Showing posts with label maknyah. Show all posts

PERKARA NI PONDAN TAKKAN MAMPU BUAT UNTUK JADI SEORANG WANITA

PERKARA NI PONDAN TAKKAN MAMPU BUAT UNTUK JADI SEORANG WANITA. Melihat seorang usahawan kosmetik transgender ni gigih untuk menyakinkan masyarakat bahawa dia seorang wanita yang di lahirkan sebagai khunsa kadang kadang nak tergelak. Bukan apa.. dah terang terang orang tahu kot jantina dia.. Gigih lahai dia nak juga orang percaya dia tu seorang perempuan. Tak cukup dia heret mak bapak dia untuk sama sama menyakinkan orang awam bahawa dia perempuan.. Dia create macam macam isu untuk membuktikan dia perempuan.


Tapi tak tahu la perbuatan dia samada dia nak orang percaya dia perempuan atau sekadar mencipta kontroversi untuk menaikkan nama dia sekaligus memberi benefit kepada produk jenama dia. Sebab kebanyakan usahawa kosmetik melayu perangai macam tu terutama yang dah menjadi satu brand yang di kenali walau kualiti produk hurmm... so so je. Kadang2 some pah jugak. Cara mereka menaikkan jualan dengan guna marketing murahan macam ni la. Buat isu yang boleh jadi kontroversi.. ramai media akan tulis so secara tak langsung mereka dapat benefit even dengan publisiti murahan.

Berbalik isu dok buktikan diri dia tu perempuan dengan cara tunjuk tuala wanita yang konon dia guna.. hello bang!! Perempuan tulen takde masa nak up benda benda macam tu. Kami rilex je kot kalau datang bulan. Tak ada sampai nak bagitau orang dengan up gambar tuala wanita. Sebab perempuan tulen ni.. secara mata kasar pun boleh nampak keasliannya. Yang tiruan.. kau buat la apapun kau takkan nampak seperti yang asli. Kau kekal nampak tiruan. Sebab Allah ni sebaik baik pencipta. Even kau tiru macam mana sekalipun gaya perempuan setakat ni tak ada pondan berjaya menjadikan diri dia 100% seorang perempuan. Tak payah ambil contoh lain.. lenggok suara pun dah cukup. Lenggok suara perempuan dengan pondan kau buat macam mana pun takkan sama. Tetap yang pondan bunyi pondanya.. Tak ada cara kau boleh buat untuk ubah tone suara kau walau kau boleh tukar jantina sekalipun.

Selain tu of course la dia tukar jantina sekalipun.. suntik hormon & besarkan payudara dia takkan mampu untuk mengandung & lahirkan anak. Tak ada teknologi yang boleh pindahkan rahim seorang wanita masuk ke dalam badan pondan untuk membolehkan dia menjalani hidup 100% macam perempuan tulen. Boleh mengandung, beranak & menysusukan anak. Apatah lagi membuatkan diri kau datang period. setakat siram sirap ros atas pad lepas tu upload kat social media cakap kau datang bulan boleh la. Setakat boleh ambil anak angkat & claim sebagai mama walau hakikatnya kau jantan nyah!

Tu hebatnya Allah.. Dia menjadikan lelaki & perempuan berbeza . walau macam mana sekalipun.. walau kau berusaha untuk mengubah ciptaan asalnya tetap takkan berjaya. Kau potong kemaluan & tukar kepada kemaluan jantina yang kau nak sekalipun kau takkan dapat ciri ciri perempuan yang Allah jadikan sejak azali. So tak payah try hard sangat bak kata orang sekarang ni.

Yer memang ada lelaki jenis lembut bukan pondan.. dia hidup seperti fitrahnya lelaki. Berpasangan dengan perempuan cuma sifat kelakian dia nampak berbeza sikit tapi at least dia menjadi seperti apa yang di jadikan. Dia tunai tanggungjawab seorang lelaki & dia hidup seperti seorang lelaki walau perwatakan dia agak lembut. Bukan hina atau dosa di lahirkan dengan perwatakan lembut ni.. Tapi jika memilih hidup dengan cara songsang itu yang nampak hina sebenarnya.

Moral of the story... Orang islam percaya tiada kuasa yang boleh melawan kuasa Allah & tidak yang lebih hebat selain Allah. Apa yang berlaku ni sebenarnya kalau kita renungkan balik.. Allah sedang menunjukkan kehebatannya dimana seorang lelaki yang berusaha menjadikan diri dia seorang perempuan dengan macam macam cara.. Tapi keluar suara jer kantoi. Nampak simple tapi tak ada pondan berjaya bercakap dengan lenggok suara perempuan asli. Majoriti lenggok pondan je. Allahuakbar.. Itulah kebesaran Allah yang kadang kadang kita tak perasan.

BILA PONDAN DI KASTAKAN.. YANG KAYA DI MULIA, YANG MISKIN DI NERAKA

BILA PONDAN DI KASTAKAN.. YANG KAYA DI MULIA, YANG MISKIN DI NERAKA. Dunia pondan pun ada kasta katanya.. Pondan - pondan lorong majoriti melihat mereka satu makhluk yang hina penuh dosa & maksiat. Mereka di pandang dengan pandangan jijik sebab kehidupan mereka di lorong lorong bagaikan tikus pembawa wabak.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Manakala pondan kaya pulak di lihat bagaikan hamster di dalam sangkar emas. Semua nampak cantik, nampak elok & nampak baik. Maksiat mereka di walau terang terang nampak tetap ramai buat buat macam tak perasan. Terus di beri sokongan yang tiada berbelah bagi. Di puja puji bagaikan sang puteri kayangan yang cantik menawan. Apa mereka buat semua pakat speechless. Kagum sampai tak hingat depa sedangkan menggalakkan satu dosa di buat secara terang terangan.

Betapa masyarakat kita masih hidup dalam adat 'Kasta' ni. Yang kaya.. semua jadi baik, jadi betul & jadi mulia. Yang miskin semua jadi hina, jijik & ahli neraka. Sedangkan dosa mereka nampak sama ja.. Cuma kehidupan mereka je berbeza. Beza cuma sorang di dalam banglo mewah, mempunyai perniagaan yang maju & sorang berada di lorong.. meneruskan kerja memperdagangkan diri untuk meneruskan kehidupan. Tapi dua dua sama.. Hidup melawan fitrah & songsang.

Betapa tak adilnya kan masyarakat kita ni.. Yang di lorong2 kemain kena ambush kena tangkap bagai.. Yang kaya tayang boipren sama jantina. Tak ada mana2 jabatan agama nak ambil tindakkan pun. Wat lex Wat peace je. Siap ada yang announce nak kawen dengan pasangan sesama jenis. Terang terang berpakaian wanita secara public tak siapa berani ambil tindakkan. Sebab mereka kaya.. Kekayaan mereka menjadi kuasa besar seolah olah hukum Allah dah jadi tak ada nilai pada mereka apatah lagi undang undang dunia. Sebabnya.. Ramai yang takut dengan kekayaan mereka miliki.

Betul lah kata Sayyidina Ali.. "Kezaliman akan terus ada bukan karena banyaknya orang-orang jahat tetapi karena diamnya orang-orang baik." Orang orang baik akhir zaman lebih suka jaga kepentingan sendiri dari menegakkan kebenaran. Yang lemah saya di ambil tindakkan.. Yang mempunyai kuasa harta kekayaan.. di biar terus melakukan apa saja.

Ni bila tulis macam ni satgi mai la kaki penjilat bontot golongan kaya kata orang dengki bagai.. Teruslah jilat bontot mereka wahai pencacai sebab level hangpa memang bawah bontot golongan macam tu je. Sedut la kentut depa sampai kenyang. Tapi kebenaran tu harus di sebarkan. Yang salah tetap la salah.

HANGPA KENA INGAT PONDAN TETAP PONDAN. TAK KIRA KAYA ATAU MISKIN. KALAU SALAH TAK ADA APA YANG JADI BETUL.

Moral of the story.. Jangan ingat dengan menjaga kepentingan sendiri tu kita terlepas dah dari soalan cepukcemas malaikat dalam kubur nanti. Belum tentu ok!

KERANA MISAI PUN BOLEH BUAT LELAKI PUTUS ASA UNTUK JADI LELAKI

KERANA MISAI PUN BOLEH BUAT LELAKI PUTUS ASA UNTUK JADI LELAKI. Manusia zaman sekarang memang semua hati tisu.. jiwa rapuh bak ranting mati.. Tak boleh di uji sikit cepat untuk mengalah. Tak kira la lelaki atau perempuan. Walaupun lelaki ni terkenal dengan sikap yang hatinya lebih keras jiwanya lebih kental tapi mungkin lelaki lelaki macam tu wujud zaman hang tuah je. Zaman hang Najib sekarang cuma hang Najib je masih kental biarpun di kecam, di hentam, di kutuk, di hina, di herdik & di caci tanpa belas kasihan. Lelaki lelaki lain bukan tak ada macam hang Najib cuma semakin tak berapa ramai dah. hahaha

Icon Abang Misai Paling Legend di Malaysia. Biar badan tak sado tapi dengan misai lentik cukup buat dia nampak hero hehehe

Semua orang tahu isu seorang bekas maknyah yang kembali ke dunia pondan tu kan? Dia meletakkan kesalahan tu kepada orang yang katanya mengecam dia biarpun dia cuba berubah menjadi seorang lelaki walhal sejak dia mengumumkan untuk berhijrah ramai yang menyokong & memberi kata kata peransang & semangat untuk dia terus menjadi lelaki. Aku sendiri rasa macam tak boleh terima sangat alasan dia menyalahkan orang lain tu.. Sebab dalam hidup kita sebagai manusia kau baik ke jahat ke memang tak dapat elak jadi bahan umpatan orang. Dulu kau kental di hina sebagai seorang pondan.. Takkan kena kutuk bila kau memilih jalan kearah kebaikkan kau dah tak boleh tahan. Mula2 aku memang rasa tak nak la kritik dia.. memang aku taknak kritik dia pasal keputusan dia nak jadi pondan tu cuma jangan jadikan orang lain sebagai alasan bila kau sendiri sebenarnya memang gagal mengawal nafsu sendiri. Kau sendiri sebenarnya tak mahu jadi lelaki. Bak kata pepatah.. dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau tak ada kemahuan memang seribu satu alasan dia bagi.

Paling tak boleh blah.. Isu misai & janggut pun dia jadikan salah satu punca kenapa dia kembali ke dunia pondan. Sapa kata misai & janggut sesuatu yang remeh dalam kehidupan lelaki. Ada lelaki akan jadi down bila misai & janggut dia tak tumbuh. Terus tak mau jadi lelaki katanya. Mungkin sebab tu la 7 Lelaki Ni Memilih Kekal Bermisai dengan gaya Unik kot >> 7 Abang Yang Menjadi Idola Kepada Lelaki Yang Nak Bermisai << Sebab Misai jugak menjadi salah satu lambang kelakian katanya. Tapi kalau tak ada misai tak bermakna dia tak lelaki kan. So, Tak payah nak down sangat la kalau kau jenis lelaki yang memang tak mampu nak bermisai atau janggut. Ramai je lelaki kat luar sana tak ada misai & janggut. Elok je menjalani kehidupan mereka sebagai lelaki normal. Kot2 la misai tu penentu lelaki tu subur atau tak. Mungkin boleh la di anggap masalah serius. hikhikhik.

Moral of the story.. Dengan meletakkan kesalahan pada orang lain sebagai punca kita melakukan perkara buruk tak membuatkan kita nampak baik. Jadi apapun perkara yang berlaku dalam hidup kita kebanyakkan adalah pilihan kita sendiri. Kalau nak dengar apa yang orang cakap memang ramai yang mati bunuh diri.

MAK NYAH & PENGKID BAKAL DI PENJARAKAN??

Tu dia... Tindakkan tegas bakal di usulkan pada golongan berpenampilan & berpewatakkan songsang sampai nak kena penjara. Bunyi macam kejam tapi entahlah.. kalau takde tindakkan tegas masalah ni akan jadi semakin serius.. kalau sampai nak kena sumbat golongan macam ni dalam penjara rasa dorang tak buat kesalahan yang melanggar undang2 negara tapi kalau melanggar hukum agama memang ye la..


Den nak cakap lebih pun den ni bukan ahli pakar hukum hakam.. Tapi dari hati seorang manusia rasanya memenjara golongan songsang macam ni bukan satu tindakkan yang terbaik sedangkan golongan macam ni apa yang lebih penting adalah pemulihan. Macam orang menangih dadah.. tempat depa kat pusat pemulihan dadah. Kalau golongan songsang camni elok la letakkan mereka di tempat pemulihan akhlak.


 Sumber HarianMetro

Tak perlu letakkan mereka dalam penjara & bila keluar dapat title banduan. Cuma perlu kita beri didikkan & sokongan untuk memulihkan golongan macam ni. Sebenarnya baca tajuk berita je sebab cerita dia metro kedekut nak share. Takut blogger plagiat la tu.. tapi apa yang den tulis kat atas tu sekadar pandangan peribadi den jer merujuk kepada tajuk akhbar bukan dari cerita di sebalik tajuk tu. Cerita dia tak tau lagu mana... tapi kalau betul nak kuatkuasa mak nyah & pengkid di penjarakan.. elok la di fikirkan semula kesannya. Kalau ada salah tang mana2 pandangan den ni.. tegur la secara berhemah.

P/s : kang ada pulak tuduh den penyokong LGBT. Bukan den sokong golongan depa ni tau.. tapi PENJARA tu bagi den bukan hukuman yang terbaik sedangkan golongan macam ni kategori rosak akhlak & ada krisis identiti jer. Jalan yang terbaik adalah pemulihan..

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

PERBARISAN MAKNYAH SEMPENA MERDEKA

Maknyah pun manusia.. Maknyah pun rakyat Malaysia.. Jadi apa salahnya depa nak turut sama memeriahkan perarakkan sempena merdeka dengan menyertai perbarisan. Jadi harap takde sapa la mempertikaikan penyertaan mereka dalam acara menyambut kemerdekaan ni.

KUANTAN – Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 mempunyai keunikan tersendiri pada perbarisan yang diadakan turut disertai 12 ormak nyah bagi mewakili Drug Intervention Community (DIC) Malaysia Pahang.

Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid berkata, penyertaan itu sebagai satu usaha mengubah persepsi orang ramai kepada golongan tersebut sering dipandang serong dan dihina.

Lebih malang katanya, ada yang menganggap golongan ini tidak patut ada dalam masyarakat dan bertindak memukul mereka sehingga cedera parah.

"Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat.

“Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," katanya. (artikel penuh baca kat SINI )

Betul tu menerima mereka bukan sebab kita menyokong apa yang tak baik mereka buat tapi mungkin pendekatan macam tu boleh membimbing mereka secara perlahan untuk kembali menikmati hidup seperti manusia normal yang lain & berubah kearah yang lebih baik.

Jadi sebagai rakyat Malaysia.. Kita kena sokong penglibatan golongan macam ni dalam aktiviti macam ni. At least takde la mereka rasa mereka takde tempat langsung di mata masyarakat kan?? Apapun selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 56 semua. merdeka!merdeka!merdeka!

P/s : Ramai yang mempertikaikan penyertaan nyah2 ni dalam perbarisan kemerdekaan kononnya mengiktiraf golongan ni. Hello... dorang tak mewakili persatuan nyah tapi DIC Drug Intervention Community. Jadi kat mana salahnya kalau dorang nak sertai perbarisan ni?? Kalau kata sebab dorang nyah.. tak kira la dorang wakil dari persatuan yang sah kat M'sia tetap salah untuk dorang sertai aktiviti macam ni.. tak payah ambik contoh lain. Ko pergi check penari2 yang dok terkinja2 masa hari sambutan macam ni.. takde yang nyah ke?? Napa dorang tak jadi isu besar pun sertai perarakkan sambutan macam ni?? Sebab dorang bukan wakil persatuan Nyah?? Macam tu jugak dengan nyah2 ni. Selagi dorang tidak berpakaian tak senonoh ataupun songsang masa perbarisan tu nanti..tak salah pun dorang join. Isu hidup songsang dorang tu isu lain yang patut kita perdebatkan. Isu sekarang dorang pun rakyat Malaysia yang berhak sertai aktiviti macam ni selagi dorang ikut peraturan



TETAP LELAKI WALAU BER 'ANU' PEREMPUAN

Kalau dah lahirnya lelaki tetap la lelaki walau kau bersolek sampai hilang terus kejantanan kau, habis beribu riban tukar alat kemaluan semata - mata nak jadi seorang yang lahiriahnya perempuan yang sempurna.

Carian Google

Kat Malaysia banyak kes pembedahan jantina di kalangan pondan, maknyah & apa je gelaran bagi mengambarkan lelaki yang bernaluri wanita ni. Terbaru kita semua tahu kes permohonan seorang hamba Allah yang nak tukar identiti (Nama & jantina) pada mykad dia sebagai seorang perempuan dengan alasan dia dah buat pertukaran jantina.

Kalau berjaya sekalipun dia menukar identitinya sebagai perempuan tapi bila mati tetap dia seorang lelaki walau cuba melalui rutin hidup sebagai seorang perempuan pun. Jenazah dia juga akan di uruskan sebagai seorang lelaki sehingga la kepada pembacaan talkin.Takkan di sebut identiti wanita yang cuba di tukar kat dunia. Hukumnya sangat jelas. Lelaki tetap lelaki. Takde apa yang dapat mengubah hakikat kejadian tu walau cuba di ubah dari segi fizikal & mental sekalipun.

Bagi mereka yang menghadapi krisis identiti macam tu.. Yang di lahirkan lelaki tapi bernaluri kewanitaan berfikir la sebelum membuat keputusan merubah sesuatu yang besar dalam diri korang sebab banyak terjadi keseronokkan menikmati hidup mengikut tuntutan nafsu & hati ni akhirnya sesal yang datang di akhir cerita. Takde seorang lelaki yang menukar jantinanya bahagia & berpuas hati dengan apa yang di lakukan hingga akhir hayat. Semuanya berakhir dengan keluhan kesal yang tak terkata.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com