Showing posts with label melayu. Show all posts

LUAHAN HATI ARTIS VETERAN, BERTAHUN MOHON RUMAH PPR TAK DAPAT

LUAHAN HATI ARTIS VETERAN, BERTAHUN MOHON RUMAH PPR TAK DAPAT. Kita membayangkan kehidupan seorang artis ni tak kaya pun hidup senang lenang la. Sekali dapat job berlakon, berpuluh ribu income tapi bukan semua artis hidup senang dengan kerjaya sebagai penghibur ni. Nak nak lagi artis lama.. Zaman kegemilangan mereka masa muda dulu bayaran berlakon tidak setinggi pelakon sekarang. Di sebabkan tu kadang2 mereka tak mampu membeli aset macam rumah..


Terbaca luahan hati seorang pelakon veteran yang masih aktif berlakon sampai sekarang iatu Mama Norlia Ghani.. Katanya bertahun tahun mohon rumah PPR tapi tak dapat dapat. Pelik juga dia ada yang memiliki rumah tapi mohon PPR dapat pulak. Lepas tu sewakan.. Yer isu tu bukan isu baru. Ramai yang mohon rumah PPR untuk di jadikan rumah sewa.


Tak rasa bersalah ke ambil hak orang miskin untuk meraih keuntungan macam tu. Malu la sikit.. Biar miskin harta jangan miskin maruah diri. Tak malu sesama manusia, malu la dengan Tuhan beb! Kau tak layak untuk rumah PPR tapi tetap kau gigih nak rampas hak orang miskin mohon celup muka dalam mangkuk jamban sikit.

Tak kira la sesiapun yang mohon, artis ke orang awam.. Asalkan mereka memang layak & berhak untuk rumah PPR.. maka ia menjadi hak mereka yang kerajaan sediakan. Kalau PPR pun orang kaya nak sapu.. Yang miskin tak lama lagi bergelandangan je kat bandar ni.


Hope pihak sepatutnya ambil tindakkan lebih tegas isu rumah PPR yang di jadikan rumah sewa sesetengah pemilik. Pantau sikit kakitangan kot kot ada yang ambil duit kopi bawah meja tu untuk luluskan permohonan rumah PPR. Buat kakitangan awam yang ada buat kerja macam tu mohon Ingat syurga & neraka sikit la. Nak suap anak/bini/laki makan tu biarlah dari rezeki yang halal lagi berkat.

Moral of the story.. Korupsi ni kalau masih ada memang kat mana2 pun akan berlaku penyelewengan. Benda ni atas diri sendiri juga. Manusia mana takut undang2.. Jadi moga kaki makan rasuah mendapat petunjuk & hidayah Allah.

MAKCUN CAKAP LOGHAT KEDAH TAK BETUL DI ANGGAP MENGHINA ORANG KEDAH?

MAKCUN CAKAP LOGHAT KEDAH TAK BETUL DI ANGGAP MENGHINA ORANG KEDAH? Tu dia.. anak kedah dah bersuara katanya. Dah lama tak melantang kat blog lekatlekit.com ni.. Sepanjang bulan posa aritu macam2 masalah dok mai so dia busy body sikit. Bagi yang tahu tu mungkin paham la apa yang berlaku kat aku sekarang ni.. Bagi yang tak tahu hangpa selongkar la entri2 sebelum ni. Nanti jumpa la.. hehehehee


Berbalik kepada isu Makcun. Aku antara penonton yang layan jugak la drama Makcun kat TV3.  Betoi la.. Kadang2 perkataan dalam loghat kedah yang makcun sebut tu tak betoi.. kuala lumpur dia sebut kuala lumpoq.. orang kedah tak sebut kuala lumpoq tapi kolompo atau KL ja.. Tu salah satu contoh. Tapi bagi aku tak dak apa sangat la nak kecam makcun cakap loghat kedah. Dengaq bunyi macam orang kedah tapi still ada sikit2 yang tak berapa kedah tu biasa. Yang bawa watak Makcun tu pun bukan orang kedah.. Dia cuma melakonkan watak seorang wanita yang berasal dari kedah ja..

Ingat sekadar sindiran kat media sosial jer.. sampai jadi isu sehingga makcun @ Erma Fatima terpaksa keluarkan permohonan maaf.. Mak Aii.. serius nau jadinya. Ada yang aku baca dok compare farid kamil cakap kedah dengan Makcun. Farid Kamil dah terang2 pelakon yang memang asal dari kedah kot. Memang la dia lagi fluent cakap loghat kedah berbanding Erma Fatima @ Makcun.. Satgi ada pulak yang dok mai kata.. Lain kali nak buat drama study dulu.. Rasanya makcun tu dah study cuma tergelincir sikit2 tu biasa la. Tu pun dah bunyi kedah bagi aku anak jati kedah ni.


Yang buat isu seolah olah makcun merosakkan loghat kedah tu pasai pa. Kot la benda tu boleh menggugat keamanan & keselamatan orang kedah perlu la kot nak jadi isu besar. Ni lahai.. isu cakap loghat kedah tak betoi ja kot. Kesian makcun kena hentam & kecam sedangkan drama makcun tu bagi aku mengangkat loghat kedah & salah satu daerah kat negeri kedah. Sampai laki aku pun excited bila sampai kokdiang ok. Tu semua penangan drama makcun la. Sebelum drama makcun aku rasa ramai orang tak tau kat kedah ada tempat nama kokdiang nak2 lagi mereka2 yang dari luar negeri kedah macam laki aku ni. At least tempat agak tersorok selama ni macam kokdiang di ketengahkan dalam drama makcun.


Patut orang kedah ucap terima kasih pada pengarah hebat Erma Fatima sebab mengangkat negeri kedah dalam drama makcun bukan kecam atas kelemahan kecil dia dalam drama tu. Nak penampaq bagai.. Hang rasa hang dah cukup kedah sangat ka lagu mana?

Sebagai anak kedah.. Aku minta maaf atas sikap hypersensitif segelintir orang kedah yang mengecam makcun sebab di katakan mempermainkan & menghina loghat kedah. Amboi cakap loghat kedah tak betoi ja kot yang sampai nak rasa terhina, mulia sangat ka hangpa tak pernah buat silap?? Aku tak rasa pun niat dia nak permainkan loghat kedah. Bagi aku yang bersuamikan orang bukan berasal dari kedah ni, biasa ja bila depa cuba cakap loghat kedah memang tak sama macam kita anak jati kedah cakap. Tapi tak dak pulak aku rasa macam dia nak menghina aku atau loghat kedah. Small matter je kot. Rilex sudah la..

Moral of the story.. Banyak lagi isu hangpa boleh kecam.. Isu yang betul2 menuntut pembelaan dari masyarakat. Isu makcun ni bagi aku isu yang tak perlu jadi isu besar pun. Hope Erma Fatima tak serik untuk menghasilkan drama drama yang menggunakan loghat kedah. Aku bangga bila loghat kedah di angkat & di ketengahkan dalam drama atau filem. Hangpa yang dok rasa terhina sangat tu.. terus duduk bawah tempurung sampai kiamat. Peace Yo!

YANG RAMAI TIDAK TAHU WATAK AIRIL DALAM DRAMA ANDAINYA TAKDIR ADALAH KISAH BENAR PESAKIT MENTAL OTHELLO SYNDROME

YANG RAMAI TIDAK TAHU WATAK AIRIL DALAM DRAMA ANDAINYA TAKDIR ADALAH KISAH BENAR PESAKIT MENTAL OTHELLO SYNDROME. Malam2 kalau scroll news feed kat FB tu boleh nampak macam macam luahan perasaan kaum wanita terutamanya pasal perangai Airil watak hero dalam drama tu. Aku follow jugak drama ni dari awal.. Cuma kadang2 terskip. Nak kata marah sangat dengan watak Airil tu tak la.. Sebab aku tahu orang macam watak Aril ni bukan sengaja dia buat macam tu even aku sendiri pun tak sure apa penyakit orang macam ni. Orang takde masalah mustahil perangai dia jadi abnormal macam tu. Sekejab baik sangat sekejab macam syaiton nirrojim. Tapi tak saman yang pretend baik, muka baik tapi hati iblis yer. Yang tu bukan sebab sindrom apa2.. Yang tu memang dah hatinya bangkai secara semulajadi hehehehe


Tapi watak Airil tu memang berkaitan dengan penyakit jiwa juga la.. Sebab manusia normal ni masih mampu kawal emosi & tindakkan dia ye dak. Aku pernah kenal orang macam ni.. Sebab tu aku tahu orang macam ni bukan jahat tapi perlu di rawat. Cuma pasangan dia kena betul2 kena cekal & kental la dalam usaha nak pulihkan orang orang macam ni. Sebenarnya mereka baik, penyayang cuma tak boleh emosi terganggu even perkara kecil sekalipun depa akan jadi hilang kewarasan. Lepas depa sedar depa akan rasa menyesal dengan apa depa buat. Sama macam watak Airil. Depa bukan sengaja tapi memang benda tu menganggu emosi depa sehingga tindakkan depa dalam keadaan tanpa sedar.

Terbaca satu artikel katanya watak Aril alam drama tu sebenarnya di adaptasi dari kisah benar seorang pengidap penyakit mental Othello syndrome kat malaysia. Kesahnya... Rupanya adaptasi dari kisah benar. Betul la macam aku sangka.. Watak Airil tu bukan nak mengambarkan seorang suami yang kejam tapi sedang bercerita tentang satu penyakit jiwa yang aku sendiri tak pasti apa namanya. Hebat tak aku? hahahaha

Pengidap penyakit ni memang ada masalah kelainan emosi yang selalu fikir pasangan dia tak setia, pasangan dia curang walau tak ada sebarang bukti yang mengsahihkan spekulasi dia tu. Atau hangpa senang paham cemburu buta la.. cuma bezanya cemburu buta pesakit mental othello syndrome ni dia jadi agresif & gagal mengawal tindakkan dia sehingga mengasari pasangan dia secara berlebihan dalam keadaan sedar atau tanpa sedar. Selalunya bila dah di kuasai emosi ni memang tak berapa sedar diri la kan...

Antara punca syndrome Athello ni adalah dari pengalaman perit seseorang.. contohnya maybe pernah kecewa dalam percintaan, di khianati & termakan hasutan orang2 sekeliling. Nak kenali ciri ciri pengidap Mental Othello syndrome ni adalah..


  • Menuduh pasangan curang tanpa bukti.
  • Melarang pasangan pergi ke mana-mana kecuali dengannya.
  • Selalu mengeksploitasi pasangan.
  • Mencari bukti curang walaupun tidak wujud pun sebenarnya.
  • Mengamuk dan mencederakan pasangan.
  • Selalu memantau kegiatan pasangan.
  • Komunikasi 24 jam tanpa henti.
  • Mengancam akan membunuh.

Pakat check la laki/bini,boipren/gepren hangpa na.. Manatau ada ciri ciri yang di sebut. Kalau yang belum kawen tu rasa tak mampu nak handle pasangan macam ni better move on awal awal. Tapi kalau yang dah berkahwin ada rasa ingin membantu pasangan anda yang mengidap sindrom mental Othello ni.. Pujuk2 la bawa pi berubat. Tak kira la cara rawatan Islam ataupun moden. Kedua duanya bagi aku di perlukan untuk membantu mereka pulih. Sebab melibatkan gangguan emosi & mental ni dengan rawatan moden tak cukup kena ada pengisian yang berbentuk keagamaan juga. Kita semua sedia maklum.. Dalam Al Quran ada macam macam penawar. Amalan zikir juga adalah salah satu cara menenangkan emosi.. Tak caya try. Isgtifar pun boleh buat kita rasa lebih tenang.

Penyakit ni katanya memang tak boleh di rawat atau sembuh tanpa bantuan orang - orang sekeliling. Perlu sokongan semua pihak jugak. Yelah.. gangguan mental & emosi ni bukan boleh solve sorang sorang. Jadi jika anda mengenali mereka yang ada ciri ciri Othello syndrome ni.. bantulah mereka untuk pulih.

Moral of the story.. Lepas ni jangan marah2 Airil lagi ok! sian dia.. dia sakit sebenarnya hehehehe.

KEK HARIJADI NEELOFA HARGA BOLEH BUAT DOWNPAYMENT BELI RUMAH

KEK HARIJADI NEELOFA HARGA BOLEH BUAT DOWNPAYMENT BELI RUMAH. Begitulah perbezaan orang kaya dengan orang tak berapa kaya ni. Dengar harga kek macam tu terbayang kalaulah aku ada duit sebanyak tu confirm aku buat downpayment beli rumah atau balik kampung buat sebiji rumah mampu milik atas tanah pusaka. Mana tau tua2 esok dah jemu mengadap kehidupan bandar ni nak balik tinggal kat kampung dah ada rumah sendiri kan..


Tapi bagi orang kaya mungkin takde apa sangat la jumlah tu.. buat2 beli kek harijadi je katanya. Alah setahun sekali belanja orang makan kek apa salah, katanya. Tak tau la apa rasa kek Neelofa tu kan. Sedap sampai menjilat siku ke camna pun tak tau. Tapi terkesima jugak la dengar harga dia..

Tapi rasanya Neelofa pun tak gila nak beli kek harga RM20K ni.. alah retis biasa la mesti yang sponsor punya. Tu untung jadi orang terkenal.. dah la boleh buat duit dengan populariti yang ada lepas tu nak pakai barang mahal & kek mahal pun orang sponsor. Yelah semua tu marketing. Kalau depa sponsor lekatlekit paling2 dapat review kat blog ja kan.. Sponsor orang popular dapat publisiti besar sikit katanya.

Akak tak jeles pun dengan kek RM20K neelofa tu.. Cuma tu la tak terbayang apa bahan depa guna buat kek sampai RM20K.. nak kata besar sangat size biasa biasa jer... Hangpa tengok sendiri la kek RM20K Neelofa kat sini >> [VIDEO] #FollowLofa: Neelofa Dapat Birthday Cake Swarovski RM20,000! Apa Lagi Berlaku? <<

Jadi sesapa nak sponsor kek untuk admin blog lekatlekit ni sila la tampil. Tak payah la sampai RM20K.. kek RM200 tu pun dah rasa mahai sangat bagi kami ni. Tu pun nak makan rasa ketaq mulut. Almaklum la dok makan kek rega RM20 ja katanya hahahaha

SISI SEBENAR KEHIDUPAN NEELOFA AKHIRNYA TERBONGKAR

SISI SEBENAR KEHIDUPAN NEELOFA AKHIRNYA TERBONGKAR. Neefola seorang selebriti yang agak terkenal kat Malaysia.. Bukan sahaja berjaya dalam kerjayanya sebagai seorang artis malah seorang ahli perniagaan jugak. Gamaknya orang kelantan ni memang jenis ada bakat semulajadi menjadi seorang ahli perniagaan kot. memang wanita kelantan kebanyakkan suka berniaga.. Tak kira la berniaga pakaian ke, tudung ke, produk kecantikkan.. Tu yang boleh nampak kadang2 ramai pengasas produk dari kelantan.


Neelofa setakat ni rasanya tak ada keluarkan sebarang produk kecantikkan kot.. cuma ada dia keluarkan produk contact lens, Lofalens. Selain tu macam kita sedia maklum la Neelofa ada keluarkan pakaian & tudung atas jenama dia sendiri iatu Naelofar Hijab & Naelofar Casual. Aku tak pernah la pulak ada koleksi dari jenama Neelofa ni.. Maybe sebab aku pakai brand murah2 je kot hahahaha. Kalau yang terbeli branded sikit tu maybe masa shopping kat the store lupa nak belek jenama hahahaha. Murah ke mahal ke.. Asalkan berberbelanja ikut kemampuan sudah la kan?

Walaupun Neelofa di lihat sebagai artis & ahli perniagaan yang berjaya pun camtu dia masih dalam kategori artis yang terkenal jugak dengan kontroversi. Orang cantik & terkenal la katakan..Kontroversi tu biasa la kan. Tapi yang ni bukan gosip ataupun kontroversi tapi memang betul... Kalau korang memang peminat setia Neelofa korang kena tengok benda ni. Sebab katanya korang boleh tengok sisi sebenar kehidupan Neelofa yang mungkin sebelum ni tidak di paparkan secara umum. Mungkin apa yang kita lihat Neelofa seorang selebriti yang kaya & berjaya.. Tapi di sebalik kejayaan & kekayaannya itu mungkin ada kisah yang orang tak tahu. Kalau korang nak tau boleh dapatkan info kat sini >> Neelofa Papar Sisi Kehidupan Sebenar Dalam #FollowLofa << Bukan je peminat, haters pun kalau nak jaga tepi kain neelofa boleh je tengok ok! Manatau ada point nak mengkritik katanya hahahahaha. Dasar haters katanya. Asal kritik tu haters.. Mohon ubah persepsi anda!

Jadi pada peminat juga Hatters Neelofa yang concern sangat pasal neelofa ni.. Hangpa kena tengok tau. Baru hangpa tau siapa neelofa sebenar. Baru hangpa boleh menilai dia.. kekekeke

INILAH KEHIDUPAN PENYANYI LANN A TO Z SEKARANG

INILAH KEHIDUPAN PENYANYI LANN A TO Z SEKARANG. Kumpulan A to Z kalau budak - budak tahun 90an memang kenal. Antara kumpulan yang memang terkenal waktu tu. Antara lagu popular kumpulan A to Z ni adalah lagu Itik Gembo Gembo. Lagu tu memang catchy sangat.. Lagu dalam loghat negeri kelantan. Kumpulan A To Z antara kumpulan yang terkenal dengan lagu loghat negeri2 kat Malaysia ni. Kalau kenal kumpulan A To Z mesti kenal dengan penyanyi utama dia Lan.. Pernah membintangi Filem Gemerlapan & pegang watak hero lagi tu. Tapi masa tu nampak dia macam agak kaku berlakon. Macam malu - malu gitu.. Rasanya memang orangnya secara peribadi agak pemalu kot hehehee...

Jeff, Chap & Lann A To Z

Sedikit sejarah tentang kumpulan A to Z ni.. Kumpulan A To Z ni popular sekitar tahun 1995 - 2000. Meraka bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music Entertainment (M) Sdn Bhd. Di anggota 3 orang anak muda, Lan, Fendi & Jeff.. Selepas Fendi menarik diri dari kumpulan tersebut di gantikan dengan Chap, anak kepada pelakon Shaharudin Tamby. Salah seorang bekas Ahli kumpulan A To Z, Allahyarham Fendi ni telah pun meninggal dunia pada  23 April 2008. Antara Album pernah di hasilkan kumpulan A to Z adalah

1. Comel (1995)
2. Iyo ko (1996)
3. A to Z 3 (1998)
4. Eklusif 98 (1998)
5. Bang Bang Boom (2000)

Allahyarham Fendi (tengah) semasa bersama A To Z

Aku antara peminat kumpulan A to Z ni dulu.. Almaklum la zaman rap tengah In Trend Masa tu.. Pakai baju besar, seluar besar yang boleh muat 2 - 3 orang. Zaman tu zaman oversize.. zaman sekarang zaman skinny katanya. Walaupun A To Z dah semakin hilang di persada seni hiburan Malaysia.. Sebab masing2 pun dah ada haluan berbeza. Ada keluarga & komitmen.. Biasa la. Dunia Artis memang ada pasang surut. Sampai masa.. Akan hilang populariti tu. Tapi sebab minat aku ada jugak ikut perkembangan Penyanyi Utama Lan A To Z ni. Nak tulis entri pasal dia pun aku siap minta izin dulu.. Dia kata tulis la. Takde apa pun kontroversi pasal dia.. Sekadar nak tulis tentang kehidupan dia sekarang jer.


Abang Lan kita ni sekarang tinggal kat kampung dia di rawang.. Bahagia bersama isteri & anak anak hasil perkahwinan kedua dia. Yang pertama tu jodoh tak panjang katanya. Selalu dia kongsi gambar2 dia buat aktiviti kat kampung.. berkebun, memancing ikan, bertukang bagai. Banyak la kerja2 kampung dia buat sekarang. Katanya lama dah dok hidup cara orang bandar.. so nak asah balik skill buat kerja - kerja kampung ni


Ada hasilkan Album solo.. Kalau peminat suara Lan A to Z ni boleh dapatkan Album tersebut dengan direct terus di Facebook beliau : Norazlan Abdul Aziz


Selain tu beliau pun ada buat perniagaan secara online & menjadi duta produk. Walaupun tak aktif di screen tapi masih aktif di belakang tabir & masih menyanyi lagi ok! Yang rindu dengan suara Lan A To Z tu boleh la dapatkan Album beliau yer.. Kata minat kan? heheheheh


Isteri & anak anak abang Lan kita ni pun comel2 belaka.. Yang ni mesti ramai nak tengok kan? Meh la tunjuk sikit Isteri & anak anak Lan A To Z..


Macam tu kehidupan Penyanyi utama kumpulan A To Z, Lann.. Dia baik & bahagia jer. Bila gamaknya A To Z nak buat reunion konsert kan? Teringat zaman2 kegemilangan depa dulu.. Budak2 sekarang mungkin ada yang tak kenal kumpulan A To Z. Nak2 yang lahir tahun 2000an ni kan. Yang membesar tahun 90an kalau tak kenal dengan kumpulan A to Z ni memang jenis yang tak minat hiburan la kot... kekekeke

MISTERI WAN PEAH MUSIM KEDUA BAKAL DI TAYANGKAN

MISTERI WAN PEAH MUSIM KEDUA BAKAL DI TAYANGKAN. Tu dia.. 10 juta penonton katanya drama bersiri Misteri Wan Peah yang di tayangkan dalam slot seramedi kat tv3 lepas. Sapa kata drama cinta meleleh leleh hingus jer orang layan.. Cerita seram pun ada penggemarnya. Nak2 lagi drama misteri Wan Peah ni memang betul2 misteri. Sampai episod akhir pun ramai yang tak dapat merungkai misteri wan peah ni.. Rasanya misteri yang masih tergantung memang di rancang untuk sekuel yang kedua.


Sebab ramai yang minat Drama Misteri Wan Peah ni di sambungkan lagi & melihat dari sambutan penonton yang begitu membanggakan maka Penerbit drama tersebut Sheila Rusli & pengarah dia Jinggo merancang untuk membuat kesinambungan drama misteri wan peah ni. Depa dah plan akan mulakan pengambaran pada oktober nanti. Lambat lagi la sekuel kedua Misteri Wan Peah nak di tayangkan.. Samada hujung tahun atau awal tahun 2018 la kot kan..

Katanya untuk sekuel kedua ni mungkin ada sedikit perubahan termasuk menggabungkan pelakon lama serta baharu bagi menguatkan lagi penjenamaan drama itu. Hope yang kedua ni best macam yang pertama la kan.. sebab selalunya bila dah jadi sekuel ni.. Yang seterusnya merepek & orang dah tak enjoy menonton. Hope untuk misteri Wan peah yang kedua merungkai siapa Wan lijah tu... Apa wan lijah dah buat semasa hayat dia? Sebab bagi aku Nama Wan Lijah yang di sebut dalam episod akhir di babak terakhir Misteri Wan Peah tu masih menjadi misteri bagi aku.


Mungkin episod kedua misteri Wan Peah ni Yeh & Nurin dah kahwin la kot sebab yang pertama depa bertunang kan? Cikgu Zaiton pun mungkin dah insaf la jadi penyebar fitnah dalam kampung. Kalau semua dah kembali ke jalan yang benar gamaknya watak jahat nanti sapa pulak kan? Dan apa kejahatan bakal dia buat sebab bab misteri wan peah dah settle dalam episod pertama.. Adakah episod kedua misteri wan lijah pulak di ketengahkan. Kali ni adakah spekulasi mitos pasal hantu menganggu kampung kuala pari hilir tu bertukar kepada memang ada hantu kat kampung tu? Tu dia.. aku pulak nampak lebih pengarah dari pengarah ni haahahaha. Rasa macam nak tulis skrip cerita seram pulak. kekekeke

Apapun peminat misteri wan peah.. Tunggu je la Sekuel kedua drama tu di tayangkan nanti. Kalau ada rezeki, jodoh & umur yang panjang.. Insya Allah boleh la follow ye dak.

GAMBAR PERNIKAHAN NORA DANISH & NEDIM

GAMBAR PERNIKAHAN NORA DANISH & NEDIM. Setelah sekian lama bercinta katanya.. pasangan kekasih hot & spicy ni akhirnya di ijabkabulkan sebentar tadi katanya dalam sebuah majlis tertutup & sederhana je katanya. Sederhana cara retis ni.. Tak berapa sederhana la kan bagi kita orang semekin ni.. Majlis ni cuma sedara mara & rakan terdekat Nora & Nedim jer.. Tu yang depa kata sederhana.. sebab jemputan tak ramai. hehehehe


Alhamdulillah.. Dah sah ijab & kabul.. Tahniah pada pasangan pengantin baru yang masing2 dah kali kedua berkahwin. Hope perkahwinan kedua ni berkekalan hingga akhir hayat lah yer.. Semua pasangan berkahwin mengimpikan hidup bersama sepanjang hayat. Takde orang berkahwin semata mata untuk bercerai je.. melainkan dalam drama TV je. Kahwin kontrak apa bagai.. hehehehe


Tengok gambar2 kahwin Nora & Nedim.. Sederhana pun lawa kemain. Majlis je sederhana katanya.. Pengantin baru melaram tak berapa sederhana. Retis... Kang pakai tak cantik pun kena kecam kan? So walau macam mana pun tetap kena cantik. Nak2 lagi Nora Danish ni memang dah semulajadi cantik & Nedim pun tak kurang ensemnya.. hehehehe


Akhirnya cinta mereka bersatu di jinjang pelamin hope tak bahagia setakat atas pelamin je la yer.. Bila bahagia sampai bila bila.. Moga ikatan yang sah & di restui ni membuatkan rumahtangga mereka di berkati & limpahi kasih sayang yang berpanjangan. Moga melahirkan zuriat yang soleh & solehah.. Tak payah la hangpa nak krik.. krik.. krik.. sangat. Kita doa biar yang baik baik ye dak..


Sumber gambar OHBulan

PELAKON VETERAN NORLIA GHANI TIMANG CICIT, RUSDI RAMLI TIMANG CUCU

PELAKON VETERAN NORLIA GHANI TIMANG CICIT, RUSDI RAMLI TIMANG CUCU. Tahniah di ucapkan buat pelakon veteran yang rasanya semua orang kenal, Mama Norlia Ghani yang memberitahu di laman facebook beliau dah timan cicit pertama dari cucu lelakinya anak kepada pelakon Rusdi Ramli.. Wah dah jadi datuk la Rusdi Ramli kan.. Betapa nampak vouge lagi memasing tak kira yang timang cicit & timang cucu.


Nenek pun masih nampak sihat.. Si Ayah yang jadi datuk dok nampak ensem lagi.. Tu yang untung mereka yang kawen muda atau mengamalkan hidup secara sihat. Insya Allah jika umur panjang masih nampak muda & masih kuat untuk meneruskan kerjaya mereka.


Cucu kepada Mama Norlia Ghani & anak kepada Rusdi Ramli ni tak silap melangsungkan perkahwinan pada tahun lepas.. Alhamdulillah awal rezeki depa menimang cahayamata awal kan. Dapat baby boy lagi tu. Tak payah nak hadap soalan2 cepuk emas dari para mulut kak nam & abang keypo tanya bila nak ada anak. Tunggu lepas pantang esok.. hadap la soalan bila nak tambah anak pulak ok! hahahahaha


Anak lelaki Rusdi Ramli ni tak silap anak dari hasil perkahwinan pertamanya dulu.. Sekarang ni perkahwinan kedua dia kot.  hensem jugak orangnya cuma tak nampak banyak iras bapak dia.. Mungkin rupa dia ikut sebelah mak dia la kot kan. Dulu masa Rusdi ramli tengah popular pun anak dia dah remaja kan.. Sekarang tak pelik la dah dapat menantu & cucu.

Apapun tahniah kepada semua.. termasuk yang baru menimang anak. Semoga keluarga mama norlia terus bahagia & di limpahi rezeki berpanjangan... Amin..

WAN PEAH BUAT PENDUDUK KAMPUNG KUALA PARI HILIR DI SELUBUNGI MISTERI

WAN PEAH BUAT PENDUDUK KAMPUNG KUALA PARI HILIR DI SELUBUNGI MISTERI. Ni entri ketiga pasal drama misteri wan peah katanya.. Semakin nak habis episod semakin syok pulak layan drama Misteri Wan Peah ni.. Bukan apa semakin lama semakin banyak pulak misteri wan peah yang sukar untuk penonton meneka apa sebenarnya yang berlaku pada wan peah & wan peah ni sebenarnya bela saka ke bela kucing ke bela hapa? Memang setakat ni followers drama misteri Wan peah kat news feed FB aku tak ada seorang pun dapat ramal misteri di sebalik seorang tua bernama wan peah..


Aku sendiri pun mula rasa.. Wan peah bukan hantu. Yer betul.. Lepas tu aku syak dia ada saka yang di wariskan oleh mak dia untuk jaga dia sebab mak dia tahu orang kampung kuala pari hilir nak menganiaya dia.. Yang tu tak pasti betul ke tidak cuma aku agak je la.

Episod semalam.. Anak wan peah dah explain kat ketua kampung & 3 serangkai yang cukup takut dengan wan peah tu.. Yeh Kumbang, Ghani Gagap & Wan kelubi ke hapa nama dia.. So depa pun dah tahu la wan peah belum mati & wan peah bukan jadi hantu. Anak dia cakap.. mak dia bela kucing je takde membela makhluk2 halus ni.. Masa kat rumah wan peah tu tetiba Ghani Gagap nampak satu kelibat persis wan peah.. kat luar tingkap sedangkan wan peah dalam rumah. Siapakah? Masih misteri..

Kes cikgu siti pulak.. dah tahu wan peah bukan hantu & memandang depa berjiran. So dia konon nak berbaik hantar la jemput2 kat wan peah.. Masa dok bagi salam dari bawah rumah wan peah.. tetiba dia nampak wan peah sedang memanggil & bercakap dengan sesuatu yang tak nampak siapa atau apa bawah rumah... Cuak jugak cikgu siti tu.. Perangai wan peah ni lain macam jer misterinya. Bila di ajak masuk rumah tetiba wan peah bagi sesuatu makan dari luar tingkap. Cikgu siti dah rasa lain macam cuma.. Dia sendiri tak tahu dengan siapa wan peah berinteraksi dalam isyarat tangan tu. Dengan kucing ke atau dengan saka.. Tu pun masih misteri


Serius... Aku sendiri pun tak tahu samada wan peah ni memang ada saka yang di warisi dari mak dia atau sebenarnya takde apa2 pun wan peah ni. Mungkin betul cakap ramli, mak dia bela kucing jer tapi sapa yang ghani gagap nampak tu? Memang betul2 wan peah buat penduduk kampung kuala pari hilir di selubungi misteri katanya. Bukan je orang kampung kuala pari hilir semua yang menonton memang di selubungi misteri jugak dah ni.. hahahahaha

Sheila Rusly ni buat cerita ni kita tak boleh ramal langsung perjalanan. Kena jugak tengok sampai episod akhir.. Memang terbaik la Drama Misteri Wan Peah ni kan? Baru tak boring nak follow sebab jalan cerita tak tipikal & penonton sendiri tak boleh teka apa kesudahanya...

Nak tahu apa wan peah bela.. Kena tengok malam ni. Semalam Ramli bagitau tok ketua.. Wan Peah tak pernah berkahwin jadi Ramli anak sapa? Tu pun salah satu bentuk kemisterian yang tak berjawapan. Kalau nak tau kena tengok malam ni.. kat tv3 pukul 10 malam. Aku ni pun tak sabar nak tahu... Hope malam ni tak ada aral melintang pukang la aku nak tengok drama Misteri Wan Peah ni.

Moral of the story.. Aku harap sheila rusli buat filem atau drama seram pulak lepas ni.. Memang aku rasa dia ada talent menghasilkan drama & filem yang mampu memberi kepuasan pada penonton.

P/S : Cuma nak komen satu jer.. Watak Farhan @ pa'an tu macam kaku. Pelakon baru ke hapa aku tak tau tapi memang nampak tak pandai berlakon. hahahahaha

ADI PUTRA SAHKAN TELAH BERCERAI DENGAN KEDUA DUA ISTERINYA

ADI PUTRA SAHKAN TELAH BERCERAI DENGAN KEDUA DUA ISTERINYA. Ada jugak la dok baca tajuk2 entri blog2 pasal rumahtangga pelakon Adi Putra ni tapi di sebabkan rasa tak ada apa nak mengulas pasal tu sekadar baca tajuk je la.. Lagipun Tuan punya badan sebelum ni tak cakap apapun pasal kontroversi tu.. Maka tunggu je la. Sampai masa di umumkan juga status hubungan dia dengan kedua dua isteri dia..


Sebab terlalu di desak & di ganggu wartawan & kepoci kepoci seluruh Malaysia maka Adi Putra terpaksa jugak membuat kenyataan menerusi account media sosial dia tentang status hubungan dia dengan kedua dua isteri dia..


Akhirnya.. putus sudah kasih sayang antara mereka. Bukan senang nak handle dua bini.. Satu bini pun dah terumbang ambing lepas tu tambah lagi satu bini memang karam di lautan sepi la kesahnya.. Apapun jodoh pertemuan ni rahsia Allah.. Walaupun dah tertulis jodoh kita sampai setakat mana tapi sebagai manusia tak boleh la nak salahkan takdir 100%. Kita sebenarnya penyumbang pada apa yang berlaku keatas diri kita. So jangan nak lepas tangan salahkan takdir jer ok.

Apapun penceraian bukan pengakhiran.. Ia umpama satu permulaan. Mungkin kepada kehidupan yang lebih baik siapa tahu. So jangan putus asa pada pasangan yang bercerai. Mulakan hidup baru.. Jangan takut hadapi masa depan.. Tu dia.. bagi motivasi kat orang macam dia hebat ja. Tak kena batang hidung sendiri lagi. Dah kena batang hidung sendiri baru kau tau terkemek ke.. terkembang ke hidung kau tu. Takde la bukan hebat.. Apa lagi dapat di ucapkan.. Takkan la nak suruh aku takut2 orang yang bercerai dengan memberi gambaran kat depa seumpama lepas bercerai kau akan hadap satu kehidupan yang penuh dengan air mata pulak kan..

Pada kedua dua bekas isteri Adi putra tu.. Teruskan hidup macam biasa. Moga Allah permudahkan segalanya untuk mereka. Pada Adi Putra.. pun good luck jugak la. Mungkin jadi duda terlajak laris lepas ni sapa tau hehehehe.

FYNN JAMAL DI KECAM ISU JANGAN SOLAT SEPERTI ANJING

FYNN JAMAL DI KECAM ISU JANGAN SOLAT SEPERTI ANJING. Tertarik pulak aku dengan kontroversi yang semakin viral tentang Fynn Jamal ni.. Actually bukan la aku nak komen pasal kenyataan berani dia tentang solat tu.. Cuma tertarik dengan teguran seorang ilmuan alim dan faqih terhadap Fynn Jamal & juga nitezen yang mengecamnya..


Satgi orang tak paham pulak kes apa solat macam anjing bagai ni.. Bagi yang tak ikuti kontroversi tu aku story sikit la yer.. Bukan nak mengaibkan Fynn Jamal ke sesapa.. Sekadar nak bagi jelas apa yang berlaku. Fynn Jamal memuat turun 1 video menerangkan cara solat yang betul. Dalam video tu dia dengan yakin cakap.. Solat lelaki & wanita adalah sama. Cara kita solat selama ni adalah salah.. Sebab masa nak sujud tu kita kepitkan ketiak kan.. Sebab terlalu yakin keluarkan fatwa konon cara tu salah maka Fynn Jamal di kecam. Yang pasal Solat macam anjing tu.. Dia mengaitkan dengan hadis Rasullullah katanya.. mengumpamakan solat macam tu solat macam anjing.. Alahai.. macam tak best pulak aku rasa nak tulis balik statement Fynn Jamal ni.. Korang tengok sendiri la video kat bawah ni..


Sebab terlalu yakin mengeluarkan fatwa sendiri.. Maka buat sekian kali Fynn Jamal di kecam. Tampil membetulkan kenyataan Fynn Jamal tu seorang ilmuan alim dan faqih.. Boleh baca penjelasan beliau kat bawah ni..

Ramai yg minta pada siapa saya tujukan status ptg tadi. Ni, ha mari kita dgq dulu penjelasan akak Fyn Jamal. Dia kata solat lelaki dan perempuan adalah sama. Dia menggunakan dalil hadith tapi tak kena pada tempatnya. Bukan nak serang tapi nak terang supaya kita tak terpengaruh! Semoga Allah berikan kefahaman yg benar pada Akak fyn Jamal dan kita semua.
Mari kita dengarkan penjelasan daripada ustaz yg benar2 ustaz dan mengaji.
Daripada Ustaz Abdul Rahman Dan Zaujah. 
SOLAT ORANG PEREMPUAN.
Ada satu video yang dikongsikan oleh rakan-rakan di mana dalam video tersebut, ada seorang artis mengatakan dengan tegas bahawa solat orang perempuan sama seperti solat lelaki sehinggakan kalau sujud pun tak payah nak rapatkan ketiak. Artis tersebut dengan penuh confident mengatakan bahawa perbuatan merapatkan ketiak tu SALAH. 
Baik. Sekarang kita tengok, apakah pandangan EMPAT MAZHAB dalam hal ini: 
M A Z H A B H A N A F I :
Disebutkan dalam Kitab Al-Durr Al-Mukhtar:
( والمرأة تنخفض ) فلا تبدي عضديها ( وتلصق بطنها بفخذيها ) لأنه أستر ، وحررنا في الخزائن أنها تخالف الرجل في خمسة وعشرين .
"Dan (ketika sujud) wanita hendaklah lengannya diturunkan / direndahkan (ke lutut) supaya dia tidak menzahirkan kedua lengannya. Dan hendaklah dia MERAPATKAN perutnya dengan kedua pehanya kerana yang demikian itu lebih tertutup. Dan kami telah tulis dalam Al-Khazain (mungkin nama kitab Hanafi) bahawa (solat) wanita berbeza dengan lelaki dalam 25 perkara". 
M A Z H A B M A L I K I :
1) Kata Ibnu Abi Zaid Al-Qairawani dalam Matan Al-Risalah (matan muktabar dalam fiqh Mazhab Maliki):
وهي في هيئة الصلاة مثله غير أنها تنضم ولا تفرج فخذيها ولا عضديها.
"Dan keadaan wanita dalam solat ialah seperti orang lelaki, cuma wanita MERAPATKAN dan tidak meluaskan kedua pehanya dan KEDUA LENGANNYA".
2) Kata pengarang Al-Syarh Al-Kabir:
أن المرأة يندب كونها منضمة في ركوعها وسجودها
"Bahawasanya wanita disunatkan MERAPATKAN (anggota badannya) ketika rukuk dan sujudnya"
Kemudian Imam Al-Dusuqi menghuraikan maksud kalam di atas dalam Hasyiah-nya:
أي بحيث تلصق بطنها بفخذيها ومرفقيها بركبتيها
"Iaitu: wanita hendaklah MERAPATKAN perutnya dengan pehanya, dan sikunya dengan lututnya". 
M A Z H A B S Y A F I E :
1) Untuk Mazhab Syafie, kita bagi Matan Abi Syuja' je lah:
والمرأة تضم بعضها إلى بعض.
"Dan wanita MERAPATKAN anggotanya antara satu sama lain".
2) Atau kalau nak rujuk Imam Syafie terus pun boleh. Kata beliau dalam Kitab Al-Umm:
والرجل والمرأة في الذكر والصلاة سواء ولكن آمرها بالاستتار دونه في الركوع والسجود بأن تضم بعضها إلى بعض
"Dan lelaki serta wanita adalah sama dalam hal zikir dan solat. Tetapi aku memerintahkan agar wanita menutup selain daripada apa yang dilakukan oleh lelaki ketika rukuk dan sujud, iaitu dengan MERAPATKAN sebahagian anggotanya dengan sebahagian yang lain" 
M A Z H A B H A N B A L I :
Imam Ibnu Qudamah menyebutkan dalam matan Fiqh Hanbali yang masyhur yang bernama Al-Muqni':
والمرأة كالرجل في ذلك كله ، إلا أنها تجمع نفسها في الركوع والسجود
"Dan wanita sama seperti lelaki dalam semua hal tersebut, kecuali wanita menghimpunkan dirinya (merapatkan anggota badannya) ketika rukuk dan sujud". 
K E S I M P U L A N :
Keempat-empat mazhab suruh wanita rapatkan lengan ketika sujud dan rukuk.
Sebagai tambahan, al-faqir ingin menyatakan beberapa perkara: 
1. Saya bukan nak menyerang. Tapi cuma nak bagi terang. Supaya lepas ni jangan mudah menghukum salah.
2. Saya juga dengan rendah hati ingin menasihatkan artis tersebut agar mencari guru fiqh yang bermazhab dan bukan yang baru nak mula mencipta mazhab. Nasihat ini juga ditujukan kepada semua yang membaca tulisan yang tidak seberapa ini.
3. Akhir sekali, saya menolak sekeras-kerasnya perbuatan orang-orang yang mencaci artis tersebut. Sayangilah dia. Firaun yang jahat tu pun Allah suruh Nabi Musa dakwah dia dengan lembut. Kamu ingat si artis tu lagi jahat dari Firaun ke? Atau kamu rasa kamu lagi mulia dari Nabi Musa?
Akhukum fi Al-Sunnah,
Abdul Rahman Ibn Harman Shah Raniri Al-Azhari Al-Syafie.- Kredit Mohammad Muzani

Apa yang paling aku tertarik adalah teguran dia pada nitezen.. Aku anggap teguran untuk diri aku jugak la walau aku tak terlibat pun dalam isu Fynn Jamal ni. Cuma mungkin sebelum ni pernah termelakukan perkara yang sama kan.. Sejahat jahat manusia tu tidak la sejahat Firaun yang mengaku Tuhan. Jadi.. Mungkin Fynn Jamal tersilap dalam perkara ni kerana tidak merujuk dulu kepada mereka yang lebih arif & lebih berilmu tapi tak bermakna dia sengaja nak sebarkan fatwa songsang. Rasanya dia tak ada niat sampai macam tu kot...

Apapun semoga jadi pengajaran kepada kita semua.. Nak menyebarkan apa perkara sekalipun terutama berkaitan hukum hakam melibatkan agama ni.. Pastikan rujukan kita itu sahih supaya tidak tersebar apa2 fatwa, hadis atau petikan ayat2 Al Quran yang palsu.

Moral of the story.. Apapun yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan peringatan agar tidak tidak termelakukan perkara yang sama di zaman Viral ni.

RESEPI NASI GORENG KERABU SARDIN

RESEPI NASI GORENG KERABU SARDIN. Nasi goreng ni menu yang biasa tapi boleh di olah dengan pelbagai rasa. Kadang2 sebab gabungan bahan bahan lain harga dia jadi mahal padahal nasi goreng je kot.. hahahaha. Jadi nasi goreng walau nampak simple tapi kalau hangpa pandai mengolah bahan bahan dia memang akan jadi special.. Sebab kat kedai ada jual nasi goreng biasa & nasi goreng special. hehehehe


Sebab aku masak nasi goreng special katanya harus la share resepi dengan orang lain. Setakat nasi goreng kicap & telur tu tak kuasa akak nak tulis ok... Tu dia kerek sungguh statement tu kan? Yelah.. nasi goreng yang tipikal macam tu ramai dah share resepi dia katanya.. Yang jenis kerabu ni maybe tak ramai lagi yang share kan? Aku pun sebenarnya main campak campak jer.. tetiba sedap pulak tu beriya nak share resepi.

Nak masak nasi goreng kerabu sardin ni bukan la payah bebeno. Cuma mungkin bahan di gunakan je lain sikit. Tapi jangan risau bahan bahan yang di gunakan semua boleh di dapati dengan mudah. Tak payah nak order sampai obersi... Ala.. ni kira menu2 tempatan of course la bahan2 dia pun kemelayuan jugak ok.

Bahan - bahan yang di gunakan untuk masak nasi goreng kerabu sardin ni adalah..

1. Nasi putih
2. Kerisik kelapa
3. cili kering
4. ikan sardin
5. Bawang besar
6. sedikit belacan
7. minyak masak
8. Kobis (Boleh juga letak kacang panjang atau daun ulam ulaman yang bersesuaian)

Cara memasak

1. Rendam dalam air panas atau rebus cili kering.
2. Tumbuk cili kering, belacan & kerisik (tapi kalau kerisik korang yang tak beku di frozenkan dalam peti ais rasa tak payah tumbuk la)
3. Panaskan minyak & tumis bawang
4. Masukkan bahan tumbuk tadi.. Masak sekejab
5. masukkan ikan sardin & hancurkan dia
6. Masukkan nasi gaul hingga sekata
7. Masukkan garam & gaul hingga sebati rasa dengan nasi
8. Last sekali baru masuk daun ulam - ulaman. Aku ada kobis jer. so aku masuk kobis. Kalau korang ada kacang panjang & sebagainya campak jer. Tapi make sure potong dulu kecik yer sebab yang nak makan manusia bukan lembu atau kambing.
9. Akhir sekali masukkan bawang mentah yang di potong gaul semua sampai seia sekata & hidangkan.

Boleh jugak kalau nak guna ikan masin kalau taknak guna ikan sardin tin. Ikut suka korang la kan.. Yang nak makan korang. Kalau aku rasa matching pulak rasa ikan sardin dengan bahan bahan lain.


Dah siap.. sila la rasa jangan malu malu. Insya Allah menetapi tekad orang melayu.. Rasa kerisik yang di gaul dengan nasi bersama rasa cili & ulam - ulaman lain di tambah pula dengan rasa ikan sardin sebagai pelengkap.. Memang termimpi mimpi lepas makan. hahahaha

Jadi selamat mencuba resepi mudah lagi menjilat jari ni.

PELAKON & PENGACARA ARY MALIK KEMBALI KERAHMATULLAH

PELAKON & PENGACARA ARY MALIK KEMBALI KERAHMATULLAH. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, saudara mara, sahabat taulan Pelakon & pengacara Ary Malik yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 7.17 minit malam tadi...


Semoga Allah mengampuni segala dosa dosa arwah & menempatkan beliau di kalangan orang2 yang beriman.. Kepada seluruh Ahli keluarga Ary Malik semoga tabah menerima ujian berat dengan pemergian orang tersayang..

Sedikit info Ary Malik seorang pengacara yang pernah mengacara rancangan muzik muzik & pernah jugak berlakon. Beliau menderita kanser ovari sejak setahun lalu. Pernah menyertai rancangan realiti TV masterchef. Seorang yang petah bercakap & suka tersenyum.

Kini Ary Malik tinggal kenangan. Sama2 kita sedekahkan Al Fatihah..

PELAWAK SHAH TAPAW CUMA BERGURAU ISU NAMA ANAK PUTRA NARUTO

PELAWAK SHAH TAPAW CUMA BERGURAU ISU NAMA ANAK PUTRA NARUTO. Ada jugak aku nampak sejak semalam jadi viral satu gambar baby bersama salinan surat beranak dia. Kat situ tertera nama Muhammad Putra Naruto Bin Mohd Shah Rizal. Hari ni baru aku tau rupanya dia anak seorang pelawak yang terlahir dari satu rancangan realiti tv iatu Shah Tapaw. Kalau sebut nama shah Tapaw serius aku pun tak tau yang mana satu tapi tengok gambar baru tau.. Oo.. dia ni rupanya shah tapaw. Ada la nampak keluar TV cuma tak ambil kisah sangat nama dia hahahaha


Katanya salinan surat beranak tu dia edit je dengan nama tu.. Tapi dia mengaku memang mula2 dia nak bagi nama anak dia Naruto di sebabkan keluarga semua tak setuju so tak jadi dia nak menamakan anak dia macam tu. Apa ke pelik bapak budak ni nak bagi anak nama Naruto hahahaha.. Kalau pun minat sangat dengan watak kartun Naruto tu jangan la obses sangat yer. Bagi la nama elok sikit kat anak. Nasib baik keluarga dia tak setuju.. Buatnya family dia tak tegah.. Gamaknya memang anak dia nama Naruto jugak.

Bila dia upload gambar dengan nama anak dia macam tu ramai yang mengkritik dia.. Nitezen pun cepat sangat percaya. Edit benda2 macam tu simple sangat kot. So korang kena belajar jugak ok! Jangan terus nak kecam je tanpa usul periksa.

Dia buat macam tu katanya saja nak usik ahli keluarga dia. Konon saja nak bagi depa percaya dia betul betul letak nama anak dia macam tu. Alih2 orang lain pulak yang terlebih percaya & terlebih concern hahaha. Almaklum la rakyat Malaysia memang sangat prihatin. hehehe


Apa dia buat tu bukan nak mencetuskan kontroversi cuma dia tak sangka benda tu boleh jadi viral pulak. Tak payah bergurau pelik pelik sangat la nak2 lagi kau tu seorang retis harus la jadi viral kan. Tapi dari awal lagi aku memang boleh agak benda tu cuma di edit jer. Sebab tu aku malas nak ulas pada permulaannya. hahahaha. Nama anak dia Putra Iyyad bukan Naruto yer. hehehehe

Moral of the story.. Nama yang baik menjadi doa yang baik tiap kali orang menyebutnya. Tapi nama yang membawa maksud yang baik tak semestinya di ambil dari nama arab sahaja ok! 

DRAMA NAMAKU BEDAH TAK LAWAK TAPI TERHEGEH HEGEH

DRAMA NAMAKU BEDAH TAK LAWAK TAPI TERHEGEH HEGEH. Sejak dua menjak ni rajin pulak lekatlekit ni dok tengok drama melayu kan.. Sejak siaran TV percuma kat rumah aku ni bagi kerjasama dengan baik boleh la tengok. Kalau siaran dia hilang dari radar sebab tak mampu nak lawan kuali astro punya tarikkan.. Aku tengok TV je la bukan rancangan dalam TV tu hahaha


Tiap2 hari memang aku on je TV.. 8.30 malam tu kadang layan juga drama terbaru Namaku bedah di slot kelakarama TV9 ni. Dok tengok dua tiga kali drama tu serius aku tak rasa ada benda yang lawak walau watak2 dalam drama tu cuba buat komedi. Kebanyakkan yang aku tengok.. adegan adengan terhegeh hegeh.. tergedik gedik.. atau tiga suku yang tak kena pada tempat. Pendek kata.. adegan komedi dalam drama tu serius tak menjadi langsung nak2 lagi dari pelakon2 muda yang memang tak ada bakat semulajadi untuk berlakon komedi ni. Apa ingat semua orang mampu bawa watak2 komedi macam Bell Ngasri tu ke? hahahaha... tetiba Bell Ngasri pulak. Saja la nak bagitau antara pelakon komedi yang terbaik sekarang salah seorang Bell ngasri. Masa budak2 & muda2 dulu berlakon watak2 serius.. tetiba semakin berusia dia berlakon komedi pulak kan.


Bila tengok lawak lawak tak menjadi dalam drama tu kekadang rasa janggal & annoying jugak. Nak2 lagi watak heroin dalam drama tu. Ntah hapa2 la perangai sengal yang tak menjadi tu. Rasanya kena ambil pelakon2 yang boleh bawa macam2 jenis watak.. Macam Izreen Azminda, Zara Zya bagai.. watak sedih menjadi.. watak komedi menjadi barulah drama tu ada aura sikit. Ni ambil pelakon alahai.. amatur sangat skill lakonan depa. Tapi tu la.. Kena bagi peluang kan kalau tak macam mana dorang nak belajar & improve skill lakonan tu cuma tu la.. Kalau kau berlakon tak menjadi memang la kena kutuk. So dalam fasa fasa kau nak belajar jadi pelakon yang terbaik kau kena hadap la benda tu ahahahaha

Drama Namaku Bedah ni mengisahkan seorang gadis bernama bedah binti bedul. Nama tu di berikan oleh arwah ayah & ibu dia hasil gabungan nama mak bapak dia iatu Bedul & hamidah. Dia macam rasa nama tu memalukan so dia minta kat mak dia nak tukar nama tapi mak dia explain la kat dia nama dia tu lambang cinta antara mak dia & arwah ayah dia. Di sebabkan tu mak dia tak benarkan dia tukar nama.

Nak di jadikan cerita dia nak masuk kolej.. so dia terfikir nak guna nama lain masa kat kolej sebab dia rasa nama dia tak sesuai dengan diri dia yang mempunyai wajah yang cantik. So, dia nekad nak guna nama baru bila di kolej.

Watak bedah dalam drama ni macam gedik & suka bergaya. Dia selalu gunakan muka dia yang cantik untuk goda lelaki tapi sebaik je semua lelaki tahu nama dia bedah dia akan di tertawakan. Erkkk.. macam satu penghinaan pada orang yang nama bedah pulak kan.

Bila dia sambung belajar di kolej ramai lelaki minat kat dia sampai ada yang sanggup bergaduh berebutkan dia. Pada satu hari bedah jumpa dengan seorang anak jutawan. Bedah terpikat la tengok anak jutawan yang ensem tu tapi tak sangka pulak anak jutawan tu pun syok kat dia jugak. So, bedah gunakan nama glemer dia Puteri Anis untuk mendekatkan diri dengan anak jutawan tu. 

Sebab terlalu teruja dapat anak jutawan bedah jadi tak tentu arah sampai terfikir nak berhenti belajar & kahwin dengan anak jutawan tu. Dia kongsi perasaannya dengan kawan baik dia tapi kawan baik dia tak setuju & cuba menghalang rancangan dia tu. Bedah semakin lupa diri sampai sanggup nak tukar nama dia supaya kekasihnya anak jutawan tu tak tahu so dia minta tolong dari someone tu tukar nama pada kad pengenalannya.


Sebab anak jutawan tu bedah ubah penampilan dia dari seorang budak kampung kepada gadis yang lebih urban.. Erkk.. ingat orang kampung tak reti bergaya ke? Tipikal drama melayu suka gambarkan orang kampung kolot & tak pandai berfesyen. Tu kampung zaman bila.. ni zaman 2000an beb! Patut tukar persepsi tu ok! Sambung cerita bedah tadi.. Bedah semakin berubah suka cakap besar & semakin sombong dengan orang orang kampung dia, Bila mak bedah tahu bedah nak berhenti belajar & kahwin.. mak dia cuba halang. Dia minta kekasih anak dia tu datang jumpa dia dulu. Sebab anak jutawan tu benar benar serius dengan bedah dia sanggup ke kampung bedah & jumpa dengan mak bedah tapi bedah pulak risau takut rahsia pasal nama dia terbongkar.

Tapi akhirnya rahsia tentang nama dia terbongkar juga.. cuma apa berlaku korang kena follow sendiri drama ni..

Alkisahnya pasal nama dia bedah je la kan.. Drama ringan ringan je ni. Nama pun drama komedi kan.. Takkan nak buat cerita berat pulak. Drama ni menurut sumber yang aku baca di adaptasi dari novel Namaku bedah. Ooo.. kisahnya drama adaptasi novel jugak lah yer... Apsal dalam banyak2 drama adaptasi novel takde yang nak buat drama adaptasi novel seram yer?? hahahaha

Walaupun aku rasa Drama Namaku Bedah ni pelakon2 muda dalam drama ni tak menjadi watak komedinya tetap aku bagi publisiti drama tu dalam blog aku ok walau sekadar mengkritik. Tu kira support jugak la drama melayu. Tengok & kritik.. hahahaha. Kena ingat kritikan selalunya ikhlas berbanding pujian hahahahaha

Moral of the story.. bila la trend drama adaptasi novel ni nak habis.. Terlampau banyak drama adaptasi novel penulis novel pun makin tak berkualiti dah sebab masing2 buat cerita ikut trend maka kebanyakkan cerita copy idea cuma ubah sikit2 jer.

PENAMPILAN TERKINI FARRA, PENYANYI LAGU BAGAIKAN PUTERI

PENAMPILAN TERKINI FARRA, PENYANYI LAGU BAGAIKAN PUTERI. Kalau yang membesar pada tahun 90an rasanya kenal dengan Farra, penyanyi yang pernah popular dengan lagu bagaikan puteri tu. Kalau generasi baru ni mungkin tak tahu siapa. Tapi hangpa boleh je google.. Apa guna teknologi kalau semua nak tunggu orang suap kan. Cari la sendiri.. Rajin la sikit dik Ooi... hahahahaha


Seperti yang kita sedia maklum Farra dah tak terlibat dalam bidang seni nyanyian. Dah lama sangat dia pencen jadi penyanyi rasanya. Tak silap sejak dia berkahwin kot dia mula slow dalam industri seni ni.

Masa zaman kegemilangan dia tu.. lagu bagaikan puteri tu memang menjadi siulan muda mudi la termasuk aku. Dengan lirik & melodi yang memang catchy sangat.. Aku still ingat sikit2 lirik lagu dia.. antaranya kat korus.. Bagaikan puteri kisah khayalan yang hidupnya suci dan sempurna... Tapi sayang hanyalah impian. Bulan tak bisa tumbuh di taman... Dan bila mentari datang pulanglah segala kenyatan.. Tu dia lirik lagu dulu bukan macam sekarang. Mahu jadi hantu mahu jadi buaya... bla .. bla.. bagai. Tak sedap langsung lirik lagu hahahaha. Tapi komposer dulu lirik pun penuh seninya apatah lagi bila jadi lagu.

Tapi sekarang Farra dah jauh berubah 360 darjah. Kalau dulu seksi dengan badan lentik & rambut curly dia.. Sekarang, Alhamdulillah. Lebih baik berbanding dulu. Sebab tu la jangan judge seseorang dari masa silam.. sebab masa depan mungkin dia lebih baik dari kita kan. Tengok sekarang.. Kalau dulu tengok farra rasa kita macam lebih elok dari dia.. Cuba bandingkan dengan dia yang sekarang rasanya dia jauh lebih baik dari kita.

Dulu & sekarang Alhamdulillah..

Farra sekarang tengah belajar mendalami ilmu agama & berhasrat ingin menjadi guru mengajar mengaji. Semoga niat & impian yang murni tu Allah permudahkan.. Semoga memberi manafaat kepada semua & beroleh ganjaran pahala dari Allah SWT.

Moral of the story... Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.

TEGURAN PEDAS AMRAN FANS TERHADAP PELAKON RUHAINIES ISU TERLEBIH MESRA DENGAN ADIK LELAKI

TEGURAN PEDAS AMRAN FANS TERHADAP PELAKON RUHAINIES ISU TERLEBIH MESRA DENGAN ADIK LELAKI. Lama tak cerita pasal Meran ni kan.. Status2 dia pun jarang lalu lalang kat news feed. Maybe kurang hyperactive dah meran sekarang. Tapi Meran masih berbisa bila sekali sekala dia muncul. Terbaru teguran dia kepada pelakon muda Ruhainies yang sekarang ni kerap sangat dok upload video mesra dengan adik lelakinya. Aku pernah tertengok la video dia suruh adik dia dukung dia dalam pasaraya.. Tak nampak apa yang best & sweet... Nampak macam attention seeker je buat benda2 tu semua hahahaha


Terbaca komen berunsur teguran pedas dari Amran Fans berkaitan perkara tu.. Ini dia Komen Amran Fans...

Amran tak faham betul apa masaalah si Ruhainis ni.
Sejak dua menjak ni bukan main lagi dia upload video bermesra dengan adik lelaki dia..
Hari tu video adik lelaki dia dukung dia dalam pasar raya. Lepas tu video main cium-cium pipi dekat airport..
Kau ingat adik lelaki kau tu tak ada punai ke bangang?
Lepas tu ada pulak macai si Ruhainis ni kata, "kesiannya pemikiran kau. Bahaya orang macam kau ni kalau ada dalam family. Sebab dengan adik beradik sendiri pun kau bernafsu".
Wei macai. Tarbiah Jinsiah ni Nabi pun sebut lah. Tarbiah Jinsiah ni maksud dia pendidikan seksual. Walaupun darah daging, nak bermesra dengan adik beradik yang lain jantina tu pun kena ada batas. Sedangkan budak umur 10 tahun pun diwajibkan asing tempat tidur, so kau jangan nak kata title adik beradik tu adalah tiket untuk bergomol sesuka hati..
Dalam perkara ni mak bapak kena main peranan. Kita mungkin tak fikir benda-benda macam tu, sebab kita dah melepasi usia tersebut. Tapi bagi anak anak yang sedang meningkat remaja ni, naluri seksual mereka tu tengah berkembang pesat dan mencanak naik..
Tak kan nak tunggu dah jadi sumbang mahram baru kau nak sedar?
Pada macai artis, suka dekat artis pun jangan jadi bodo macam lembu. Artis makan tahi kau pun nak makan tahi ye tak..
Kepada Ruhainis, ubah lah perangai kau tu sikit. Kau tu bukan budak budak lagi. Bulu ketiak tu beratus kali dah cukur.

Walaupun bahasa teguran Amran Fans ni agak kasar tapi apa yang di sampaikan tu betul. Pergaulan antara adik beradik berlainan jantina ni pun ada batas nak2 lagi zaman sekarang ni.. Manusia semakin hilang kewarasan. Anak beranak pun boleh berlaku sumbang mahram inikan pulak adik beradik yang dah akil baligh. Memang perlu ada kemesraan antara adik beradik untuk menjaga silaturrahim tu cuma jangan melebihi batas. Kalau terlebih batasan dah tak jadi silaturrahim.. Jadi sila la abang rahim hehehehe

Salah satu video kemesraan Ruhainies & adik lelakinya. Dari ucapan Ruhainies pada adik lelaki dia.. kalau orang tau tau lelaki tu adik dia maybe jadi fitnah yang maha besar jugak. Jadi perbuatan macam ni sebagai selebriti tak perlu kot nak di tayang sangat

Aku ni membesar dengan 6 orang adik beradik perempuan.. So, tak tau la macam mana hidup dengan adanya adik beradik lelaki dalam rumah sampai la aku berkahwin. Dulu lelaki dalam rumah aku cuma arwah Ayah jer.. So, nak feel & react tu tak tau macam mana dengan adik beradik lelaki sebab tak ada pengalaman langsung. Lepas kahwin pun tak pernah tinggal dengan keluarga mertua. Sebab suami aku ada la sorang adik lelaki tu pun aku tak pernah mesra dengan dia. Jenis pendiam sikit adik ipar aku tu. Tapi bila tengok memang perbuatan Ruhainies tu memang rasa janggal. Rasa over sangat mesranya. hahahaha

Moral of the story.. Apapun nak bermesra ni biar berpada pada & tak semua perkara yang kita rasa tidak salah kita buat jadi tak salah di pandangan mata orang. Tak perlu la nak tunjuk2 sangat kemesraan tu sebab kadang2 kita yang menyebabkan timbulnya fitnah keatas diri kita sebab terlampau nak expose semua perkara kepada umum. Yang mana tak perlu.. simpan untuk kita kita saja.

P/S : Pelakon sekarang mutu lakonan tu tak seberapa.. kontroversi je lebih.

SUMPAH IBU KISAH TANGGANG MODEN VERSI PEREMPUAN

SUMPAH IBU KISAH TANGGANG MODEN VERSI PEREMPUAN. Kita sedia maklum kisah lagenda tanggang ni berkisahkan seorang anak lelaki tunggal yang derhaka kepada ibu dia.. Sebab kecewa seorang ibu bila anak kandungnya menghina & tak mengaku dia sebagai ibu lalu di sumpah menjadi batu.. Bukan dia jer kena sumpah seluruh isi kapal kena sumpah jugak. Tak pepasal yang tak bersalah kena tempiasnya kerana tanggang derhaka.


Tu kisah Tanggang lelaki.. Tapi dalam drama slot azalea di tv9 sekarang, Sumpah Ibu ni kisah pasal tanggang version perempuan. So boleh la kita gelarkan dia sebagai tanggarina kan.. Baru nampak ciri2 perempuan tu kan.. Aku tengok la jugak tapi macam biasa kadang2 skip kadang2 tengok separuh jalan.Susah nak nak follow apa2 drama Tv. Kadang2 busy.. kadang2 lupa... Kalau korang ada masalah macam aku yang selalu terskip rancangan kat TV elok la korang tahu pasal ni >> Jika Korang Ada Benda Ni Confirm Korang Tak Terlepas lagi apa2 rancangan atau drama kat TV <<.

Sebab aku ada jugak tengok maka faham jugak la kisahnya.. Ia Mengisahkan seorang budak perempuan bernama Intan. Bijak budaknya. Rajin belajar tapi keluarga dia miskin. Nak2 lagi lepas ayah dia jatuh sakit & lumpuh, semakin susah la kehidupan mereka sekeluarga. Intan ni ada seorang abang OKU.. macam terencat akal je wataknya. Selain abang yang OKU dia juga ada seorang adik lelaki yang memang tak ngam dia dengan dia. Depa ni asyik bergaduh jer.. Di samping tu dia dah ada seorang boyfriend bernama haris yang sangat baik & selalu tolong keluarga Intan.

Sebab Ayah dia dah lumpuh.. Intan rasa macam terbeban juga dengan masalah kemiskinan mereka buat dia selalu bersikap kasar & suka marah2 mak dia. Tapi sebab Intan ni budak pandai.. Mak dia tetap berusaha untuk bagi dia sambung belajar kat universiti walau terpaksa menjual semua barang kemas dia. Standard la tu.. Mak aku dulu pun biasa buat benda2 tu tiap kali nak buka sekolah atau kakak atau adik aku nak sambung belajar. Masa aku nak masuk kolej pun mak aku keluarkan duit simpanan dia jugak. Bukan sebab Ayah aku tak boleh kerja.. tapi biasa la.. bila tak cukup mak la topup. Biasa la zaman tak berapa senang lenang.. Nak kata susah sangat pun aku malu dengan Allah.. Sebab walau tak kaya raya masih cukup makan pakai & mampu belajar lagi.

Berbalik kepada kisah budak Intan tu tadi... Lepas dah berjaya ke menara gading & habis belajar berjaya dapat pekerjaan yang bagus dia lupa dah sumpah janji dia dengan mak dia dulu, nak tolong family dia yang susah. Dia mula lupa diri lepas dapat boyfriend kaya sampai lupa boyfriend dia yang banyak membantu dia sebelum berjaya dulu.. Nak di jadikan cerita ada project pembinaan nak di jalankan oleh syarikat boyfriend dia tu.. Project tu melibatkan kampung dia termasuk rumah family dia. Intan macam tak ada rasa bersalah jer.. Malah dia tak peduli langsung kalau kampung dia di rampas untuk di bangunkan. Maka musnahlah kampung tempat dia membesar kerana projek tu.

Budak Intan ni memang betul2 lupa daratan lepas dah berjaya sampai tak mengaku asal usul dia. Dia tak pernah lagi balik kampung melawat ayah dia yang sakit sampai la ayah dia meninggal dunia. Malah dia sanggup buat2 tak kenal adik dia sendiri & biar adik dia di pukul semasa datang berjumpa & pujuk dia balik. Mak dia pulak akibat terlalu sedih & kecewa dengan perangai Intan yang dah lupa diri & lupa janji2 dia nak membantu keluarga bila dah berjaya jadi kemurungan.

Tak tau la apa berlaku dengan hidup Intan lepas lupa diri tu.. Kalau korang nak tahu tanggarina ni kena sumpah jadi batu ke.. jadi peti ais dua pintu atau jadi gila ke hapa.. follow la drama Sumpah Ibu setiap selasa hingga ahad, jam 8.30 malam di slot azalea TV9. Sekarang ni baru episod dia masuk universiti. Tak tau episod berapa sekarang. Setakat ni tak nampak la lupa diri lagi.. Tak lama lagi la tu dia nak tukar jadi tanggarina. Episod malam ni boyfriend dia haris datang jumpa dia kat kampus siap bawa petai mentah konon untuk dia masak & makan.. Agak2 la kan.. Malu Intan bila kawan2 dia gelakkan dia. Bukan kata hina sangat petai tu.. Tapi tak beragak buah tangan macam tu untuk melawat seorang makwe yang masih belajar. Lain la kau bawa sambal petai untuk dia makan. hahahaha

Moral of the story.. Bukan la kata dalam drama.. Tapi betul la kadang2 yang suka lupa diri ni adalah golongan yang berasal dari keluarga miskin. Bila senang sikit dia jadi kejutan budaya, jadi berlagak, jadi sombong. Kadang2 baru senang sikit belum kaya pun.. dia punya gebang mengalah jutawan.  Sebab tu kalau nak tahu orang tu betul2 kaya atau tak.. Kalau yang kita tak tanya pun beriya nak cerita kekayaan dia.. Berkemungkinan besar kadang2 orang tu cuma cakap je besar sebab orang yang kaya atau dah biasa hidup kaya raya ni dah tak rasa nak gebang pasal kekayaan dia tak tentu pasal.

P/S : Jangan tanya takkan lekatlekit layan drama melayu.. Ingat tengok cerita seram je. Kalau tv hari2 tayang drama seram, filem seram..Mungkin aku tak layan drama macam ni tapi di sebabkan TV pun selalu tayang cerita seram maka aku layan je apa yang ada kat TV. Tapi aku bukan jenis obses pun tengok drama.. skip manjang hahahaha

INILAH WAJAH TERKINI KANAK KANAK YANG MUNCUL DALAM IKLAN PETRONAS SEMPENA HARI KEMERDEKAAN PADA 2007

INILAH WAJAH TERKINI KANAK KANAK YANG MUNCUL DALAM IKLAN PETRONAS SEMPENA HARI KEMERDEKAAN PADA 2007. Masih ingat lagi tak kisah cinta dua orang budak sekolah rendah yang di rakamkan video mereka di interview kemudian di jadikan iklan sempena hari kemerdekaan pada tahun 2007?Alah iklan yang memaparkan budak lelaki cina & budak perempuan melayu. Yang masih2 suka sama suka tapi tak pernah meluahkan perasaan. Takpe kalau dah lupa nanti boleh tengok kat video di bawah ni..


Dah ingat kan... Tan hong Min & Umi Qazrina. Tu video masa kecik. Yang terkini gambar mereka memang perubahan besar nampak pada Umi Qazrina la.. berbanding Tan Hong Ming yang nampak still skema.. Almaklum la budak baik kan. Nak cari calon suami yang baik ciri2 macam Tan Hong Ming tu hehehehe...

Amboi dia punya caption.. suruh budak2 90an mereput.. Gamaknya yang 80an ni kena meng'hancur'kan diri la yer hahahaha

Masing2 dah remaja.. Dah banyak berubah dari segi rupa, bentuk badan, gaya semua. Tapi nampak Tan Hong Ming gigi dah cantik tersusun je berbanding masa dia budak2 dalam video iklan hari kemerdekaan tu kan.. Umi Qazrina pulak.. Biasa la remaja. Memang nampak stylo milo jugak la.

Umi Qazrina& Tan Hong Min Yang Terkini. 


Cute & sweet macam hello kitty kan mereka. Almaklum orang melayu ni memang suka sweet2 & cute2 jer.. Tengok gambar ni pun mungkin ada yang dah terbang ke awan biru. Kalau korang suka yang sweet & cute macam hello kitty ni peluang korang boleh dapat Hello Kitty Gold Bar kat sini >> Wow! Hello Kitty Gold Bar. Nak Tengok kat sini <<

Apapun Tan Hong Ming pun semakin hensem & Umi Qazrina pun cantik orangnya. Sapa tahu mungkin ada jodoh ke hapa antara mereka.. Masing2 pun sebenarnya dah lama tak jumpa. Rasanya depa satu sekolah masa sekolah rendah jer... Tapi di sebabkan antara mereka ada kenangan & kenangan tu pulak menjadi iklan komersial kat TV.. so cerita pasal depa tu tak mustahil akan di flasback kembali & cerita mereka masih di buru sebab cerita mereka ada value. Takde value sapa nak tulis ye dak... Nak nak lagi iklan tu antara iklan yang agak attractive so orang akan ingat sampai sekarang.

Mesti masing masing akan malu bila tengok balik iklan tu kan... hehehehe.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com