BILA DAH RASA DIRI TU TERLALU POPULAR..
Ikut resminya padi.. makin tunduk bila semakin berisi, Insyaallah akan lebih di hormati & di kagumi. Tapi tak ramai yang ikut padi walau majoriti rakyat malaysia memang makan nasi. Bila di kenali sikit mula hilang arah.. Rasa diri umpama sebutir bintang yang paling bersinar kat muka bumi ni. Walhal kejayaan yang di kecapi, populariti yang di miliki baru seciput berbanding orang lain yang dah berjaya dengan gemilang, terbilang & cemerlang sampai boleh kumpul aset juta - juta lemon.Tidak merujuk pada sesiapa tapi kisah ini di ambil dari seseorang juga yang bernama manusia. Tak perlu di sebut siapa sebab tak berapa penting untuk kita tahu. Tahu la diri tu di kenali ramai.. peminat berpuluh - puluh ribu tapi tak payah la bajet hot sangat. Baru selangkah dalam alam di kenali dah rasa macam di puncak sangat sangat dah. Tak boleh di tegur.. Kenyataan pun dah semakin riak.. mula buat aktiviti ala - ala macam artis.Yelah.. dia rasa dia dah terlalu ramai peminat kan?? Tu belum lagi menang anugerah bintang popular bagai.. Bayangkan la manusia macam ni satu hari tetiba tercalon pun cukup walau tak menang dalam anugerah2 macam tu.. Entah macam mana la reaksi dia & kenyataan2 dia kan??
Mungkin terkena kejutan budaya kot membuatkan sipolan ni rasa diri dia terlalu hebat & boleh buat sesuatu yang orang lain tak boleh buat. Bila di kritik sikit di cabarnya orang buat apa yang dia sedang buat. Di tegur sikit di katakan orang tu dengki dengan kejayaan yang dia kecapi. Tak semua kritikan & teguran itu berunsurkan dengki & cemburu.. Sebagai seorang yang kononnya di kenali harus la bijak mengatur kata - kata. Orang menilai seorang publick figure dari perbuatan & juga apa yang di ucapkannya.
Tak payah berlagak sangat dengan kejayaan yang baru secubit tu.. Perjalanan masih jauh. Masa makan nasik tu cuba la bayangkan padi yer... semakin tunduk bila berisi. Insyaallah anda akan di kenangi dalam senyuman...