HINANYA JANDA SAMPAI DI NILAI HANYA DENGAN SEMANGKUK KANGKUNG
Janda!! gelaran pada wanita yang berkahwin kemudian bercerai.. Tapi status seorang janda bukan untuk di jadi bahan hinaan atau maruah mereka di tapak kaki manusia lain. Bukan semua wanita yang berkahwin tu suka2 nak jadi janda. Ko ingat ada ke orang kawen semata2 nak bercerai untuk dapatkan status janda tu??Geram jugak la bila tertengok video harga seorang janda hanya semangkuk kangkung yang baru tersebar kat FB tadi. Memang la video tu berunsur politik sebab akhir video tu keluar muka Nurul Izzah. Kau nak point nurul Izzah tapi ko guna label JANDA sedangkan nurul Izzah belum menjanda lagi. Sekaligus video tu menghina ibu2 tunggal yang lain.
Tak kuasa aku nak share video dia kat sini tau.
Jadi.. hormati perasaan orang lain sebab tak mustahil perkara yang kita buat untuk sakitkan hati orang tu akan datang balik menyakitkan hati kita. Hormati wanita.. kerana wanita yang melahirkan kita tak kira apa juga statusnya di dunia.
P/S : aku bukan penyokong PKR atau peminat Nurul Izzah dan juga aku bukan seorang Janda cuma rasa terpanggil untuk menegur manusia yang melabelkan harga seorang Janda hanya semangkuk kangkung.
** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE