Showing posts with label kpop. Show all posts

TEMPAT YANG PALING 'MESRA ISLAM' DI KOREA

TEMPAT YANG PALING 'MESRA ISLAM' DI KOREA. Kalau kita nak melancong ke negara bukan Islam ni memang nak cari tempat yang senang kita cari makanan halal, tempat yang senang nak bersolat.. Pendek kata yang muslim friendly la. Korea adalah salah satu destinasi pilihan ramai tapi kita sedia maklum korea bukan negara Islam jadi mungkin menjadi sedikit masalah bagi orang Islam yang nak melancong ke sana.


Ada satu tempat yang menarik boleh ada kunjungi di korea. Bukan sahaja menyediakan banyak kemudahan untuk orang orang islam seperti masjid, surau & restoran makanan halal malah di situ jugak anda boleh belajar mengenali budaya mereka & melihat sendiri rumah rumah tradisional yang lengkap dengan peralatan tradisi & sejarah mereka. Malah katanya ada sebuah rumah di perbuat daripada Choco Pie. Nak ke tempat tersebut jugak senang sebab ada bas.

Selain tu di situ jugak mempunyai satu taman tema air yang di iktiraf sebagai Taman Tema Air ke 4 di dunia. Banyak permainan air yang mencabar boleh anda cuba di situ selain anda boleh bersauna. Nak kena taman tema ni katanya ada service ulang alik percuma dari seoul.

Bagi peminat kosmetik berasaskan bahan organik kat sini la tempat yang perlu anda kunjungi. Bukan sahaja anda boleh membeli kosmetik organik malah anda boleh membuat sendiri produk anda seperti sabun, syampoo, mask yang menggunakan bahan bahan yang selamat untuk kanak kanak.

Banyak lagi tempat yang boleh anda lawati bila anda datang ke tempat yang di katakan Muslim Friendly di korea ni. Nak tahu di mana tempat tersebut meh baca kat sini >> Tempat Menarik Yang Paling 'Mesra Muslim" Di Korea Mesti Anda Lawati << Jadi Kpopers sekalian kalau datang ke korea jangan lupa terjah ke tempat tu, ok! Baru Kpopers katanya. hehehehe

Aku ni asyik up entri tempat2 menarik kat korea gamaknya bila nak sampai korea kan? Manalah tau ada rezeki dapat tajaan bercuti sekeluarga di korea.. Sapa tahu. hehehe

CANTIK TAPI TAK MENAIKKAN NAFSU

CANTIK TAPI TAK MENAIKKAN NAFSU.Tu dia tajuk mengundang kaki kaki porno untuk datang membaca katanya. Asal sebut nafsu jer semua mula terfikir ke satu arah jer. Padahal yang berkaitan nafsu ni ada banyak perkara. Tapi tu la nafsu paling besar seorang manusia fikir adalah nafsu seks je tu yang bila sebut nafsu otak dia terus fikir adegan ranjang. Sabaq sikit noh.. Jangan sangap sangat.


Nafsu yang tak naik aku nak cerita takde kena mengena pun dengan kisah di ranjang atau kisah haram dalam semak, hokay! Ni kisah pasal makanan jer... Bukan makanan batin! Amboi hangpa..  pemikiran tu kalau tak konar baring sangat boleh tak?? Ni nak cerita pasal makanan colorful sekarang. Sebab trend sekarang kpop @ korean fashion yang memang warna warni. color block katanya. Tudung kaler lain.. baju kaler lain.. kain/seluar kaler lain.. kasut kaler lain. Kadang2 dah nampak macam ice cream padlepop pulak dia punya colorful.

Sebab kpop melanda Malaysia.. Bukan takat pakaian je.. makanan pun nak kpop jugak katanya. Kpop macam mana tu? Terbaru aku tengok roti canai warna warni.. Cantik. Ni buat menu makan beradap untuk pengantin pun nampak berseri atau hidangan untuk birthday party pun menarik tapi cuma nampak menarik je la.. Pada pandangan mata aku tak menyelerakan langsung tengok roti canai colorfull tu. Tak tau maybe faktor usia dah melangkah ke zon bangkalusia ni kan.


Tadi pun ternampak roti jala colorfull pulak... sebelum pernah jugak nampak orang upload laksam warna warni. Semua yang warna warni tu memang tak menaikkan nafsu selera aku langsung even nampak cantik. Tetap warna2 asal makanan tu jugak buat meleleh air liur.


Tu pada pandangan mata & nafsu serakah aku la.. Aku cuma cakap bagi pihak aku je jangan tetiba ada makcik2 atau minah2 ronggeng sentap pulak macam kes laksa haritu. Korang punya taste bukan sama dengan aku punya taste, ye dak??

Moral of the story... Warna warni ni yang menarik untuk kanak kanak je.. mak bapak kanak kanak selalunya tak ghairah sangat dah dengan warna warni makanan macam tu.

P/S : Semua gambar aku rompak kat google je. hehehe

VIDEO! NAK TAHU APA WANITA KOREA NI CAKAP TENTANG MALAYSIA

Selama ni kita dok tahu perempuan Malaysia je dok tergila gila kan retis korea. Histeria bila tengok retis korea datang Malaysia. Dapat naik pentas dengan retis korea terus lupa tudung di kepala katanya.. Yang kpopers tegar sangat tu elok la korang tengok video ni...


Tengok apa kata wanita korea ni pasal Malaysia.. Tak payah risau dia tak cakap korea. Dia cakap Melayu. Kalau orang Malaysia tak paham bahasa Melayu memang sedih la.. Tak guna la jadi rakyat Malaysia. Orang korea pun reti cakap melayu...

Korang nak tau apa perempuan korea ni cakap pasal Malaysia? Korang mesti tak sangka... Selama ni korang sanjung sangat retis2 korea tengok macam mana pulak pandangan orang korea pada Malaysia..

Nak tengok video tu boleh tonton kat sini >> Pandangan Wanita Korea Terhadap Malaysia <<

Moral of the story.. Banggalah menjadi warga Malaysia, budaya kita, bahasa kita, makanan kita jangan hanya pandai mengagungkan apa yang datang dari luar jer. Peace Yo! Selamat menyambut hari harga minyak turun. hehehehe


KERANA KPOP, ZUMBA PUN HARUS DI SEKAT KAT MALAYSIA

Wah... mesti peminat kpop & senaman zumba rasa nak marah kan? Mesti keluar perumpamaan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Mesti ramai akan menyenaraikan kebaikkan depa menyukai atau meminati kedua dua perkara yang di cadangkan untuk di sekat aktivitinya dari menjadi sebahagian dari budaya hidup masyarakat Malaysia terutama yang beragama Islam.

Zumba atau kpop kalau keterlaluan & terlalu kebaratan memang tak elok di jadikan budaya kat Malaysia

Tapi jangan nak maki aku pulak.. Bukan aku yang cadangkan. Kalau aku cadangkan sapa nak heran.. Astro Awani pun tak highlight dalam berita depa apatah lagi kerajaan Malaysia. Umpama taik hidung di hujung kuku jer cadangan aku ni.. Sekali jentik hilang dari pandangan yang tak memberi apa2 kesan pun. Yang aku petik ni dari artikel akhbar Astro Awani. kenyataan tu di keluarkan oleh Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad.

 Untuk artikel penuh sila baca di Astro Awani

Bagi pendapat aku la.. Macam selalu aku cakap la. Benda ni kalau keterlaluan akan bawak kemudaratan. Nak suka.. nak minat atau nak buat... Biarlah berpada pada. Biarlah ada garis panduan yang ketat supaya dapat elak perkara perkara yang berunsur negatif dari berlaku. Nak minat kpop tu hak individu.. Nak bersenam Zumba pun hak individu tapi semuanya perlu berpada pada & ikut garis panduan yang di tetapkan. Tapi orang sekarang ni macam kita sedia tahu.. sebelah pihak nak untung & sebelah pihak nak kepuasan diri. Bila kedua2nya bergabung yang nak untung biarkan gejala tak elok berlaku asalkan untung.. yang nak kepuasan diri merelakan diri diperlaku atau melakukannya.


PELUK CIUM ATAS PENTAS BERLAKU DENGAN KEIZINAN ALLAH

Bila sesuatu benda tu jadi viral akan muncul serikandi & perwira yang cuba menjadi viral dengan menumpang isu yang menjadi viral. Tak kira la dari statement di keluarkan melalui tulisan atau video. Selalu yang senang nak jadi viral ni statement2 bodoh jer.. Statement2 cerdik ni bukan takde langsung ada tapi sikit sangat berbanding perkara bodoh.

Isu kpopers Melayu bertudung yang rela di peluk cium retis kpop semua orang tahu tapi yang baru orang nak tahu adalah muncul satu video dari serikandi yang membela nasib2 adik2 kpopers ni.. Dengan alasan apa yang berlaku adalah dengan keizinan Allah & Ujian buat kita semua. Memang la takde satu perkara pun even sebesar zarah boleh berlaku tanpa keizinan Allah tapi manusia punya pilihan yang boleh di buat dengan akal jadi alasan apa yang berlaku bukan salah bebudak tu tapi semua ni ketentuan/keizinan Allah.. agak janggal la kita nak terima. Kang bebudak lain nak bercumbu cumbuan guna alasan tu pulak.. Kami bercomolot ni atas Keizinan Allah sebab tu boleh berlaku.


Bila jadi viral perkara yang mendapatkan kritikan & kutukan ni bukan satu benda sihat sangat la untuk tuan punya badan. Nak2 lagi yang buat statement dengan rakaman video tu tunjuk seketoi2 muka dia. Senang sangat orang nak kenal bila jumpa kat luar. Tak salah kita nak keluarkan pendapat.. Tapi hati2. Silap sepatah perkataan pun boleh memudaratkan inikan pula silap sebaris ayat. Pada Wanita bertudung hitam dengan video ceramah dia tentang isu kpopers melayu bertudung kena cium peluk atas pentas tu..  Ada point dia boleh pakai. Tang dia highlight bab pengomen yang suka maki hamun tu aku setuju la jugak.. komen la bebaik kan even nak menegur pun... Betul la kata dia Rasulullah pun berdakwah dengan cara yang lembut tapi tu la kita ni manusia.. Bukan kadang2 tapi selalunya nafsu mengatasi akal dalam tindakkan. Sama la macam bebudak kpopers tu.. sebab nafsu mengatasi akal maka berlakulah  apa yang tengah terjadi sekarang.


Boleh refer video ni. Bukan nak aibkan dia tapi kang rasa macam tak adil pulak dengar komen sebelah pihak dari aku je kan? Jadi mungkin pandangan kita berbeza.. korang boleh dengar sendiri la ceramah pendek dari Gadis bertudung hitam skema ni katanya.. kekekekeke

Moral of the story.. aku rela jadi orang biasa2 dari menjadi popular dari viral yang memalukan diri sendiri. Moga Allah lindungi kita semua dari perkara2 yang menjatuhkan maruah kita.

Statement cik kak bertudung hitam skema katanya.. Yelah.. cik kak semua berlaku memang dengan Izin Allah tapi bukan semua yang buruk berlaku tu salah Allah yang mengizinkan tau. Jangan kita letak apa yang berlaku tu kita tak boleh elak sebab Allah yang mengizinkannya berlaku sedangkan kita di beri Akal untuk berfikir sebelum buat keputusan. Sumber Astro Awani


BILA JAWI NAK SIASAT ORANG PELUK CIUM KAT TV HARI HARI?

Aku bukan menyokong tindakkan gadis2 bertudung yang merelakan diri mereka di peluk cium artis KPOP yang menjadi viral sejak semalam. Yang salah aku sendiri tak berani nak cipta alasan untuk membetulkannya tapi yang aku nak kupas kupis dalam entri adalah sikap yang aku rasa berat sebelah dari pihak JAWI ni.

Sumber Harian Metro

Sebab kes bebudak bertudung tu jadi Viral maka JAWI pun mula nak buka kertas siasatan berhubung perkara tersebut walhal sejak dari zaman TV hitam putih kita boleh nampak hari hari ada orang peluk cium even dengan alasan sekadar berlakon tapi adalah lakonan menghalalkan perbuatan mereka?

Atas alasan obses je ke mereka di kenakan tindakkan? Macam mana atas alasan kerja macam pelakon? Kalau jadi halal kenapa GRO kena tangkap? Depa pun bermesra dengan pelanggan atas alasan kerja? jadi.. sangat berat sebelah tindakkan JAWI ni -sumber harian metro-

Adakah menjadi kesalahan undang2 kalau artis peluk cium peminat tapi tak menjadi satu kesalahan bila artis peluk cium artis dalam drama atau filem? Yang terbaru kes ifa raziah di kecam dalam persembahannya dalam satu rancangan hiburan bersama seorang pelakon lelaki.. JAWI tak rasa nak buka kertas siasatan jugak ke kes tu?

Tak salah memberi teguran atau mengenakan hukuman atas kesalahan mereka tu tapi jangan hanya undang2 di ambil untuk sebelah pihak jer.. Nanti orang pun jadi confuse. Undang2 Islam hanya Valid kat orang awam je ke?.. kalau retis buat atas dasar kerja jadi tak salah? gitu ke??

P/S : ahkak2 jumpa nuar zain pun berpeluk cium sakan inikan ahdik2 jumpa retis kpop.. Apapun jadikan pengajaran itulah padah bila terlalu fanatik & obses.

BUKAN PEREMPUAN MURAHAN CUMA KAT RETIS KPOP JE BAGI DISKAUN

Kecoh hari ni kpopers Gadis melayu bertudung Malaysia dia cium retis Kpop.. bukan takat cium siap peluk bagai.. Abis jadi viral seantero Alam maya. Nak komen lebih2 pun kita tak sebaik mana ye dak?? Masing2 ada buat silap.. mungkin bukan hari ni tapi mungkin masa lalu. Jangan la kita menghina atau mengutuk adik2 yang di peluk & di cium retis Kpop seolah2 kita tak pernah langsung buat dosa padahal masa cinta ko pegang jugak tangan pakwe ko kan? siap sebelum kawen ko buat pre wedding yang romantik lagi.

Betul la apa depa buat salah.. Terlalu fanatik sangat sampai tak kisah di pegang atau di cium di khalayak ramai. Aku tengok dari dressing budak2 tu macam gud gud jer.. takde la seksi meksi bagai. Mungkin kesilapan depa hanya kat situ padahal sebelum ni maybe depa bukan jenis gadis murahan  atau gadis liar tapi bila jumpa retis Kpop terus bagi diskaun sebab bukan selalu dapat peluang tu. Budak2 la katakan.. dia punya keterujaan memang kadang2 melampaui batas. Hope adik2 ni jadikan pengajaran dari apa yang berlaku. Tak payah bagi diskaun sangat even retis korea pun.. Seronok sekejab malu kau tanggung lama dik Ooi.

dari tudung,baju & seluar takde ketat2 sangat. Tudung pun tak freedada. Nampak memang gudgud tapi tu la terlampau seronok dapat naik pentas dengan retis kpop terus terbabas

Semua orang buat silap.. hope silap ni tak berulang. Harap kerajaan bagi garis panduan pada retis luar yang nak buat konsert kat sini tentang batas2 mereka dengan peminat terutama di kalangan peminat beragama Islam. Nak salahkan retis luar yang bukan beragama Islam hidup dengan budaya yang berbeza dengan kita pun tak boleh. Depa bukan semua rajin nak google adat istiadat sesuatu tempat sebelum datang so kita la kena bagitau depa sebelum berlaku.

Moral of the story.. nak tegur boleh tapi jangan tahap menghina nanti kita pulak jadi lebih hina dari orang yang di hina. Peace. Selamat berhujung minggu

P/S : Pandangan mata aku tengok video budak2 bertudung ni kena pegang & peluk dengan mat2 korea ni.. tak nampak gedik sangat even gedik tu ada jugak tapi control.. tak nampak depa ni liar tapi nampak depa terlalu obses & fanatik.. Bahaya kalau terlampau obses boleh memudaratkan


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com