HINANYA JANDA SAMPAI DI NILAI HANYA DENGAN SEMANGKUK KANGKUNG

1/25/2014 07:56:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Janda!! gelaran pada wanita yang berkahwin kemudian bercerai.. Tapi status seorang janda bukan untuk di jadi bahan hinaan atau maruah mereka di tapak kaki manusia lain. Bukan semua wanita yang berkahwin tu suka2 nak jadi janda. Ko ingat ada ke orang kawen semata2 nak bercerai untuk dapatkan status janda tu??

Geram jugak la bila tertengok video harga seorang janda hanya semangkuk kangkung yang baru tersebar kat FB tadi. Memang la video tu berunsur politik sebab akhir video tu keluar muka Nurul Izzah. Kau nak point nurul Izzah tapi ko guna label JANDA sedangkan nurul Izzah belum menjanda lagi. Sekaligus video tu menghina ibu2 tunggal yang lain.

Tak kuasa aku nak share video dia kat sini tau.

Pada pembikin video pendek jugak pada semua penyebar tak kira yang clik share atau LIKE bagi aku korang dah terlibat dalam penghinaan pada semua janda2 kat Malaysia ni. Ingat dalam kehidupan kita ni kita tak boleh hidup tanpa adanya wanita. Even wanita2 di sisi kita sekarang belum bergelar Janda.. tak mustahil esok lusa atau bila2 sahaja mungkin mereka juga bakal bergelar Janda.

Jadi.. hormati perasaan orang lain sebab tak mustahil perkara yang kita buat untuk sakitkan hati orang tu akan datang balik menyakitkan hati kita. Hormati wanita.. kerana wanita yang melahirkan kita tak kira apa juga statusnya di dunia.

P/S : aku bukan penyokong PKR atau peminat Nurul Izzah dan juga aku bukan seorang Janda cuma rasa terpanggil untuk menegur manusia yang melabelkan harga seorang Janda hanya semangkuk kangkung.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

7 comments:

  1. org jantan gelak je isu ni.. yelah tak kena batang idung sendiri atau kena kt ahli keluarga depa

    ReplyDelete
  2. tak paham juga apa yang diketawakan
    pada benda camni
    samakan dengan kangkung pula tu
    peghinaan untuk semua janda tu
    bukan takat nurul izzah aje
    walau hakikat dia belum janda lagi

    orang gini gila publisiti
    biar kena dekat kakak atau adik dia
    tak pun anak sendiri
    baru dia tahu

    ReplyDelete
  3. mungkin mereka lupa kita hidup ni umpama roda.. kadang di atas, kadang di bawah, urmmmm..

    ReplyDelete
  4. memang sapa yang buat video ni buta hati...x kena kat batang hidung sendiri kan SA yang janda ni pun rasa terhina tau....

    ReplyDelete
  5. salam Mummy lala..

    hmm..cuba nk cari publisiti murahan sambil menjatuhkn maruah sendiri la agaknye tu..

    ReplyDelete
  6. Kangkung ni PM punya la.. PM kangkung. Apesal pulak kaitkan dgn janda.. itu cerita zaman dulu.. cerita sekarang ialah nilai otak PM Malaysia yg ke 6 hanya setaraf seikat kangkung..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com