babak cuma lakonan. Cuba berdepan secara live dengan mayat yang mati dalam keadaan ngeri. kau mampu. kalau korang nak tengok video pengalaman seoarang jurusolek mayat korang boleh tengok kat sini >> [VIDEO] A dead body with half it’s head missing was sent to her doorstep and she had to…

Moral of the story.. Apapun kerjaya selagi bertujuan baik janganlah di pandang hina. Jurusolek mayat bagi mereka yang bukan islam mungkin satu keperluan.. Kalau semua orang rasa jijik, takut & hina pekerjaan tu sapa yang nak makeup mayat?? Jadi berhenti menghukum sedangkan kamu memerlukan golongan macam ni. Sepatutnya kamu berterima kasih kerana dia sanggup melakukan pekerjaan tu walau di pandang hina oleh masyarakat.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com