Bila sesuatu benda tu jadi viral akan muncul serikandi & perwira yang cuba menjadi viral dengan menumpang isu yang menjadi viral. Tak kira la dari statement di keluarkan melalui tulisan atau video. Selalu yang senang nak jadi viral ni statement2 bodoh jer.. Statement2 cerdik ni bukan takde langsung ada tapi sikit sangat berbanding perkara bodoh.
Isu kpopers Melayu bertudung yang rela di peluk cium retis kpop semua orang tahu tapi yang baru orang nak tahu adalah muncul satu video dari serikandi yang membela nasib2 adik2 kpopers ni.. Dengan alasan apa yang berlaku adalah dengan keizinan Allah & Ujian buat kita semua. Memang la takde satu perkara pun even sebesar zarah boleh berlaku tanpa keizinan Allah tapi manusia punya pilihan yang boleh di buat dengan akal jadi alasan apa yang berlaku bukan salah bebudak tu tapi semua ni ketentuan/keizinan Allah.. agak janggal la kita nak terima. Kang bebudak lain nak bercumbu cumbuan guna alasan tu pulak.. Kami bercomolot ni atas Keizinan Allah sebab tu boleh berlaku.
Bila jadi viral perkara yang mendapatkan kritikan & kutukan ni bukan satu benda sihat sangat la untuk tuan punya badan. Nak2 lagi yang buat statement dengan rakaman video tu tunjuk seketoi2 muka dia. Senang sangat orang nak kenal bila jumpa kat luar. Tak salah kita nak keluarkan pendapat.. Tapi hati2. Silap sepatah perkataan pun boleh memudaratkan inikan pula silap sebaris ayat. Pada Wanita bertudung hitam dengan video ceramah dia tentang isu kpopers melayu bertudung kena cium peluk atas pentas tu.. Ada point dia boleh pakai. Tang dia highlight bab pengomen yang suka maki hamun tu aku setuju la jugak.. komen la bebaik kan even nak menegur pun... Betul la kata dia Rasulullah pun berdakwah dengan cara yang lembut tapi tu la kita ni manusia.. Bukan kadang2 tapi selalunya nafsu mengatasi akal dalam tindakkan. Sama la macam bebudak kpopers tu.. sebab nafsu mengatasi akal maka berlakulah apa yang tengah terjadi sekarang.
Boleh refer video ni. Bukan nak aibkan dia tapi kang rasa macam tak adil pulak dengar komen sebelah pihak dari aku je kan? Jadi mungkin pandangan kita berbeza.. korang boleh dengar sendiri la ceramah pendek dari Gadis bertudung hitam skema ni katanya.. kekekekeke
Moral of the story.. aku rela jadi orang biasa2 dari menjadi popular dari viral yang memalukan diri sendiri. Moga Allah lindungi kita semua dari perkara2 yang menjatuhkan maruah kita.
Statement cik kak bertudung hitam skema katanya.. Yelah.. cik kak semua berlaku memang dengan Izin Allah tapi bukan semua yang buruk berlaku tu salah Allah yang mengizinkan tau. Jangan kita letak apa yang berlaku tu kita tak boleh elak sebab Allah yang mengizinkannya berlaku sedangkan kita di beri Akal untuk berfikir sebelum buat keputusan. Sumber Astro Awani
Memang betul2 memalukan diri sendiri..
ReplyDeleteTerlajak perahu boleh diundur...
Huhuhuhhu
kehkeh..pemes segera
ReplyDeleteNak popular pun tak payahlah sampai menunjukkan kebodohan sendiri huhuu..
ReplyDeleteAlahai ...
ReplyDeletegeleng kepala je lah baca...
ReplyDeleteSpeechless
ReplyDeleteAda juga yang beri statement sengal macam ni ya.. Tak tahulah nak rasa pitam ke atau nak gelak sampai pitam bila baca statement gadis misteri ni. Dengan izin Allah jualah dia jadi famous tak tentu pasal sampai memalukan diri sendiri. Bab-bab maki hamun, tukang tabur minyak ke unggun api ni, akak pun tak suka. Baik-baik tak berat bahu kiri tu jadi bertambah berat pulak!
ReplyDelete