RELA JADI GELENDANGAN DEMI TUDUNG FAREEDA

6/03/2014 10:57:00 AM suria lekatlekit 19 Comments

Semua orang kenal jenama Fareeda. Semua orang tahu macam mana design tudung fareeda. Semua orang tahu harga tudung fareeda even tak tahu harga setiap tudung tapi semua orang tahu tudung fareeda takde yang harga bawah RM50 kalau tak silap.

Tapi pelik terlalu laris ke tudung Fareeda sampai pelanggan mereka terpaksa bermalam di kaki lima depan premis perniagaan mereka semata mata nak dapatkan tudung jenama mereka? Rasa sangat mustahil la terlalu banyak permintaan sampai Fareeda tak mampu keluarkan stok mencukupi sampai buat golongan kaya ni jadi gelendangan hanya kerana tudung Fareeda?? Rasanya macam2 jenama terkenal & laris tapi tak pernah lagi tengok kat Malaysia ni orang bermalam depan premis perniagaan jenama tersebut semata mata tak nak terlepas beli jenama tu hanya Fareeda.

Ni la makcik2.. akak2.. yang dengan bawak anak kecik bagai bergelimpangan macam mangsa pelarian perang bermalam depan kedai tudung Fareeda. -Sumber Gambar FB-

Memang aku pelik sangat.. Apa motif Fareeda ni keluarkan stok terhad sedangkan jenama mereka mendapat permintaan tinggi?? Untuk apa nak eklusif sangat sampai permintaan melebihi stok yang ada? Nak jaga kualiti sampai kena had kan kuantiti ke?  Buat peminat tudung jenama mereka macam pengemis. Dah tau banyak permintaan tambah la stok supaya mencukupi.. Motif kau nak had2 kan benda yang dapat permintaan tinggi? Kalau banyak jual kau jugak dapat banyak untung. Memang misteri sungguh jenama Fareeda ni... Tau tak bangsa melayu Islam yang banyak berkampung depan kaki lima kedai kau tu?? Kalau orang luar tengok & tak tau apa yang berlaku dah tentu nilaian kasar depa anggap.. Yang dok berselerak tidur kat kaki lima depan kedai ko tu gelendangan padahal depa2 tu golongan berkemampuan.

Yang dok ghairah dengan tudung fareeda tu.. Hangpa pakai ja tudung jenama mahal @ mengedar tudung jenama mahal tapi tidur kat kaki lima.. Hangpa tau ada orang anggap harga diri hangpa tu lagi murah dari tudung fareeda. Tak malu ka?? Orang pakai tudung RM10 pun lebih ada harga diri. Tak kuasa depa nak tidur kat kaki lima dengan bawak anak kecik. Gamaknya keselesaan & keselamatan anak kecik hangpa dah jatuh nombor berapa demi tudung Fareeda ni. Panas.. nyamuk.. bising.. habuk bagai dok bawak anak tidur kat situ. Akai letak lutut ka??


 Antara komen yang sempat aku printscreen. select yang mana point dia menarik jer

Fareeda jangan nak senyum je tengok fenomena ni.. Yelah asal kau kenyang sudah. Kalau takde yang support jenama mahal kau tu gamaknya kau jahit tudung jual kat kaki lima je kot. Jangan buat peminat tudung jenama korang macam mengemis walhal bukan murah depa bayar untuk dapatkan koleksi tudung hangpa tu. Aku pun tak mampu nak beli tapi kalau aku mampu pun.. aku anggap aku pembeli, aku bayar & aku bos kenapa aku kena jadi macam peminta sedekah?? Ye dak?? Renung renungkan.. selamat berfikir guna akal bukan kepala lutut.

P/S : tak kira la yang bergelimpangan kat kaki lima tu reseller Fareeda tapi permandangan camtu sangat2 menyedihkan. Tak sepatutnya berlaku kot kalau Fareeda banyakkan stok. Kalau dah tau tudung laris macam goreng pisang.. tak payah takut stok tak habis, ye dak??

P/S : Siapa berkemampuan pakai la even harga berjuta sekalipun.. tu hak masing2 tapi yang tak sedap mata memandang cuma sampai terpaksa bermalam di kaki lima. Hope jangan ada pulak komen kata aku jeles tak mampu pakai cakap lebih lebih pulak.

19 comments:

  1. memang pelik jugak dengan strategi marketing diorng ni. Eksklusifnya mengalahkan brand well known yg lain. :)

    ReplyDelete
  2. Rozie lalu pd ari biase tak de sale la mase tu. Tak de org pun. Nak msk malas. Tp jgn kejam blh tak pemilik kedai tuh. Buat jualan mcm tudung mcm org lain blh tak. Sape cepat die dapat. Klau tak dpt nasib la. Jgn terlalu kejam dgn bangsa sendiri....

    ReplyDelete
  3. ini bukan akai letak kat lutut, ni dah tahap takdak akai..!

    ReplyDelete
  4. jap tak paham skit dgn fareeda butik ni...
    hari biasa tak jual ke apa? yang ekslusif sangat tu mcm mana eh sebab tengok sume tudung dia sama je berlayer-layer... tak tau n tak paham sebab tak pernah pergi pun butik dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...betul tu
      saya pun x tahu ekslusif kat mana sebab memang tengok sama jer
      ropol-ropol 3 tingkat kat
      warna-warni

      Delete
  5. Fareeda ni memang seorang penuntut ilmu ekonomi kapitalisme yang baik. Keuntungan adalah matlamat utama.

    Kebajikan pelanggan? Apa tu? Tak pernah dengar la. Haha

    ReplyDelete
  6. teringat masa kerja dulu. Ayat penjual tudung waktu pejabat - pakai tudung mahal ni muka jadi lawa.
    suami/ayah/abang/adik lelaki tolonglah nasihat sikit. malu / sedih. Saudara Fizo Omar tolong carikan idea yang lebih baik dan barakah.

    ReplyDelete
  7. urm...bila tengok wanita2 tu tidur tergolek-golek depan kedai rasa macam "urghh...malunya. orang lalu lalang tengok (faham-faham je lah) "
    baca kenyataan fizo omar. dia mcm suka pula. hais... x faham betul
    sorry ....

    ReplyDelete
  8. as salam kenapa marah marah. hak masing masing, macam saya tak beli pun tudung mahal sebab saya minat gajet sahaja. mungkin orang lain citarasanya lain. minat tudung atau minat bunga. jadi jangan puan puan dan tuan tuan pertikaikan minat orang lain. ini hanya pendapat saya. terimakasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara depa tu je no. Kat Msia ni dah cukup banyak pengemis juga geladangan dll. Depa tu sume Melayu - ulang MELAYU. Menutup aurat tu WAJIB. Takut nanti disalah anggap. Bertudung satu penyeksaan. Orang Melayu ramai miskin. Depa tu bukan semua orang "kaya"'. Bangkit dan buka mata wahai orang Melayu.

      Delete
  9. saya tak paham ketaksuban mereka
    macam malu pun ada juga

    ReplyDelete
  10. Salam Mami Lala..

    huhu..kalau ye pun nk reseller, jgn la sampai jadi gelandangan mcm ni..
    kesian kat pembeli...

    ReplyDelete
  11. geleng kepala baca article ni. sy teringin nak tengok apa jadi kat butik ni bila jenama ni dah tak terkenal. ada lagi kah yang sanggup bergelandangan begini. yang pernah buat tu mesti mnyesal buat perkara sia2. apa2 pun, semua orang diberi akal sama untuk berfikir secara waras atau tidak.terpulang pada mereka untuk buat keputusan

    ReplyDelete
  12. pakai pelaris kah?

    ReplyDelete
  13. Cntik sgt ke tdg fareeda....cam pelik jer.....tdg len berlmbk lg..warna color pon same.design lg la mcm2 design...tudung fareeda xderla byk design pon...kakak aku pon gile kt fareeda...die gila order bile da start pkai fareeda..seblm tu x....aku pon pelik....cam de something wrong...hanya Allah yg mrnetahui

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com