Sang Lekit memang ikuti kes shila amzah, sharnaaz & ND Lala.. walaupun blog melekit ni bukan kategori blog cerita retis lebih kepada cerita rojak yang semua cerita ada ikut mood & minat sang pentulis blog nak tulis apa dari hasil pemerhatian, pembacaan & pendengaran. Sang Lekit tak letakkan tema blog ni sebab sang lekit jenis apa je aku rasa minat nak kopek.. akan di kupas kupis sampai ke urat saraf paling halus tak kisah isu semasa, isu peribadi, isu retis, isu jiran sebelah umah.. ada ku kesah kau siapa & cerita apa. hahahaha
Berbalik pada isu yang nak di kopek.. kita sedia maklum pasal kes tiga retis ni. Kes bapak shila amzah iatu ND Lala yang tak berapa berkenan dengan pakwe anak dia iatu pelakon sharnaaz. Sang lekit memang dah perasan yang pak ND Lala memang macam tak berapa berkenan dengan si sharnaaz sejak tengok dia bagi statement dalam rancangan galaksi ke melodi ntah.. lupa pulak. Dari apa dia yang dia cakap.. tak tahu pasal hubungan cinta anak dia.. tak amik tahu & tak nak tau, sapapun perasaan dia tak suka hubungan tu terjalin. Tapi sang lekit setuju dengan ND lala bila dia kata sharnaaz ni bukanlah bodoh tapi kurang cerdik. Terbukti dengan kenyataan2 sharnaaz bila di landa kontroversi.
Terbaru shila Amzah tampil bagi statement pasal pergaduhan ayah & kekasih dia tu.. maka shila keluarkanlah statement ni
Shila memahami situasi ibu bapa Shila dan kenapa mereka begitu
menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan
takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam
hati Shila.
Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.
>> SILA CLIK DISINI UNTUK BACA ARTIKEL PENUH <<
Pak ND Lala cakap sharnaaz biadap bila keluarkan kenyataan nak merisik shila walau di halang pihak ND Lala yang si sharnaaz pula balas balik dengan kenyataan dia nak kawen dengan shila bukan bapak dia.. Bila shila keluarkan statement, Si Sharnaaz pulak tak puas hati cakap shila takde pendirian, rela kena kongkong.
sedutan statement sharnaaz
Sharnaaz turut melahirkan rasa kesalnya kerana tindakan Shila yang seakan-akan tidak mampu membuat keputusan sendiri.
“Sampai bila dia (Shila) nak dikawal begitu? Hak bersuara dan berfikir adalah hak dia, bukan hak ibu bapanya.”
Artikel penuh baca kat SINI
Ni Sang lekit cakap nak cakap sikit yer sharnaaz.. selagi kau tak jadi laki dia selagi tu dia hak mak bapak dia. Restu mak bapak tu penting. Takkan sebab kau yang macam saiko dia nak buang mak bapak dia pulak. Kalaupun dia rela kena kongkong dengan mak bapak dia.. hang takde hak nak campur sebab hang bukan sapa2 lagi dengan shila. Setakat kapel kalau putus tak kena naik turun mahkamah la sharnaaz. Yang hang macam nak suruh dia lawan cakap mak bapak dia tu dah kenapa?? Rasanya sebab tu la kot bapak shila amzah tak berkenan dengan si sharnaaz ni. Belum apa2 lagi dah macam mencabar bapak shila. Belum kawen dah tunjuk perangai macam ni.. elok la reject awal2 yer shila. Bukan apa takut esok2 dah jadi bini dia.. macam macam masalah pulak timbul. Moga si sharnaaz fikir sebelum keluarkan apa2 statement.. ingat sharnaaz ko dok bergaduh dengan bapak shila.. kalau ko nak kawen tetap ko kena minta bapak shila wali kan dia. Tapi nampak gayanya.. kau macam takde harapan kot.

Aduhai.. ni bukan sebab depa semua artis tapi untuk jadi pengajaran buat kita semua. Kalau laki jenis awai2 lagi suruh bantah (lawan) cakap mak bapak.. dari situ nampak sangat ketidakmatangan & ketidakbaikkan budi pekerti dia. Jadi jangan amik risiko yer anak anak.. Dalam kes ni sang lekit nampak sharnaaz ni jenis baran & taknak mengalah jugak. Shila kena fikir jugak tentang tu.. selama ni mak bapak dia besarkan dia dengan penuh kasih sayang & belai manja jangan dah kawen esok silap sikit kena maki hamun pulak. Bukan sang lekit kata sharnaaz macam tu yer tapi takut jugak la jadi macam tu.
P/S :
tetiba hari terbaca statement shila kat sinar harian yang berbunyi something sangat seperti ni
“Ya
keluarga perlu diutamakan... tetapi pada masa yang sama, Sha nak
peluang untuk membuat keputusan sendiri juga.“Saya tak mahu
‘over-protected’ lagi. Biar saya menjadi diri saya,” tulisnya
Adakah
shila maksudkan family (especially ayah dia) over procted dia??. Dik
bapak mana tak risau kalau anak dara dia terlebih sayang kat laki yang
macam saiko jer. Shila amik masa panjang yer untuk fikir yang habis baik
untuk masa depan shila
Sumber Tweet kat SINI