Showing posts with label bawa. Show all posts

AWAS! INILAH SENARAI BARANG YANG DI LARANG BAWA KE ASRAMA SEKOLAH

AWAS! INILAH SENARAI BARANG YANG DI LARANG BAWA KE ASRAMA SEKOLAH. Seperti kita sedia maklum selepas keluar result UPSR sekarang dah ramai dapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh. Semalam keputusan PT3 untuk pelajar tingkatan 3 pun dah keluar. Bagi adik adik yang nak sambung belajar ke sekolah Teknik, vokasional, atau mana2 sekolah yang berasrama pun kena tahu apa yang perlu di bawa & tidak boleh di bawa ok! Jangan nanti bila kena rampas dengan cikgu tetiba bagi alasan tak tahu pulak..

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Tapi budak budak sekarang ni.. Kadang2 walau depa tahu benda2 tu semua tak boleh bawa ke asrama & boleh menyebabkan mereka di buang asrama tetap akan buat perkara yang di tegah jadi mak bapak kena periksa juga beg anak anak sebelum di hantar ke asrama nak2 lagi yang baru pertama kali melangkah masuk ke sekolah berasrama ni. Bukan apa.. kot2 depa seludup sembunyi sembunyi bawa ke asrama nanti..

Barang yang memang di larang di bawa ke asrama adalah

1.Alat Solekmana tau yang perempuan atau spesis perempuan jadian bawa eyeshadow,lipstick,eyebrow bagai ke asrama untuk nak guna keluar dating masa outing nanti)

2. Seluar jeans - Make sure takde seluar jeans je dalam beg pakaian anak anak anda yer. Kau nak ber jeans iblis syaiton tunggu je balik kampung. hehehehe

3. Telefon Bimbit - Yang ni aku tau ramai yang bawa ke asrama/sekolah walau di larang. Tapi kalau kena rampas dengan cikgu mak bapak jangan nak meroyan pulak. Nak viral bagai.

4. Rokok - Yang ni kalau kena tangkap memang buang asrama

5. Komik/Majalah hiburan - Adik2 kau baca buku teks dengan buku rujukan sekolah sudah. 

Terlanjur buat entri aku bagi jugak senarai keperluan yang perlu di bawa ke asrama.. Rujuk gambar di bawah

Sumber : PERATURAN DAN SENARAI KEPERLUAN ASRAMA 2016

Yang mana ada anak baru pertama kali nak masuk sekolah berasrama tu boleh la merujuk pada senarai barangan yang perlu di bawa & tidak boleh di bawa. Jangan nak buat persediaan atau persiapan last minute nanti takut dah sampai asrama ada barang yang tak ada pun susah. Koperasi sekolah bukan jual semua benda nak2 lagi pakaian yang perlu di pakai sepanjang tinggal di asrama.

Moral of the story.. pada adik2 yang bakal masuk asrama tu ingat jangan dok buat aktiviti kongsi cerita seram tengah malam.. Kang ada kencing atas tilam pulak sebab takut nak ke tandas. hehehehe

GEMPAR! ROKOK DI BAWA GUNA LORI BABI

GEMPAR! ROKOK DI BAWA GUNA LORI BABI. Tu dia sebelum ni dok dengar isu produk makanan kering yang katanya dekat kandang babi bagai.. Ni isu rokok pulak. Mesti perokok tak sabar nak tahu kan.. Rokok jenama apa la gamaknya di angkut guna lori babi ni. Adakah benda ni mengundang rasa geli & loya anda untuk merokok lagi? Agak mustahil perokok akan hilang keinginan merokok hanya sebab perkara ni tapi sebab dia satu berita yang best di sebarkan, maka jom la kita check rokok apa yang di katakan di angkut guna lori babi ni...


Kalau rokok yang masuk dengan laluan yang di kenakan cukai mustahil la ada isu angkut guna lori babi bagai... Melainkan rokok yang di kategorikan rokok tidak sah & masuk melalui laluan tikus. Salah satu sebabnya rokok ni tak menyumbang pada ekonomi negara.. erkkk. atau ekonomi pihak2 tertentu. Ops!!! Jangan lazer yer lekatlekit satgi mengintai dari tirai besi pulak kau!! hahahahahaha

Macam2 cerita pasal rokok ni.. Yang pasti gosip2 pasal rokok ni memang semua yang tak baik la. Dulu katanya makmal buat rokok ni macam reban ayam sekarang dah isu lain pulak pasal rokok ni. Kalau nak di cerita perkara perkara ngeri, jelik & geli geleman pasal rokok ni memang boleh panjang berjela la entri. Silap haribulan jadi entri berepisod pasal kisah rokok ni je. Kalau korang nak tahu banyak lagi cerita seram yang membantutkan selera anda untuk merokok korang baca je kat sini >> Tahu tak baru-baru ni rokok ni diangkut oleh lori babi? Gelinya! <<

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin berkata ,rokok seludup yang menggunakan lori babi adalah haram kerana terdapat kemungkinan ia bersentuhan dengan najis. Masalahnya sekarang bukan ke rokok tak kira naik lori babi atau naik flight sekalipun memang di fatwakan haram? Kalau aku silap fakta sila betulkan.

Moral of the story.. Antara perkara paling susah orang nak buat adalah berhenti merokok. Tapi kalau ada keinginan & tekad, Insya Allah boleh.

KEKASIH BUAT KEJUTAN BAWA NAIK VESPA LAMA PERGI DATING

KEKASIH BUAT KEJUTAN BAWA NAIK VESPA LAMA PERGI DATING. kecoh la isu pasal ada pasangan kekasih ni yang pakwe dia buat kejutan bawa naik limosin. Kereta orang kaya katanya. Maka ramailah orang tag pasangan masing masing dengan harapan dapat kejutan yang sweet like kencing manis macam tu. Tetiba teringat jugak la kisah cinta jahiliah aku dengan suami dulu..

Gambar sekadar hiasan. Sumber google

Kami dating takde la naik limosin.. naik satria jer masa tu. Tu pun satria laki aku beli sendiri dengan duit dia masa umur 18 tahun. Masa tu kagum jugak la.. dia 18 tahun dah mampu beli kereta walau second hand tapi beli secara cash. Sebab time tu dia nak ambil kereta baru nak buat loan tak lepas lagi. Takpe la 2nd hand pun.. Yang penting dia tak guna duit mak bapak dia nak beli apa dia nak. Dia kerja cari duit sendiri.

Sampai la kenal dengan aku dia still pakai satria tu. Aku pun bukan meterialistik sangat. Kau pakai kereta apapun masa tu bagi aku kereta kau. Aku tumpang duduk sebelah jer.. Tu pun syukur la tak kena bersesak dengan mat bangla naik bas. Dalam sepanjang cinta jahiliah yang tak sampai setahun tu aku pernah la suarakan teringin nak naik vespa. Serius memang time tu aku teringin sangat nak merasa naik vespa. Aku rasa macam retro itu sweet pulak.

Tak sangka wei.. kekasih jahiliah aku masa sanggup pi cari vespa 2nd hand & beli semata mata nak tunaikan impian aku nak naik vespa. Sempat la merasa dating naik vespa sekali dua.. Yang tak tahan tu siap dressing ala2 retro jugak. Punya la nak bagi kena dengan tema vespa tu. Vespa tu memang vespa lama bukan vespa jenis yang baru.. banyak jugak ragam dia. Selalu kena repair.. Dah malas nak jaga maintenance dia laki aku jual balik. Tapi takpe.. aku dah merasa dating naik vespa, cukup la. Jadi kembali la kami naik satria.

Semua orang ada cerita sweet zaman jahiliah dia.. Tapi cuma buat kejutan dengan limosin tu. Kereta tu confirm sewa mahal.. bagi hadik2 yang masih dok seluk poket mak bapak tak payah nak tiru sangat la kan. Belum kawen memang semua sweet like kencing manis.. Kau naik angin pun pasangan kau masih nampak kau sweet. lepas kahwin kau belum naik apa2, dia nak mula naik marah masa tu kau akan sedar, naik limosin tak menjamin dia akan kekal sweet sampai beranak cucu. Sebab hidup kita ni ada fasa.. setiap fasa tu mesti ada perubahan. Ini realiti. Hidup bukan macam drama pukul 7 kat TV3. Lepas kawen baru kau tahu betapa struggle nya kau nak pikat hati suami supaya kembali ke zaman sweet dulu. tak macam zaman bercinta dia yang struggle pikat kau. hehehe

Apapun aku tak rasa isu besar sangat pasal kejutan naik limosin cuma yang tak elok benda tu kalau jadi trend. Yang mampu tu ok la.. takut yang tak mampu, mampus pulak bila awek request nak naik limosin. Almaklum la tak nak kalah.. hehehe

Moral of the story.. Mungkin bagi orang sweet dapat kejutan macam tu tapi bagi aku sekarang paling sweet adalah tiba2 laki aku suruh pakcing baju nak balik kampung. kejutan macam ni tiap2 tahun berlaku ok! Selalu dia buat kejutan sampai kejung aku nak packing last minute. Bukan je balik kampung malah kemana mana pun selalu macam tu. sweet tak laki aku yang selalu buat kejutan. hahahahaha

P/S : ni kisah zaman jahiliah.. apa yang baik ambil sebagai teladan yang buruk jadikan sempadan

OHBULAN ANGGAP ORANG MASIH GUNA LAPTOP GOLONGAN KUNO

OHBULAN ANGGAP ORANG MASIH GUNA LAPTOP GOLONGAN KUNO. Kalau guna laptop di kategorikan kuno, gamaknya aku yang masih guna pc ni nak kategori apa pulak yer.. Zaman Al-hin ke camna? Almaklum la katanya kewujudan Al-hin sebelum manusia. Selebihnya korang pi mengaji la dengan guru agama masing masing sebab aku tak ada info yang jelas pasal makhluk spesis Al-hin ni. Bukan kepakaran aku nak explain pasal makhluk Al-hin ni.


Ops tercerita mistik & misteri pulak.. Berbalik kepada kenyataan ohBulan yang lancang menyindir pengguna laptop tu kuno dalam blog dia. Korang jangan la sentap sangat yer.. Bukan semua yang guna laptop tu kuno cuma kalau korang masih buat 4 benda ni dengan laptop katanya masih kuno... bukan aku cakap tapi Ohbulan cakap korang kategori kuno yang Masih tak berapa maju bersama teknologi. Kira ketinggalan siikit la berbanding orang lain. Ni bukan fitnah.. tak caya baca kat sini. Boleh check adakah anda kategori kuno atau tidak >> 4 Ciri2 Orang yang Masih Kuno walaupun Hidup Di Zaman Moden <<

Rasanya kalau tu la di katakan kuno, maka ramai la masih kuno sebab rasanya ramai masih mempratikkan benda tu dengan laptop. Kadang2 bukan tak nak kejar teknologi gadget yang laju macam MRT tapi yelah.. zaman serba mahal ni. Jangankan nak tukar gadget.. nak tukar spender pun fikir banyak kali. Tak caya hangpa pi AEON kat scarlet department.. cuba tengok harga dia sekarang. No more spender 3 pasang RM10 hokay. Yang sepuluh ringgit sekarang RM25. kadang2 rasa macam nak jahit spender sendiri je.. Atau mana2 spender dah loose tu tukar getah je. Kot2 boleh jimat... hahahaha

Jadi.. Tak pelik la kalau zaman moden orang kembali hidup macam zaman kuno sebab di luar kemampuan. Sekarang pun kita boleh nampak dah.. manusia semakin mempratikkan kehidupan kuno. Nak aku bagi contoh?? tak payah.. tengok di sekeliling anda. Insya Allah anda akan nampak sendiri.

Moral of the story.. Kuno ke tidak.. kalau tu je yang ada, apa pilihan yang ada ye dak? Melainkan OhBulan nak sponsor gadget2 yang lebih canggih dari laptop.. ok la jugak. ahahaha

BALQIS.. WATAK KANAK KANAK TERLALU MATANG PUN TAK BEST

BALQIS.. WATAK KANAK KANAK TERLALU MATANG PUN TAK BEST. Aku sempat jugak ikuti Drama Akulah Balqis walau tak consistent follow setiap episod. Cerita dia bagi aku takde la bangang sangat kita nak tengok. Takde la rasa bodoh dok nganga depan TV. Drama Akulah Balqis sebenarnya banyak moral of the story dia.. Mengetengahkan 2 kehidupan yang berbeza. Kehidupan keluarga kandung Balqis & kehidupan keluarga angkat Balqis. Kedua dua keluarga ni ada masalah mereka tersendiri.


Memang Balqis melalui dua kehidupan yang sangat2 berbeza dalam cerita. Tapi aku rasa watak Balqis tu macam terlebih over untuk seorang budak. Rasa macam tak best pulak watak budak budak macam tu. Macam tak berapa sweet sangat sebagai seorang kanak kanak yang involve dalam masalah orang dewasa & menjadi seseorang yang cuba nak selesaikan masalah rumahtangga antara Mak bapak angkat dia. Macam.. tak berapa sesuai untuk seorang budak & apa yang di buat dalam watak balqis dalam drama akulah Balqis memang tak berapa logik sangat bagi seorang budak seusia dia. Dia seolah2 melakonkan watak seorang dewasa dalam watak seorang kanak kanak.

Betul.. Di luar drama ni memang balqis agak bijak & matang dari usianya. Dari dia menjawab soalan2 wartawan atau pengacara rancangan talk show memang tak macam budak2 sangat walau jawapan dia tu klise je.. Jawapan yang biasa artis2 guna. Mungkin jugak dia meniru dari artis artis lain. Tapi dalam drama.. Walaupun watak tu nak tunjukkan dia seorang budak yang bijak tapi jangan nampak watak dia tu macam watak orang dewasa. Macam mana ekk nak cakap.. Kita biasa dalam kehidupan apa2 masalah peribadi yang melibatkan orang dewasa memang pelik la kalau tetiba budak2 nak menyibuk ambil tahu kemudian cuba selesaikan. Jadi watak balqis tu bagi aku macam tak real sangat untuk seorang budak.


Bukan aku cakap balqis berlakon tak best ke hapa.. Mungkin watak yang di bentuk untuk dia terlampau over dewasa sangat dalam drama tu. Pun macam tu dia sentiasa menampilkan lakonan yang sangat2 baik dalam apa2 drama sekalipun.

Apapun Drama Akulah Balqis.. Mengisahkan realiti yang berlaku. Mak bapak terlibat dengan dadah, anak terumbang ambing. Isteri yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga membelakangkan keinginan suami. Suami pulak ambil kesempatan atas kekurangan isteri untuk jadikan benda tu alasan cari perempuan lain. Takde tipikal sangat la dengan trend drama2 sekarang kahwin tak cinta.. kemudian jatuh cinta.. kemudian ada orang dengki dengan kebahagian.. bla.. bla.. bagai. Not bad la drama akulah Balqis.

Ni pandangan peribody aku yer.. Bukan sebab aku memang suka kondem drama melayu. Yang best takkan aku nak cakap tak best. Tapi kalau yang tak best.. Berat rasa hati nak bagi pujian palsu. hahahaha

Tapi tengok pelakon kanak kanak sekarang habis satu drama keluar lagi drama lain macam life dorang hanya di set pengambaraan je.. Gamaknya depa sempat tak lalui kehidupan normal sebagai seorang kanak kanak macam kita dulu. Sempat tak depa buat aktiviti2 macam ni >> 18 Perkara Yang ada kaitan dengan kanak kanak di Malaysia << Kalau terlampau banyak job berlakon dapat. Yelah.. bekerja dari kecik. Kita masa kecik di kerjakan mak je kalau nakal. Nak bekerja betul2 dapat income ribu riban macam pelakon kanak kanak ni memang takde la kan. Setakat upah 20sen tolong pergi kedai tu ada la. hehehe

Apapun untuk si cilik Balqis.. Awak memang talented. Anugerah bakat yang sangat luar biasa dalam usia awak. Tahniah.

INI SEBAB KENAPA HANDPHONE WAJIB BAWA KETIKA HENDAK BERSALIN

INI SEBAB KENAPA HANDPHONE WAJIB BAWA KETIKA HENDAK BERSALIN. Banyak perkara yang kita tak boleh nak samakan dulu & sekarang. Kalau dulu tak ada.. tak jadi masalah besar berbanding zaman sekarang kalau tak ada mungkin menyebabkan benda tu jadi masalah besar.


Kita hidup tak sama zaman jadi kelengkapan bersalin pun dah banyak berubah. Kalau nak di bandingkan dulu & sekarang.. Dulu orang bersalin kat rumah je dengan bidan kampung. Zaman sekarang mana nak cari bidan kampung. Memang dah tak ada sangat bidan kampung yang sanggup ambil risiko sambut bayi. Bidan kampung sekarang fungsi lebih kepada mengurut atau jaga orang lepas bersalin je. Sebab zaman dah berubah. Orang sekarang pun masa mengandung macam2 penyakit hinggap. Dari faktor pemakanan sampailah faktor persekitaran yang semakin tak sihat jadi bersalin tanpa doktor bertauliah dah tak relevan untuk kita pratikkan. Tak payah la nak support sangat kempen home birth yang berisiko tinggi tu.

 Zaman dulu orang nak bersalin tak sibuk dengan enpon atau sematpon bagai. lagipun zaman dulu mana ada handphone jauh sekali smartphone, ye dak? Tapi zaman sekarang dah jadi macam satu keperluan & kelengkapan pulak untuk persediaan masuk labor room. Aku dulu enpon pun campak dalam beg jer masa nak bersalin. Mula2 tu aku rasa macam.. Gigih sangat la kau nak bersalin pun sibuk dengan enpon bagai. Tapi logik jugak la alasan kenapa kena sentiasa stanby handphone yang full batery ketika membawa diri ke hospital untuk bersalin.

Antara sebab kenapa handphone @ smartphone sangat penting ketika nak bersalin korang boleh baca kat sini >> 15 Perkara Yang Perlu di Bawa Ke hospital Sebelum Bayi Anda Lahir Termasuk Handphone <<

Jadi.. handphone zaman sekarang bukan lagi satu kehendak. Kebanyakkan dah jadi satu keperluan. Cuma yang penting pastikan sentiasa ada full bateri & kredit kalau yang guna prepaid. Persediaan awal sekiranya berlaku sebarang perkara yang tak di ingini.

TERKINI.. PESAWAT PENUMPANG TERHEMPAS DI SINAI,MESIR

TERKINI.. PESAWAT PENUMPANG TERHEMPAS DI SINAI,MESIR. Bila baca berita berita pasal pesawat terhempas ni macam tersentap jantung. Yelah kesan trauma pesawat MAS MH370 yang masih hilang & pesawat MH17 yang di tembak jatuh buat tengok kapal terbang pun dah risau. Walaupun yang terhempas tidak melibatkan rakyat malaysia tapi tetap melibatkan nyawa manusia.


Terkini terbaca tentang pesawat penumpang milik Rusia dalam penerbangan dari Sharm El-Sheikh, Mesir ke St Petersburg dilaporkan terhempas selepas terputus hubungan dengan menara kawalan selepas 23 minit selepas berlepas dari takling el-Sheikh.


Apalah nasib 224 orang yang berada dalam pesawat tu masih tidak di ketahui.. namun kita doakan yang terbaik saja. Semoga Allah permudahkan segalanya buat mereka yang terlibat tak kira mangsa kemalangan atau anggota penyelamat.

Macam2 malapetaka berlaku sekarang ni. Mungkin ia peringatan dari Allah yang jarak kita dengan kematian semakin dekat.

BENDA PALING PENTING YANG SELALU ORANG TAK BAWA PERGI BERCUTI

BENDA PALING PENTING YANG SELALU ORANG TAK BAWA PERGI BERCUTI. Bulan oktober ni banyak betul artikel2 berkenaan pergi bercuti yer. Nak ingatkan siap2 katanya. Takde la dah terhantu baru terngadah. Almaklum la kebanyakkan dari kita memang spesis suka anggap semua perkara tu remeh. Nak kena sampai jadi kecemasan baru la terfikir benda atau perkara yang kita pandang remeh tu sebenarnya sangat penting.

Sumber Google. Sekadar Hiasan
 Walau nak pergi bercuti bukan nak pergi cari penyakit namun kita kena buat persediaan awal sekiranya berlaku kecemasan semasa kita sedang bercuti. Ataupun sebenarnya benda tu bukan untuk kegunaan kecemasan tapi sememangnya kita perlu guna semasa bercuti cuma kita rasa benda tu boleh dapat kat mana2 jadi kita tak rasa perlu bawa.

Tapi aku ni spesis kalau nak berjalan jauh kalau boleh pack 1 rumah gamaknya dengan rumah2 sekali aku angkut pergi bercuti. rasa semua benda macam aku perlu guna masa perjalanan jauh padahal kadang2 cuma bawa beban tak guna pun barang2 yang aku bawa terutama baju lebih la. Nak balik kampung 3 hari 2 malam pun bawak baju macam nak pakai seminggu. Tu perangai aku. Tapi ada jugak barang yang penting aku suka terlupa bawa sebab terlebih fikir benda tak penting nak bawa.

Sebab kita semua memang ada perangai tak semegah macam tu jadi mengambil tanggungjawab khidmat masyarakat maka aku nak share la perkara & benda yang sangat penting kita bawa semasa pergi bercuti tapi selalunya kita tak pernah langsung terfikir nak bawa atau mungkin kita tak pernah tahu sebenarnya benda ni kena bawa.

Aku ni blogger agak berhemah tinggi jugak la tak suka nak copypaste sangat artikel orang tapi sebab nak berkongsi dengan hangpa semua perkara yang aku rasa penting untuk kita semua ambil tahu maka aku bagi link je la untuk korang baca yer. Nak tahu apa benda @ perkara penting yang kebanyakkan dari kita semua tak terfikir nak bawa semasa pergi bercuti adalah >> Perhatian! Korang Wajib Tahu 7 Benda Yang Wajib ada Semasa pergi bercuti <<

Moral of the story.. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan sediakan sampan sebelum banjir sediakan kain kafan sebelum mati.. Ops terlebih sudah! hahaha

BAWA GARAM KASAR PERGI BERCUTI ELAK DI GANGGU JIN

BAWA GARAM KASAR PERGI BERCUTI ELAK DI GANGGU JIN. Garam kasar memang salah satu yang di gunakan untuk rawatan berkaitan sihir & jin ni. Tu aku tak nafikan la. Sebab apa yang aku baca jin memang tak suka dengan garam ni. garam salah satu benda yang boleh menakutkan & mencederakan jin Jadi tak berapa pelik jika garam kasar di jadikan "pemagar" untuk menghalang dari di ganggu makhluk halus @ jin ni.

Macam ni rupa garam kasar yer.. Sumber Google

Tapi ada juga yang aku baca cara ni tidak di gunakan dalam rawatan Islam hanya di gunakan dalam rawatan alternatif yang di warisi dari zaman dahulu kala. Tapi dalam blog Pusat rawatan Islam Al Qayyum mereka juga ada menggunakan garam kasar untuk rawatan memagar dari gangguan jin. Pusat Rawatan Al Qayyum ni aku pernah pergi memang cara dia merawat tak meragukan. Perawat juga terdiri dari kalangan mereka bergelar Ustaz. Bacaan ayat2 Al Quran & cara merawat jugak takde pulak pelik. Sama je macam aku tengok ustaz2 dari Darussyifa merawat. Tak tau la satu blog ni aku baca cakap kaedah guna garam kasar tu cara yang di ajar jin. Jadi untuk lebih kepastian maka korang pergi la merujuk kepada mereka2 yang lebih arif. Kita tidak layak membuat kesimpulan apa yang betul & salah.. ye dak??

Tapi kita jarang sangat nak bawa garam kasar atas tujuan untuk mengelak dari gangguan jin @ orang putih suka gelarkan mereka roh jahat padahal jin ni bukan dari jelmaan roh siapa2 kot. Depa memang wujud sebagai makhluk ghaib bernama Jin. Anak aku pun pernah kena gangguan masa pergi bercuti kat Melaka dulu. Takkan nak ulang cerita yang sama kot. Kalau hangpa nak tau alkisah pasal anak aku kena gangguan dari sebuah hotel kat Melaka ni boleh baca kat sini >> PENGALAMAN SERAM DI SEBUAH HOTEL MELAKA<<

Pun macam tu.. Tak pulak aku rasa akan bawa garam kasar masa pergi bercuti walau ada pengalaman macam tu berlaku pada aku. Tapi jangan tak tahu masih ada orang yang amalkan bawa garam kasar ni sebagai pelindung dari gangguan makhluk halus. Macam lawak jugak aku baca. Sampai gitu dia takut dengan makhluk halus ni kan. mat saleh yang kita rasa macam moden dengan kehidupan barat style pun ada jugak amalkan benda ni. Tapi berbaik sangka je la. Dia cuma ambil langkah keselamatan dari awal. Yelah.. Jalan jauh tak tau mana tempat kita singgah tidur. Tak tau tempat tu entah2 ada penghuni yang kita tak nampak kan.. Benda tak mustahil boleh berlaku. Apapun sebagai umat Islam kita haruslah memohon perlindungan dari Allah.

Tapi tu bagi aku tak rare sangat la. Ada orang pergi bercuti bawa sekali dvd player Uolls. Aku yang suka tengok dvd cerita seram pun rasanya tak obses nak tengok dvd sampai macam tu sekali. Bukan bawa dvd player je.. Kalau korang nak tahu apa lagi benda yang kadang2 kita tak jangka orang akan bawa bila pergi bercuti korang baca sendiri kat sini >> Inilah barang2 yang kita takkan sangka ada orang bawa dalam Luggage Bags ketika pergi bercuti <<

Moral of the story.. Aku kalau nak pergi bercuti benda paling banyak aku suka bawa pakaian jer kadang2 terlebih pun ada. Macam tak confident je kalau bawa cukup cukup. Hahahaha

HINANYA DAH KAWEN & ADA ANAK MASIH PAKAI MOTOR

Tu dia ni statement minta kena maki nampaknya? Kau kata dah insaf tak melantang lagi tapi kenapa tajuk entri kau cari gaduh sangat. Aku tetap akan melantang dalam blog selagi isu tu minta aku melantang secukup rasa. Risau di benci? Kau fikir orang yang tunjuk gud gud tu semua di sayangi semua orang ke? Jadi.. marilah kita berpegang dengan prinsip ni, Apa jer kita buat tak semua jadi betul pada semua orang, maka buatlah apa yang kita rasa betul & betulkan apa yang silap pernah kita buat. Simple kan?

Kalau depa kaya mampu beli kereta mustahil mereka nak berhimpit atas satu motor camni. sumber google

Apa yang hina sangat orang bawak motor walau dah kahwen & ada anak? Laki kau tu kaya sangat ke sebab mampu pakai kereta? Oo.. laki aku tak kaya tapi cukup la makan pakai aku & anak aku dia bagi. Tak perlu la nak jadi macam pengemis kat pejabat zakat kan? Yelah... zakat kat Malaysia ni nak bayar jer senang, kat kaki lima pun boleh bayar. kalau nak minta cukup susah. Jangan harap kau jumpa agen pemberi zakat tepi kaki lima. Naik turun tangga pejabat berbulan2 pun belum tentu dapat, katanya.  Dok baca pengalaman orang2 yang nak minta bantuan pusat zakat ni cukup menyedihkan.. Alamak tercerita pasal zakat la pulak.. Aku pun dah jadi macam mummydiarie dah. hahahahaha...

ok.. ok.. berbalik pada tajuk entr. terbaca satu post yang maybe menuju kearah jadi viral sebab statement dia 'Bijak' sangat. statement seorang adik manis yang mengutuk dalam bahasa yang agak kurang ajar pada mak bapak yang bawak baby naik motor. Katanya kalau dah miskin jangan kawen.. Kau fikir jodoh tu untuk orang2 kaya je ke? Maybe dia ni dari semasa kejadian dia dalam rahim mak dia sampai la di keluar tengok dunia memang dalam kereta je kot.. Yang paling sedih dia panggil golongan mak bapak yang tak mampu pakai kerete ni, beruk! Menusuk sehingga ke usus jugak la.. sebabnya aku dulu kecik2 pun bapak aku pakai motor je. Motor tu pun sampai sekarang ada lagi kat kampung even ayah aku dah takde. Sayang giler arwah dengan motor pertama dia tu.. Dengan motor tu la di besarkan anak2 dia sehingga ke IPT. Baru la dia merasa bawak kereta.

Yelah.. kau pantang tengok jer.. ada orang terpaksa berpantang makan sebab nak besarkan anak. Nak beli makanan pun kadang2 tak cukup apatah lagi nak pakai kereta. Even kau nak tunjuk prihatin pun kat baby tu tapi tak perlu menghina mak bapak dia seolah2 sengaja aniaya anak sendiri

Wahai adik manis.. walau pun kau tak pernah susah kau kena jugak ambil tahu kesusahan orang lain untuk kau tak jadi bengap tahap macam sekarang. Kau fikir orang nak ke hidup susah? Kalau perjalanan hidup boleh di tulis macam novel rasanya takde orang tulis kisah hidup dia susah. Sebab tu Allah uji setiap orang tak sama.. ada yang di uji dengan kekayaan macam kau.. Tapi nak buat camna kaya buat ko jadi sombong macam tu. Ada orang di uji dengan kesusahan macam kau nampak mereka2 yang bawak baby naik motor tu.. Sebab Allah nak bagi peluang kat orang2 kaya buat pahala tapi nak buat camna segelintir orang kaya bodoh macam kau dik.. bukan je tak rebut peluang buat pahala malah tunjuk bodoh dekat semua orang.

Moral of the story.. nak jadi outspoken biar bijak. Kalau macam ni punya gaya memang minta kena pijak. kekekekeke



AWAS,BAHAYA BAWAK BUDAK TENGOK BOLA KAT STADIUM

Aku ni bukan peminat bola jadi memang la aku kurang ambil tahu pasal bola apatah lagi pemain2 hensem bola sepak dalam & luar negara. Kadang kadang just baca update kat FB jer.. sapa menang sapa kalah. Atau baca berita2 online apa yang berlaku di stadium perlawanan bola.


Pendapat aku ni bukan sebab aku bukan peminat bola tapi aku rasa ada beberapa sebab bahaya bawak budak2 kecik pergi stadium yang bersesak dengan ramai orang tengok bola. Kita sedia maklum.. Peminat2 bola sekarang tengok bola macam pergi berperang. Tak puas hati mengamuk macam orang kena histeria. Bila sorang mula.. yang lain jadi pinggan tambah. Berkemungkinan mampu menyebabkan pergaduhan antara penyokong. Bayangkan tengah kelam kabut orang merusuh kat stadium sebab tak puas hati.. korang bawak budak2 kecik.. 2 3 tahun.. atau budak 10 tahun kebawah yang tak berapa pandai protect diri sendiri. Bawak pulak anak lebih dari 2 orang tengok bola. Time kelam kabut macam tu.. boleh mendatangkan macam macam bahaya kat anak korang.

Lagi satu tempat sesak macam tu orang suka sangat berebut2. Tak kira la nak beli tiket.. nak masuk stadium. Berhimpit2 mungkin buat anak korang berisiko terjatuh, dipijak orang atau sesak nafas.

Pepatah ada kata.. Malang tak berbau & nasib kita tak tahu baik ke tidak even selama kita dok pi tengok bola bawak anak tak pernah jadi perkara2 tak elok lagi tapi ingatlah satu slogan ni.. Mencegah itu lebih baik dari merawati. Tak perlu tunggu jadi perkara buruk dulu baru reti nak serik takut kalau sesuatu berlaku akan buat kita menyesal seumur hidup & memberi kesan pada masa depan anak2 kita. Jadi renung renungkanlah...


JANGAN AJAR ANAK BERKEPIT DENGAN BANTAL BUSUK

Bantal busuk.. bukan je anak2 kita je yang ada.. Kadang2 yang dah bangkalusia pun masih lagi ada bantal busuk kan?? Istilah bantal busuk ni lebih kepada bantal kegemaran seseorang untuk di peluk masa tidur. Tak kira la macam mana bau dia tetap dia di gelar bantal busuk. Tapi kebanyakkan bantal busuk ni bersifat comot & penuh petak2 sawah & kawah gunung berapi.. kan??

Kanak - kanak memang kebanyakkan ada bantal busuk. Fungsi bantal busuk tu mungkin buat mereka rasa tenang & asyik bila di peluk & cium. Lala pun ada bantal busuk tapi den selalu istilahkan bantal telinga sebab bantal lala ada dua telinga minne mouse. Beli kat ayer itam johor. Lala memang akan berguling2 dengan bantal dia dulu sebelum tidur. Sekarang ni dia kalau nak tidur bantal tu dia letak atas muka dia. Lepas tu baru dia tertidur.


Tapi lala tak di ajar untuk berkepit dengan bantal busuk bila di luar rumah. Memang kemana2 den takkan bawak bantal busuk dia sekali walau bantal busuk lala takde nampak petak2 sawah air liur basi sebab warna bantal dia gelap (hitam & merah). Cuma kalau balik kampung atau pergi ketempat yang terpaksa bermalam bawak la jugak sebab kesian bila dia nak tidur tengok macam something missing je dalam hidup dia even tak bawak pun dia tak mengamuk sangat. Bila tengok anak2 orang lain yang tak boleh berenggang dengan bantal busuk, den tak rasa benda tu elok untuk di pratikkan. Kadang2 tengok pergi majlis kawen.. usung bantal busuk.. klinik.. supermarket.. senang cakap kat mana  budak tu pergi bantal busuk dia mesti usung sekali.

Bukan la nak hina atau nak pandang jijik.. kadang2 bantal tu tahap kecomotan dia tu orang tengok pun tak sanggup apatah lagi nak peluk. Yelah.. dah macam peta harta karun je.Lepas tu usung merata2.. kadang jatuh atas tanah.. jatuh atas lantai berhabuk.. jatuh kat tempat2 yang tak sepatutnya.. kemudian budak tu peluk cium & gigit pula. Biarlah kita ajar dari awal bantal busuk adalah barang peribadi yang bukan untuk di bawa ke hulu hilir menjadi tatapan orang lain.

Macam lala.. walau kat rumah dia perlukan bantal busuk dia untuk berguling & tidur tapi kalau kat luar takde pun tak jadi masalah. Balik kampung pun dia tidur takde bantal busuk dia ok jer. Takde mengamuk atau merengek. Tapi balik rumah barang pertama dia cari bantal telinga dia la.. Sebab den tak pernah ajar lala untuk usung bantal busuk ke hulu hilir. Untuk kebaikkan si anak jugak mak bapak dia.

Apapun walau nama bantal busuk jangan sampai tak pernah basuh bantal busuk anak nak2 lagi yang jenis tak bersarung tu macam bantal lala ni. Bukan susah nak basuh.. campak dalam washing machine jer. Hahahaha.. even tak nampak peta dora the explorace tapi kalau tak basuh bau jeruk jugak la kan. kekekekeke


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com