BUKTI BLOGGER MEMANG TAK PANDAI AMBIL GAMBAR
Pepandai kau buat statement blogger tak pandai ambil gambar bagai.. Kau pandai sangat ke? Well... Hakikatnya memang macam tu. Bukan semua blogger pandai ambil gambar pun. Aku pun blogger & aku mengaku aku memang tak pandai ambil gambar. Ada dslr pun kalau tak pandai ambil gambar sama je macam kau ambil gambar guna galaxy y katanya. hahahaha. Nak2 lagi blogger kecantikkan @ Beauty blogger. Boleh nampak banyak kesalahan mereka bila ambil gambar. Gambar tu kadang2 bukan cantik sangat pun. Ewah.. cakap macam pakar. Mana bukti kata blogger beauty ni tak pandai ambil gambar.
Sabar dulu.. Jangan memarah. Majoriti adalah mewakili kebanyakkan bukan semua. Mungkin korang bukan tergolong dalam golongan blogger yang tak reti ambil gambar & mungkin jugak korang memang tak pandai ambil gambar walau korang rasa dah cukup cantik gambar yang korang ambil tu. Buktinya meh tengok kat sini adakah korang ambil gambar dengan betul atau sebaliknya >> 11 Perkara Yang Selalu Blogger Abaikan Bila Ambil Gambar <<
Blogger & gambar memang sesuatu yang tak dapat di pisahkan tak kira la blogger tu jenis tayang muka atau tak tapi kehidupan blogger memang berkait rapat dengan gambar. Gambar juga mainkan peranan penting untuk menaikkan blog walaupun kita bukan blogger Fotografi. Sebab apapun genre & niche blog tetap perlukan gambar. Beauty blogger ke, food blogger ke atau personal blogger.. semua memerlukan gambar untuk jadi bahan cerita dalam blog.
Kesimpulannya.. Sebagai blogger tak salah kita belajar cara ambil gambar yang cantik. Gambar menarik salah satu faktor untuk orang berkunjung ke blog kita. So, blogger jangan abaikan perkara yang perlu di titik beratkan bila ambil gambar. Jangan kita rasa cantik je dah cukup buat gambar kita nampak cantik. Kadang2 perlu jugak belajar walaupun tak mampu jadi profesional.
aku pun sama tak reti aku nk amik gambar lawa2 nk dit pun satu hal jugak
ReplyDeleteAkak pon amik gambo selalu main boh je...kadang2 tu beria2 mengambik sekali tengok hasil nangis terus....hahaha
ReplyDeleteMrs. A pun setakat bolehlah aje.... ambil gambar ni
ReplyDeleteTapi takdelah teruk sangatkan so-so bak kata orang.