MAKSUD TITANIC BUKTI KEANGKUHAN MANUSIA
Semalam tv2 ada tayang filem Titanic. Filem yang masih tak jemu di tonton sebab penghasilan filem ni bagi aku antara filem yang terbaik & berkualiti. Babak2 dalam filem ni buat kita sentiasa terpacak dengan skrin. Dan orang yang jenis jiwang2 ni dah tentu kisah cinta Jack & Rose la buat depa terlentok kan? Tapi bagi aku filem ni yang buat aku tersentuh sebab kemanusiaan yang di tonjolkan.. Nak2 part kapal ni nak tenggelam & selepas tenggelam. Serius menusuk ke hati. Berpuluh kali tengok pun jiwa seram aku ni tetap tersentuh katanya.
Sumber Google
Maksud titanic.. adalah raksasa. Kapal titanic di gambarkan besar seperti raksasa yang pada mulanya mereka dengan yakin kapal ni takkan tenggelam. Dari info yang aku baca.. ada cerita yang mengatakan.. ada awak kapal dengan angkuh mengatakan Tuhan pun tak mampu menenggelamkan Titanic. Dari ke angkuhan manusia,Allah menunjukkan kekuasaannya.. Maka tenggelamlah titanic bersama ribuan manusia akibat keangkuhan mereka sendiri. Dari yang sumber yang aku baca, dalam surah Yaasin ( ayat 41-44) mengambarkan tentang kisah titanic ni.
41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan,
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu.
43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.
44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) kerana rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.
Kapal ini digambarkan penuh muatan mungkin seperti kapalnya Nabi Nuh A.S.
Untuk Kapal Titanic, Allah SWT ternyata berkehendak, “Kami tenggelamkan mereka”, maka tenggelamlah kapal Titanic beserta sebagian besar penumpangnya. Tetapi Allah juga berkehendak, “Kami selamatkan mereka”, sehingga ada juga penumpang yang selamat yaitu sebagian besar wanita dan anak-anak.
Moral of the story dari kisah Titanic ni.. jangan sesekali merasa diri kita lebih berkuasa & hebat melebihi kuasa Allah kerana tiada satu kuasa pun di alam ni walau sekumit pun mampu menandingi kuasa pencipta seluruh alam.
sumber : Catatan Cinta abi