DISEBALIK GAMBAR KELIBAT PONTIANAK..
DISEBALIK GAMBAR KELIBAT PONTIANAK.. Tu dia.. dia mai dah malam malam dok tulis cerita pasal pontianak pulak. Almaklum la dah lama blog lekatlekit tak di hidangkan dengan kisah kisah seram kan? Tup tup ada pulak.
Saja warm up balik blog ni bagi ada unsur unsur seram balik sebelum kita start enjin turbo dengan kisah kisah seram yang bakal menggugat emosi anda nanti kekekee.
So nak cerita sikit la... Semalam kalau hangpa yang follow cheq kat Pesbuk (Facebook) mesti nampak cheq upload satu gambar berlatar belakangkan kondo & ada kelibat pontianak yang berdiri kat jalan. Memasing confuse dah.. Bergurau ke betul. Ada yang mula rasa seram tengok gambar tu. Dah tu ada watermark den pulak. Den ka yang snap gambaq cik ponti tu? Betul ka enpon murah hang buleh merakam kelibat pontianak? Biaq betoi..
Betoi la gambaq tu gambaq den ambil dari tingkap rumah den menghala lensa ke kondo kat depan rumah den. Tak bohong lah.. cuma cik ponti tu ja bohong sunat sikit. kekekeke...
Ni la gambarnya |
Sebenarnya gambar tu hasil editing menggunakan aplikasi snapseed. Tak dak la terakam secara tak sengaja gambaq cik ponti. Dan begitulah kalau hangpa nak tahu gambar gambar yang bertebaran di internet yang konon terakam gambar gambar kelibat menyeramkan bukan semua pun betul. Sekarang ni hang tak payah pi belajaq tinggi tinggi nak buat editing yang macam nampak real.. banyak aplikasi boleh hangpa guna untuk buat editing macam tu. Bukan susah pun aih...
Bukan susah pun. Kalau surirumah macam cheq pun boleh buat & ada yang percaya gambaq tu real sampai merinding rinding Oi.. bulu romaku, hangpa hat memang pakar multimedia mesti terer punya.
Macam saya edit guna snapseed. Macam macam boleh buat. Gambaq yang sendu pun boleh nampak padu baqhang. Tak caya try la guna. Boleh install kat playstore.
Moral of the story.. Apa yang kita nampak benar zaman sekarang belum tentu betul. Pepandai la guna akal untuk menilai. Peace Yo!
PAKEJ PHOTOGRAPHY MURAH UNTUK SEBARANG MAJLIS DARI JELITA IMAGES
Gambar ni memang sampai sekarang menjadi satu benda yang ada sentimental value.. Terutama gambar yang kita nak simpan sebagai kenangan untuk di tatap anak cucu nanti. Semua orang nak gambar yang cantik.. Kadang2 di sebabkan kita tersalah pilih photographer & dah bayar semua tapi dapat hasil yang sangat sedih mesti sakit hati kan.. Tu yang jadi viral kat media sosial tak puas hati bagai.
Sebab tu penting kita survey dulu photographer yang kita nak ambil. Zaman sekarang tak payah kita nak walk in sangat satu persatu premis perniagaan untuk servis photography ni.. Kita boleh survey melalui online. Baca komen & review dari orang yang pernah menggunakan khidmat mereka untuk mengelakkan kita tertipu atau mendapat servis yang mengecewakan.
Jadi kat sini saya nak perkenalkan pakej photography yang di kendalikan oleh Jelita Images.. Gambar gambar hasil tembakkan photographer dia pun tak kurang cantik atau hebat. Banyak juga pakej yang murah & mampu milik di tawarkan oleh Jelita Images ni.. contoh untuk Photoshoot perkahwinan.. sekarang tengah promosi pakej yang murah.. Boleh rujuk promosi di bawah...
Mid Year Sale 2017 is back!!!
HARGA PROMOSI PAKEJ PHOTOGRAPHY 2 EVENT NIKAH DAN SANDING HANYA RM1499 Sahaja!
Yaa betul!! Harga hanya RM1499 untuk NIKAH + SANDING! Cepat booking sekarang! sebelum tarikh majlis anda penuh!! rugi kalau lambat
☺2 EVENT (NIKAH + SANDING) RM1499
☺Exclusive photobook (40ms)
☺canvas frame size 20x20
☺termasuk outdoor juga ya!!
☺gambar dalam pendrive eksklusif
Jadi kalau hangpa tengah tercari cari pakej photography untuk buat photoshoot sebarang event tak kira la majlis kahwin, hari jadi, hari raya, nak buat photoshoot untuk produk atau apa saja berkaitan gambar boleh try servis dari Jelita Images. Insya Allah photographer ni tak bawa lari duit hangpa hehehehe. Sebab gambar gambar yang di hasilkan oleh Jelita Images ni pun cantik sangat..
KESIAN.. WAJAH LARA ALANA MENJADI KONTROVERSI LAGI
KESIAN.. WAJAH LARA ALANA MENJADI KONTROVERSI LAGI. Dari sejak lahir anak kepada selebriti terkenal Scha Al yahya & awal shaari ni tak habis habis menjadi kontroversi walaupun budak tu bukan paham pebenda pun lagi. memang sejak lahir wajah Lara Alana selalu jadi kontroversi. Tak tau la pasai pa orang asyik mempertikaikan wajah dia. Bagi aku Rupa Lara Alana tu memang Mix mak bapak dia. Ada sikit Scha & ada part macam Awal. So terhasilah Lara Alana..Happy Birthday Lara Alana Yang ke 3 |
Sejak semalam entri yang aku pernah tulis pasal lara Alana yang di katakan nitezen mempunyai ciri autisme... Naik mencanak rating dia. Tertengok juga la perkembangan terbaru Lara, Alhamdulillah sekarang nampak ok. Dah ada komunikasi 2 hala. Speaking london la.. Melayu tak dengar lagi. Takde la nampak kelainan sangat. Tapi sebab aku cuma tengok dari short video yang bapak dia kongsi kat IG jer. So, aku tak boleh nak judge apa apa. Lagipun aku bukan pakar.
Bila entri tu mula melonjak naik.. Pelik juga la kami. Pasai pa pulak entri tu dapat sambutan hangat sampai hangit ni. Ni mesti ada isu baru. Betoi la.. terbaca kat satu blog katanya jadi isu panas bila ada seorang komen pada gambar yang Page Roti Kaya upload kat FB sambutan hari jadi Lara Alana yang ketiga. Dia kata lara alana makin besar makin terserlah rupa macam budak sindrom down.. Maka habis peminat lara Alana kecam dia.
Walaupun komen dia tak la kejam sangat tapi rasanya mengundang padah juga la kan? |
Awat kata lagu tu.. Kalaupun ada iras rupa kanak kanak sindrom down ia tak patut la untuk di komen macam tu. Tak salah pun kalau ada rupa sindrom down. Benda tu seolah olah macam jadi satu benda yang tak baik pulak. Bukan satu dosa pun kalau di lahirkan sebagai sindrom down. Unik apa.. Sindrom down ni mempunyai wajah yang hampir sama. Tu pun bukti kekuasaan Allah jugak. Hanya mereka yang terpilih sahaja di kurniakan anak istimewa ok! At least dalam keluarga tu dah ada seorang ahli syurga. Mak bapak dia tak payah risau dah.. Cuma kat dunia ja kena struggle sikit sebab membesarkan anak istimewa ni bukan mudah.
Aku pun tak minat sangat cara mak bapak Lara Alana ni expose anak dia.. Kesian la dok jadi bahan penghinaan orang tapi aku pun tak sokong mana2 pihak yang mengeji atau mengeluarkan komen yang tak baik kepada seorang budak yang masih kecik macam tu. Lara Alana cuma seorang anak kecil yang tak tahu apa - apa. Seorang anak yang masih suci dari dosa. tak payah la dok cari gaduh sangat dengan budak budak. Tak payah la nak pertikaikan rupa dia.. Benda tu sensitif untuk di sebut sebut secara umum.
Apapun tak payah la nak kecam budak sekecil Lara Alana.. Dia cuma seorang kanak kanak yang masih belum mampu buat keputusan untuk diri dia sendiri. Kalau dia dah boleh fikir sendiri gamaknya dah lama dia tutup account Instagram dia kot. kekekeke.
Moral of the story.. Rupa ni kurnian Allah. Jangan mengeji.. Sebab lukisan Allah ni dah cantik sangat. Siapa kita nak menidakkan apa yang Allah lukiskan di wajah seseorang.
GAMBAR ANAK LELAKI SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN
GAMBAR ANAK LELAKI SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN. Semua orang tahu Pelakon terkenal Shaheizy Sam & Syatilla Melvin baru jer menimang cahaya mata lebih kurang 3 bulan lepas la. Kira ni dah lepas pantang la kan... Sebelum ni memang tak nampak depa upload gambar anak depa.. Maybe nak tunggu lepas pantang kot. Almaklum la tunjuk gambar baby yang belum habis pantang ni macam2 risiko terutama berkaitan dengan penyakit Ain ni kan..Tapi selepas 46 hari umur baby boy depa akhirnya pasangan selebriti terkenal ini memberi peluang para peminat untuk melihat rupa paras baby boy mereka yang di beri nama Syeriv Samheizy bin Shaheizy Sam. Tu dia.. bunyi keju ja nama dia. Tak kisah la bunyi keju ka.. bunyi belacan ka.. bunyi tempe ka.. asalkan membawa maksud yang baik ye dak. Aku sendiri pun tak tau apa makna nama anak depa.. Moga2 yang baik baik saja la kan.
Menurut post Syatilla Melvin baby boy depa ni di lahirkan melalui kaedah c-section. Pembedahan la tu. Dia tak keluar ikut pintu bak kata orang tua tua. Keluar ikut tingkap. Tak kisah la keluar celah mana pun.. Asalkan ibu & anak dalam keadaan sihat & selamat, ye dak? C-zer ke normal ke bukan penentu hebat atau tak seorang wanita itu.. Wanita yang melahirkan anak semua adalah wanita hebat. Satgi ada pulak yang tak ada rezeki anak terasa macam tak hebat.. Jangan macam tu. Yang tak ada rezeki anak tu sebenarnya lebih hebat kerana Allah menguji hambaNya yang hebat hebat saja, ok! Rezeki ni datang berbagai bentuk.. Tak ada rezeki anak.. mungkin rezeki lain, ye dak. Jadi sentiasa berbaik sangka dengan Allah.
Dok membebel lupa pulak nak tunjuk gambar baby boy Shaheizy Sam & syatilla Melvin ni.. Meh la tengok rupa Syeriv Samheizy.. Allhamdulillah comel jer... Yelah mak bapak dia pun comel katanya.
Semoga Syeriv Samheizy membesar menjadi anak yang soleh. Boleh membanggakan kedua ibu bapanya & menjadi khalifah di bumi Allah ni.
WANITA YANG PERNAH VIRAL KULIT ROSAK TERUK AKIBAT GUNA LOCAL PRODUK, INILAH WAJAH TERKINI BELIAU YANG MENGEJUTKAN
WANITA YANG PERNAH VIRAL KULIT ROSAK TERUK AKIBAT GUNA LOCAL PRODUK, INILAH WAJAH TERKINI BELIAU YANG MENGEJUTKAN. Masihkah kau ingat dengan seorang wanita yang pernah jadi viral bila dia mendedahkan bahaya menggunakan satu jenama local produk sehingga kulit dia rosak teruk. Takkan tak ingat kot.. Gempar seantero alam maya gitu. Produk yang pernah dia guna pun sekarang KKM dah sahkan tidak selamat kerana mengandungi racun berjadual.Inilah rupa wanita tersebut selepas guna local produk yang di sahkan KKM mempunyai racun berjadual. Ni rupa yang dulu... Yang sekarang teruskan membaca nanti hangpa boleh tengok |
Maka semua orang pun dah tahu produk tu memang bahaya bukan sebab fake ke original. Malas nak mention kat entri ni satgi orang kata aku ni suka menyibuk hal produk orang secara berlebihan pulak kan? Tapi ada jugak pengedar dia yang tak boleh terima hakikat tetap salahkan KKM katanya buat ujikaji keatas produk tiruan. Biaq pi la depa tak mau terima hakikat.. kita yang dah terima info macam tu jadikan pengajaran la kan? Tak payah nak mempertikai kredibiliti pihak KKM.. depa memang pakar dalam bidang tersebut. Depa bukan buat eksperimen bakar atas sudu ok! Depa buat ujikaji dalam makmal dengan kelengkapan & peralatan yang canggih gitu. Tak main spekulasi spekulasi je ok! Depa ada bukti dari ujikaji yang depa buat.. So, no point hangpa nak nafikan lagi.
Yang produk tu biarkan depa dengan labu labinya.. Ni kami nak cerita kat hangpa salah sorang mangsa produk tu yang pernah jadi viral. Kalau hangpa follow dia kat facebook mungkin hangpa selalu nampak dia share setiap perkembangan kulit dia selepas menggunakan satu produk yang lebih selamat ni. Produk tu tak ada kontroversi merkuri ke, racun tikus ke atau kandungan clorox untuk memutihkan kulit. Produk tu memang sangat terkenal & tidak pernah ada sebarang kontroversi tidak sihat berkaitan penggunanya.
Selepas consistent dengan produk tersebut mangsa local produk yang pernah jadi viral ni.. Progress kulit dia memang mengejutkan. Confirm ramai yang akan cerca dia.. Lebih2 lagi geng2 tak boleh terima hakikat dok jual racun kat orang tu la. Tapi serius kami sangat kagum ok! Berkat usaha & istiqomah nak pulihkan kulit dia yang dulunya umpama jalan tar... Kini tiada lagi tar tar hitam berlobak & berliku. Korang boleh tengok sendiri gambar kat bawah ni...
Berbeza kan dengan gambar kat atas. Memang nampak perubahan yang ketara & kulit dia pun semakin cantik & sihat |
Nampak tak sangat berbeza dulu & sekarang. Dulu masa dia mula2 pakai local produk tetttttt.. tu memang muka dia cantik.. selepas dia skip pakai terus muka dia jadi rosak.
sumber gambar Norhasniza Khalid |
Perempuan mana tak nak cantik kan.. Atas keinginan nak cantik & nak kulit dia kembali sihat.. Dia berusaha bukan saja dari segi masa tapi kewangan jugak beli produk yang lebih terjamin & tidak berisiko. Nak tau dia pakai produk apa.. hangpa skodeng la sendiri yer.. kekekekeke. Nak cantik macam beliau kena la usaha siasat sendiri ok! Jangan tunggu orang suap sampai ke otak pulak. ada paham???
Moral of the story.. Please nak rawat kulit bermasalah ni.. bukan 3 - 4 hari nampak kesan. Kalau ada produk yang janjikan kesan 3 - 7 hari tu sila la siasat kandungan produk tu apa, kat mana produk tu di ujikaji & dimana kilang produk tu. Setakat logo KKM kat kotak tu belum tentu selamat.. Kadang2 logo KKM pun ada orang palsukan. Produk yang tak tau asal usul.. kat mana di proses ni.. Perlu kita rasa was was ok. Ia bukan berkaitan dengan duit kita semata mata tapi risiko yang kita bakal tanggung tu.. Kalau setakat rosak luar kulit ok lagi kalau effect organ dalaman.. Hangpa ingat organ dalam manusia ni ada jual kat pasar macam organ dalaman, ayam lembu kambing bagai tu. renung renungkan.. selamat memilih produk yang terbaik untuk kecantikkan & kesihatan.
INILAH KEHIDUPAN PENYANYI LANN A TO Z SEKARANG
INILAH KEHIDUPAN PENYANYI LANN A TO Z SEKARANG. Kumpulan A to Z kalau budak - budak tahun 90an memang kenal. Antara kumpulan yang memang terkenal waktu tu. Antara lagu popular kumpulan A to Z ni adalah lagu Itik Gembo Gembo. Lagu tu memang catchy sangat.. Lagu dalam loghat negeri kelantan. Kumpulan A To Z antara kumpulan yang terkenal dengan lagu loghat negeri2 kat Malaysia ni. Kalau kenal kumpulan A To Z mesti kenal dengan penyanyi utama dia Lan.. Pernah membintangi Filem Gemerlapan & pegang watak hero lagi tu. Tapi masa tu nampak dia macam agak kaku berlakon. Macam malu - malu gitu.. Rasanya memang orangnya secara peribadi agak pemalu kot hehehee...Jeff, Chap & Lann A To Z |
Sedikit sejarah tentang kumpulan A to Z ni.. Kumpulan A To Z ni popular sekitar tahun 1995 - 2000. Meraka bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music Entertainment (M) Sdn Bhd. Di anggota 3 orang anak muda, Lan, Fendi & Jeff.. Selepas Fendi menarik diri dari kumpulan tersebut di gantikan dengan Chap, anak kepada pelakon Shaharudin Tamby. Salah seorang bekas Ahli kumpulan A To Z, Allahyarham Fendi ni telah pun meninggal dunia pada 23 April 2008. Antara Album pernah di hasilkan kumpulan A to Z adalah
1. Comel (1995)
2. Iyo ko (1996)
3. A to Z 3 (1998)
4. Eklusif 98 (1998)
5. Bang Bang Boom (2000)
Allahyarham Fendi (tengah) semasa bersama A To Z |
Aku antara peminat kumpulan A to Z ni dulu.. Almaklum la zaman rap tengah In Trend Masa tu.. Pakai baju besar, seluar besar yang boleh muat 2 - 3 orang. Zaman tu zaman oversize.. zaman sekarang zaman skinny katanya. Walaupun A To Z dah semakin hilang di persada seni hiburan Malaysia.. Sebab masing2 pun dah ada haluan berbeza. Ada keluarga & komitmen.. Biasa la. Dunia Artis memang ada pasang surut. Sampai masa.. Akan hilang populariti tu. Tapi sebab minat aku ada jugak ikut perkembangan Penyanyi Utama Lan A To Z ni. Nak tulis entri pasal dia pun aku siap minta izin dulu.. Dia kata tulis la. Takde apa pun kontroversi pasal dia.. Sekadar nak tulis tentang kehidupan dia sekarang jer.
Abang Lan kita ni sekarang tinggal kat kampung dia di rawang.. Bahagia bersama isteri & anak anak hasil perkahwinan kedua dia. Yang pertama tu jodoh tak panjang katanya. Selalu dia kongsi gambar2 dia buat aktiviti kat kampung.. berkebun, memancing ikan, bertukang bagai. Banyak la kerja2 kampung dia buat sekarang. Katanya lama dah dok hidup cara orang bandar.. so nak asah balik skill buat kerja - kerja kampung ni
Ada hasilkan Album solo.. Kalau peminat suara Lan A to Z ni boleh dapatkan Album tersebut dengan direct terus di Facebook beliau : Norazlan Abdul Aziz
Selain tu beliau pun ada buat perniagaan secara online & menjadi duta produk. Walaupun tak aktif di screen tapi masih aktif di belakang tabir & masih menyanyi lagi ok! Yang rindu dengan suara Lan A To Z tu boleh la dapatkan Album beliau yer.. Kata minat kan? heheheheh
Isteri & anak anak abang Lan kita ni pun comel2 belaka.. Yang ni mesti ramai nak tengok kan? Meh la tunjuk sikit Isteri & anak anak Lan A To Z..
Macam tu kehidupan Penyanyi utama kumpulan A To Z, Lann.. Dia baik & bahagia jer. Bila gamaknya A To Z nak buat reunion konsert kan? Teringat zaman2 kegemilangan depa dulu.. Budak2 sekarang mungkin ada yang tak kenal kumpulan A To Z. Nak2 yang lahir tahun 2000an ni kan. Yang membesar tahun 90an kalau tak kenal dengan kumpulan A to Z ni memang jenis yang tak minat hiburan la kot... kekekeke
GAMBAR PERNIKAHAN NORA DANISH & NEDIM
GAMBAR PERNIKAHAN NORA DANISH & NEDIM. Setelah sekian lama bercinta katanya.. pasangan kekasih hot & spicy ni akhirnya di ijabkabulkan sebentar tadi katanya dalam sebuah majlis tertutup & sederhana je katanya. Sederhana cara retis ni.. Tak berapa sederhana la kan bagi kita orang semekin ni.. Majlis ni cuma sedara mara & rakan terdekat Nora & Nedim jer.. Tu yang depa kata sederhana.. sebab jemputan tak ramai. heheheheAlhamdulillah.. Dah sah ijab & kabul.. Tahniah pada pasangan pengantin baru yang masing2 dah kali kedua berkahwin. Hope perkahwinan kedua ni berkekalan hingga akhir hayat lah yer.. Semua pasangan berkahwin mengimpikan hidup bersama sepanjang hayat. Takde orang berkahwin semata mata untuk bercerai je.. melainkan dalam drama TV je. Kahwin kontrak apa bagai.. hehehehe
Tengok gambar2 kahwin Nora & Nedim.. Sederhana pun lawa kemain. Majlis je sederhana katanya.. Pengantin baru melaram tak berapa sederhana. Retis... Kang pakai tak cantik pun kena kecam kan? So walau macam mana pun tetap kena cantik. Nak2 lagi Nora Danish ni memang dah semulajadi cantik & Nedim pun tak kurang ensemnya.. hehehehe
Akhirnya cinta mereka bersatu di jinjang pelamin hope tak bahagia setakat atas pelamin je la yer.. Bila bahagia sampai bila bila.. Moga ikatan yang sah & di restui ni membuatkan rumahtangga mereka di berkati & limpahi kasih sayang yang berpanjangan. Moga melahirkan zuriat yang soleh & solehah.. Tak payah la hangpa nak krik.. krik.. krik.. sangat. Kita doa biar yang baik baik ye dak..
TERKINI! GAMBAR WARGA ASING BUNUH DIRI DI LUNAS KEDAH
TERKINI! GAMBAR WARGA ASING BUNUH DIRI DI LUNAS KEDAH. Tekanan hidup ni kadang - kadang buat manusia jadi cetek akal.. Kadang - kadang masalah putus cinta pun boleh buat orang bunuh diri.. Kita yang rasa masalah putus cinta tu macam masalah biasa yang semua orang akan lalui mesti rasa macam bodoh sangat orang yang sanggup bunuh diri kerana cinta ni.. Tapi tu la kan. Manusia ni kadang2 mentaliti & tahap kekuatan dalam diri dia tak sama. Ada orang lebih suka settle masalah sendiri & ada orang jenis nak sentiasa ada orang bagi support atau bantu dia setiap kali dia ada masalah. Bila tak dapat support & kekuatan dari orang lain mula la dia rasa down & mula la setan iblis main peranan untuk menyesatkan dia... Dan tak mustahil boleh berlaku kejadian bunuh diri bagai..Adat & budaya sesuatu kaum atau bangsa pun kadang2 nampak jadi faktor kes bunuh diri ni. Contoh kita boleh nampak kes bunuh diri ni banyak berlaku kepada orang India.. Kalau di negara India la. Silap sikit minum racun & gantung diri.. Mungkin sebab mereka dah biasa melihat perkara tu di buat sejak turun temurun.. untuk keluar dari masalah adalah mati so bunuh diri adalah penyelesaiannya bagi sesetengah masyarakat kat sana.
Terbaru nampak update dari kawan bekas satu sekolah dulu gambar seorang warga asing mati tergantung kat sebuah pokok di lunas kedah. Katanya kejadian baru je lagi berlaku pagi tadi. Lokasi katanya dekat dengan kilang greatech dekat dengan parking kilang keropok & coklat. Orang lunas tau la kot.. Aku even orang dekat2 situ pun aku tak boleh imagine tempat tu.. Kilang greatech pun aku tak tau kat mana.. Nak2 lagi aku dah 10 tahun berhijrah ni.. Lagi la tepu otak nak ingat tempat2 kat sana. Menurut sumber yang aku baca.. warga asing tu pekerja kilang dekat2 situ la jugak.
Gamaknya pasaipa la sampai bunuh diri tu yer? Ke di bunuh pun tak tau la.. Tunggu je siasatan polis. Nak buat spekulasi ni bukan kepakaran aku la kan? Kepakaran aku cuma mengulas isu2 semasa & menyebarkan berita je hehehehe
Apapun.. Moga kita semua jadikan benda ni satu peringatan. Penting bila ada masalah kita lebih mendekatkan diri dengan maha kuasa bila kita buntu mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Kerana 'Dia' lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita bukan menjadi 'Malaikat Maut' kepada diri sendiri. Benda ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja bila nafsu melebihi akal & iman.. Jadi setiap kali rasa down atau tertekan sangat Isghtifar banyak banyak.
SARI YANTI & JEP SEPAHTU KAWEN SENYAP SENYAP
SARI YANTI & JEP SEPAHTU KAWEN SENYAP SENYAP. Mula dah viral kat media sosial pasal pernikahan pasangan retis kita ni.. semua orang sedia maklum depa memang pasangan bercinta jadi kalau kawen tu bukan benda pelik atau mengejutkan sangat la. Dah suka sama suka kan.. Cuma tu la tak ada angin tak ada ribut.. tak dengar pun planning nak kawen yang di gembar gemburkan di media tetiba selamat dah menikah depa hari ni. Alhamdulillah..Tak salah pun depa nak kawen senyap senyap.. Sebab apa depa buat perkara baik. Mendirikan rumahtangga tu umpama membina masjid besar pahalanya cuma dalam Islam ni bila nak nikah ni di galakkan kita me war war kan perkahwinan tersebut supaya tidak timbul fitnah. Nak - nak lagi retis la.. Jangan sorok benda ni bakal mencetuskan kontroversi & fitnah terhadap diri anda jugak. Kawen senyap senyap tetiba orang tahu korang tinggal serumah.. nak di jadikan kesah hangat lagi tup tup kau termengandung bagai.. Orang tak tau kau dah nikah sebab konon tak privacy bagai... Kan dah jadi fitnah yang maha besar.
Sebab tu la apa yang Islam galakkan kita buat ada sebab & kebaikkan dia. Takde sesaja dia nak suruh hangpa war war kan perkahwinan sebab nak suruh menunjuk nunjuk kat orang hangpa dah kawen. Bukan itu sebabnya yer adik adik. Sekadar untuk mengelak fitnah sahaja.
Tapi Jep & Sari Yanti ni tak di kira kawen senyap senyap dah sebab semua orang dah tau. So, takde la berlaku fitnah apa - apa kan. Maybe bukan perancangan depa nak kawen senyap senyap kot cuma depa nak buat suprise je kat peminat & wartawan. Kalau betul depa nak kawen sembunyi sembunyi takde la gambar depa nikah tersebar ke serata alam maya sekarang ni kan? Rasanya gimik je kot ni... Sekadar meraih publisiti katanya hahahaha
Apapun selamat pengantin baru buat mereka. Semoga perkahwinan antara mereka kekal hingga ke syurga.
FUNGSI BARU YANG ADA DI WHATSAPP PERLU ANDA TAHU
FUNGSI BARU YANG ADA DI WHATSAPP PERLU ANDA TAHU. Mula kecoh kat media sosial katanya whatsapp dah bertukar jadi ala2 facebook bagai. Boleh update status.. Maka aku pun bukan la whatsapp kat sematpon aku ni nak tengok apa yang baru & best tu walaupun aku ni bukan pengguna tegar aplikasi whatsapp ni.. Kalau ada masa & ada keperluan je aku buka whatsapp... Almaklum la aku ni busy mengalahkan bini perdana menteri katanya..Maka pagi ni terungkai la misteri yang sedang di kecoh kecohkan kat media sosial konon whatsapp berwajah baru. Ada fungsi - baru baru yang korang boleh guna. Maka lepas ni whatsapp akan jadi lebih meriah & sematpon korang pun akan jadi lebih berat la kan.. hahahaha
Nak tau apa yang baru di whatsapp.. Meh nak tunjuk secara bergambar
Lepas ni dah boleh dok update status pulak kat whatsapp kan... Masing2 berlumba lumba nak ikut trend katanya. hahahaha... Apapun semoga gunakan kemudahan teknologi kepada perkara yang bermanafaat.
SALAM TAKZIAH, IBU KEPADA SELEBRITI AZWAN ALI & MENTERI BESAR SELANGOR AZMIN ALI MENINGGAL DUNIA
SALAM TAKZIAH, IBU KEPADA SELEBRITI AZWAN ALI & MENTERI BESAR SELANGOR AZMIN ALI MENINGGAL DUNIA. Innalillahiwainnalillahirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, saudara mara, sahabat handal ibu kepada selebriti terkenal Azwan Ali & Menteri Besar selangor Dato' Seri Mohamed Azmin Ali yang kembali kerahmatullah hari ni...Semoga ahli keluarga Allahyarham Hajjah Che Tom binti Yahaya tabah menerima pemergian orang tersayang. Sesungguhnya bila tiba masanya.. Tidak akan cepat atau terlewat walau sesaat. Allahyarham meninggal dunia pada 2.14 pagi, 18 febuari 2017 pada usia 82 tahun di hospital Pakar KPJ Damansara. Telah di kebumikankan pada pagi tadi di Tanah perkuburan Islam Kampung Klang Gate
Semoga Allah mengampuni segala dosa - dosa beliau & menempatkan beliau di kalangan orang - orang yang beriman. Pada mereka yang beragama Islam sedekahkanlah Al Fatihah.. semoga menjadi manafaat pada mereka yang telah pergi. Amin..
BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT
* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.
Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017
Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com