JENAMA PRODUK KOSMETIK YANG BERULANG KALI DI KESAN BERACUN BAKAL DI BLACKLIST KKM

10/31/2019 10:26:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

JENAMA PRODUK KOSMETIK YANG BERULANG KALI DI KESAN BERACUN BAKAL DI BLACKLIST KKM. Setelah bertahun tahun.. Akhirnya apa di harapkan bakal berlaku tak lama lagi. Bagi saya yang memang aktif memberi kesedaran tentang produk produk beracun, overclaim, tidak berdaftar terutama produk kosmetik rasa perkara ni salah satu kejayaan bagi saya. Rasa tak sia sia la saya turut serta bersama kawan kawan seperjuangan yang lain berusaha untuk memberi kesedaran pada orang ramai terutama pengguna social media.

Semalam secara tak sengaja terbaca perkongsian dari salah seorang followers di satu group kecantikan yang berkongsi artikel berita KKM bakal senaraihitamkan produk beracun yang di kitar semula setelah berkali kali di banned KKM. Rasa macam nak lompat bintang rasa bila baca berita macam ni.. Yelah, selama ni pengeluar produk bila produk depa di senaraikan sebagai produk beracun depa akan keluarkan statement konon produk depa kena 'fake' menyebabkan produk depa teraniaya. Konon yang beracun tu fake product. Pengguna yang mendapat kesan kemudaratan tu guna produk fake katanya.

Tak ada isu fake product kalau KKM dah keluarkan kenyataan bahawa sesuatu produk tu mengandungi bahan terlarang contoh kalau produk kosmetik/skincare biasanya di kesan mengandungi merkuri, hidrokinon, tretinion. KKM ada SOP mereka sendiri dari mula mengambil sampel sampailah laporan di keluarkan. Rasanya pengeluar @ founder sedia maklum kot macam mana. Cuma takkan la depa nak bagitahu hangpa kan... Depa orang berniaga mana nak rugi, ye dak??

Boleh baca pada artikel ni macam mana prosuder KKM dalam mendapatkan produk sebelum mengistiharkan sesuatu produk mengandungi bahan terlarang : PENDEDAHAN! BENARKAH PIHAK KKM TERAMBIL SAMPEL PRODUK TIRUAN BERACUN SEHINGGA SESUATU PRODUK DI FITNAH?

Berbalik kepada undang undang baru yang bakal di kuatkuasakan katanya suku pertama tahun depan.. Pengeluar produk yang mengitar semula produk beracun depa bakal di senaraihitamkan jenama mereka. Untuk mengelakan depa dari terus menjual produk beracun. Kesian KKM tak larat nak ambil sampel.. hantar lab kalau dah tiap tiap tahun produk jenama yang sama dengan kandungan bahan racun yang sama tapi dalam nama item pada produk berbeza & nombor  notifikasi yang berbeza je dok dalam list. Kos nak buat analisa pun kena ambil kira ye dak. So rasa undang undang baru untuk menyenaraikan hitam kan jenama produk kosmetik yang berulang kali di kesan mengandungi racun tu adalah sangat baik dari semua sudut terutama untuk keselamatan pengguna. Yelah.. pengguna kurang bijak ni belum sepenuhnya pupus dari muka bumi malaysia ni. Even produk yang sama di kesan mengandungi racun hampir setiap tahun pun dia still bersangka baik & percaya cakap founder produk dari pihak berautoriti seperti KKM.

Selain di senarai hitamkan.. Akan juga di kompaun. Hope kompaun tu tinggi sikit. Kalau setakat amount celah gigi.. founder produk kosmetik kat Malaysia ni ramai dah jutawan & kaya raya. Depa boleh bayar je. Harap denda di kenakan boleh menimbulkan rasa insaf & takut sikit pada golongan pengeluar produk beracun ni. Almaklum la kita manusia ni kan.. Selagi tak di jentik dengan musibah maha dahsyat bukan nak sedar & insaf. ye ye den mengata diri den sendiri. kekekekeke. Begitu juga dengan orang lain. At least di hukum di dunia tu lebih baik dari di hukum di akhirat.. Kat dunia ada masa bertaubat lagi kan selagi tak mati.


Senarai Hitam Jenama Produk Kosmetik Yang Kitar Semula Produk Setelah Dilarang 

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mewartakan hukuman kompaun kepada syarikat pengeluar produk kosmetik yang mengandungi bahan terlarang seperti merkuri dan hidrokuinon.

Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pewartaan hukuman itu akan dilaksanakan sekitar suku pertama tahun depan, bagi mengatasi isu membabitkan produk kosmetik. Langkah itu juga, katanya, bagi menghukum sesetengah pengusaha kosmetik yang menggunakan taktik mengeluarkan produk baharu dengan sedikit perubahan campuran formula, selepas produk lama mereka dilarang dijual di pasaran oleh pihak berkuasa.

“Antara yang sedang kami pertimbangkan adalah mewartakan tindakan kompaun kepada syarikat mengeluarkan produk kosmetik mengandungi bahan terlarang dan menyiarkan iklan kosmetik yang tidak mematuhi garis panduan. “Kompaun juga akan dikenakan kepada syarikat kosmetik yang memasarkan produk tidak patuh pelabelan, selain membuat pengisytiharan palsu ketika mengemukakan notifikasi kosmetik.

“Hukuman lain termasuk menyenarai hitam jenama produk kosmetik tertentu supaya produk itu tidak dijual, sama ada di pasaran atau secara dalam talian serta tidak mengulangi kesalahan. “Pengilang produk kosmetik juga akan diwajibkan memiliki lesen pengilangan berdasarkan amalan pengilangan terbaik (GMP),” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.
Semoga undang undang baru ni di kuatkuasa mengurangkan populasi produk kosmetik beracun di Malaysia. kepada pengusaha, pengeluar & pengasas produk yang masih menjual produk beracun harap dapat lah kesedaran. Mengejar harta dunia memang takkan pernah puas selagi hidup. Tapi apa guna hidup dengan menganiaya orang lain. Berhenti menjual & percaya pada rezeki yang lebih baik. Tu pun kalau hangpa percaya rezeki tu dari Allah la.

Saya tidak memusuhi mana mana founder kat Malaysia ni.. Saya cuma memerangi produk beracun sahaja. Semua manusia akan melakukan khilaf dalam hidupnya tak bermakna kita nak teruskan ke khilafan yang sama tanpa ada usaha untuk mengubahnya.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com