Showing posts with label tak reply. Show all posts

CASHOUT PENDING, 8SHARE TERUS DIAMKAN DIRI

Aku rasa bukan aku sorang kot hadapi masalah ni. Mungkin ada lagi yang jugak hadapi masalah yang sama dengan 8share sejak dia bertukar wajah baru ni. Pembedahan plastik tak berjaya ke hapa tak tau la kan.. tetiba dia senyap sunyi terus sepi yang ada website 8share yang terus berupdate iklan untuk di share tapi bila di mesej kat talk to us haram tak reply.


Aku sebenarnya sendiri pun tak tahu apa masalah 8share.. cashout untuk isnin minggu terakhir bulan ni aku dah buat sebelum 22hb lagi. Sepatutnya dah masuk duit tu dalam account aku tapi malangnya sampai sekarang status masih pending.. 3 kali hantar mesej kat 8share.. tiga2 takde jawapan. Aku check email pun hanya ada email2 iklan je dari 8share, pertanyaan aku still takde reply. Apakehelnye???

mesej2 aku pada 8share. Agaknya kemana Yuna tidak seramah dulu lagi?? kekekeke

At least 8share tolongla yer cuba jawab keraguan 8sharer ni. Ke semua kakitangan 8share dah resign secara berjemaah ke tak tau la sampai takde sorang pun boleh di pertanggungjawabkan untuk mesej @ email 8sharer untuk bagitau masalah yang berlaku. Senyap macam ni.. timbu macam2 spekulasi dalam otak aku ni.


Pada 8share.. Please la reply pertanyaan aku & semua yang bertanya pasal ni. Jangan diam membatu macam tugu negara. FB Fanpage 8share Malaysia pun tetiba ghaib hilang dari radar dah.. so selain mesej kat talk to us dah takde tempat kami nak rujuk. Jadi kalau ada staff2 8share baca entri ni tolong prihatin pada kami. Yelah.. duit raya kami tu. kekekekeke

P/S : hope ada tindakkan dari 8share pasal masalah ni. At least penjelasan terhadap apa yang berlaku. Jangan biar spekulasi menghantui 8sharer. Takpe den tunggu sampai 7 july ni. Kalau takde jugak terpaksa rehatkan dari share iklan 8share. Takut earning naik tapi cashout terus pending.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com