KEK HARIJADI NEELOFA HARGA BOLEH BUAT DOWNPAYMENT BELI RUMAH
Tapi bagi orang kaya mungkin takde apa sangat la jumlah tu.. buat2 beli kek harijadi je katanya. Alah setahun sekali belanja orang makan kek apa salah, katanya. Tak tau la apa rasa kek Neelofa tu kan. Sedap sampai menjilat siku ke camna pun tak tau. Tapi terkesima jugak la dengar harga dia..
Tapi rasanya Neelofa pun tak gila nak beli kek harga RM20K ni.. alah retis biasa la mesti yang sponsor punya. Tu untung jadi orang terkenal.. dah la boleh buat duit dengan populariti yang ada lepas tu nak pakai barang mahal & kek mahal pun orang sponsor. Yelah semua tu marketing. Kalau depa sponsor lekatlekit paling2 dapat review kat blog ja kan.. Sponsor orang popular dapat publisiti besar sikit katanya.
Akak tak jeles pun dengan kek RM20K neelofa tu.. Cuma tu la tak terbayang apa bahan depa guna buat kek sampai RM20K.. nak kata besar sangat size biasa biasa jer... Hangpa tengok sendiri la kek RM20K Neelofa kat sini >> [VIDEO] #FollowLofa: Neelofa Dapat Birthday Cake Swarovski RM20,000! Apa Lagi Berlaku? <<
Jadi sesapa nak sponsor kek untuk admin blog lekatlekit ni sila la tampil. Tak payah la sampai RM20K.. kek RM200 tu pun dah rasa mahai sangat bagi kami ni. Tu pun nak makan rasa ketaq mulut. Almaklum la dok makan kek rega RM20 ja katanya hahahaha
dasyat kan, kek je rm20k. ku rasa membazir sangat wpun kita kaya
ReplyDeleteKalau dah harga kek RM20K, lebih baik frame aje kek tu. Sayang pulak nak makan. Tapi kalau akak, akak jual balik kek tu. Dapat separuh daripada RM20K pun takpa. Itu pun kalau ada yang nak beli balik kek birthday blogger picisan macam akak ler. Hahaha!
ReplyDelete