PENJELASAN USTAZAH FATIMAH SYARHA TENTANG ISU SUSU LEMBU
PENJELASAN USTAZAH FATIMAH SYARHA TENTANG ISU SUSU LEMBU. Aku sebenarnya tak pernah tahu pun Ustazah Fatimah syarha ni ada fanpage kat FB saja jer tadi search.. Jumpa la pulak. Update terakhir dia 4 jam lalu menyentuh sikit la pasal isu yang jadi viral sekarang berkenaan kenyataan dia tentang bayi yang menyusu susu lembu akan jadi perangai macam lembu yang cepat marah.Nak komen pun jadi serba salah dengan cara dia menjawab isu yang jadi viral sekarang. Macam mengambil kesempatan untuk menjual buku jer... Takpe la.. Memang bagus untuk marketing bila tetiba nama kita jadi popular tapi yang tak berapa bagus adalah cara dia tu. Adalah lebih baik dia bagi penjelasan maksud kenyataan dia untuk jernihkan keadaan. Sekurang kurangnya ada jugak kenyataan yang membetulkan keadaan.
clik untuk paparan yang lebih jelas |
Ada yang minta dia buat permohonan maaf sebab dah menguris perasaan ramai kaum ibu. Ada yang menegur cara dia menjawab kontroversi yang berlaku. Apapun dia seorang lebih berilmu dalam Agama berbanding aku.. Rasanya dia lebih tahu tindakkan yang terbaik untuk dia ambil.
Cuma pendapat aku.. jangan cakap sesuatu yang tergantung kalau tak cukup masa. just cakap apa yang penting je. Kalau dah topik susu ibu cakap je fakta tentang susu ibu.. tak perlu cakap sesuatu yang kita tak tahu atau tak jelas tentangnya atau sesuatu yang tak mampu kita jelaskan agar tidak jadi salah faham.
moral of the story... hadapi dengan tenang tak kira pihak setazah atau penonton.
Jerawat??? Parut Jerawat?? Boleh ke nak cover dalam masa seminit?? Alah.. tak pandai makeup untuk cover?? Kalau nak tau macam mana nak cover parut jerawat dengan sepantas kilat Korang mesti tengok ni >> 13 Trick mudah untuk sembunyikan parut jerawat tanpa perlu jadi pakar solekkan <<