Showing posts with label beauty. Show all posts

BUKTI BLOGGER MEMANG TAK PANDAI AMBIL GAMBAR

BUKTI BLOGGER MEMANG TAK PANDAI AMBIL GAMBAR. Ni kategori entri cari pasal dengan blogger. Blogger cari pasal dengar blogger lain.. Biasa la tu. Nak2 lagi katanya lekatlekit ni.. Dia memang suka cari gaduh. Baik hangpa jangan kawan dengan dia. Kalau hangpa kawan dengan dia nanti mesti hangpa bergaduh dengan dia katanya... yelah.. yelah.. yang buruk semuanya dari aku la, kan? Tapi yang baik itu hanya dari Allah. Kita manusia serba tak sempurna.


Pepandai kau buat statement blogger tak pandai ambil gambar bagai.. Kau pandai sangat ke? Well... Hakikatnya memang macam tu. Bukan semua blogger pandai ambil gambar pun. Aku pun blogger & aku mengaku aku memang tak pandai ambil gambar. Ada dslr pun kalau tak pandai ambil gambar sama je macam kau ambil gambar guna galaxy y katanya. hahahaha. Nak2 lagi blogger kecantikkan @ Beauty blogger. Boleh nampak banyak kesalahan mereka bila ambil gambar. Gambar tu kadang2 bukan cantik sangat pun. Ewah.. cakap macam pakar. Mana bukti kata blogger beauty ni tak pandai ambil gambar.

Sabar dulu.. Jangan memarah. Majoriti adalah mewakili kebanyakkan bukan semua. Mungkin korang bukan tergolong dalam golongan blogger yang tak reti ambil gambar & mungkin jugak korang memang tak pandai ambil gambar walau korang rasa dah cukup cantik gambar yang korang ambil tu. Buktinya meh tengok kat sini adakah korang ambil gambar dengan betul atau sebaliknya >> 11 Perkara Yang Selalu Blogger Abaikan Bila Ambil Gambar <<

Blogger & gambar memang sesuatu yang tak dapat di pisahkan tak kira la blogger tu jenis tayang muka atau tak tapi kehidupan blogger memang berkait rapat dengan gambar. Gambar juga mainkan peranan penting untuk menaikkan blog walaupun kita bukan blogger Fotografi. Sebab apapun genre & niche blog tetap perlukan gambar. Beauty blogger ke, food blogger ke atau personal blogger.. semua memerlukan gambar untuk jadi bahan cerita dalam blog.

Kesimpulannya.. Sebagai blogger tak salah kita belajar cara ambil gambar yang cantik. Gambar menarik salah satu faktor untuk orang berkunjung ke blog kita. So, blogger jangan abaikan perkara yang perlu di titik beratkan bila ambil gambar. Jangan kita rasa cantik je dah cukup buat gambar kita nampak cantik. Kadang2 perlu jugak belajar walaupun tak mampu jadi profesional.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com