Showing posts with label terkejut. Show all posts

SERAM! POS LAJU SHAH ALAM DI SELUBUNGI MISTERI SELEPAS BUKA SATU BUNGKUSAN

SERAM! POS LAJU SHAH ALAM DI SELUBUNGI MISTERI SELEPAS BUKA SATU BUNGKUSAN. Pagi pagi lagi dah warm up dengan cerita seram apa kes lekatlekit Ooi.. Alah.. takde kes apa - apa cuma rasa macam best je nak tulis cerita ni dalam segmen seram serik lekatlekit ni. Almaklum la selaku blogger puaka mesti la apa yang ada kaitan dengan dunia mistik & misteri kena abadikan dalam blog agar blog lekatlekit.com terus di hantui cerita cerita seram katanya..


Rasanya ramai kot dah tahu sebab benda ni dah jadi viral.. Alah kes petugas pos laju yang terkejut bila buka satu bungkusan kiriman barang ada seekor jenglot. Gila kau.. sekarang ni nak beli jenglot boleh hantar pakai pos laju jer. Sapa gamakynya seller & sapa gamaknya buyer tu kan? Bila kes ni jadi viral mesti depa tahu siapa depa kan?

Alkisahnya.. satu bungkusan ni masa scan di kesan macam ada sesuatu bergerak gerak di dalamnya maka petugas pos Malaysia tu rasa tak sedap hati la. Risau ada benda bernyawa dalam tu.. Maka dia pun buka la. Bukan dia pecah amanah ke apa.. Sebab benda tu mencurigakan. Mungkin juga niat dia untuk menyelamatkan satu nyawa yang mungkin akan mati kelemasan dalam bungkusan tu kalau tak di buka. Tapi sebaik je dia buka.. Terus berdegup jantung ku.. mendengar kan namamu ah.. ah... Sorry ternyanyi pulak.. Sekali Jenglot kau! Matilamak nak Oooi.. Sapa punya kerja la hantar Jenglot guna pos laju ni wei. Mau satu department buat bacaan yassin gamaknya lepas buka parcel berisi jenglot untuk mohon perlindungan dari Allah.

Sekali buka Tu dia.. terbujur Jenglot. Kalau hangpa gamaknya pengsan ke koma terus hahahaha
Ada yang tak tau Jenglot tu apa.. Dia macam sejenis makhluk halus jugak la. Di gunakan untuk tujuan tertentu yang pasti tujuan yang tak baik la. Memang benda ni ada berkaitan dengan amalan syirik & khurafat sebab perlu melakukan ritual pemujaan dulu baru dia berfungsi. Takde kau letak bateri AA terus dia hidup boleh bekerja untuk kau ok! Jangan tanya aku lebih2 la.. aku bukan pengamal benda2 macam ni. Apa yang aku tau kebanyakkan melalui pembacaan aku je.

Ada yang dok pertikai kakitangan pos laju suka hati je dok buka parcel orang. Tapi memang depa ada kebenaran untuk membuka sebarang bungkusan sekiranya mencurigakan atau barang di dalamnya melanggar terma & syarat pos malaysia. Dalam kes ni.. kalau dah macam tu aku rasa memang patut depa buka pun. Kau tak suspect apa2 ke kalau dah sampai bergerak gerak.


Zaman sekarang kan.. perkhidmatan jenis spiritual & berkaitan dengan alam mistik pun banyak orang boleh buat secara online. Benda - benda macam tu upgrade bersama teknologi sebab tu tak pelik kalau sihir pun boleh di hantar melalui atas talian. Kita sebagai manusia yang hidup di zaman teknologi sedang berkembang ni.. Bukan je kena berhati hati dengan bahaya yang nampak dengan mata kasar.. Malah bahaya yang menggunakan makhluk2 halus ni pun kita kena ada protection jugak. Tapi jangan la hangpa satgi pi dok minta tangkal la.. Azimat la hapa... Nak buat pendinding diri ni guna ayat2 Al Quran pun ada... Nanti hangpa rujuk entri ni >> PENDINDING DIRI CARA ISLAM YANG MUDAH DI AMALKAN <<



Moral of the story.. Amalan syirik, khurafat & kepercayaan kepada benda2 mistik bukan hanya ada pada zaman dulu - dulu. Zaman di mana manusia masih jahil.. Tapi zaman sekarang ni pun semakin menjadi jadi. Malah di mudahkan lagi benda benda macam tu melalui teknologi. Jadi siapa yang lebih kuno? hehehehe

HEADER BLOG NI SANGAT MENYERAMKAN PENGUNJUNG BLOG

HEADER BLOG NI SANGAT MENYERAMKAN PENGUNJUNG BLOG. Kalau dah header blog menakutkan sangat sampai orang tengok pun rasa seram boleh mengundang mimpi ngeri gamaknya ada tak orang nak clik blog tu kalau dah tau penangan header dia yang mengerikan tu. Confirm la tidak kan... Kecuali la ter clik tanpa sengaja atau orang yang betul2 berani jer. Setakat ni aku tak jumpa lagi la blog yang header dia sampai boleh buat aku rasa seram sejuk & terkejut bila terclik blog dia. hehehee

Header pernah di gunakan di blog lekatlekit.com dulu

Tapi bila aku anjurkan Giveaway kat Blog lekatlekit.com ni & minta peserta mengutuk atau lebih berhemah mengkritik apa2 saja yang mereka rasa tak suka dengan blog lekatlekit.com atau dengan admin blog. Setakat ni yang komplen pasal header yang menyeramkan tu lebih ramai dari yang kritik pasal benda lain kat blog ni. Amboi effect sungguh header tu kepada pembaca blog lekatlekit.com yer.. Ada yang kata kadang2 bila clik blog aku malam2 terkejut di buatnya bila muncul header tu.. hehehehe.. maafkan kami penunggu gua!

Blog ni walau niche dia sangat la rojak.. Tapi memang di kenali dengan blog kisah seram sebab banyak aku share entri2 cerita seram atau review filem seram yang aku tengok. Tapi bukan la hari2 ada entri kisah seram ni. Ikut mood aku la nak tulis. Kalau tetiba mood macam hantu maka aku menghantui la orang lain dengan entri kisah seram. Sebab tu header tu macam menyeramkan sikit walhal guna model paling comel dalam hati aku tu.. Iatu anak aku sendiri. hehehehe

Header yang sedang di gunakan sekarang

Apapun aku sangat hargai komen & kritikan semua.. Kalau ramai yang rasa header tu perlu di tukar Insya Allah aku akan tukar demi kesejahteraan pembaca blog lekatlekit.com. Korang kalau rasa ada tak puas hati & meluat sangat dengan blog lekatlekit.com ni meh la join Giveaway ni.. Dari dok mengata belakang je hapa pun tak dapat selain dosa mengumpat aku.. Ada lebih bagus join Giveaway ni. Untung2 dapat hadiah. Baik tak aku. Orang mengutuk aku pun aku nak bagi hadiah. Kenapa tak suruh orang puji? Pujian kebanyakkan palsu tu malas nak suruh orang puji. hahahhaa. Nak join  clik je banner kat bawah ni..

 Giveaway Mengutuk Blog Lekatlekit.com

Apapun den menanti penuh debaran lebih banyak kutukan yang berapi dari semua peserta di Giveaway ni. Tak payah risau den kecik hati ke hapa.. Kutuk je ikut sedap rasa tapi kutukkan tak boleh berunsur mengherdik tapi kena berunsur mendidik. Jangan tetiba kutuk muka den macam kawah bulan.. apa kena mengena ye dak. hahahaha

Moral of the story.. header blog den ni bagi pandangan mata den tak ada lah menakutkan sangat berbanding benda ni.. Rasanya ramai yang mula takut dengan kehadiran dia di Malaysia sekarang >> 9 Things You Can Do To Keep Yourself Safe From The Deadly Zika Virus << Kan? Seriau beb kalau terkena.

TERKEJUT TENGOK TEKSI FERRARI KAT MALAYSIA

TERKEJUT TENGOK TEKSI FERRARI KAT MALAYSIA. Ferrari jadi teksi kat Malaysia?? Biar betul?? Mak Aii... berapa la tambang naik teksi ferrari ni gamaknya. Bukan pintu je kalau teksi biasa dah RM3 kalau teksi ferrari berapa puluh ringgit gamaknya per kilometer. Mesti hangpa tak caya kan ada teksi ferrari kat Malaysia.


Ada... Tapi mungkin sebiji tu je la teksi Ferrari kat Malaysia sekarang ni. Akan datang tak tau la kot2 Malaysia jadi kaya raya. Pemandu teksi pun katanya tak main pakai jenama proton lagi dah beralih kepada sport car.. siapa tahu. Yelah tahun 2020 yang pernah di gambarkan ni macam zaman berteknologi tinggi & canggih giler kalau dalam filem. Ada kereta terbang bagai kan... Manalah tau masa tahun 2020 nanti teksi pun ferrari.

Tapi yang cerita teksi ferrari kat Malaysia ni aku tak tipu. Bertuah la sorang perempuan ni dia call untuk dapatkan teksi tiba2 yang sampai teksi ferrari kau! Mau terlopong & terbeliak. Teksi ferrari ok! Di ulangi TEKSI bukan kereta sewa! Kalau korang tak caya meh tengok kat sini >>Video! Wanita ni terkejut tengok teksi Ferrari <<

Alah apa nak pelik kalau satu hari nanti ferrari bersepah di jadikan teksi sebab kereta ni bukan jenis aset yang harga dia maintain. Dia lama2 jadi harga besi buruk je. Bukan macam tanah. Makin lama makin mahal even tanah yang sama, ye dak?? Tak pelik sangat la kereta mewah tetiba jadi takde harga & jadi kereta yang bersepah atas jalan suatu hari nanti

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com