BILA POS LAJU TAK LAJU..
Bila malas orang akan buat macam2 alasan. Kadang2 alasan tu terang terangan menipu. Bila alasan di cipta untuk mengelakkan dari tunaikan tanggungjawab yang sepatutnya mula la nak main ayat power kan. Mungkin orang yang jenis angguk2, geleng2 ni akan setuju & diam je tapi bagi orang yang tak puas hati & nak dengar juga alasan munasabah, boleh ke kau nak buat ayat power lagi.Kisahnya pasal posmen & pos laju. Bulan lepas ada 2 barang yang di hantar ke rumah sang lekit menggunakan perkhidmatan pos laju. 1 barang memang sampai tepat seperti yang pos Malaysia tetapkan. Mungkin posmen yang hantar tu betul2 buat kerja. Takde nak buat alasan call tak jawab, orang takde kat rumah, walhal sang lekit ni sentiasa ada kat rumah kalau hari bekerja. Kalau pun nak keluar sejak ada baby ni petang atau malam tu. Tu pun jarang2 sangat sebab lala terlalu baby nak di bawa keluar selalu. Tapi masalahnya 2 kali dah berlaku pos laju tak laju pun sampai.
Carian google