Showing posts with label guru. Show all posts

GURU GUNA ZAYN SEBAGAI KONTEN SIMPATI ATAU AMBIL KESEMPATAN?

GURU GUNA ZAYN SEBAGAI KONTEN SIMPATI ATAU AMBIL KESEMPATAN? Aku ni nak kata aktif di tiktok tu tidaklah aktif buat konten tapi aku ada account tiktok. Aku suka skroll untuk tengok konten konten orang lain. Sekarang banyak konten konten tentang palestine untuk sama sama bantu repost sebagai tanda sokongan & untuk menyebarkan kesedaran tentang apa yang sedang berlaku. Sudah semestinya tak hanya konten tentang palestine. Apa yang fyp dan melintas di feed tiktok aku.. Aku tengok jer. 

Ternampak seorang tiktokers yang mengaku sebagai guru pendidikan khas di mana arwah adik zayn pernah bersekolah di situ. Ramai yang tahu kes pembunuh kanak kanak autisme 6 tahun di damansara damai. Sehingga ke hari ini, tiada siapa tahu pelaku yang tergamak melakukan perkara kejam terhadap seorang anak istimewa seperti zayn. Aku masih ikuti kes zayn tapi tidak la rasa sampai hati nak ambil kesempatan perkara tu untuk viral. Tapi aku macam tak puas hati juga tengok tindakan katanya bekas guru arwah zayn sering berkongsi video video zayn di account tiktok. Kita semua sedih.. Kita semua simpati tapi sebagai guru sepatutnya dia tahu apa dia buat dah melanggar etika seorang guru. Aku tak kisah kalau cikgu buat konten dengan untuk tujuan pembelajaran atau perkongsian yang berilmiah tapi kalau konten konten peribadi macam ni nampak sangat nak ambil kesempatan untuk meraih populariti & views di sosial media. 

Masa hayat arwah masih ada tak ada pulak guru guru yang obses sehingga nak jadikan dia sebagai konten. Bila kes kematian budak tu menjadi viral.. Dan dan la nak jadikan dia konten. Lain la ibu ayah dia. Dah semestinya itu anak dia. Dia lebih merasa kehilangan berbanding orang lain. Tak payah guna alasan simpati, rindu kalau sekadar mengambil kesempatan. 

Bagi guru guru kena tahu etika seorang guru.  Tak kira pelajar tu masih hidup atau dah meninggal dunia. Banyak cara kita nak zahirkan rasa simpati & rindu bukan cara menjadi gambar &  video murid sebagai konten. Kalaupun ingin bersolidariti bukan begitu caranya cikgu. Aku sebagai mak kepada anak yang masih bersekolah rasa macam 'tak selamat' dengan wujudnya guru macam tu. Aku tak suka sesiapa sahaja jadikan gambar atau video anak aku sebagai konten sosial media. Setakat cikgu share gambar gambar aktiviti di sekolah dalam group whatsapp atau page rasmi sekolah tu bagi aku, aku boleh terima lagi. Sebab page rasmi tak ada kepentingan peribadi selain perkongsian lebih kepada aktiviti di sekolah sahaja. 

Wahai guru.. Tugas anda di sekolah mendidik bukan menjadi content creator dengan gunakan murid sebagai subjek konten anda. Jadi jangan langgar etika. Mungkin ada ibu bapa tidak senang atau selesa gambar atau video anak mereka di kongsi secara umum lebih lebih lagi melibatkan anak anak istimewa ni. Kalau untuk tujuan pembelajaran pun perlu keizinan ibu bapa atau penjaga mereka. Jadi berpada pada lah. 

SAPS MEMUDAHKAN GURU & IBU BAPA MEMASUKKAN & MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR

SAPS MEMUDAHKAN GURU & IBU BAPA MEMASUKKAN & MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR. Zaman sekarang semua operasi di lakukan secara atas talian. Demi memudahkan & menjimatkan masa & tenaga. Dan kerana itu SAPS di cipta untuk memudahkan semua pihak termasuk golongan guru & ibu bapa.


Sedikit pengenalan tentang SAPS ni.. dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Disini, Sistem Guru Online ingin berkongsi sedikit info tentang sistem analisis peperiksaan sekolah. Boleh dicapai oleh semua pihak termasuk KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Data yang di simpan boleh di gunakan pakai oleh semua pihak sekiranya ingin membuat sebarang analisis.

Untuk para guru.. Sistem ni memudahkan guru untuk memasukkan keputusan peperiksaan pelajar secara online. Untuk golongan ibu bapa pula SAPS memudahkan anda menyemak keputusan peperiksaan anak anak. Senang kan? Nak nak lagi zaman sekarang ibu bapa memang sibuk dengan urusan kerjaya. Jadi sistem online macam ni memang sangat membantu semua pihak.

Untuk maklumat lanjut tentang SAPS ni anda boleh ruju di Sistem Guru Online

GAMBAR PELAKON & BEKAS AHLI KUMPULAN SENARIO ILYA BERSAMA KEMBAR SEIRASNYA

GAMBAR PELAKON & BEKAS AHLI KUMPULAN SENARIO ILYA BERSAMA KEMBAR SEIRASNYA. Kalau anda membesar di zaman kegemilangan kumpulan lawak lagenda senario rasanya korang masih kenal dengan salah seorang bekas ahli kumpulan senario dulu, Ilya. Dia antara ahli kumpulan senario yang berjasa dalam menaikkan nama senario dulu. Tapi pernah berlaku satu kontroversi dengan syarikat pengurusan kumpulan senario ada dua orang ahli asal kumpulan senario menarik diri dari kumpulan tersebut. Salah seorang ilya.


Ilya ni pun lawak dia memang bersahaja & mampu buat orang pecah perut gelak. Memang boleh nampak bakat semulajadi dia berlawak tu.. Takde la nampak terlampau buat buat atau mengikut skrip. Walaupun zaman populariti senario dah macam berakhir tapi baru sekarang aku tahu Ilya ni ada kembar seiras. Memang seiras sangat sampai tak berapa nampak perbezaan wajah mereka tu.

Menurut sumber yang aku baca kembar kepada pelakon Ilya tu seorang guru. Mesti anak anak murid teruja tengok cikgu dia muka sama macam pelakon kan? Gamaknya kembar Ilya ni kelakar macam Ilya tak? Kalau kelakar mesti di sukai ramai murid murid. Yelah.. kita sekolah dulu pun enjoy je belajar kalau cikgu tu jenis pandai buat kelakar. Tak la mengantuk sangat dalam kelas.

Mesti korang tak sabar nak tengok gambar kembar kepada pelakon Ilya ni kan.. Serius sama ok muka, ketinggian & size badan dorang. Nak2 lagi dorang pakai baju yang sama. Gamaknya bini bini dorang ni tak tersilap suami ke tak? hehehehe..

Aku boleh teka mana satu Ilya & mana satu kembar dia.. korang boleh teka tak? cer teka

Kembar seiras ni memang selalu jadi perhatian nak2 lagi bila mereka bersama. ramai orang mengimpikan dapat anak kembar seiras sebab nampak comel je kan. Kembar ni pun faktor keturunan jugak. Tapi yang takde sejarah anak kembar dalam ahli keluarga dia pun tak mustahil boleh dapat anak kembar juga dengan izin Allah. Sebab masa aku pregnant dulu nurse akan siasat samada sebelah aku atau suami ada anak kembar. Mak mertua aku ada anak kembar perempuan. bapak & mak sedara asben aku sebelah ayah dia pun ada kembar. Jadi kalau ada rezeki untuk next baby kalau tetiba dapat kembar pun tak pelik sangat la kan.. hehehehe

Moral of the story.. kadang2 tak ada anak kembar pun boleh nampak macam kembar jugak macam aku dengan adik aku dulu. Sebab kami beza setahun jer.. Dah tu belum genap setahun dah adik aku lahir.. Adik aku lahir 15 Aug & aku lahir 28 Aug... Bila semakin membesar nampak macam sama besar jer. Tapi bila dah besar.. tetiba dia lebih besar (tinggi) dari aku pulak. hahahahaha

GULI BERPUAKA PENYEBAB 30 PELAJAR & GURU SMK KEMUMIN DI RASUK

GULI BERPUAKA PENYEBAB 30 PELAJAR & GURU SMK KEMUMIN DI RASUK. Sebelum ni (SMK) Pengkalan Chepa 2 diarahkan mengambil cuti peristiwa sebab kejadian histeria yang melibatkan 50 orang pelajar & beberapa orang guru. Semalam kejadian histeria tu berjangkit pulak kat sekolah SMK Kemumin, kota bharu. Histeria ni kalau berlaku kat tempat ramai orang memang boleh berjangkit nak2 lagi sekolah. Kadang2 tekanan akibat ketakutan juga buat seseorang jadi histeria. Bila dalaman lemah memang senang la makhluk tu nak take over badan kita, ye dak? Kiranya makhluk tu memang suka buli insan yang lemah lah yer..

Guli berpuaka. Tapi bukan guli ni. Ni sekadar hiasan. Sumber dari google

Terbaca kat Berita harian rupanya punca pelajar & guru kat SMK kemumin tu histeria adalah kerana Guli. Kalau setakat guli je memang takde apa apa la kan.. Mungkin Guli tu ada orang hantar something menggunakan perantaraan dia atau kat guli tu ada penunggu dia. Almaklum la guli dengan benda2 mistik memang sinonim kan. Kalau tak.. Mustahil la ada gangguan mistik dengan bunyi2 guli jatuh ke lantai kan. Mungkin guli ni antara salah satu benda yang makhluk tu suka kot.. Ni kalau ajak fight main guli confirm berbalang dia mampu bawa balik ke alam dia. Expert la katakan...

Ok.. Ok.. kita kembali ke cerita pasal SMK kemumin. Katanya sebelum kejadian histeria beramai ramai tu berlaku kemarin, ada 3 pelajar kat bilik kokurikulum nampak banyak guli berterabur atas lantai dalam bilik tu. Seolah olah macam ada orang baling atas lantai. Atas keprihatinan depa pun kutip la & simpan dalam almari. Tak lama lepas tu.. bermula episod menyeramkan di sekolah tu bila ketiga tiga pelajar untuk di rasuk kemudian berjangkit pulak dengan 17 pelajar yang lain. Sampai petang katanya acara di rasuk berganti ganti tu berlaku & jumlah yang di rasuk bertambah lagi 18 orang termasuk guru.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMK Kemumin,  mengambil inisiatif mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin bagi membersihkan kawasan itu daripada gangguan. Seorang guru agama yang menyertai solat hajat malam tadi mengambil keputusan membuang guli yang dikatakan menjadi punca histeria itu ke laut di Pantai Cahaya Bulan. Jadi kalau anda yang berkunjung ke Pantai Cahaya Bulan jumpa guli jangan kutip bawak balik pulak yer.. Manalah tau kat guli tu ada yang tumpang berteduh tak pepasal korang pulak nak kena rawat. Kejadian2 histeria macam ni bukan buat buat macam filem seram je ok. So korang tak payah nak buat lawak sangat dengan kejadian histeria yang berlaku. Jangan pulak yang berpura2 kena histeria konon nak memeriahkan majlis histeria yang berlaku. Ada tau budak sekolah yang nak dapat cuti buat2 histeria bila kawan2 lain kena histeria. Tapi bukan di SMK kemumin ni la.. Ni kat sekolah tet.. (tak boleh sebut nanti mengaibkan pulak hahaha)

Benda ni tak percaya pun kena percaya sebab memang wujud cuma macam selalu aku dok cakap jangan taksub. Ketaksuban tu kadang2 menghumban kita ke kancah perbuatan syirik & khurafat. 

Sumber Cerita : Berita Harian Online

FIKIR DULU SEBELUM PILIH KERJAYA SEBAGAI CIKGU TADIKA

FIKIR DULU SEBELUM PILIH KERJAYA SEBAGAI CIKGU TADIKA. Jadi cikgu sekolah kebangsaan, cikgu sekolah menengah atau pensyarah di universiti aku rasa cabaran dia tak sebesar jadi cikgu tadika ni walau cikgu tadika ni gaji pun tak seberapa sangat. Tapi aku tak cakap la jadi cikgu ni kerja dia senang. Jadi cikgu apapun zaman sekarang memang mencabar. Cuma aku rasa cabaran tu tak sama berbanding cabaran jadi cikgu tadika ni. Sejak 3 hari anak aku di tadika.. Memang aku nampak cabaran jadi cikgu tadika ni hanya orang2 tertentu je mampu galas tanggungjawab dengan gaji tak seberapa tu. erkk.. aku pun sebenarnya tak pasti gaji cikgu tadika tu berapa yang aku agak mungkin lebih rendah dari cikgu sekolah kebangsaan la.


Bayangkan la.. hari ketiga persekolahan pun still ramai yang datang sekolah menangis,mengamuk tak nak masuk sekolah terpaksa cikgu dukung budak yang meronta2, pujuk.. Bukan sorang dua.. malah ber orang2 macam tu. Mujur anak aku takde la tahap macam tu. Nak masuk tu je kena pujuk dah masuk kelas.. tengok ramai kawan & banyak mainan dia dah ok sampai la pukul 4.30 kejab lagi tengok muka mak bapak dia terus Uwaaa... macam setahun kena tinggal. Rindu gamaknya. Tak pernah kena tinggal sepanjang hidup dia. Tapi sekejab je macam meluahkan perasaan. Nak cakap tak berapa pandai.. dia luahkan cara macam tu la.

Tapi sepanjang sesi persekolahan setakat ni cikgu cakap memang dia tak ada masalah menangis ke, merengek ke,kacau kawan2 ke cuma anak aku dia ada masalah fokus dengan attention je. So, dia memang jenis tak boleh duduk statik lama2 satu tempat dengan masalah makan. Tapi anak aku memang tak ada masalah hyperactive tau. Dia cuma ada masalah attention je. Dia tak hyper. Walaupun dia suka bergerak tapi takde la sampai tak duduk diam langsung. So cikgu dia pun rasa tak susah nak handle dia selain masalah nak pujuk dia makan je. Almaklum budak2 ni makan nak yang sedap kat mulut depa je macam budak2 ni >> Terkejut Ibu bapa bila lihat melalui video apa yang anak mereka makan <<

aku dah inform kat cikgu awal awal. 3 bulan pertama pun therapist dia dah bagitau kat aku memang masalah attention tu ada. Tapi Alhamdulillah.. cikgu dia sentiasa positif & sudi membantu kekurangan anak aku tu. Aku risau cikgu tak dapat handle tapi cikgu pulak bagi semangat kat aku jangan risau.. Insya Allah nanti ok katanya. Sekarang dia baru nak sesuaikan diri dengan suasana sekolah.

Nak jadi cikgu tadika, nak hadap budak yang mungkin pertama kali melangkah ke alam persekolahan atau pertama kali berpisah dengan mak bapak macam anak aku yang 1 jam pun tak pernah berjauhan dengan aku selama ni bukan mudah. Cuma mungkin anak aku dia excited ramai kawan je so dia boleh serasi dengan cepat. Aku tengok gelagat budak2 tadika datang sekolah pun aku rasa aku tak mampu nak jadi cikgu tadika. Tu yang mengamuk tak nak masuk kelas.. ada yang melasak tak ingat dunia sampai nak pecah anak tekak cikgu jerit pun satu hal jugak. mau kena sedut inhaler gamaknya kalau aku jadi cikgu tadika. hahaha.

Nak jadi cikgu tadika.. Tahap kesabaran & keikhlasan memang kena tinggi. Kalau jenis jadi cikgu tadika sekadar untuk dapat gaji aku rasa memang tak mampu bertahan. Baik la fikir dulu sebelum pilih kerjaya sebagai cikgu tadika ni. Bukan semua orang mampu pikul tanggungjawab. Jadi cikgu tadika ni bukan je sebagai seorang cikgu malah cikgu tadika ni ambil tanggungjawab macam pengasuh budak jugak la. kalau rasa tak tahan dengan kerenah budak2 Baik tak payah. Kang anak murid menangis.. dengan cikgu2 sekali ikut menangis. hahahaha Budak 5 & 6 tahun la katakan..

Moral of the story.. Cikgu pertama kebanyakkan dari kita semua adalah cikgu tadika bagi yang pergi tadika la tapi cikgu pertama ni kadang2 jarang kita raikan sedangkan merekalah orang pertama yang memperkenalkan kita dengan alam persekolahan. Yang paling sabar mendidik kita sebelum tanggungjawab tu di ambil alih cikgu di sekolah rendah. Alhamdulillah aku masih ingat nama cikgu tadika aku dulu.. Cikgu Rohana yang sangat baik.

TRAJEDI SERAM BILIK DARJAH M 6/5

TRAJEDI SERAM BILIK DARJAH M 6/5. Slot seram serik lekatlekit kali ni nak berkongsi cerita seram berkaitan sebuah bilik darjah di sebuah sekolah. Murid2 yang tak boleh control perasaan takut di nasihatkan jangan baca nanti terbayang bayang pulak masa pergi sekolah. Kang taknak pergi sekolah acik jugak di salahkan. Ini untuk bacaan mereka2 yang dah matang & abis sekolah yer. Yang masih sekolah pi baca buku. Alkisahnya bermula...


Sekumpulan pelajar nakal ni suka sangat menjelajah tempat2 yang di katakan berhantu & seram. Pada suatu hari tu depa pergi ke sebuah bangunan lama di sekolah mereka yang sudah tidak di gunakan lagi. Semasa mereka dalam bangunan lama tersebut berlaku kejadian yang menyeramkan. Mula2 mereka di ganggu hantu dari roh seorang pelajar yang mati bunuh diri akibat kecewa tak dapat menempatkan diri ke universiti. Sehinggalah mereka berjumpa dengan seorang guru yang sebenarnya mereka pun tak kenal kat dalam bangunan tersebut. Mereka cuba minta perlindungan dari guru tersebut & akhirnya mereka di kurung dalam sebuah bilik darjah. Disitulah segala rahsia mula terbongkar. Bilik darjah M 6/5 pernah berlaku satu trajedi bunuh membunuh antara 3 orang guru yang mengalami konflik percintaan. Dua guru wanita & seorang guru lelaki. Seorang guru suka kat cikgu lelaki ni tapi cikgu lelaki tu pulak dah ada bercinta dengan seorang cikgu perempuan seorang lagi. Akibat cemburu cikgu perempuan yang cintanya di tolak menikam dua guru tersebut & akhirnya dia sendiri pun mati tertikam pisau. Selepas kejadian tu sekolah tu di hantui roh guru yang berdendam tu. Dendam dia bukan sebab cinta tak berbalas je.. semasa masih hidup cikgu ni di rogol ketika mabuk tapi dia salah sangka. Dia ingat cikgu lelaki yang dia suka tu yang merogol dia. Sebenarnya ada 4 pelajar jadi saksi ada seorang cikgu lain yang merogol. 4 pelajar tersebut jugak di bunuh oleh roh cikgu yang berdendam ni. Bila berlaku kejadian macam tu bangunan tersebut di tutup & tidak di gunakan sehingga berabad lamanya. Sehinggalah sekumpulan pelajar nakal ni konon cuba mencari kebenaran cerita hantu dalam bangunan tersebut. Dan akhirnya mereka terperangkap & terpaksa berdepan dengan situasi menakutkan bila roh guru yang berdendam itu cuba membunuh mereka. 2 orang roh guru yang di bunuh cuba membantu & menghalang roh guru yang berdendam ni membunuh kumpulan pelajar ni. Selepas semua pelajar ni insaf dengan perbuatan nakal mereka barulah mereka di lepaskan.


Itulah sinopsis ringkas filem seram thailand bertajuk Make Me Shudder. Filem ni bagi aku.. best. Sebab dia seimbang. Ada lawak & seram. Memang mula2 korang tengok filem ni rasa nak gelak jer... Pertengahan cerita baru keseraman dia tu serius sikit. Tu pun masih ada unsur komedi yang orang penakut takkan stress sangat sebab takut tengok cerita ni. Walaupun ada banyak unsur komedi tapi sound effect dia mampu buat kita terkejut jugak la. Perjalanan cerita dia dari starting sampai ending memang tak membosankan. Filem ni tak silap aku filem 2013. Beli dvd ni dah lama tapi tak sempat tengok lepas dvd player rosak. Tu yang episod memburu dvd seram tergendala sekejab katanya.hahahaha

Done!

Tu kisah bebudak nakal takde penyakit cari penyakit. Hantu dok dendiam kat situ dia pergi cari.

Moral of the story.. Budak2 sekarang kadang terlampau berani nak buat aktiviti paranormal tanpa pengawasan orang yang lebih pakar sebab tu berlaku kejadian kejadian tak di ingini. Konon berani sangat padahal angin tolak pintu jer bersepah lari sampai jatuh patah riuk bagai. Kalau dah keberanian tu sejengkal jangan highland tower nak di jelajah.

KISAH KAD RAYA PERTAMA YANG BUAT AKU TERHARU

Aku budak kampung.. Lahir & membesar kat kampung. Bersekolah pun di kawasan perkampungan jugak even sekolah aku takde la daif sangat. Alhamdulillah kalau zaman aku sekolah tu kira ok la sekolah aku tu berbanding sekolah asben aku even kat KL pun sekolah papan katanya...

Sumber google sekadar hiasan

Kisah kad raya pertama aku dapat ni.. Ya Allah kalau aku ingat balik rasa nak nangis bawah bantal. Punyalah teruja masa tu dapat kad raya sampai kusam kat tu aku usung merata2 even nak pi main dengan kengkawan kat kampung pun aku usung jugak. Baca berkali2 tulisan dalam kad raya tu seolah2 baca novel panjang yang tak abis episodnya. Yelah... nama pun barang pertama kali dapat, dia punya excited mengalahkan kera dapat bunga.

Kad Raya pertama aku dapat masa umur 8 tahun darjah 2 di sekolah kebangsaan permatang Tok dik yang di beri oleh cikgu kelas aku waktu tu, Cikgu yang bagi aku kad raya tu bagi aku sangat baik, sangat penyayang Cikgu Fauzilah. Dia bukan bagi kat aku sorang tapi kat semua murid dalam kelas aku tu. Tak sangka dah berpuluh tahun terputus khabar dengan cikgu aku tu tetiba terjumpa balik kat FB.

Ni la cikgu Fauzilah.. Ni aku rasa gambar lama sebab wajah ni aku masih ingat masa mengajar aku dulu. Sekarang dah berubah sikit mungkin faktor usia tapi cikgu tetap cantik sebab cikgu sangat baik

Terima kasih cikgu... waktu usia macam tu kat sekolah cikgu umpama ibu kepada saya. Zaman tu cikgu banyak garang2.. Tapi cikgu Fauzilah ni tak garang tapi penyayang buat kita rasa seronok dalam kelas dia. Dia pernah ajar kami buat sketsa pentas untuk hari penyampaian hadiah.. Time tu aku pun berlakon jugak. Tak sangka ramadan kali ni menemukan kita semula. Semoga cikgu kami sentiasa di lindungi Allah, di limpah rezeki & kebahagian & di balas semua kebaikkannya dengan setimpal jasanya pada kami. Insya Allah, kasih sayang kami kekal di hati untuk cikgu yang baik, Cikgu Fauzilah.

P/S : Keistimewaan seorang guru dia kekal menjadi guru kepada seorang murid walau anak muridnya tu waktu tu lebih berjaya dari dia tetap dia akan di panggil CIKGU sampai akhir hayatnya. Berbanggalah jika anda seorang guru sebab Gurulah yang menghasilkan ramai insan berjaya di dunia ni.

Salam aidilfitri buat semua kawan2 saya & juga pembaca blog saya. Andai selama ni penulisan & kata2 saya menguris hati kamu, saya pohon kemaafan.. Selamat hari raya.


BUDAK DARJAH 2 DAN 4 TENGOK PORNO DI KOMPUTER SEKOLAH DAN ROMEN BUDAK 7 TAHUN

Macam mana la sekolah tu tak menyekat laman pornografi dari boleh di akses melalui komputer di sekolah?? Apakah pihak sekolah rasa budak sekecil tu tak pandai tengok pornografi melalui internet. Aduhai cikgu cikgi.. Zaman serba maju & laju ni dah takde apa yang mustahil kot.

Pagi2 lagi dah terbaca kat blog Sozcyili pasal budak lelaki dua beradik sorang darjah 4 & sorang lagi darjah 2 tengok filem lucah kat komputer sekolah. Mungkin teransang & nak cuba buat apa yang depa tengok tu maka depa pun ajak la sorang member budak pompuan umur 7 tahun datang rumah depa kononnya nak tolong buat kerja sekolah. Alih2.. depa kerjakan budak kecik tu.

Gambar takde kena mengena dengan cerita. sekadar hiasan. -sumber google-

Bayangkan baru besar tu dah pandai tengok porno & romen anak orang... Kalau besar sikit lagi entah apa dia buat. Makin mantap la kot skill nak rogol anak orang. Yang paling aku rasa tak boleh terima.. macam mana komputer sekolah boleh akses laman web lucah ni?? Macam mana pihak sekolah tak terfikir nak block semua laman web lucah di komputer sekolah?? Macam mana dorang boleh terlupa benda2 macam ni??

Yelah.. orang kata lagi tak terhantuk selagi tu tak rasa sakit. Ni dah jadi moga semua sekolah kat Malaysia ni tak kira sekolah tadika sekalipun kalau ada computer & akses internet tu sila la block laman2 web yang tak sepatutnya di tonton di sekolah. Jangan fikir budak kecik tak reti.. ni bukan budak kecik zaman 90an kebawah.. ni budak2 zaman 2000an keatas, hokay!

Apapun semoga anak2 kita di jauhkan dari terjebak dengan gejala2 negatif macam ni.. Amin

Sumber berita dari Sozcyili

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

SAMPAI PENGSAN TENGOK CIKGU HENSEM

Entri ni bersempena hari guru haritu. Terlupa pulak nak wish selamat hari guru buat semua guru2 & bekas guru2 daku tak kira yang sayang cheq atau yang menyampah dengan cheq mahupun cheq pernah menyampah. Menyampah tak bermakna benci yer cikgu.. Marah2 sayang jer. Terima kasih sebab kerana cikgu cheq mampu tulis blog hari ni.

Berbalik pada kisah kenangan daku masa sekolah dulu.. Kenangan tengok cikgu ensem sampai pengsan Uolls.. Dahsyat tak?? Terimbau memori ni sebab ada kawan den upload pic dengan cikgu sipolan tu kat FB.

Alkisahnya.. hari pertama masuk tingkatan dua kalau tak silap. Wajib la hari pertama sekolah ada perhimpunan. Biasa la perhimpunan akan abis time matahari dah memacak even matahari pagi lagi tapi tetap panas Uolls. Nak di jadikan cerita.. hari pertama tu ada sorang cikgu baru masuk mengajar kat sekolah sang lekit. Masa perhimpunan harus daku yang didepan dalam barisan. Yelah.. tak cukup inci nak nyorok belakang. Tu pun mula2 taknak baris kat depan.. tapi cikgu paksa.

Hari tu daku pun sebenarnya masih demam. Tapi dalam demam tengok muka cikgu baru ensem terus terpana gitu. Daku ni asyik la usya dia sebab muka dia ada iras2 pelakon/penyanyi shajiry. Manalah tau kot2 retis jadi cikgu datang ngajar lak kat sekolah daku kan?? Harus usya betul2.. cari perbezaan dari persamaan yang ada sebab taknak jadi silap mata. kekekeke...

seperti biasa.. Sampai di hujung2 perhimpunan harus la nyanyi lagu negeri kedah sebagai penutup kan. Kalau sapa2 yang bersekolah kat negeri kedah depa tau la lagu negeri kedah ni dia punya mendayu2 boleh buat orang lena kat tapak perhimpunan. Sambil gerak bibir dalam nada tak bunyi nyanyi lagu negeri kedah tu.. amik kesempatan usya cikgu ensem. Makin lama pandang.. makin blur.. permandangan jadi macam air mengalir tu. Gosok mata pun still kabur.. Tup.. tup.. padam. Sedar2 dalam bilik kesihatan sekolah dah. Oh.. malunya daku pengsan rupanya. Sampai pengsan la aku usya cikgu ensem.

Bila lama2 cikgu ensem tu ngajar kat sekolah den.. dah tak angau sangat la dengan dia sebab dia selalu kantoikan daku dalam beberapa aktiviti nakal kat sekolah.. salah satu kalau sang lekit lewat sampai sekolah. Selalunya den & kawan den akan letak beg kat pondok rehat.. tak nampak sangat datang lewat. Kalau masuk kelas cikgu tanya.. alasan jumpa cikgu kauseling ker.. cikgu memana ker. Tapi cikgu ensem tu dia macam tau jer trick tu. Kena satu hari dia kena ganti cikgu yang tak datang mengajar dalam kelas den.. sekali daku masuk dia tanya kenapa lewat masuk kelas. Alasan standard la bagi.. kemudian terus dia suruh pergi ambil beg kat pondok rehat. Katanya trick tu dia dah tau.. Yang lain2 kantoi malu lak den nak cerita. Den ni kan nakal sikit. Nakal je ok!

Cikgu ensem ni memang di gilai student perempuan.. Nak2 lagi time tu cikgu ensem baru je umur 24 tahun mengajar kat sekolah menengah di mana budak2 baru melangkah ke alam rumaja. Feel merenyam & gatal2 mula nak bercambah, kan?? harus cikgu ensem memang jadi perhatian. boleh tengok kalau dia mengajar dalam satu kelas tu.. bila sesi free time ramai je student perempuan bertenggek kat meja guru depan kelas. Tapi dia ni lazer sikit tau. Den dulu macam tak puas hati juga.. selalu call2 cikgu ensem kutuk2 dia tapi tak bagitau siapa.. tapi bila dia teka2 tu memang betul cuma tak ngaku. Akibat den suka call dia dok lawan berpidato dalam telefon.. kalau kat sekolah serempak dengan dia mesti elak. Time tu dah tak teruja sangat dengan kehemseman dia cuma suka menyakat cikgu ensem dalam telefon jer. Nak2 cikgu ensem rajin melayan. Tak mengelak dari bercakap tiap kali  call pulak tu tapi kat sekolah memang dua2 susah nak bertegur sapa. Cikgu mahupun murid... Yelah.. mana sempat nak tegur.. cikgu sepelaung kat depan.. den kat sini dah U turn. hahahahaha

Biarpun cikgu ensem ni bukan salah sorang yang mengajar kelas den pernah sekali dua je ganti cikgu yang tak datang.. dia pernah paksa sang lekit masuk persatuan yang dia handle. Apatah persatuan dia.. sebab daku memang tak aktif berpersatuan masa sekolah menengah. Sebab setiap pelajar kena ada juga 1 persatuan dia join.. dia paksa & dengan terpaksa masuk la persatuan dia tu walau tak aktif.

Itulah kisah den & cikgu ensem bernama cikgu Jasri. Kalau la cikgu Jasri baca.. nak minta maaf atas kenakalan kita dulu suka call cikgu lawan mengutuk walau cikgu pun sama2 taknak kalah turut mengutuk sesama sendiri tapi saya tau cikgu tak pernah ambil serius & anggap benda ni serius. Buktinya cikgu tak pernah lapor pun pada pihak sekolah. Mungkin tak sampai tahap menganggu kot. Sekadar bergurau je kan?? Kalau berkesempatan jumpa cikgu Jasri even dalam FB je pun.. memang nak minta maaf & buat pengakuan bahawa den la orang yang suka call cikgu tapi tak pernah mengaku tu. Bukan salmah yer cikgu.. hahahaha. Salmah salah sorang student yang selalu cikgu Jasri sebut bila nak teka sapa yang dok call dia sambil dok luah perasaan tak puas hati tu. Kita tau cikgu dah dapat teka cuma tak pasti sebab cikgu ada jugak sebut nama kita. Disini kita dah ngaku yer cikgu

walaupun gambar cikgu Jasri blur sikit tapi masih nampak iras2 shajiry kan?? Gambar cikgu jasri ni culik kat FB kawan sekolah jer. Den takde stok gambar dia walau sekeping pun. hahahaha

Bila ingat zaman nakal2 masa sekolah dulu kadang malu sendiri jugak. Tindakkan kita buat memang tak matang sangat - sangat tapi masa tu dah rasa cukup besar nak buat keputusan sendiri. Bila ada yang menghalang mula la nak memberontak & rasa orang tak faham kita padahal kita yang belum faham tentang hidup masa tu. Bila dah masuk zon bangkalusia ni.. bila teringat balik rasa kelakar ada.. bodoh pun ada.

Apapun terima kasih cikgu. Dari cikgu Tadika Kemas Permatang Durian(Cikgu Rohana), cikgu sekolah rendah, sekolah menengah.. lecturer kat kolej.. cikgu basic computer.. Ilmu yang cikgu2 semua bagi takde satu pun yang sia sia. Terima kasih ku kepada mu cikgu.. (baca dalam nada lagu Upin Ipin nyanyi tu yer..)



KUTUK CIKGU

 Sang lekit terbaca satu blog yang ala2 mengondem cikgu - cikgu yang kononnya gaji besar, kerja senang. Penulis entri & blog tu mengaku dia seorang gadis (single) yang bekerja sebagai engineer.

 Ni original version print screen dari blog cik engineer tu bukti bukan isu ni di reka cipta untuk meraih publisiti & populariti untuk blog melekit ni.

 Kat bawah ni komen sang lekit pulak dengan kenyataan hot & spicy dari blog cik engineer tu..

betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu

1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot, tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam, 7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager...yang tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak!

Komen Melekit : Aku tak tau pulak berapa basic gaji cikgu sebab aku bukan seorang cikgu.. Masa kerja cikgu pun aku tak tau.. Tapi masa tunggu result SPM aku pernah kerja kilang jugak. Memang la kalau kerja kilang.. 12 jam kerja.. yang boleh rilex kalau mesin down.. waktu rehat.. waktu solat jer. Lain2 kerja. Tu je boleh komen perenggan ni.

2. cuti berlambak+kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk, untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai...cikgu-cikgu ni sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni..."aip, ceyana, keihlasan seorang guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi baru tahu!"
-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas.

komen melekit : Soal ikhlas ke tak ikhlas kita manusia tak boleh nak buat keputusan.. Ikhlas ni umpama semut hitam di tengah2 malam yang gelap gelita. Wujud tapi sukar di lihat jadi tak perlu la kita nak mempertikaikan keikhlasan cikgu yang mengajar.. Bukan sebab takut cikgu tak halalkan ilmu tapi keikhlasan tu ada dalam diri orang yang melakukannya.. Tak kira kau cikgu ke, keja kilang ke, keja enginer ker.. kalau kau buat keja tak ikhlas tak amanah & takde tanggungjawab tetap la rezeki yang kau dapat tak berkat & mungkin jugak boleh jadi tak halal kalau kau buat keja banyak curi tulang.Ikhlas tak ikhlas pun kau dah jadi engineer sekarang dik...

3. cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online, bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan cikgu-cikgu ni?
komen melekit : Cikgu pun nak ada ruang peribadi dia sendiri jugak. Takkan sebab dia jadi cikgu seluruh hidupnya 24 jam 1 hari, dia kena buat kerja cikgu jer. Dia pun nak bersosial macam orang lain. Tak salah la dia nak ada Fb,blog (murid sekarang berotak IT, maka cikgu pun tak boleh ketinggalan. Lagikan PM ada FB, blog.. Kat mana salah kalau cikgu pun ada semua tu. Kadang2 boleh jugak pantau aktiviti pelajar kat laman sosial ni).. Nak buat bisnes selagi apa yang dia buat tak mengganggu tugas dia sebagai seorang guru & tak mencemarkan profesion seorang guru tu. Bab buka kelas tuisyen tu.. pun tak salah. Mungkin jadi salah kalau kat sekolah dia mengajar asal lepas tapi kat kelas tuisyen dia pulun mengajar sampai yang takde harapan nak score pun boleh score. Tapi ada jugak cikgu yang bagi tuisyen free kat student dia.. Walau ada sorang dua yang buka kelas tuisyen nak tambah pendapatan. Kerja cikgu pun sama macam kerja2 lain.. kalau takde tanggungjawab & amanah.. memang la jadi teruk. Engineer pun sama jugak. Tak gitu?? (Tapi masa sekolah dulu ada sorang cikgu ni.. tak di nafikan mengajar dalam kelas sama macam tak mengajar.. dia terang sikit2.. bagi latihan.. lepas tu dok kat meja dia gentel misai.. kalau ada yang buat bising cuma 1 ayat dia sebut :Antu2 raya buat kerja.. tak mau buat kalu, mampui pi!' walhal lepas waktu mengajar dia ada buka kelas tuisyen jugak. Tapi sorang je cikgu macam tu sang lekit jumpa bukan semua yer..)
Ada juga sekolah yang murid2 yang terdiri yang budak2 yang susah nak asuh & ajar.. Tak semua salah cikgu kalau murid2 tu tak dapat score. Kesilapan ni kadang2 dari banyak pihak.. tak kira la dari pihak cikgu, mak bapak & persekitaran jugak.

Kesimpulannya kat sini.. Tak semua cikgu2 ni jadi cikgu atas minat & rasa tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa & tak semua juga cikgu2 yang jadi cikgu sebab asal dapat gaji tiap bulan. Memang ada yang minat & kerja dengan bersungguh memikul tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa.. dan kita tak dapat nafikan ada yang jadi cikgu sebab tak dapat kerja lain. Jadi jangan gunakan perkataan 'CIKGU' seolah2 mengambarkan semua cikgu dalam Malaysia ni teruk & jadi cikgu semata2 nak kerja senang & dapat gaji banyak walhal kerja cikgu ni apa yang sang lekit tahu takde la sesenang yang kita nampak (sedara sang lekit pun banyak cikgu).. Gunakan la perkataan 'SEGELINTIR CIKGU' agar tak mengundang kemarahan, tersentuh hati, terasa hati,sakit hati cikgu2 yang betul2 melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru. Biarlah yang berkenaan je terasa.. Kesilapan penulis entri ni salah satunya sebab tak gunakan perkataan 'SEGENLINTIR CIKGU' selain lazernya tak pandang kiri kanan.

Komen melekit : Lain2 cikgu yang saya kena dalam dunia maya ni takde la pandai sampai tak boleh tegur melainkan cikgu shida jer. Bab gaji tu.. biarlah setimpal dengan tanggungjawab di pikul selagi kerajaan mampu membayarnya.. Cik Engineer pun kalau orang bagi basic gaji operator kilang suruh buat kerja engineer nak ke kerja?? Mustahil kan?? Ikhlas tak ikhlas tu Allah yang tentukan.. Lain la kalau kita hidup dalam negara yang miskin, kerajaan tak mampu nak bayar gaji cikgu setimpal dengan tanggungjawab & tugas dorang, tu lain cerita.

P/S : Mungkin budak ni dia menaip pakai tangan jugak cuma fikir pakai kepala lutut jer.. jadi cikgu2 maafkan la dia yer..


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com