KESIAN.. WAJAH LARA ALANA MENJADI KONTROVERSI LAGI
Happy Birthday Lara Alana Yang ke 3 |
Sejak semalam entri yang aku pernah tulis pasal lara Alana yang di katakan nitezen mempunyai ciri autisme... Naik mencanak rating dia. Tertengok juga la perkembangan terbaru Lara, Alhamdulillah sekarang nampak ok. Dah ada komunikasi 2 hala. Speaking london la.. Melayu tak dengar lagi. Takde la nampak kelainan sangat. Tapi sebab aku cuma tengok dari short video yang bapak dia kongsi kat IG jer. So, aku tak boleh nak judge apa apa. Lagipun aku bukan pakar.
Bila entri tu mula melonjak naik.. Pelik juga la kami. Pasai pa pulak entri tu dapat sambutan hangat sampai hangit ni. Ni mesti ada isu baru. Betoi la.. terbaca kat satu blog katanya jadi isu panas bila ada seorang komen pada gambar yang Page Roti Kaya upload kat FB sambutan hari jadi Lara Alana yang ketiga. Dia kata lara alana makin besar makin terserlah rupa macam budak sindrom down.. Maka habis peminat lara Alana kecam dia.
Walaupun komen dia tak la kejam sangat tapi rasanya mengundang padah juga la kan? |
Awat kata lagu tu.. Kalaupun ada iras rupa kanak kanak sindrom down ia tak patut la untuk di komen macam tu. Tak salah pun kalau ada rupa sindrom down. Benda tu seolah olah macam jadi satu benda yang tak baik pulak. Bukan satu dosa pun kalau di lahirkan sebagai sindrom down. Unik apa.. Sindrom down ni mempunyai wajah yang hampir sama. Tu pun bukti kekuasaan Allah jugak. Hanya mereka yang terpilih sahaja di kurniakan anak istimewa ok! At least dalam keluarga tu dah ada seorang ahli syurga. Mak bapak dia tak payah risau dah.. Cuma kat dunia ja kena struggle sikit sebab membesarkan anak istimewa ni bukan mudah.
Aku pun tak minat sangat cara mak bapak Lara Alana ni expose anak dia.. Kesian la dok jadi bahan penghinaan orang tapi aku pun tak sokong mana2 pihak yang mengeji atau mengeluarkan komen yang tak baik kepada seorang budak yang masih kecik macam tu. Lara Alana cuma seorang anak kecil yang tak tahu apa - apa. Seorang anak yang masih suci dari dosa. tak payah la dok cari gaduh sangat dengan budak budak. Tak payah la nak pertikaikan rupa dia.. Benda tu sensitif untuk di sebut sebut secara umum.
Apapun tak payah la nak kecam budak sekecil Lara Alana.. Dia cuma seorang kanak kanak yang masih belum mampu buat keputusan untuk diri dia sendiri. Kalau dia dah boleh fikir sendiri gamaknya dah lama dia tutup account Instagram dia kot. kekekeke.
Moral of the story.. Rupa ni kurnian Allah. Jangan mengeji.. Sebab lukisan Allah ni dah cantik sangat. Siapa kita nak menidakkan apa yang Allah lukiskan di wajah seseorang.
Haih..apa la netizen tu semua...kalau akak jadi Scha sure sedih..sure down..anak sendiri diperkatakan macam tu..diorang tu sempurna sangat ke..panass plak hati
ReplyDeletemanusia macam macam perangai.. huhuhu
ReplyDeletemulut netizen mmg xblh ditutupkan sis..biasala..xsemua org suka dgn apa yg diexpose di media sosial..mak pak lara alana pn mgkn dh bersedia dgn benda2 mcm ni kan
ReplyDelete