Dulu sang lekit pernah kongsi satu artikel berkenaan saka ni tapi ciri - ciri orang yang memiliki saka tanpa sedar(Clik
DISINI kalau korang rasa nak baca entri tu). Kali ni sang lekit nak kongsi lagi artikel berkenaan saka juga. Saka memang sinonim dengan masyarakat melayu sehingga ke hari ni pun masih ramai lagi mengamalkan ilmu saka ni walau ia di larang dalam agama.
Masa search jumpa la gambar ni. Wah drama yang pernah di tulis blogger Mak Dara & suaminya tu. So pinjam jab ekk kak ida poster ni
Pada mereka yang masih degil & ada niat nak bela saka ni meh sini sang lekit nak bagitau kesan - kesan buruk mungkin terjadi kepada pengamal atau pewaris saka ni.
Kesan Dan Akibat Daripada Saka:.
1.Orang memiliki saka sukar untuk mendapat anak.
2.Banyak perkara ganjil berlaku di dalam hidup seperti pernah berjumpa dengan orang aneh namun orang lain tidak dapat melihatnya dan sebagainya.
3.tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit aneh yang tidak mampu didianogsiskan. Mungkin juga berpotensi menghidap penyakit kanser kerana kanser mempunyai pertalian yang rapat dengan gangguan jin.
4.Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat.
5.Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata orang.
6.Kadangkala tahu perkara-perkara mustahil diketahui oleh orang-orang lain. Namun hakikatnya ia adalah bisikan iblis dan jin.
7.Anak kepada anak cucu yang mempunyai saka sentiasa banyak menangis semasa kecil dan semasa besar berperangai dengan perangai yang buruk.
8.Anak cucu yang mempunyai saka suka melawan cakap ibu bapa dan orang lebih tua.
9.Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang
Alang - alang dah tulis entri pasal saka ni sang lekit nak kongsi juga satu lagi info berkenaan mereka yang sering menjadi sasaran untuk di dampingi saka yang pernah di bela orang atuk nenek atau mak bapak dorang dulu. Antara ciri2 orang yang menjadi sasaran saka ni ialah..
1.Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.
2.Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama.
3.Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.
4.Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.
5.Anak cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.
6.Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenk moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal.
7.Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah s.w.t.
Untuk membaca artikel sepenuhnya korang boleh clik
DISINI.
Apapun setiap perbuatan atau amalan yang buruk kesannya juga buruk. Yang nampak nikmat & indah cuma bisikan syaitan yang ingin menyesatkan manusia. Dia akan memberi gambaran - gambaran nikmat untuk memesongkan akidah manusia. Memang itu dah kerja dia. Namun kita yang bernama manusia haruskan kuatkan iman untuk menepis godaan2 syaitan ni dari terjerumus dengan perkara - perkara syirik & khurafat.
Entri ini sekadar berkongsi info & pengetahuan bukan berniat untuk mengajak sesiapa percaya kepada perkara2 syirik & khurafat yang masih wujud dalam kehidupan kita seharian.