Showing posts with label fareeda. Show all posts

RELA JADI GELENDANGAN DEMI TUDUNG FAREEDA

Semua orang kenal jenama Fareeda. Semua orang tahu macam mana design tudung fareeda. Semua orang tahu harga tudung fareeda even tak tahu harga setiap tudung tapi semua orang tahu tudung fareeda takde yang harga bawah RM50 kalau tak silap.

Tapi pelik terlalu laris ke tudung Fareeda sampai pelanggan mereka terpaksa bermalam di kaki lima depan premis perniagaan mereka semata mata nak dapatkan tudung jenama mereka? Rasa sangat mustahil la terlalu banyak permintaan sampai Fareeda tak mampu keluarkan stok mencukupi sampai buat golongan kaya ni jadi gelendangan hanya kerana tudung Fareeda?? Rasanya macam2 jenama terkenal & laris tapi tak pernah lagi tengok kat Malaysia ni orang bermalam depan premis perniagaan jenama tersebut semata mata tak nak terlepas beli jenama tu hanya Fareeda.

Ni la makcik2.. akak2.. yang dengan bawak anak kecik bagai bergelimpangan macam mangsa pelarian perang bermalam depan kedai tudung Fareeda. -Sumber Gambar FB-

Memang aku pelik sangat.. Apa motif Fareeda ni keluarkan stok terhad sedangkan jenama mereka mendapat permintaan tinggi?? Untuk apa nak eklusif sangat sampai permintaan melebihi stok yang ada? Nak jaga kualiti sampai kena had kan kuantiti ke?  Buat peminat tudung jenama mereka macam pengemis. Dah tau banyak permintaan tambah la stok supaya mencukupi.. Motif kau nak had2 kan benda yang dapat permintaan tinggi? Kalau banyak jual kau jugak dapat banyak untung. Memang misteri sungguh jenama Fareeda ni... Tau tak bangsa melayu Islam yang banyak berkampung depan kaki lima kedai kau tu?? Kalau orang luar tengok & tak tau apa yang berlaku dah tentu nilaian kasar depa anggap.. Yang dok berselerak tidur kat kaki lima depan kedai ko tu gelendangan padahal depa2 tu golongan berkemampuan.

Yang dok ghairah dengan tudung fareeda tu.. Hangpa pakai ja tudung jenama mahal @ mengedar tudung jenama mahal tapi tidur kat kaki lima.. Hangpa tau ada orang anggap harga diri hangpa tu lagi murah dari tudung fareeda. Tak malu ka?? Orang pakai tudung RM10 pun lebih ada harga diri. Tak kuasa depa nak tidur kat kaki lima dengan bawak anak kecik. Gamaknya keselesaan & keselamatan anak kecik hangpa dah jatuh nombor berapa demi tudung Fareeda ni. Panas.. nyamuk.. bising.. habuk bagai dok bawak anak tidur kat situ. Akai letak lutut ka??


 Antara komen yang sempat aku printscreen. select yang mana point dia menarik jer

Fareeda jangan nak senyum je tengok fenomena ni.. Yelah asal kau kenyang sudah. Kalau takde yang support jenama mahal kau tu gamaknya kau jahit tudung jual kat kaki lima je kot. Jangan buat peminat tudung jenama korang macam mengemis walhal bukan murah depa bayar untuk dapatkan koleksi tudung hangpa tu. Aku pun tak mampu nak beli tapi kalau aku mampu pun.. aku anggap aku pembeli, aku bayar & aku bos kenapa aku kena jadi macam peminta sedekah?? Ye dak?? Renung renungkan.. selamat berfikir guna akal bukan kepala lutut.

P/S : tak kira la yang bergelimpangan kat kaki lima tu reseller Fareeda tapi permandangan camtu sangat2 menyedihkan. Tak sepatutnya berlaku kot kalau Fareeda banyakkan stok. Kalau dah tau tudung laris macam goreng pisang.. tak payah takut stok tak habis, ye dak??

P/S : Siapa berkemampuan pakai la even harga berjuta sekalipun.. tu hak masing2 tapi yang tak sedap mata memandang cuma sampai terpaksa bermalam di kaki lima. Hope jangan ada pulak komen kata aku jeles tak mampu pakai cakap lebih lebih pulak.

RUPANYA FAREEDA TU BUKAN JENAMA TUDUNG

Pagi pagi dah terbaca entri Kak Seri Kandi Jauhar pasal Fareeda. Almaklum la sekarang ni tengah hot dengan isu tudung Fareeda kan. Aku sebenarnya malas nak up story pasal tudung fareeda kat blog melekit lagi penuh sensasi pedas panas bagai ni. Yelah.. aku ni kan jahat. Bagi pandangan apapun semua kedengaran jahat jahat belaka. Tapi jangan risau semangat berblog & meluahkan pendapat tu takkan mati hanya kerana anggapan orang. Yang positif aku jadikan pengajaran jer.

Pasal Fareeda tu.. Nak tergelak jugak sebab selama ni kat Malaysia kalau sebut Fareeda tu kita tahu satu jenama tudung yang mahal lagi cantik tapi kat negara lain Fareeda bukanlah sesuatu benda yang sangat mahal & bukanlah cantik tapi mungkin sedap di makan setelah di masak. Kalau korang nak tahu kat sebuah negara ni Fareeda tu adalah sejenis ikan. Hahahahahaha

Nak tau ikan Fareeda ni ada kat negara mana meh tengok kat blog kak Seri Kandi Tanah Jauhar

Rupanya banyak nama tudung ni pinjam nama ikan. Selain fareeda.. bawal pun sejenis nama ikan jugak. Lepas ni boleh la sapa2 nak buat tudung sendiri 7 layer dengan jenama sardeen pulak ke. hahahahahaha

Apapun entri ni bukan nak kondem fareeda ke hapa.. Yelah kena bagitau. Sebab apa jer datang dari aku ni ada sesetengah orang pandang negatif jer. So kena jelaskan secara terperinci. Entri ni sekadar entri santai dengan info menarik yang aku cedok dari blog kat Seri Kandi Jauhar. Mesti ramai yang tak tahu kan pasal ikan Fareeda. hahahahahaha


ISU TUDUNG FAREEDA & PROF IZZI MENCABUL BUAT KITA LUPA MH370 YANG MASIH HILANG

15 hari pertama.. bertubi mesej #prayforMh370.. Sana sini orang mendoakan. Semua seakan akan merasa kesedihan. Semua menanti jawapan.. Namun hari ini 35 hari kehilangan. Dah makin tiada lagi doa untuk mereka yang hilang bersama MH370. Tiada lagi kata2 doa, semangat & prihatin.

Yelah.. tak boleh nak salahkan sapa2 kalau mereka sudah melupai MH370 walau masih hilang walau masih tiada jawapan apa yang berlaku. Itu hak masing masing.. Yelah.. kita sendiri pun ada tempoh kritikal bila berdepan dengan kesedihan, kehilangan atau kematian & beransur2 pulih & akhirnya kita melalui kehidupan & rutin hidup seperti biasa juga.

Nak2 lagi dalam Isu MH370 yang masih belum selesai datang pulak isu hangat lain macam isu tudung fareeda di ciplak & isu seorang pelajar UiTM buat laporan polis mendakwa di cabul oleh seorang prof & pakar motivasi terkenal. Bila kita tumpu pada isu lain.. sedikit sebanyak buat kita lupa sekejab pasal isu yang masih belum selesai. Aku tak kata benda tu jadi salah atau jadi dosa.. Aku cuma cakap apa yang berlaku & terjadi je.

Sumber gambar dari google tapi di edit lekatlekitstory

Apapun isu yang menenggelamkan Isu besar kehilangan MH370.. Jangan lupa mereka, ahli keluarga mereka, pasukan keselamatan yang masih terlibat dalam misi mencari & menyelamat masih mengharapkan doa2 dari kita. Teruskan berdoa sehingga Allah memakbulkan doa2 kita untuk melihat kebenaran apa yang sebenarnya berlaku di sebalik kehilangan misteri MH370 yang langsung tiada tanda atau petunjuk sehingga hari ini. Yang ada cuma teori, spekulasi & andaian sahaja.

Semoga Allah membongkar kebenaran yang selama 35 hari ini di sembunyikan. Semoga semua mangsa berada di tempat terbaik.


DESIGN TUDUNG SEKARANG LEBIH KURANG SAMA JER, TAK TIMBUL ISU CIPTA ATAU CIPLAK

Bangun pagi bila online jer terpinga2 pasal isu ciplak tudung jenama terkenal & mahal. Nak saman pengeluar tudung ciplak jenama terkenal & mahal dia. Ramai rupanya.. rasa tindakkan pengeluar tudung jenama terkenal & mahal ni agak kejam. Katanya.. tudung semua dari asas bentuk yang sama.. tak timbul isu ciplak bagai. Lagipun dua2 bisnes tu dari orang melayu beragama Islam yang nak mengangkat & mengalakkan orang berpenampilan muslimah.

Tu kata2 dari komen yang aku baca la... Tapi bagi aku isu cipta kemudian di ciplak ni macam isu yang takkan boleh di bendung pun. Apa juga barang.. apa juga jenama.. apa jugak fesyen.. apa juga design atau apa jer perkara kalau ada yang cipta.. dah pasti ada ciplak. Berblog pun sama.. ada yang mengarang ada yang copy paste jer tetap di panggil blogger even sorang bukan kerja perah otak sorang buat kerja ciplak. Manusia & hidupan dalam dunia ni ciptaan Allah pun ada orang ciplak hasil kejadian Allah ni.. buat klon ni klon tu.. Ni pulak hasil ciptaan tangan manusia. Apa nak pelik dengan Allah pun manusia tak takut inikan dengan manusia.

Isu tudung terkenal & mahal tu di ciplak.. Aku setuju dengan 1 komen ni aku tak ingat siapa.. Dia kata bila orang mula mencipta barangan tiruan dengan jenama yang sama.. pada masa yang sama membawa jenama besar itu untuk di perkenalkan sekali. Tu antara kebaikkan yang jenama terkenal & mahal tu dapat. Tapi keburukkan dia mungkin jenama yang sama tapi kualiti tu tak sama maybe akan membawa kesan negatif jugak pada jenama tu.

Tapi isu dalam mengangkat fesyen yang katanya fesyen muslimah tu.. Tak payah la saman juta2 sangat kot. Bentuk tudung ni semua sama.. beza design & corak jer kot. Ada yang macam kuih lapis berlayer & bermacam2 kaler.. ada yang sewarna berbatu bata... ada yang bertone warna warni macam pelangi.. ada yang macam taman bunga.. ada yang macam singa, harimau bagai.. Tak payah nak cop hak cipta terpelihara sangat la. Anggap macam kita cipta resepi untuk orang lain cuba sudah... Resepi sama, tukang masak berbeza rasa pun mustahil sama kan even dari resipi yang sama. Sebenarnya pi mai pi mai design & bentuk tudung semua jenama pun macam lebih kurang sama jer.. ubah sikit2 corak, warna, letak diamond, labuci,manik bagai sikit untuk nampak berbeza sikit dengan yang sedia ada. Takde istilah isu hak cipta terpelihara kalau tudung ni.


Dua jenama terkenal. Taknak mention jenama mana.. salah satu jenama yang tengah kontroversi sekarang.. satu lagi jenama yang terkenal jugak. Tak jauh beza sangat pun design dorang, kan?? SO takde isu ciplak bagai sangat

Jadi pada jenama terkenal & mahal tu sebelum menyaman pihak yang katanya ciplak tu cuba kaji balik semua tudung2 anda yang anda jual selama ni.. adakah takde sikit pun menciplak dari jenama lain? Kalau betul2 takde.. teruskan saman. Kalau rasa macam ada.. sila malu sendiri. Peace!

P/S : Mereka sibuk saman menyaman sampai terlupa hari ini hari ke 33 MH370 lenyap,senyap tanpa khabar berita. Betapa.. tiada nilai harta dunia bila menghadap kehilangan tak bertanda kerana tiada nilai mampu di bayar untuk mencipta kembali perkara yang menjadi kenangan. Marilah kita doakan buat mereka,agar misi mencari menyelamat menemui mereka atau tanda dimana mereka berada. Doakan buat semua mereka yang terlibat dalam misi ini, kerana mereka juga bertarung nyawa hidup & mati dalam misi tu. Moga Allah membuka jalan & kebenaran.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com