AWAS! 12 PRODUK KOSMETIK DI KESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL. Lagi produk kosmetik tempatan di kesan mengandungi racun berjadual. Ni press release dari KKM untuk 23 Mei 2019 yer. Bermakna fresh from oven lagi la semasa entri ni di tulis. Kalau hangpa baca entri tahun 2020.. dah tak baru la.
Seperti biasa banyak local skincare yang di senaraikan mengandungi racun berjadual seperti Merkuri, hidrokinon & tretinion. Penting kita sebagai pengguna kena alert sebelum membeli atau menggunakan sebarang produk kosmetik @ skincare ni. Saya sebagai blogger cuma mengambil tanggungjawab menyebarkan untuk kepentingan & keselamatan pengguna je. Selebihnya pilihan di tangan anda sendiri.
12 KOSMETIK MENGANDUNGI BAHAN TERLARANG
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
1. 3rd Series Yanko Whitening Cream Night Cream
Tretinoin
2. 5th Series Yanko Whitening Cream Night Cream
Tretinoin
3. 7th Series Yanko Whitening Cream Night
Tretinoin
4. Clair De Lune - P.Tuberose Day Cream
Chloramphenicol
Sulfamethoxazole
Trimethoprim
Ketoconazole
5. Clair De Lune - S.Involucrata Night Cream
Chlorpheniramine
Griseofulvin
Metronidazole
Sulfamethoxazole
Trimethoprim
6. Dnars Nien Cream
Hydroquinone
Tretinoin
7. Glow Glowing N Glow
Hydroquinone
Tretinoin
8. Glow Glowing T Treatment
Hydroquinone
9. VSL Beauty Care Toner A
Hydroquinone
10. VSL Beauty Care Toner B
Hydroquinone
11. Dolly Glow Miracle Treatment Cream
Hydroquinone
Tretinoin
12. Dolly Glow Luminous Night
Merkuri
Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://www.npra.gov.my/
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Sumber : From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Tip untuk elak dari terguna produk beracun ni mudah jer.. Produk yang dah ada bad reputation tu better elakkan je. Banyak produk skincare yang di jual kat Malaysia ni.. Yang berpuluh tahun dalam pasaran & tak pernah ada isu berkaitan keselamatan produk boleh kita guna. Benda boleh pilih yang selamat kenapa nak guna yang beracun ye dak??
Moral of the story.. Hope takde yang guna alasan KKM ambil sampel dari fake produk pulak yer. Jadilah pengguna bijak & pengeluar produk bertanggungjawab. Pesan khidmat masyarakat untuk semua. Peace Yo!
TERLALU PERCAYA POKOK PETAI MENANGIS, SAMPAI TERMINUM AIR KENCING. Bukan nak kata orang melayu ni cukup senang di perdaya & terpedaya. Nak nak lagi perkara yang ada unsur mistik selain produk sampah la. Sebab tu bangsa melayu paling banyak kena tipu bukan je kena tipu sesama manusia.. dengan serangga pun depa boleh kena tipu.
Dok baca juga la kisah tengah viral kat social media kononnya pokok petai di sebuah negeri di pantai timur mengeluarkan air & penduduk setempat menyifatkan sebagai pokok petai tu menangis. Apalah yang sedih sangat pokok petai tu yer sampai menangis tak henti henti. Sebab penduduk setempat & ada penduduk luar pun teruja dengan fenomena pelik yang berlaku kepada sebatang pokok petai ni.. Maka berpusu pusu la orang datang nak tengok. Ada yang siap tadah air & minum katanya untuk buat ubat.
KOTA BHARU: Penduduk Kampung Petani, Sering, di sini kebingungan apabila sepohon pokok petai mengeluarkan air jernih dari daunnya setiap malam sejak hampir dua minggu lalu.
Walaupun cuaca baik dan tidak hujan, namun pokok petai berkenaan mengeluarkan air seperti air hujan pada sebelah malam bermula selepas Maghrib hingga Subuh.
Fenomena ganjil ini menyebabkan penduduk kampung termasuk penduduk dari kampung berdekatan datang dan membawa baldi bagi manadah air berkenaan.
Menurut salah seorang penduduk kampung, Khaidin Razali, air yang dikeluarkan dari dedaunan petai ini bersifat jernih dan berbau buah petai.
Ada pengunjung yang menadah dan mengambil air dari dedaun pokok petai ini untuk dibuat ubat.
Sumber : Astro Awani
Selepas di siasat rupanya air tu datangnya dari sejenis serangga yang dia panggil riang riang. Den baca terus rasa loya & pada masa yang sama rasa nak gelak terbahak bahak lebih lebih lagi yang taksub sampai minum air kencing serangga ni.
Tu la hangpa.. Tak check dulu dari mana datangnya air tu terus buat konklusi sendiri. Mujur la takde yang mati atau sakit lepas minum. Asal pelik je terus claim sebagai ubat.. ntah ntah racun ke hapa langsung tak terdetik nak fikir.
Akhirnya misteri yang menjadi persoalan orang ramai sejak seminggu lalu terjawab jua.
Seorang individu, Wat Kamal Abas mendedahkan air tersebut bukanlah dari pokok petai menangis sebaliknya ia adalah air kencing serangga yang dikenali sebagai riang-riang.
“Air yang disangka air mata dari pokok petai tersebut sebenarnya adalah air yang terhasil dari air kencing riang-riang yang sedang bertenggek secara berjemaah di atas pokok tersebut,” katanya.
Sumber : Blog Cempedak Cheese
See.. bagaimana manusia yang di beri akal fikiran sempurna boleh tertipu dengan seekor serangga @ haiwan sekecil lebih kurang besar sikit dari ibu jari orang dewasa yang tak berakal. Kenapa benda ni berlaku.. Sebab taksub! Taksub kepada perkara perkara yang bagi mereka misteri & mungkin mentaliti manusia macam ni fikir yang pelik & misteri ni ada keajaiban & kuasa tertentu untuk tujuan tertentu seperti perubatan.
Entah apa perasaan mereka yang sanggup tadah air kencing riang riang tu kemudian minum saat ni yer... Hope tak trauma atau mengalami kemurungan lah yer sebab tertipu dengan serangga. Takpe la.. manusia semua akan buat silap moga apa yang berlaku jadikan pengajaran dia masa akan datang. Kurangkan ketaksuban tu..
Moral of the story.. Tipah tertipu bang!!! kekekekekeke
PERSONALITI TV TERKENAL MAHADZIR LOKMAN MENINGGAL DUNIA DI HOTEL. Siapa tak kenal dengan personaliti Tv terkenal mahadzir Lokman. Kepetahan & kelancaran dia berkata kata bila mengacara sesebuah rancangan tidak dapat di nafikan lagi.
Hari ini menerima perkhabaran Beliau telah kembali kerahmatullah awal pagi tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sebuah hotel di kota kinabalu sabah. Innalillahhiwainnalillahhirojiun..
Semoga kaum keluarga & saudara mara Allahyarham tabah menerima berita kehilangan orang tersayang. Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Semuanya sudah tertulis sejak azali.. takkan terlewat atau tercepat walau sesaat bila tiba waktunya.
Sedikit latar belakang Allahyarham mungkin bagi mereka yang tidak mengenalinya..
Dato' Mahadzir Dato' Lokman atau 'Dale' atau 'DD' terkenal sebagai pengacara pelbagai majlis besar seperti Majlis Tilawah al Quran kerana boleh berbahasa Perancis.
Beliau bermula di Sekolah Methodist Boys' di
KL; Sekolah Sultan Abdullah di
Kuantan ; Sabah College, di
Kota Kinabalu dan
Victoria Institution di
Kuala Lumpur.
Beliau adalah antara 26 pelajar bertuah Malaysia dalam pertukaran pelajar di Sekolah Tinggi Avenal, di
Avenal,
California,
Amerika Syarikat. Kemudian melanjutkan pelajaran beliau di Kolej Langside dan Clydebank Technical College di
Glasgow,
Scotland,
UK. Beliau ialah graduan Universiti Ohio di
Athens,
Ohio, Amerika Syarikat jurusan Pentadbiran Perniagaan Antarabangsa
Kerjaya beliau yang menonjol ialah sebagai penyampai televisyen khususnya di
TV3 dan sebagai tuan rumah pelbagai program pelbagai tempatan pada rangkaian TV Malaysia
Mahadzir telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)(2007) oleh
Sultan Pahang dan Kesatria Setia Diraja (KSD), satu anugerah Diraja Persekutuan oleh
Yang di-Pertuan Agong ke-10.
Beliau telah dianugerahkan 'Ordre Les Palmes Academiques "oleh Kerajaan Perancis (2006) atas usaha beliau dalam mempromosikan Bahasa dan Kebudayaan Perancis. Beliau juga menerima Anugerah Pembaca Berita / Penyiar Terbaik (1999) oleh Majalah Monsieur dan Anugerah Man Quintessential (1998) dan Duta untuk Keamanan 2009.
Sumber : Wikepedia
Apapun semua kini tinggal kenangan. Seorang personaliti TV yang berbakat besar telah pergi buat selamanya. Semoga Allah mengampuni dosa dosa Allahyarham & semoga beliau di tempatkan bersama orang orang yang beriman.
Semoga setiap khabar kematian yang kita terima meningkatkan lagi ibadah & ketaqwaan kita kepada Allah.
PELAKON KHALID SALLEH MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojiun..
Salam takziah buat seluruh keluarga, saudara mara, sahabat taulan kepada Allahyarham Khalid Salleh yang di khabarkan telah pulang kerahmatullah lebih kurang jam 3 petang tadi di Pusat Perubatan Ampang Puteri.
Sesungguhnya itulah perjanjian manusia & Pencipta.. Sampai masa takkan lewat atau cepat walau sesaat.. Kita semua akan pulang kepadaNya.. Semoga Allah mengampuni dosa dosa Allahyarham & di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Semoga keluarga Allahyarham tabah menerima dugaan kehilangan orang yang tersayang. Beliau meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Sedikit pengenalan tentang Allahyarham Khalid Salleh..
Beliau di lahirkan pada 29 Februari 1948. Beliau merupakan seorang pelakon, pengacara & penggiat teater di Malaysia. Allahyarham pernah dinobat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 43 di Taipei pada tahun 1998 menerusi filem Jogho. Allahyarham merupakan pelakon lelaki kedua menerima pengiktirafan itu selepas Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. dan Pembantu Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem Azizah The Legend. Allahyarham juga merupakan penulis buku berjudul Melayu Hilang di Dunia.
Antara filem filem lakonan Allahyarham..
1992 Penghujung Malam (Pelakon utama)
1993 Azizah The Legend (Ayah Azizah Pelakon pembantu)
1999 Jogho Mamat (Pelakon utama)
2001 Kaki Bakar (Kakang Pelakon utama)
2004 Buai Laju-Laju (Ibrahim Pelakon utama)
2016 Hanyut (Babalathci Pelakon utama)
Hilangnya sebutir bintang di persada seni Malaysia.. Sama sama kita sedekahkan Al Fatihah.
PRODUK YANG MENJADI PENAJA DRAMA SEDANG TRENDING DI SAHKAN BAHAYA OLEH KKM. Zaman sekarang nak menulis pun kena kias kias sebab zaman sekarang kat Malaysia dah ramai jutawan produk. Bila dah kaya raya tak boleh la kau suka2 nak petik dorang satgi jenuh nak kutip derma. Tapi atas dasar tanggungjawab membantu pihak KKM bagi membenteras produk produk bahaya.. Kita sebarkan juga la. Mungkin saya tidak menggunakan produk produk ni tapi saya tahu masih ada pengguna yang mungkin kurang pendedahan masih menggunakannya.
Hari ini KKM telah mengeluarkan satu laporan 5 produk dari 3 jenama tempatan di kesan mengandungi bahan terlarang seperti Merkuri, Hydroquinone & Tretinoin. Ingredient biasa yang di gunakan dalam kebanyakkan produk tempatan yang selalu di kantoikan oleh KKM bila di buat ujian makmal. Sebab racun racun berjadual tersebut mampu memberi kesan kecantikkan yang cepat. Biasa la.. masing nak putih, gebu, flawless, glowing cantik menawan KAN?
Antara produk yang di tarik balik Notifikasi (NOT KKM) salah satu adalah dari jenama produk yang menjadi penaja utama satu drama yang tengah trending sekarang. Korang boleh rujuk sendiri kat press release KKM disini ☛Kenyataan Akhbar KPK 7 Jun 2018 – Produk-produk Kosmetik yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual
Walaupun berbuih sana sini orang bagitau.. Tapi ramai lagi yang masih bebal tak mau ambil tau. Tahukah hangpa Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata. Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan. Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.
Pada korang yang sedang menggunakan produk yang tersenarai.. Jangan ragu ragu untuk memulakan operasi kuis kuis ke dalam tong sampah. Sedang elok sekarang guardian & watson tengah sale bagai nak giler. Semua produk skincare murah murah & selamat. Tak payah sayang sangat la kulit cantik bertepek merkuri semua tu.. Sayangi diri & organ dalaman anda. Organ kita bukan macam pokok buah buahan yang mana kalau rosak boleh tanam benih dia tumbuh semula ok.
Harap dengan kerajaan baru & menteri kesihatan yang baru ni.. Dapatlah di gubal undang undang lebih tegas & di naikkan denda sehingga RM1juta++ bagi pengeluar produk merbahaya nak nak lagi yang hampir setiap tahun tersenarai di website npra sebagai produk yang mengandungi bahan bahaya. Kalau setakat hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.. memang rasanya tak bagi pengajaran pun. Depa dah kaya.. celah gigi je amount tu boleh bayar tapi pengguna yang dah la miskin, muka pulak jahanam pakai produk depa hanya mampu menangis tepi bucu katil je. Kadang kadang nak cover kos buat rawatan muka yang dah rosak pun tak mampu.
Harap isu lambakkan produk bahaya di pasaran yang semakin menjadi jadi & berleluasa ni dapat perhatian pihak bertanggungjawab. Hope isu ni di pandang serius.. Kesian tau tengok ramai yang mengalami kesan buruk selepas menggunakan produk2 beracun ni. Mereka di kaburi dengan Notifikasi KKM bagi pada produk produk tersebut lalu percaya produk ber notifikasi terjamin selamat sedangkan notifikasi ramai yang masih tak tahu bukan kelulusan atau jaminan selamat pun. Cuma semua produk kosmetik di malaysia kalau nak di pasarkan memang kena berdaftar dengan KKM sebagai Notifikasi. Nak tahu produk tu bebas bahan merbahaya atau tak cuma boleh di sahkan melalui ujian makmal sahaja. Dan sebab tu la orang nasihat beli produk yang ada RnD. Nak selamat beli je kat drugstore. Produk nak letak kat drugstore memang perlu ada pengesahan selamat & bebas bahan merbahaya. Kalau yang terlepas yang pernah jadi isu pun sikit sangat. Tu pun akan serta merta di tarik di pasaran berbanding produk tempatan yang di jual atas talian, di toko toko jamu.. banyak sangat kantoi ada bahan terlarang ni. sebagai pengguna jadilah bijak. Info di hujung jari manafaatkan.
Moral of the story.. Semoga hujung hujung ramadhan ni Allah jentik hati hati pengeluar produk bahaya ni untuk rasa bersalah dengan apa yang mereka buat seterusnya menghentikan terus jualan produk produk bahaya. Nikmat dunia ni sementara tapi ingat kita menuju ke alam abadi di sana.. Apa yang kita buat kat dunia, sumber rezeki yang kita dapat menjadi penentu destinasi akhir kita.
DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. DAH SETAHUN! Pejam celik pejam celik dah setahun saya struggle untuk selesaikan kes saman keatas saya ni. Setahun beb.. penuh tekanan fizikal & mental. Dalam masa mencari dana macam macam benda terpaksa hadap. Allahu.. Kalau tak ada kekuatan ada juga yang gantung diri kat pokok taugeh ni..
Jangan tanya la dari mana dapat kekuatan untuk hadap benda ni. Dengan tekanan yang datang dari pelbagai sudut yang ada orang nampak kat social media & ada yang orang tak tahu pun. yelah bukan semua benda kita boleh cerita dengan orang nak nak lagi melibatkan hal peribadi.. Tapi serius! Sungguh sungguh Allah uji kali ni.. Terumbang ambing juga iman nak terus sabar & bersangka baik dengan Allah. Kadang2 tergelincir juga kata kata dalam hati bila terasa terlalu terbeban dengan semua yang berlaku. Yelah.. saya cuma manusia biasa macam hangpa jugak. Kami tak dak apa pun yang special..
Cuma yang selalu saya bagitau bila orang tanya macam mana saya boleh kuat & tidak putus asa.. Saya cuma boleh jawab saya tak ada pilihan dari terus usaha, hadap & letakkan pergantungan dengan Allah. Bila kita dalam keadaan tak ada banyak pilihan dan kita nak terus berusaha, Insya Allah akan datang bersamanya kekuatan yang kita sendiri tak sedar.
Tahun lepas terima writ saman sehari sebelum puasa.. Saya sangat berharap puasa tahun ni semuanya dah selesai tapi setakat ni tak nampak apa apa lagi. Cuma dah ada tarikh perbicaraan yang tak berapa hari je lagi.
Biarpun dana yang di perlukan untuk menampung kos guaman belum cukup.. Tapi Alhamdulillah separuh dari kos dah berjaya di jelaskan. Cuma tengah fikir apa nak buat lagi untuk tambah dana. At least selesai perbicaraan boleh settle semua kos guaman yang perlu saya bayar. Sekarang ni memang tawakal tahap tertinggi dah di samping terus berusaha macam biasa.
Moga ada keajaiban yang berlaku.. Semoga kes ni cepat habis & saya boleh hidup tenang & bahagia. Semoga apa yang berlaku jadi pengajaran pada orang lain. Semoga keputusan mahkamah nanti adalah sesuatu yang memberi pembelaan & kebaikkan pada semua pihak terutama pengguna. Saya sangat berharap selepas saya.. Tiada lagi sesiapa yang akan di saman. Saya tak sanggup bayangkan orang lain berada di tempat saya sekarang.. Kecuali orang tu memang kaya raya. takpe la.. maybe setakat saman macam ni bukan satu masalah besar bagi mereka tapi kalau orang2 macam saya.. Bukan sesuatu yang mudah nak kena hadap.
Disini saya membawa harapan ramai orang.. Mengharap ada pembelaan buat mereka. Saya bukan hero.. saya cuma Allah pilih sebagai wakil mereka mungkin. Saya tak hebat & tak kuat seperti korang nampak sebenarnya.. Saya pun menangis bila dalam keadaan tertekan sangat. Cuma saya menangis tapi saya teruskan apa yang dah bermula. Saya seolah olah pikul satu tanggungjawab yang berat sangat sekarang ni. Semoga Allah permudahkan & ada pelangi di hujung derita.
Saya tak harap lebih dari terus sokong & bantu saya. Tu dah cukup meringankan beban saya.. Apapun berlaku kekuatan saya adalah anda juga. tanpa anda semua yang terus memberi moral support & material support pada saya.. Mungkin saya juga tak mampu. Dan paling saya harap doa dari anda. Manatau.. Allah angkat doa doa anda menjadi doa termakbul. Mohon terus selitkan nama saya dalam doa doa anda yer.
Apapapun.. misi mencari dana masih saya teruskan. Bagi yang nak menyumbang boleh rujuk pada posting di bawah.. Tapi posting dari facebook..
MISI MENCARI DANA MENCUKUPKAN KOS UNTUK MEMBAYAR GUAMAN BAGI KES SAMAN SIVIL KE ATAS SAYA.
Rasanya ramai dah tahu
Saya di saman dengan jumlah tuntutan saman rm3juta kerana menulis tentang 1 produk yang di sahkan pihak berkuasa mengandungi bahan terlarang.
Namun ulasan saya di jadikan sebab saya di saman.
Untuk membela diri saya perlukan kos bagi membayar kos guaman yang sekarang menjadi semakin tinggi kerana di bicarakan di mahkamah kota bahru sedangkan saya di selangor & peguam mewakili saya juga disini.
Sejak setahun lalu saya dah mula mencari sumbangan tapi masih belum mencukupi.
Dengan rendah diri saya memohon bantuan semua untuk sama sama membantu saya mencukupkan kos yang di perlukan selama kes ini berlangsung di mahkamah.
Hope sudi menyumbang. Tak perlu banyak cuma RM10 seorang.
Sumbangan boleh di salurkan ke
MOHON LIKE & SHARE POSTING INI. SEMOGA ADA RAMAI TAMPIL MEMBANTU
Terima kasih kerana membantu. Moga Allah membalas kebaikkan anda dengan rezeki yang berganda ganda. Amin
RUPANYA INI CERITA DI SEBALIK VIRAL RENDANG AYAM RANGUP. Pagi ni.. Dah nampak ramai friends kat pesbuk den dok sarcasm isu rendang rangup @ rendang crispy ni. Den pulak masih terpinga pinga & tertanya tanya sapa gamaknya yang mencetuskan kontroversi pasal rendang ayam crispy ni. Den pun sebenarnya tak tahu menahu lagi apa kes.. tengah menyiasat punca kejadiannya siapa & apa..
Dari pembacaan tak rasmi komen & post2 kat pesbuk tu katanya.. statement ni keluar dari seorang chef omputih. Tak heran la kalau chef omputih tetiba kata rendang kena di masak dengan rangup. dia kat omputih mana dia tahu rendang tu cara makan dia macam mana. Depa bukan jenis pemakan beras @ nasi sangat. depa jenis pemakan lauk jer.. Depa kan western. Kita ni orang timur.. orang asia lain seleranya maka lain juga la cara masakannya. So kita maafkan lah dengan idea merepek dia bagi kita orang asia ni. Maybe bagi orang barat ia relevan kan.. kekekeke
Tapi setelah meng google, rupanya isu ni berpunca dari satu pertandingan masakan MasterChef UK, dimana seorang peserta dari Malaysia dia di keluarkan dari pertandingan tersebut kerana menghidangkan nasi lemak bersama rendang ayam. Menurut salah seorang juri rendang ayam tersebut sepatutnya di masak dengan rangup. Maybe dia konpius antara rendang ayam & ayam goreng berempah. berbaik sangka. hahahaha
Tak tau la nak gelak ke nangis. Tapi tu la nak jadi judges ni kena banyak study juga dengan culture & menu2 seluruh dunia. Bukan apa takut terbuat lawak bodoh secara tak sengaja pulak. Lain la dia kata nasi lemak lebih sedap di gandingkan dengan sejenis lauk yang lebih rangup ke kan.. boleh la terima juga sebab selera dia selera omputih kan.
Takpe la.. Sabarlah contestant yang tersingkir tu. redha jer la.. dia omputih memang dia bangang sikit dengan selera2 kita orang asia ni. Dia bukan reti makan nasi lemak sangat. kekekeke
Tapi bila dengar jer rendang crispy terbayang pulak KFC katanya. KFC kan terkenal dengan ayam goreng rangup.. Gamaknya depa nak rendang pun di masak macam ayam goreng KFC nak crispy bagai. Rendang ni masakan dia berkuah. Di makan dengan sesuatu yang lain contoh ketupat, nasi himpit & nasi. Kalau dah kau buat ala2 ayam goreng crispy tu.. dah jadi lain cara hidangannya.
Ni masakan tradisi.. tak berani nak claim tradisi melayu satgi ramai pulak bangsa lain marah. Zaman sekarang bukan boleh sesuka hati nak claim sesuatu masakan atau menu tu dari satu negara atau bangsa. Sensitip ok orang zaman sekarang. Telur mata pun tak boleh sesuka hati nak claim, inikan pulak rendang. tak kisah la resepi asal tu berasal dari mana yang pasti resepi asal dia bukan crispy bagai. Kau tak payah nak crispy crispy sangat la kan hehehee
Tapi terfikir juga macam mana yer nak crispy kan rendang ni. Kena masak sampai hangus ke camna? Tak terjangkau dek akal nak membayangkan macam mana cara nak crispy kan rendang ayam. Kalau setakat KFC nak buat ayam goreng crispy ada rasa rendang tu boleh la terima akal. tapi ni rendang nak crispy kan.. Nak kena bertapa kat gunung gondol 7 hari 7 malam menutup ilmu masak rendang ayam rangup @ crispy ni. hahahaha
Moral of the story.. Netizen jangan emosional sangat yer. Kita anggap je ia satu lawak of the day. Rendang Ayam crispy hahahhaa. Meh kita gelak secara berjemaah.
TERBONGKAR HANTU 'THE RED KEBAYA KULIM' YANG SEDANG VIRAL. Salah satu perkara yang memang akan jadi viral kat Malaysia ni.. adalah cerita seram/hantu. Pantang ada video atau cerita pengalaman seram yang rare sikit confirm viral. Saya pun salah seorang peminat kisah seram tapi saya tak obses atau taksub sangat dengan benda benda mistik. Minat tak semestinya fanatik kan..
Sejak semalam rasanya kecoh pasal video rakaman dari video yang di pasang pada kereta tak silap kelibat yang kononnya 'Hantu Kebaya Merah' yang pernah menjadi cerita seram lagenda tak lama dulu. Dah lama cerita hantu kebaya merah ni hilang di telan zaman tup tup muncul semula dengan video penampakkan hantu perempuan yang pakai baju kebaya merah ni.
Apa lagi.. Tugas netizen memviralkan la. hantu kot.. bukan senang nak rakam ye dak. Harus jadi orang pertama share ni. Kalau tak rugi orang lain tak tahu korang paling pantas menyampaikan informasi. hahahaha
Tadi terbaca kat harian metro membongkarkan siapa 'Hantu The Red kebaya' yang sebenarnya. Pada yang mati mati percaya rakaman tersebut adalah rakaman kelibat hantu mesti rasa nak hentak kepala secara maraton kat dinding.. Hahahaha
Den sempat tengok jugak video tu siang tadi.. Amboi clear sungguh orang tu boleh rakam makhluk halus ni. Selalu dok tengok orang tunjuk rakaman benda2 mistik ni tak nampak asap nampak macam kelibat atau bayang bayang jer.. Ni real nampak sosok tubuh nan lansing menawan pakai kebaya merah. Kalau cenggitu la boleh record gambar makhluk halus tak susah nak buat filem seram dah lepas. Boleh offer hantu jer berlakon. Baru real ye dak.. Tu pun kalau depa pandai baca skrip & ikut arahan tuan director la kan..
Yang hangpa kata hantu sangat tu sebenarnya..
“Aku pakat dengan 3..4 orang member.. Masing2 pakai baju kebaya yg sama warna… Lepas tu.. soh (suruh) depa dok di 3..4 lokasi yg berbeza.. Yg lain dok tepi jalan ja.. yg last dok tgh jalan.. manakala aku drive kete (kereta) siap camera.. rekod sepanjang jalan.”
“Boh tajuk gempak2 sikit.. kompom viral.. sebab… masyarakat kita mudah percaya dan terpedaya dgn cerita2 camni.. so apa aku dapat? Aku dapat perbodohkan org yg mengaku cerdik.. hahahaha sekian cerita aku malam ni.."
Itu dakwaan individu yang dipercayai bertanggungjawab merakam dan memuat naik klip video hantu berkebaya merah" di sekitar Kulim yang tular di media sosial sejak semalam.
Selebihnya cerita hangpa boleh baca kat Metro online : Semua kena tipu dengan 'hantu' kebaya merah
memang terbaik la orang kulim.. Satu alam maya tertipu nasib baik den tak tertipu. Sebagai peminat filem seram, kita boleh nampak persamaan rakaman makhluk halus yang betul dengan yang terang terang membohong tahap norrojim.. Mungkin ada certain orang nak di bukakan hijab dia boleh nampak jelmaan makhluk halus yang seketoi2 macam tu tapi setakat ni rasanya tak ada gadget mampu merakam makhluk halus se jelas tu..
Moral of the story.. takpe la yang terpercaya tu jangan la tersiput siput babi malu sendiri. Biasa la tu gurauan berkasih di alam maya. Redha je lah yer... hahahaha
NAMA SITI AAFIYAH BAKAL JADI TREND SELEPAS NI? Ada lagi ke nak tanya sapa si pemilik nama Siti Aafiyah tu? Nampak sangat kan yang tak tahu jenis memang tak suka la nak membawang cerita retis.. Betul ke tak tahu.. Ke sesaja nak bagi nampak rare kekonon tak tahu. Ok la bagi yang tak tahu siapa Pemilik Nama Siti Aafiyah tu..
Si comel tu kan anak pertama kepada Penyanyi Tersohor & nombor satu Malaysia Dato Seri Siti Nurhaliza & tak sure anak keberapa Dato Khalid. Maaf la tak sempat nak stalker keluarga Dato Khalid.. sebab kami tak minat family dia pun hahahha.
Selepas 12 tahun menanti akhirnya lahir Siti Aafiyah tak silap melalui pembedahan dalam usia ibunya , Dato Siti 39 Tahun. Jadi yang belum di kurniakan cahaya mata bersabarlah. Dato Siti tabah tunggu 12 tahun untuk dapat Siti Aafiyah ni.. Hangpa setakat baru 3 - 4 tahun tu jangan la down sangat. Allah tu maha tahu bila masa yang sesuai untuk bagi sesuatu yang kita minta. yang penting usaha.. Dato Siti pun dapatkan Siti Aafiyah dengan kaedah IVF tak silap.
'Aafiyah' yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup. Siti Aafiyah di lahirkan seberat 3.55kg.. Boleh tahan juga tu. Patut gebu jer..
Melihat Dato Siti & Dato Khalid yang tidak terikut trend letak nama anak sampai 3 - 4 patah perkataan benda ni sesuatu yang baik juga. Mungkin pengaruh Dato Siti akan menjadi ikutan masyarakat lepas ni & letak nama yang ringkas & ada maksud yang baik. Maybe juga nama Siti Aafiyah akan jadi pilihan selepas ni. tak tau la lepas ni ramai yang namakan anak depa Siti Aafiyah.
Takpa lah.. Asalkan nama tu membawa maksud yang baik. Bila sebut seolah olah mendoakan sesuatu yang baik juga pada anak kan. Nama sama pun apa salahnya.. Lagipun letak nama anak berjela pun satgi panggil yang sekontot jugak. Tak panggil yang depan.. dia panggi yang hujung je. hehehehe
Apapun Tahniah pada Dato Siti & Dato Khalid atas kelahiran baby girl yang comel macam mak dia jugak. Putih melepak secara semulajadi jadi tak perlu supplement atau inject vitamin C hehehe. Yelah kalau dah gen tu putih melepak.. Apa nak pelik keluar anak pun putih melepak ye dak? Kita ni yang memang keturunan coklat.. tetiba nak jadi putih tu yang sampai sanggup ambil produk merapu. Terima je la seadanya.. Putih ka hitam ka.. hijau ka. Cantik itu bukan tertakluk pada warna kulit. Kan.. tak pepasal termembebel benda lain.
Ok.. ok.. dah. Satgi dia masuk bab lain pula. Elok la kan buat kata kata penutup sebelum kena ludah secara berjemaah kat sini. hehehhee
Moral of the story.. Semoga Siti Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah & menjadi kebanggan ibu ayahnya.
SELEPAS 10 TAHUN, AKHIRNYA ADAM CORRIE BAKAL BERGELAR AYAH. Bagi yang tak kenal siapa Adam Corrie takpe den intro sikit berkenaan belaiu. Yelah.. Kan ramai orang Malaysia sekarang bukan kenal sangat selebriti/ artis tempatan katanya. Mana tau dia tetiba terclik blog lekatlekit ni & terbaca entri ni terpinga pinga pulak sapa la si Adam Corrie ni kan..
Adam Corrie Lee merupakan seorang selebriti Malaysia yang dikenali sebagai pelakon lelaki Malaysia yang sering memegang watak antigonis. Ramai mengenali beliau dengan watak Dragon dalam filem KL Gangster.
Dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina dan beragama Islam di Pulau Pinang. Seorang pereka tari profesional (koreografer) dan pelakon di Malaysia yang sudah berada dipersada dunia hiburan lebih 30 tahun dengan lakonan filem sebanyak 31 buah filem. Beliau amat dikenali sebagai pelakon antagonis. Awal penglibatan beliau sebagai penari yang sering muncul di kaca televisyen RTM antaranya rancangan Hiburan Minggu Ini dan Muzik-Muzik. Seorang kolumnis jemputan di surat khabar Metro Ahad setiap hari Ahad sejak 2016 hingga kini.
Beliau juga seorang kolumnis di surat khabar Metro Ahad sejak 2016 hingga kini. Artikel beliau di kolum hidayah yang diterbitkan setiap hari Ahad.
Pada tahun 2017, Beliau telah di anugerahkan menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah.Saudara Kita peringkat negeri Selangor Darul Ehsan bagi tahun 2017.
Adam Corrie mula melibatkan diri dengan bidang seni sebagai penari secara serius pada tahun 1980 ketika itu beliau menggunakan nama Frankie Lee sehingga tahun 2000. Sebelum menjadi seorang penari ketika itu, Adam Corrie juga telah banyak memasuki pertandingan menari dan juga menjadi juara dalam pertandingan yang beliau sertai sejak berusia 14 tahun lagi.
Beliau mula mengorak langkah setapak lagi sebagai pelakon melalui filem pertama iaitu 'Spinning Gasing' pada tahun 1999 ( ketika itu beliau masih dikenali sebagai Frankie Lee.
- Sumber Wikipedia -
Tu serba sedikit latar belakang Adam Corrie. Saya cuma mengenali dia sebagai pelakon sebab dia banyak berlakon sebagai orang jahat atau samseng tapi realitinya dia sekarang ala ala macam pendakwah jugak la kan. Sejak semalam dok terbaca orang share tentang khabar gembira yang di kongsikan beliau sendiri di page beliau
Adam Corrie tentang berita kehamilan Isterinya selepas 10 tahun mereka mendirikan rumahtangga.
Dengan Caption "Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi atas kurniaanMu... Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami. Alhamdulillah . Allah dah bagi honeymoon 10tahun berdua. InsyaAllah kelak bertiga pula. “Ya Allah, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama. Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya. Serta bagus suaranya untuk membaca dan Al Quran Dan tinggikanlah darjat. Dan luaskanlah rezeki. Dan jadikanlah bagi manusia yg selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan Allah. “Saya doakan juga mereka yang masih menanti rezeki zuriat semoga Allah berikan zuriat juga.
Aamin allahumma aamin
I love you @puan_fazi_fuad
Mr & Mrs Adam Corrie
Ada Corrie juga berkongsi gambar scan kandungan isteri tapi di hide pada imej bayi dalam kandungan tersebut.
Alhamdulillah.. 10 tahun menanti.. Allah tu lagi tahu bila masa terbaik untuk di berikan kita rezeki zuriat ni. Kita rasa kita dah bersedia tapi Allah tahu bila waktu yang sebaiknya kita mendapat sesuatu. Jadi pada mereka yang belum di kurniakan cahaya mata tu tak payah la rasa loser, down & tidak sempurna sangat.. Setiap manusia ni Allah turunkan rezeki yang kadang2 tak sama. Ada orang rezeki anak ramai tapi kehidupan sedikit susah.. Ada orang tak ada anak tapi harta melimpah ruah. So jangan mempertikaikan rezeki yang Allah bagi. Belajar bersyukur & bersabar pada rezeki yang belum sampai tu.
Apapun tahniah kepada Adam Corrie & isteri. Semoga kandungan itu sihat sehingga lahir & anak membesar seperti doa doa ibu ayahnya.. Amin.