Showing posts with label NPRA. Show all posts

JENAMA PRODUK KOSMETIK YANG BERULANG KALI DI KESAN BERACUN BAKAL DI BLACKLIST KKM

JENAMA PRODUK KOSMETIK YANG BERULANG KALI DI KESAN BERACUN BAKAL DI BLACKLIST KKM. Setelah bertahun tahun.. Akhirnya apa di harapkan bakal berlaku tak lama lagi. Bagi saya yang memang aktif memberi kesedaran tentang produk produk beracun, overclaim, tidak berdaftar terutama produk kosmetik rasa perkara ni salah satu kejayaan bagi saya. Rasa tak sia sia la saya turut serta bersama kawan kawan seperjuangan yang lain berusaha untuk memberi kesedaran pada orang ramai terutama pengguna social media.

Semalam secara tak sengaja terbaca perkongsian dari salah seorang followers di satu group kecantikan yang berkongsi artikel berita KKM bakal senaraihitamkan produk beracun yang di kitar semula setelah berkali kali di banned KKM. Rasa macam nak lompat bintang rasa bila baca berita macam ni.. Yelah, selama ni pengeluar produk bila produk depa di senaraikan sebagai produk beracun depa akan keluarkan statement konon produk depa kena 'fake' menyebabkan produk depa teraniaya. Konon yang beracun tu fake product. Pengguna yang mendapat kesan kemudaratan tu guna produk fake katanya.

Tak ada isu fake product kalau KKM dah keluarkan kenyataan bahawa sesuatu produk tu mengandungi bahan terlarang contoh kalau produk kosmetik/skincare biasanya di kesan mengandungi merkuri, hidrokinon, tretinion. KKM ada SOP mereka sendiri dari mula mengambil sampel sampailah laporan di keluarkan. Rasanya pengeluar @ founder sedia maklum kot macam mana. Cuma takkan la depa nak bagitahu hangpa kan... Depa orang berniaga mana nak rugi, ye dak??

Boleh baca pada artikel ni macam mana prosuder KKM dalam mendapatkan produk sebelum mengistiharkan sesuatu produk mengandungi bahan terlarang : PENDEDAHAN! BENARKAH PIHAK KKM TERAMBIL SAMPEL PRODUK TIRUAN BERACUN SEHINGGA SESUATU PRODUK DI FITNAH?

Berbalik kepada undang undang baru yang bakal di kuatkuasakan katanya suku pertama tahun depan.. Pengeluar produk yang mengitar semula produk beracun depa bakal di senaraihitamkan jenama mereka. Untuk mengelakan depa dari terus menjual produk beracun. Kesian KKM tak larat nak ambil sampel.. hantar lab kalau dah tiap tiap tahun produk jenama yang sama dengan kandungan bahan racun yang sama tapi dalam nama item pada produk berbeza & nombor  notifikasi yang berbeza je dok dalam list. Kos nak buat analisa pun kena ambil kira ye dak. So rasa undang undang baru untuk menyenaraikan hitam kan jenama produk kosmetik yang berulang kali di kesan mengandungi racun tu adalah sangat baik dari semua sudut terutama untuk keselamatan pengguna. Yelah.. pengguna kurang bijak ni belum sepenuhnya pupus dari muka bumi malaysia ni. Even produk yang sama di kesan mengandungi racun hampir setiap tahun pun dia still bersangka baik & percaya cakap founder produk dari pihak berautoriti seperti KKM.

Selain di senarai hitamkan.. Akan juga di kompaun. Hope kompaun tu tinggi sikit. Kalau setakat amount celah gigi.. founder produk kosmetik kat Malaysia ni ramai dah jutawan & kaya raya. Depa boleh bayar je. Harap denda di kenakan boleh menimbulkan rasa insaf & takut sikit pada golongan pengeluar produk beracun ni. Almaklum la kita manusia ni kan.. Selagi tak di jentik dengan musibah maha dahsyat bukan nak sedar & insaf. ye ye den mengata diri den sendiri. kekekekeke. Begitu juga dengan orang lain. At least di hukum di dunia tu lebih baik dari di hukum di akhirat.. Kat dunia ada masa bertaubat lagi kan selagi tak mati.


Senarai Hitam Jenama Produk Kosmetik Yang Kitar Semula Produk Setelah Dilarang 

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mewartakan hukuman kompaun kepada syarikat pengeluar produk kosmetik yang mengandungi bahan terlarang seperti merkuri dan hidrokuinon.

Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pewartaan hukuman itu akan dilaksanakan sekitar suku pertama tahun depan, bagi mengatasi isu membabitkan produk kosmetik. Langkah itu juga, katanya, bagi menghukum sesetengah pengusaha kosmetik yang menggunakan taktik mengeluarkan produk baharu dengan sedikit perubahan campuran formula, selepas produk lama mereka dilarang dijual di pasaran oleh pihak berkuasa.

“Antara yang sedang kami pertimbangkan adalah mewartakan tindakan kompaun kepada syarikat mengeluarkan produk kosmetik mengandungi bahan terlarang dan menyiarkan iklan kosmetik yang tidak mematuhi garis panduan. “Kompaun juga akan dikenakan kepada syarikat kosmetik yang memasarkan produk tidak patuh pelabelan, selain membuat pengisytiharan palsu ketika mengemukakan notifikasi kosmetik.

“Hukuman lain termasuk menyenarai hitam jenama produk kosmetik tertentu supaya produk itu tidak dijual, sama ada di pasaran atau secara dalam talian serta tidak mengulangi kesalahan. “Pengilang produk kosmetik juga akan diwajibkan memiliki lesen pengilangan berdasarkan amalan pengilangan terbaik (GMP),” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.
Semoga undang undang baru ni di kuatkuasa mengurangkan populasi produk kosmetik beracun di Malaysia. kepada pengusaha, pengeluar & pengasas produk yang masih menjual produk beracun harap dapat lah kesedaran. Mengejar harta dunia memang takkan pernah puas selagi hidup. Tapi apa guna hidup dengan menganiaya orang lain. Berhenti menjual & percaya pada rezeki yang lebih baik. Tu pun kalau hangpa percaya rezeki tu dari Allah la.

Saya tidak memusuhi mana mana founder kat Malaysia ni.. Saya cuma memerangi produk beracun sahaja. Semua manusia akan melakukan khilaf dalam hidupnya tak bermakna kita nak teruskan ke khilafan yang sama tanpa ada usaha untuk mengubahnya.

AWAS! 12 PRODUK KOSMETIK DI KESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

AWAS! 12 PRODUK KOSMETIK DI KESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL. Lagi produk kosmetik tempatan di kesan mengandungi racun berjadual. Ni press release dari KKM untuk 23 Mei 2019 yer. Bermakna fresh from oven lagi la semasa entri ni di tulis. Kalau hangpa baca entri tahun 2020.. dah tak baru la.

Seperti biasa banyak local skincare yang di senaraikan mengandungi racun berjadual seperti Merkuri, hidrokinon & tretinion. Penting kita sebagai pengguna kena alert sebelum membeli atau menggunakan sebarang produk kosmetik @ skincare ni. Saya sebagai blogger cuma mengambil tanggungjawab menyebarkan untuk kepentingan & keselamatan pengguna je. Selebihnya pilihan di tangan anda sendiri.


12 KOSMETIK MENGANDUNGI BAHAN TERLARANG

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:


1. 3rd Series Yanko Whitening Cream Night Cream
Tretinoin

2. 5th Series Yanko Whitening Cream Night Cream
Tretinoin

3. 7th Series Yanko Whitening Cream Night
Tretinoin

4. Clair De Lune - P.Tuberose Day Cream
Chloramphenicol
Sulfamethoxazole
Trimethoprim
Ketoconazole

5. Clair De Lune - S.Involucrata Night Cream
Chlorpheniramine
Griseofulvin
Metronidazole
Sulfamethoxazole
Trimethoprim

6. Dnars Nien Cream
Hydroquinone
Tretinoin

7. Glow Glowing N Glow
Hydroquinone
Tretinoin

8. Glow Glowing T Treatment
Hydroquinone

9. VSL Beauty Care Toner A
Hydroquinone

10. VSL Beauty Care Toner B
Hydroquinone

11. Dolly Glow Miracle Treatment Cream
Hydroquinone
 Tretinoin

12. Dolly Glow Luminous Night
Merkuri

Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://www.npra.gov.my/

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Sumber : From the Desk of the Director-General of Health Malaysia


Tip untuk elak dari terguna produk beracun ni mudah jer.. Produk yang dah ada bad reputation tu better elakkan je. Banyak produk skincare yang di jual kat Malaysia ni.. Yang berpuluh tahun dalam pasaran & tak pernah ada isu berkaitan keselamatan produk boleh kita guna. Benda boleh pilih yang selamat kenapa nak guna yang beracun ye dak??

Moral of the story.. Hope takde yang guna alasan KKM ambil sampel dari fake produk pulak yer. Jadilah pengguna bijak & pengeluar produk bertanggungjawab. Pesan khidmat masyarakat untuk semua. Peace Yo!

PENDEDAHAN! BENARKAH PIHAK KKM TERAMBIL SAMPEL PRODUK TIRUAN BERACUN SEHINGGA SESUATU PRODUK DI FITNAH?

PENDEDAHAN! BENARKAH PIHAK KKM TERAMBIL SAMPEL PRODUK TIRUAN BERACUN SEHINGGA SESUATU PRODUK DI FITNAH? Antara isu yang masih jadi hangat hangit & hangus apabila sesuatu produk di laporkan mengandungi bahan terlarang seperti racun berjadual yang banyak di kesan di campurpalsu dari produk kosmetik jenama tempatan. Selalu alasan ni di gunakan oleh ramai golongan yang kononya 'Ponder' produk bila produk di bawah jenama mereka kantoi di lab KKM.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Ramai masih percaya bahawa tidak mustahil berlaku KKM mengambil sampel dari fake product @ produk tiruan untu di analisa sehingga menyebabkan produk tersebut di kesan mengandungi racun berjadual seperti merkuri, hidrokinon & tretinion sebab depa percaya produk orginal beli direct HQ kononnya selamat & bebas bahan terlarang yang merbahaya & merosakkan kulit. Bagus tau pengguna kat Malaysia ni.. Hati sangat bersih sentiasa berbaik sangka even kena tipu hidup hidup pun. Memang pengguna bawah lindungan kaabah ni. Sila bagi tepukan gemuruh buat mereka.

Ramai yang tak tahu sebelum laporan media di keluarkan boleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) bila mengesan sesuatu jenama produk mengandungi bahan terlarang/beracun/merbahaya.. Depa bukan simply pi beli sampel produk dari satu kedai/booth lepas tu hantar lab & buat analisa. Dari nak ambil sampel sehingga laporan di keluarkan KKM ada SOP mereka sendiri bagi memastikan mereka tidak tersilap mengeluarkan laporan terhadap sesuatu produk.

➠Bila membuat aktiviti surveillance berdasarkan potensi risiko dan/atau apabila terdapatnya aduan daripada pengguna atau pihak berkuasa negara ASEAN bawah kualiti kosmetik Pemegang notifikasi (Founder/Pengeluar produk) dimaklumkan untuk penghantaran sample.

➠Jika pihak pemegang Notifikasi (NOT KKM) tidak menghantar sampel (sebab ada founder/pengeluar) walau di maklumkan untuk menghantar sampel produk tidak mengendahkan barulah penguatkuasa KKM memulakan risikan untuk persediaan membuat pembelian produk di pasaran daripada pihak pengedar yang sah, premis berlesen & mudah di akses oleh pengguna.

* Kalau betul produk mereka tak ada masalah.. Rasanya masa pihak KKM minta sampel tak ada masalah kan depa nak bagi. Lagi senang direct dari pihak mereka tak ada isu kkm buat labtest pada produk tiruan. Tapi kenapa ada yang tak bagi bila pihak KKM minta sampel sampai pihak penguatkuasa KKM perlu buat risikan & beli sendiri produk tersebut di pasaran? Ni soalan bukan tuduhan ok.. So tepuk dada tanya selera.

➠Selepas dapat sampel produk.. Sampel di hantar untuk di analisa. 

➠Selepas di buat analisa dari pakar pakar KKM & keputusan di perolehi Pihak NPRA (KKM) Akan keluarkan satu surat arahan pembatalan Notifikasi (NOT KKM) jika di kesan mengandungi racun berjadual & mengarahkan pemegang Notifikasi menarik balik produk produk tersebut di pasaran & melupuskan produk tersebut secara sah.

➠Kenyataan akhbar akan di keluarkan untuk memberitahu kepada orang awam & pengguna supaya berhenti menggunakan produk kosmetik tersebut kerana telah di kesan mengandungi racun berjadual.

➠Pemegang Notifikasi (Founder/Pengeluar) Boleh membuat rayuan kepada pihak KKM dalam masa 14 hari tapi kalau dah tak buat tu hangpa pepaham je la. Tak guna nak buat rayuan kalau memang betul produk tu mengandungi bahan terlarang.. ye dak?? Sebab memang kebanyakkan pemegang Notifikasi tak buat rayuan pun walau mereka sedia maklum akan perkara tersebut.

Sepertimana tertakluk dalam Peraturan 18, Peraturan–Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR1984), pemegang notifikasi boleh membuat rayuan secara bertulis melalui surat rasmi kepada Menteri Kesihatan dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh surat tindakan regulatori yang dikeluarkan oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi. Surat rasmi rayuan yang dikemukakan selepas tempoh tersebut, tidak akan dipertimbangkan. Rayuan hanya boleh dilakukan oleh pihak pemegang NOT sahaja.

Betul ke KKM ambil sampel dari produk tiruan untuk buat analisa di makmal sehingga menyebabkan jenama produk tu di fitnah beracun? Yelah selalu je 'Ponder/Seller/Agent' cakap KKM ambil sampel fake produk menyebabkan reputasi produk mereka terjejas. Kalau beli kat HQ & pengedar yang sah tak beracun katanya.. Tapi betul ke dakwaan tu??

Jawapan tidak. KKM tidak mengambil sampel produk tiruan untuk di analisa di makmal KKM. Ini adalah kerana justifikasi seperti di bawah:

1. Sekiranya Tiada pertikaian atau rayuan dikemukakan oleh wakil syarikat berkenaan dengan isu “produk tiruan” apabila surat arahan pembatalan notifikasi dan panggilbalik produk dari pasaran dihantar dari NPRA kepada syarikat maka tiada isu sampel di ambil adalah dari produk tiruan. Pihak syarikat juga telah diberi tempoh masa satu bulan untuk mengemukakan laporan panggilbalik dan laporan punca masalah yang dikenalpasti menyebabkan kegagalan ujian serta tindakan-tindakan yang akan diimplementasikan untuk meningkatkan mutu produk (CAPA). 

Tambahan pula, Sekiranya laporan CAPA yang dikemukakan oleh pemegang notifikasi produk kepada NPRA adalah disebabkan oleh terlepas pandang dalam hal ini dan masalah pencemaran produk adalah berpunca dari kecuaian pihak kilang.. So tiada isu sampel yang di analisa adalah dari produk tiruan.

2. Bila Keputusan ujian Makmal NPRA, KKM Malaysia adalah sejajar atau konsisten dengan keputusan ujian makmal Negara ASEAN lain seperti Brunei dan Singapore adalah sangat mustahil sampel produk tersebut adalah dari produk tiruan.

*Kalau produk tu dah kena banned di brunei, singapore & Indonesia.. Pepaham je la pandir. Takkan seumur hidup kau nak jadi bendul percaya pada golongan yang fikir untung je. Dia nak jual produk dia.. Of course la dia menafikan produk dia bahaya even bukti dah jelas nyata.

Yang perlu anda tahu pendaftaran notifikasi NOT bukanlah satu bentuk pengesahan bahawa produk tersebut adalah selamat digunakan. Jadi apa nak pelik produk kosmetik yang berdaftar dengan KKM pun di kesan mengandungi racun berjadual seperti merkuri.

Sistem notifikasi kosmetik di Malaysia telah dilaksanakan sejak 1 Januari 2008. Ini adalah selaras dengan sistem harmonisasi regulasi kosmetik yang telah diamalkan oleh semua negara ASEAN, begitu juga negara-negara Eropah. Walaubagaimanapun, kawalan produk kosmetik melalui sistem notifikasi adalah berbeza berbanding kawalan terhadap produk-produk farmaseutikal, di mana produk farmaseutikal perlu berdaftar dengan NPRA dan akan dinilai dengan lebih terperinci serta perlu mendapat kelulusan KKM sebelum boleh dipasarkan. 
Dengan itu, Nota Notifikasi bukan bukti yang menunjukkan produk kosmetik tersebut telah mendapat kelulusan KKM kerana kawalan kosmetik di Malaysia adalah kawalan kendiri (self-regulation) di mana pemegang notifikasi telah membuat deklarasi mengenai nama produk, senarai bahan ingredient, pengilang dan lain-lain maklumat dan notifikasi akan diproses berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pemegang notifikasi. Tambahan pula, tiada pengujian makmal dijalankan oleh NPRA sebelum produk kosmetik dinotifikasikan. Dengan itu, pemegang notifikasi adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan keselamatan dan kualiti produk kosmetik bagi menjamin kepentingan pengguna.

Senang faham NOT KKM tu di perolehi bila pengeluar/founder mengistiharkan kepada KKM bahawa produk mereka selamat semasa memohon NOT bukan KKM yang bagi kelulusan apa apa & KKM tak menganalisa produk tersebut di makmal sebelum memberi Notifikasi. Kalau depa tak jujur declare bahan terkandung dalam produk depa tu yang berlakunya kemudaratan kepada pengguna.

Harap dengan info ni pengguna terutama penggemar produk kosmetik ni mendapat manafaat. Please bila KKM isytiharkan sesuatu produk tu beracun tak perlu percaya cakap golongan yang tidak bertauliah atau ada kepakaran dalam bidang tersebut. Kita sedia maklum budak 16 tahun sekarang pun dah ada produk kosmetik di bawah jenama sendiri.. Tanpa ada knowledge jauh sekali base tentang produk kecantikan ni. Sekarang modal untuk mempunyai produk jenama sendiri bukanlah terlalu mahal dengan lambakkan kilang OEM. Apa yang saya tahu sesetengah kilang yang mengeluarkan produk jenama sendiri ni.. Produk2 mereka ada gred.. Yang murah semestinya gred paling rendah kualiti tapi kalau korang pandai buat marketing memang 'mokcik pokcik kayo' la. Produk2 gred rendah macam ni selalunya bersiko. So berhati hati la. 

Moral of the story.. Nak selamat elakkan guna produk yang tidak ada R&D, dermatologi test & tiada bukti dah melalui ujian makmal (Labtest) untuk membuktikan produk mereka bebas bahan terlarang. Produk yang ada bad reputation (reputasi buruk) terutama yang pernah di banned KKM atau mana2 negara asean lain pun better elakkan. Please berhenti percaya KKM ambil sampel fake product (produk tiruan) kerana perkara tu adalah sesuatu yang mustahil sangat. 

P/S : Untuk menyemak produk produk kosmetik yang dah di batalkan notifikasi (NOT KKM) selepas di kesan mengandung racun berjadual boleh semak kat ➦ Pembatalan Notifikasi Produk Kosmetik (NPRA)

CARA BUAT ADUAN ONLINE KE KKM JIKA ADA KESAN SAMPINGAN SELEPAS MENGGUNAKAN SESUATU PRODUK

CARA BUAT ADUAN ONLINE KE KKM JIKA ADA KESAN SAMPINGAN SELEPAS MENGGUNAKAN SESUATU PRODUK. Ya Allah sebenarnya saya dah lama berjanji dengan pembaca blog lekatlekit ni nak share cara membuat aduan sekiranya hangpa guna sesuatu produk tak kira kosmetik/skincare atau supplement/ubat & ada kesan sampingan yang tak baik. Tapi saya terlampau banyak masalah.. Maka memory ni dia jadi tak cukup space nak ingat banyak perkara. hari ni teringat janji manis ku itu.. Mana sebab tengah free hari minggu ni saya gagahkan jari menaip entri ni.

Lambakkan produk beracun di pasaran memang bukan spekulasi lagi. Sampai kadang2 kita tak tau yang mana selamat & tidak. Bila terguna produk yang tak selamat.. muka breakout atau kesihatan terganggu.. Nak viral satgi.. see u in court pulak kan? Yelah kita ni jenis bukan formal bila menaip kat social media kan.. Kita kan orang melayu penuh kiasan, sindir, sarcasm bagai kan. Benda tu sememangnya sangat berisiko & membolehkan kita di saman. Tak kisah salah ke tak.. Tapi kalau dah kena saman, nak bela diri pun kena ada kos. Mana ada lawyer nak buat kerja kebajikan untuk sivil case kan?

Tak tau nak buat macam mana ni.. Ok jangan risau. Hak anda sebagai pengguna kalaupun pengeluar produk tak nak bertanggungjawab atas kemudaratan & kerosakkan yang hangpa alami selepas mengamalkan atau menggunakan sesuatu produk. Hangpa buat report kat KKM. Tu mesti nak kata.. Alah.. kak susah la. Nak kena pergi KKM buat report bla.. bla.. bagai.

Alahai dik.. Zaman hujung jari ni semua di mudahkan dah. Report boleh di buat secara online juga. Meh sini kakak nak bagi tutorial macam mana nak buat laporan kepada KKM secara online..

1. Hangpa pi ziarah website NPRA (KKM) dulu kat sini : http://npra.moh.gov.my/

2. Dah masuk ke website npra tu cari button 'Lapor Kesan Sampingan'.Rujuk gambar di bawah


3. Clik kat bahagian Consumer. Sebab hangpa report sebagai pengguna kan? Rujuk pada gambar


4. Clik pada 'Consumer Side Effect reporting form.


5. Lepas tu isi la Form yang di sediakan tu


Tak susah dah sekarang ni semua boleh di buat secara online. Jangan biarkan pengeluar produk tidak bertanggungjawab ni terus mengaut keuntungan dengan menjual produk merisikokan hangpa (Pengguna). Yang mana jadi mangsa produk tu.. Pi ramai ramai report. Setakat pung pang pung pang kat pesbuk.. Tak jadi apa juga kalau tak dak report. Biar semua tindakkan seiringan baru la kita boleh mengurangkan populasi Instant Founder yang tidak bertanggungjawab ni.

Apapapun jadilah pengguna bijak.. Sebelum menggunakan sesuatu produk terutama yang di jual secara online & toko toko jamu.. booth2 yang bersepah kat pasaraya, pasar basah macam NSK tu.. make sure semak betul betul. Tak guna ada data internet tapi tak reti nak cari maklumat. Bersepah orang share pasal produk ni. Kalau tak reti juga tak payah beli produk2 kat tempat2 macam tu.. Pergi la mana2 farmasi, guardian, watsons bagai. Beli la produk kat situ.. Lebih terjamin selamat.

Moral of the story.. Jadilah pengguna bijak. Anda mampu mengubahnya. Peace

KETAT FARAJ, BESAR PAYUDARA ANTARA YANG TIDAK BOLEH DI IKLANKAN UNTUK JUAL JAMU

KETAT FARAJ, BESAR PAYUDARA ANTARA YANG TIDAK BOLEH DI IKLANKAN UNTUK JUAL JAMU. Zaman jamu macam kembali menguasi pasaran sekarang cuma beza jamu dulu memang majoriti homemade guna barang dapur bak kata orang. Buat & makan sendiri.. Tapi Jamu zaman sekarang lain sikit. Ada di buat di kilang & ada juga di buat di rumah tapi di campur dengan bahan bahan tak sepatutnya untuk mendapatkan kesan yang cepat.

Bukan kata tak boleh langsung nak amalkan jamu tapi zaman dah berubah.. Ada benda yang kalau dulu jadi baik di amalkan tapi zaman sekarang maybe jadi memudaratkan. Sebab tu la nak ambil apa2 produk berbentuk supplement atau ubat ni kena merujuk kepada mereka yang pakar.. Kena buat check up dulu bagi memastikan apa yang badan kita perlu & tidak perlu atau tidak boleh terima. Pengedar & penjual produk ni kebanyakkan tak ada qualified dalam bidang medical.. Banyak mereka suggest ikut pandangan peribadi & logik akal je. Korang cerita apa masalah dorang pun main suggest je itu ini.. Padahal dalam badan korang dorang sendiri pun tak tahu apa masalah yang ada. Tu yang bila ambil produk yang maybe tidak sesuai, tindakbalas dia jadi bukan bukan.

Sebab tu KKM dah buat guidlines untuk pasarkan sesuatu produk apa yang boleh & tidak di iklankan. Sebab tu kena berdaftar dengan KKM sebab sekiranya berlaku kemudaratan kepada pengguna senang untuk pihak KKM mengambil tindakkan menghalang penjualan & pemasarannya.

Produk Jamu ni di bawah kategori produk Tradisional. cara pengambilan dia kebanyakkan perlu di masukkan ke dalam badan tak kira cara telan atau masukkan ke sudut2 tertentu di dalam tubuh kita. So Produk JAMU yang nak di pasarkan wajib berdaftar dengan NPRA (KKM) sebagai MAL. Sebab dia produk dalam kategori ubat jugak yer.

Antara perkara yang tak boleh di jadikan iklan dalam produk jamu adalah..

Ketat kan faraj (Yang ni memang sangat popular di iklankan)
membesarkan/menegangkan/memontokkan payudara
melancarkan haid
merancang kehamilan/menyuburkan
merawat kemandulan


Rujukan : FB Dr Rusyaine Ramli

Saya faham ramai agent2 & seller produk jamu tak tahu perkara ni. kebanyakkan copywritting di sediakan pihak HQ untuk mereka mengiklan produk tu. Saya dulu pun tak tahu.. Banyak juga review produk jamu saya terlepas tuntutan iklan macam tu sebab kejahilan saya sendiri. Jadi.. Bila dah tahu kita betulkan & sebarkan untuk orang lain sama sama membetulkan kesilapan tu.

Moral of the story.. Moga info sedikit ni memberi manafaat yang besar kepada semua pengguna & pengedar. Dah tahu tu jangan pulak buat buat tak faham pulak yer.. terus mengiklankan produk jamu hangpa dengan tuntutan yang menjadi kesalahan demi rice cooker masing masing. Percaya.. rezeki tu semua dari Allah.. Insya Allah tak iklan secara extreme nak2 lagi berkaitan aktiviti sek$ tu pun Allah akan bagi juga rezeki untuk kita. Tak payah la sampai hilang kemaluan semata mata nak menyerlahkan produk hangpa sampai beromen dengan pasangan pun kau boleh cerita detail semua.

RUPANYA BUKAN SUSAH NAK MOHON NOTIFIKASI KKM PADA PRODUK KECANTIKKAN

RUPANYA BUKAN SUSAH NAK MOHON NOTIFIKASI KKM PADA PRODUK KECANTIKKAN. Dulu aku antara manusia yang jahil ok.. Aku percaya 100% pengasas yang mengeluarkan produk kecantikkan kulit ni menghasilkan produk tu dari formula atau ramuan yang depa sendiri buat.. Mungkin dari petua nenek moyang bagai. Di packaging dalam bentuk yang mudah untuk orang lain dapat & guna. Serius.. Aku dulu antara pengguna local produk jugak. Banyak juga local produk aku pernah guna even masalah kulit wajah aku ni kebanyakkan cantik seketika lepas tu kembali berjurujerawat. Produk apa aku guna tak payah la aku sebut.. Tapi bukan 1 jenama je la.. Lepas cuba satu jenama rasa macam tak mendapat hasil yang aku nak.. aku tukar. Kadang2 atas suggest dari penjual produk tu sendiri.


Dulu.. Aku cukup yakin setiap produk yang ada Nombor Notifikasi KKM tu memang dah di analisa di makmal KKM & terbukti selamat & bebas bahan merbahaya. Sebab aku fikir mustahil KKM akan sewenangnya bagi sesuatu produk tu Nombor Not KKM.. Sungguh aku rasa aku bodoh sombong sebabnya dah la bodoh tak pernah ada rasa nak study pun. Yelah.. Mungkin waktu tu tak ada keperluan kan.. Macam sekarang memang aku banyak mencari maklumat tentang produk kecantikkan ni.. Jadi apa saja info yang aku dapat yang aku tahu masih ramai yang salah faham, aku rasa perlu aku sampaikan pada orang lain dalam penulisan yang mudah di fahami semua golongan. Jadi musibah tu tak semestinya hukuman tapi boleh jadi hikmah juga..

Entri sebelum ni aku ada tulis tentang Notifikasi KKM (Not KKM) Bukan bukti sesuatu produk dah di analisa di makmal KKM sekadar produk yang di bawah pemantauan KKM sahaja. Mesti ramai yang tertanya.. Kalau KKM tak buat proses analisa di makmal macam mana KKM boleh bagi Nombor Notifikasi kepada produk tersebut?  Apa je yang buat KKM lulusan permohonan untuk dapatkan Nombor Notifikasi tu?

Bila aku baca info berkenaan nak dapat Notifikasi produk ni.. Sebenarnya tak susah pun. Boleh apply melalui online & boleh dapat kelulusan lebih kurang 1 - 3 hari sahaja.

1. Proses permohonan boleh dilakukan secara ‘online’ melalui laman web National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), Quest 3+. Sistem baru aplikasi QUEST3+ (modul kosmetik notifikasi) ini telah dilancarkan pada 1 Ogos 2016 yang lalu
2. Pemohon perlu mengisi borang notifikasi produk secara lengkap (untuk rujukan, boleh lihat dokumen Annex 1, part 3, Guidelines for Control of Cosmetic Products in Malaysia) sehingga selesai semua proses termasuk urusan pembayaran. Sila rujuk di bahagian Guidelines Central di laman web NPRA.
3. Nombor notifikasi akan dikeluarkan dalam tempoh 1-3 hari selepas urusan pembayaran selesai dan disahkan oleh NPRA. Urusan mendapatkan nombor notifikasi bagi produk kosmetik tidak memakan masa yang lama seperti produk farmaseutikal lain, contohnya ubat terkawal yang boleh mencecah berbulan-bulan atau setahun.

Atau kalau hangpa nak senang faham pengedar @ pengasas produk ni cuma perlu sediakan dokumen yang di perlukan untuk memohon nombor Notifikasi KKM. Tapi yang pasti untuk apply not KKM ni tak perlu melalui proses analisa di makmal KKM cuma perlu menghantar dokumentasi berkaitan produk tersebut & disokong dengan bukti dokumentasi mencukupi. Pemohon dikehendaki mengemukakan Sijil Analisis (COA) kepada NPCB. Tapi tu la kan.. tetap masih terlepas di pasaran produk yang mengandungi bahan terlarang  ada Not KKM. Tak tau depa buat macam mana. hahahaha...

Syarikat atau orang yang bertanggungjawab meletakkan produk kosmetik di pasaran tempatan mesti memberitahu Pengarah Perkhidmatan Farmasi (DPS) melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (NPCB) sebelum memasarkan, mengeluarkan atau mengimport produk kosmetik. Proses pemberitahuan ini akan membolehkan NPCB mengumpulkan maklumat yang mencukupi mengenai produk kosmetik yang diletakkan di pasaran tempatan.
Adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa sahaja untuk mengeluarkan atau mengimport produk kosmetik tanpa pemberitahuan sebelumnya kepada DPS 
Produk pemutihan dikategorikan mengikut penggunaan dan rumusannya. Sebagai sebahagian daripada aktiviti Pengawasan Pasaran Pos (PMS), pemohon dikehendaki mengemukakan Sijil Analisis (COA) kepada NPCB dalam tempoh satu bulan selepas produk diberitahu. COA ini akan diserahkan secara manual kepada NPCB untuk penilaian dan kompilasi. Memandangkan bahawa pihak berkuasa itu mendapati terdapat beberapa produk yang disamaratakan dengan bahan yang tidak dibenarkan seperti Hydroquinone, Tretinoin, dan sebagainya dalam persiapan pemutihan kulit, keputusan ujian yang diberikan dalam sijil itu akan berfungsi sebagai pengesahan tambahan bahawa produk itu tidak mengandungi item tersebut Dan produk yang telah mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam undang-undang tempatan. - sumber http://npra.moh.gov.my/index.php/faq/cosmetic

Memang kebanyakkan produk yang kantoi depa akan guna alasan fake product tapi kalau kita yakin dengan kredibiliti KKM mustahil kita akan percaya. Kalau ada yang percaya KKM boleh buat kesilapan macam ni berulang kali kepada banyak produk yang kantoi ada bahan terlarang rasanya hangpa tak perlu lagi nak tengok ada kelulusan KKM ke tidak pada sesuatu produk yang hangpa nak pakai sebab hangpa sendiri tak percaya dengan kepakaran KKM & Hangpa boleh yakin KKM buat silap dalam mengeluarkan laporan terhadap sesuatu produk tu. Bagi golongan macam ni aku rasa korang tak perlu beli produk berpandukan Not KKM. sebab terang terang jenis tak percaya kepada kepakaran KKM.

KKM ni lebih pakar dari yang rasa diri depa pakar. Dari nak ambil sampel produk sampai la yang buat lab test keatas produk tersebut semuanya pakar. Bukan pakar bakar atas sudu, ok! Tak juga pakar jemur krim tengah panas. Peralatan yang di gunakan dalam lab untuk menganalisa sesuatu produk juga bukan setakat penunu bunsen untuk di jadikan dapur membakar krim atas sudu. Jadi.. tak logik la bila sesuatu produk kantoi ada bahan terlarang, seolah olah KKM pulak di salahkan katanya ambil sampel dari fake product. Tapi setakat ni aku tak nampak mana2 pengeluar produk yang pernah kantoi menyaman KKM kalau betul KKM buat test dari fake product yang ada di pasaran. Kalau benda betul berlaku memang boleh menjatuhkan reputasi mereka & mendatangkan kerugian kepada pihak mereka yang tak bersalah. Kalau saman ni.. sedap juga kalau menang. At least boleh cover balik kerugian tu kan... krikk... krikkk... krikkk....

Syarikat yang memasarkan kosmetik bertanggungjawab untuk memastikan produk kosmetik mereka selamat, berkualiti serta tuntutan produk yang dinyatakan pada label atau iklan dapat disokong dengan bukti dokumentasi mencukupi . Melalui sistem notifikasi kosmetik, NPRA sebagai agensi regulatori boleh untuk menyemak semua maklumat berkaitan produk kosmetik yang bernotifikasi melalui sistem pangkalan data.
Tindakan seperti pembatalan notifikasi akan dikenakan terhadap produk kosmetik yang gagal mematuhi keperluan garis panduan dan undang-undang yang ditetapkan. Ini termasuklah produk-produk kosmetik yang dikesan positif mengandungi bahan yang tersenarai dalam Senarai Racun Berjadual di bawah Akta Racun 1952.
Bagi produk kosmetik yang didapati gagal ujian makmal NPRA, syarikat akan diarahkan untuk membuat panggil balik (product recall) produk terlibat daripada pasaran dalam tempoh yang ditetapkan dan seterusnya melupuskan produk kosmetik terlibat. Boleh rujuk produk yang telah dipanggil balik di sini.

Sebab tu kadang2 kita jadi pelik.. Produk yang ada Not KKM pun tetiba KKM keluarkan laporan mengandungi bahan terlarang & merbahaya. KKM hanya akan buat analisa pada produk yang mendapat aduan ramai yang memberi kesan buruk pada pengguna. Tu tujuan produk yang nak di pasarkan kat Malaysia perlu apply Notifikasi KKM. Senang pihak KKM nak take action & kalau pihak pengguna nak ambil tindakkan pun mudah. Sebab maklumat tentang produk tersebut ada di berdaftar dengan KKM. Hangpa kena tahu.. Not KKM bukan bukti kelulusan apa - apa sekadar produk tu di bawah pemantauan KKM sahaja. Boleh rujuk entri ni >> TERBONGKAR! NOT KKM PADA PRODUK KOSMETIK BUKAN JAMINAN PRODUK ITU SELAMAT <<

Kebanyakkan local produk.. OEM produk je. Bungkus letak nama & jual. Marketing sapa bagus produk dia laris la kan. Bukan depa susah2 blender bahan, masak, buat ujikaji kat makmal pun produk yang depa jual tu. Sebab tu melambak orang boleh jadi pengasas produk sekarang ni. Modal yang serendah RM1k - RM3K pun katanya boleh buat produk sendiri dah sekarang ni. Yang penting kena pandai marketing jer. Sebab tu kebanyakkan local produk yang ada di pasaran bila kita tanya kat mana kilang yang memproses & mengeluarkan produk tersebut depa tak dapat nak bagitau. Sebab depa memang tak ada kilang sendiri.. Even produk tersebut di kilangkan di Kilang bertaraf GMP pun tidak menjamin ia bebas bahan terlarang ok! GMP hanya pengiktiran amalan pengilangan yang baik.. bermakna dari segi hygiene tu terjamin la tapi dari segi ingredient belum tentu yer. Buktinya banyak produk OEM yang dapat GMP tapi kantoi juga kat lab KKM ada bahan terlarang.
NPRA menjalankan pemantauan terhadap produk kosmetik di pasaran secara berterusan melalui aktiviti surveilans. Ini bagi memastikan produk kosmetik di pasaran mematuhi keperluan undang-undang dan garis panduan yang telah ditetapkan. Bagi mendapatkan sampel daripada pihak syarikat untuk tujuan pengujian makmal NPRA, pelbagai cara dilaksanakan seperti membuat pembelian produk kosmetik di pasaran dan turut berkerjasama dengan Bahagian Penguatkuasa Farmasi, KKM. 
So, jangan terpedaya kalau produk yang di sahkan KKM mengandungi bahan terlarang tetiba kata produk yang di buat ujikaji tu adalah tiruan. Aku sendiri pernah menghubungi Bahagian Penguatkuasa Farmasi KKM untuk mendapatkan kepastian berkaitan tuduhan KKM buat test keatas produk tiruan ni.. KKM mendapatkan sampel terus dari pengeluar produk tersebut mustahil berlaku sampel yang di ambil dari produk tiruan. Untuk maklumat lanjut hangpa boleh hubungi sendiri 
Unit Aduan,
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-7841 3200
Fax : 03-7968 2251
Email : aduanproduk@moh.gov.my


Tapi pelik juga kan.. Bila sesuatu produk di tarik balik mengandungi bahan terlarang yang merbahaya dengan hanya tukar packaging atau tukar nama dah boleh apply balik Not KKM? Tak boleh nak buat apa bila depa declare sebagai produk baru, nama baru, packaging baru memang la boleh apply NOT KKM balik sebagai produk baru. Syaratnya semua baru walaupun ingredient dalam produk tu sama. Sebab nak dapat NOTIFIKASI (NOT KKM) tak perlu hantar sampel kat KKM untuk di analisa terlebih dahulu sebelum dapat NOT.

Tapi sebagai pengguna tolong jangan jadi bodoh abadi sangat la kan.. Kalau sesuatu produk dah di sahkan KKM mengandungi barang terlarang & bahaya tetiba dalam masa sebulan dua keluar dengan produk baru yang kononnya menggunakan formula baru even ada Not KKM pun secara logik akal nak hasilkan produk kosmetik berkualiti & selamat takkan la masa yang di ambil sebulan dua jer untuk buat formula baru. Even kita bukan saintis, ahli farmasi atau pakar dalam bidang tersebut tapi sebagai manusia yang berakal rasanya boleh fikir kot apa yang logik & tidak. Sempat ke nak buat kajian & analisa kat makmal bagai sesuatu produk tu untuk memastikan ia selamat di gunakan dalam masa sesingkat tu.. Saintis pun boleh tabik hormat kalau ada pengeluar produk sehandal tu. hehehehehehe. Apa yang kita sebagai pengguna boleh buat.. samada memilih produk yang di jual kat drugstore macam farmasi, guardian, watson bagai.. Pilihlah produk yang memang dah lama dalam pasaran yang tidak mempunyai kontroversi terutama yang melibatkan kesan buruk selepas menggunakannya. Kalau sorang dua jer yang ada kesan buruk mungkin bukan salah produk tapi kalau dah ramai.. Takkan nak salah ibu yang mengandung pulak kan? Pepandai la nak hidup hehehehe

Memang bukan semua local produk merbahaya cuma lambakkan produk OEM yang macam macam jenama ni kita tak tahu yang mana selamat & tidak. Bila jadi viral baru kita tahu produk mana yang memberi kesan buruk kepada pengguna. Sekarang ni nak tahu ciri ciri produk ber mekuri & Hidroquinon ni senang je.. Google korang akan dapat info.

Walaupun Islam membolehkan wanita untuk berhias, tetapi dalam menggunakan perhiasan seperti kosmetik yang akan digunakan harus selamat dan tidak membahayakan kulit atau diri penggunanya. Oleh kerana itu, kosmetik yang dipilih harus benar-benar selamat untuk digunakan.
Berikut bahan-bahan kosmetik berbahaya. Seperti sebagai berikut:
Merkuri (HG) atau air raksa merupakan senyawa logam berat yang berbahaya dan bersifat racun sekalipun dalam konsentrasi yang kecil. Ada tiga macam bentuk merkuri (Hg), yaitu uap Hg (unsur Hg), garam Hg, dan Hg organik. Unsur Hg biasanya digunakan di laboratorium penelitian, sedangkan garam Hg pernah digunakan sebagai ubat cacing (HgCl2), bahkan sekarang masih digunakan dalam sejumlah krim kulit sebagai antiseptik. Selain itu garam Hg juga digunakan dalam industri elektronik, pembuatan plastik, fungisida, germisida, formula algam untuk tambal gigi.
kesan mercury yang biasanya digunakan dalam kosmetik krim pemutih adalah:
a. Timbulnya bintik-bintik hitam pada kulit,alergi,iritasi
b. Menyebabkan kerusakan permanen pada susunan syaraf,ginjal maupun otak
c. Mengganggu perkembangan janin terutama bila digunakan dalam dosis tinggi
d. Dalam jangka pendek dosis pemakaian mercury yang terlalu tinggi dapat menyebabkan muntah-muntah, diare dan kerusakan ginjal bahkan menyebabkan kanker pada manusia karena mercury merupakan zat karsinogenik.
Hidroquinon (>2%). Dikategorikan sebagai bahan yang berbahaya bagi kesehatan. Saat ini hidrokuinon masih digunakan sebagian produsen pemutih karena hidroquinon mampu mengelupas kulit bagian luar dan menghambat pembentukan melanin yang membuat kulit tampak hitam.Hidroquinon tidak boleh digunakan dalam waktu yang lama, dan jika pemakaiannya lebih dari 2 persen, harus di bawah kontrol dokter. Penggunaan hidroquinon yang berlebihan bisa menyebabkan oochronosis terhadap orang berkulit gelap. Oochronosis adalah kulit berbintil seperti pasir dan berwarna coklat kebiruan. Penderita oochronosis akan merasa kulit seperti terbakar dan gatal.
Hidroquinon yang biasa terdapat pada bahan kosmetik dapat menyebabkan:
a. Iritasi kulit, kulit jadi merah dan terbakar
b. Menyebabkan kelainan pada ginjal bahkan kanser darah dan kanser sel hati.
c. Sebagai golongan ubat keras, hidroquinon hanya dapat digunakan dengan rnasihat doktor untuk pemakaian diatas 2%.

Apapun.. Sesiapa sahaja boleh menjadi pengasas produk tapi apa yang kita jual tu akan di tanya kat akhirat nanti. Hukum menjual produk yang memudaratkan orang lain adalah haram. Bila kita jual benda haram mustahil la rezeki yang kita dapat tu halal kan? apatah lagi mendapat keberkatan..

Berdasarkan fakta (manath) tersebut, jelaslah bahawa menggunakan kosmetik berbahan merkuri hukumnya haram secara syar’i, kerana terbukti telah menimbulkan bahaya (dharar) pada kesihatan manusia. Jadi walaupun pada dasarnya menggunakan kosmetik bagi wanita itu boleh selama memenuhi syarat-syaratnya. Tapi hukumnya menjadi haram jika kosmetik yang dipakai menimbulkan bahaya (dharar)
segala sesuatu benda/perkara yang berbahaya, sementara tidak terdapat nash syar’i tertentu yang melarang, memerintah, atau membolehkannya, maka hukumnya haram, sebab syariah Islam telah mengharamkan terjadinya bahaya. Dengan demikian, menggunakan kosmetik berbahan merkuri dapat diharamkan berdasarkan kaidah fiqih ini kerana terbukti menimbulkan bahaya bagi penggunanya. Wallahu a’lam
hukum Setiap Perbuatan/Benda Yang Mubah jika berbahaya atau membawa pada Bahaya, maka BENDA/PERBUATAN itu menjadi Haram.menjual benda yang mengandung merkuri hukumnya menjadi haram.

Allah ni nak menguji kita sebagai manusia bukan je dengan musibah malah dengan nikmat kesenangan hidup. Dia bagi kita rezeki melimpah ruah dengan jual produk yang memudaratkan orang lain.. Kenapa dia bagi kalau benda tu salah? Tu la namanya Ujian. Dia bagi tak semestinya dia redha.. Ramai je manusia yang hidup senang lenang kat dunia dengan rezeki dari sumber yang haram. Orang jual dadah, arak bagai pun ramai yang hidup senang lenang. Jangan ingat yang jual benda2 tu non muslim.. Di kalangan orang Islam pun ada. So Apa nak pelik. Hidup ni memang Ujian buat semua manusia. Cuma ujian kita dalam cara yang berbeza. Ada di uji dengan kesenangan & ada di uji dengan kemiskinan.

Apapun entri ni sekadar perkongsian  dalam penulisan santai supaya orang lain lebih memahami & tidak tertipu dengan lambakkan produk kosmetik & kecantikkan yang ada dalam pasaran. Sebagai pengguna kita kena bijak memilih.. Tak perlu takut nak menyampaikan kebenaran asalkan kita sampaikan dengan cara yang selamat & apa yang kita sampaikan itu berfakta & betul even kita miskin sekalipun. Allah tak pernah menghina hamba yang miskin apatah lagi menganiaya mereka yang dari golongan miskin ni.. Allah menguji tanda kasih sayangnya.

Moral of the story...  Sampaikanlah kebenaran. Yang benar tetap akan benar sampai ke akhirat nanti. Dan bukan semua local produk tu tidak selamat cuma kita kena bijak memilih jer. Peace Yo!

Sumber : rahsiafarmasi

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com