Showing posts with label neelofa. Show all posts

NEELOFA BERNIQAB MUNGKIN JADI IKUTAN, JOM KETAHUI APA HUKUM BERNIQAB

 NEELOFA BERNIQAB MUNGKIN JADI IKUTAN, JOM KETAHUI APA HUKUM BERNIQAB. Alhamdulillah kecoh sejak semalam orang bercerita pasal penghijrahan seorang selebriti terkenal Neelofa yang katanya sudah memakai niqab. Neelofa mohon semua doakan yang terbaik untuk penghijrahannya tu. Yelah.. benda baik buat kita nak mengata kan? 

Tahniah buat neelofa kerana memilih untuk berhijrah walaupun namanya masih di kemuncak sekarang ni. Apa lagi dia nak cari.. Dia boleh di katakan ada segala galanya dah. Mungkin dia rasa mengejar duniawi ni takkan pernah puas, so dia memilih sesuatu yang lebih kekal abadi. Hope kita semua pun menuju kearah yang lebih baik.. Amin.

Bila kisah penghijrahan neelofa ni viral ada juga terbaca posting yang mempertikaikan pemakaian niqab. Katanya itu cuma budaya orang Arab bagi mengelak dari ribut pasir. Betul ke idok? Jom la kita sama sama belajar.

Pemakaian niqab tak wajib. Pemakaian purdah/niqab itu menjadi harus jika si pemakai adalah isteri orang.
Jika isteri terbabit seorang yang cantik dan bagi mengelakkan fitnah dan cemburu si suami, maka menjadi harus kepada isteri mengenakan purdah/niqab kerana isteri adalah hak mutlak seorang suami.

Begitu juga sebaliknya, jika seorang wanita itu memiliki wajah yang kurang cantik dan mahu mengelak dihina masyarakat maka menjadi harus baginya memakai purdah/niqab. Pemakai akan beroleh pahala kerana tidak hanya pandai melindungi diri dan menjaga hak suami malah menyelamatkan masyarakat. Jadi tidak timbul siapa lebih Arab daripada orang Arab. 

Sumber : Soal pakaian dan hukum fiqh: Tidak salah 'meniru' cara orang Arab

pemakaian niqob atau purdah adalah salah satu cara yang terbaik dalam bab penjagaan aurat wanita. Justeru hukum pemakaian niqob atau purdah ini adalah sunat dan afdhal bagi kaum wanita.

Namun begitu para ulama berpendapat wajib menutup wajah dan tapak tangan jika bimbang membawa kepada fitnah dan syahwah. Bagi mereka dalam kebanyakan waktu, kaum lelaki adalah haram untuk melihat apa yang terdedah daripada wajah dan tapak tangan wanita melainkan kerana beberapa hajat:

  1. Melihat perempuan yang ingin dinikahi semasa proses khitbah (merisik, meminang dan bertunang).
  2. Bagi tujuan kesaksian
  3. Bagi tujuan muamalat untuk memastikan suatu perkara (seperti belajar dan jual beli
  4. Bagi tujuan pengubatan dan rawatan, dengan kehadiran mahram
Sumber : Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Apapun yang baik nak buat tak salah tapi bila dah pakai pakaian yang mencerminkan sesuatu tu jagalah ia agar ia tidak menjadi fitnah kepada agama.

Semoga perkongsian ni memberi manafaat kepada semua yang membaca blog lekatlekit ni.

MINGGU BOIKOT ARTIS BERTUDUNG

MINGGU BOIKOT ARTIS BERTUDUNG. Tu dia.. lekatlekit membawang dah katanya.. Bila dia start mengulas kontroversi pasal retis mula la haters muncung bibir memasing. Eleh.. hangpa tu kemain kecam bagai nak rak, den rilex je tak cakap apa. Den baru tulis tajuk Minggu Boikot retis memasing dah buat spekulasi. Dasar bawang holand tak sedap!! hahahahaha


Semua orang tahu minggu ni penuh kontroversi pasal retis wanita bertudung. Kebetulan pulak dua2 memang bertudung. Esok siap la habis semua di kupas kupis & kopek dalam melodi. Tapi melodi sekarang orang dah layan sangat. Lambat nak tunggu Ahad.. Social media terlebih dahulu viral. So kebanyakkan isu2 kat melodi tu semua isu basi je la. Makcik2 yang tak kenal teknologi je layan.. kekekkee

Bukan la nak mengaibkan sesapa cuma tertarik dengan isu ni.. Isu minggu ni semua orang tahu Isu pelancaran Tudung ke turban ke atau serkup kepala jenama seorang retis ni yang kita sedia maklum pengasasnya Pelakon/Pengacara yang cantik bagaikan bidadari turban.. erkk.. Bidadari dunia tu. Isu dia buat pelancaran di sebuah kelab malam & isu ada blogger yang hadir pada malam tu menari tiang yang menghairahkan.. Kontroversi memang melatop kebabom

Sebab ramai yang marah produk ada unsur keagamaan tu di buat pelancaran di sebuah pusat hiburan.. Ada gerakkan menyeru kempen memboikot produk & dia sendiri sehingga Instagram artis tersebut kehilangan lebih dari 100 ribu followers... Bertabahlah nak.. anggap je ia salah satu teguran dari Allah. Kita manusia ni memang tak lepas dari melakukan kesilapan.. Ye dak? So yang mana baik jadikan pengajaran yang buruk jadikan sempadan. Jangan sesedih sangat.. Boikot maybe terkesan sikit tapi takde la sampai buat ekau jadi gelandangan kan. So, lap ayaq mata tu..

Isu kedua paling hangat minggu ni.. Isu Suami kepada seorang pelakon yang katanya menceraikan Isteri pertamanya selepas beberapa bulan.. erkk.. 6 bulan kan bernikah dengan pelakon ni secara senyap senyap. ramai Netizen Anggap.. Punca isteri pertama di ceraikan adalah sebab pelakon ni & depa melabelkan pelakon ni sebagai perampas. Alasan yang di beri si lelaki pulak.. memang agak kejam. Dah tak ada perasaan selepas 5 tahun bersama bekas isteri pertama & selepas 6 bulan kawen dengan bini no 2.

Yelah.. yelah.. sebagai perempuan terkesan juga la di hati kes kes macam ni. Tapi tu la.. tak mustahil kita boleh berada di tempat isteri pertama & kita juga boleh berada di tempat isteri kedua. Perjalanan hidup kita ni masih panjang (Insya Allah).. Cuma apa yang berlaku kita ambil pengajaran. hati manusia ni memang boleh berubah termasuk hati suami/isteri kita. Doa la pada Allah moga di tetapkan hati kita suami isteri pada yang satu (Allah). Kalau hati kita pada Allah.. Insya Allah.. Takde mana2 pihak teraniaya atau di aniaya.

Disebabkan perkara tu.. Nampak kempen boikot pelakon ni juga sedang giat di promosikan di social media. katanya apa juga drama atau rancangan ada muka dia mereka boikot tak nak tengok. sabarlah nak.. Sesungguh tu pun salah satu bentuk teguran dari Allah. Sama sama la kita muhasabah diri. Tu dia.. macam setazah pulak kan.

Boikot sekarang memang akan bagi impak besar jugak.. Contoh kempen boikot yang pernah di buat kepada beberapa jenama terkenal seperti Mc Donald.. Cadbury.. Memang bagi effect juga dari segi jualan. Tapi selalunya bersifat sementara.. sementara tu, berapa lama terpulang la kan. pepandai la kau nak meraih kepercayaan peminat atau pengguna.

Sekian laporan dari wartawan melodisssssssss minggu ini. Selamat berhujung minggu Uolls...

SURAT TERBUKA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA HAJJAH NEELOFA

SURAT TERBUKA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA HAJJAH NEELOFA. Rasanya ramai dah tahu viral hari ni tentang Neelofa artis & ahli perniagaan yang berjaya yang berasal dari kelantan ni. Alah.. Isu pasal majlis launching tudung terbarunya yang di buat di sebuah kelab tu..


Saya tak nak la mengulas isu launching produk tu & isu tarian tiang yang videonya tersebar ke serata alam maya hari ni. Cuma untuk menjelaskan salah faham.. Yang menari dalam video tu bukan neelofa tapi seorang blogger yang sekarang dah jadi retis. Siapa blogger tu saya tak nak sebut cuma nak menjelaskan apa yang menjadi salah faham sahaja. Blogger tu pun katanya dah membuat permohonan maaf atas apa yang berlaku.

Cuma tadi ternampak sharing dari kawan kawan media sosial surat terbuka yang berunsur teguran kepada Neelofa dari Page Mufti Wilayah Persekutuan. Antara isi kandung surat terbuka tersebut adalah..

Semoga Hajjah Neelofa dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.

Alhamdulillah kami merafa’kan setinggi kesyukuran ke atasnya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur. Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut. Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini.

1. Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.

‎2. Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.

‎3. Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impikan, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?

‎4. Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.

5. Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.

6. Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.

7. Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai “wanita besi” dan “gergasi” dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.

Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan


Semoga teguran dari Mufti tu Cik Hajjah Neelofa ambil pengajaran.. Ke Cik Hajjah rasa perlu ignore jugak tak tau la. Mufti dah lakukan tanggungjawab dia.. Insya Allah kat sana nanti dah takde dakwa dakwi kenapa tak tegur atau cegah kemungkaran terpulang la kepada Cik Hajjah.

Apapun semoga kita ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. 

KEK HARIJADI NEELOFA HARGA BOLEH BUAT DOWNPAYMENT BELI RUMAH

KEK HARIJADI NEELOFA HARGA BOLEH BUAT DOWNPAYMENT BELI RUMAH. Begitulah perbezaan orang kaya dengan orang tak berapa kaya ni. Dengar harga kek macam tu terbayang kalaulah aku ada duit sebanyak tu confirm aku buat downpayment beli rumah atau balik kampung buat sebiji rumah mampu milik atas tanah pusaka. Mana tau tua2 esok dah jemu mengadap kehidupan bandar ni nak balik tinggal kat kampung dah ada rumah sendiri kan..


Tapi bagi orang kaya mungkin takde apa sangat la jumlah tu.. buat2 beli kek harijadi je katanya. Alah setahun sekali belanja orang makan kek apa salah, katanya. Tak tau la apa rasa kek Neelofa tu kan. Sedap sampai menjilat siku ke camna pun tak tau. Tapi terkesima jugak la dengar harga dia..

Tapi rasanya Neelofa pun tak gila nak beli kek harga RM20K ni.. alah retis biasa la mesti yang sponsor punya. Tu untung jadi orang terkenal.. dah la boleh buat duit dengan populariti yang ada lepas tu nak pakai barang mahal & kek mahal pun orang sponsor. Yelah semua tu marketing. Kalau depa sponsor lekatlekit paling2 dapat review kat blog ja kan.. Sponsor orang popular dapat publisiti besar sikit katanya.

Akak tak jeles pun dengan kek RM20K neelofa tu.. Cuma tu la tak terbayang apa bahan depa guna buat kek sampai RM20K.. nak kata besar sangat size biasa biasa jer... Hangpa tengok sendiri la kek RM20K Neelofa kat sini >> [VIDEO] #FollowLofa: Neelofa Dapat Birthday Cake Swarovski RM20,000! Apa Lagi Berlaku? <<

Jadi sesapa nak sponsor kek untuk admin blog lekatlekit ni sila la tampil. Tak payah la sampai RM20K.. kek RM200 tu pun dah rasa mahai sangat bagi kami ni. Tu pun nak makan rasa ketaq mulut. Almaklum la dok makan kek rega RM20 ja katanya hahahaha

SISI SEBENAR KEHIDUPAN NEELOFA AKHIRNYA TERBONGKAR

SISI SEBENAR KEHIDUPAN NEELOFA AKHIRNYA TERBONGKAR. Neefola seorang selebriti yang agak terkenal kat Malaysia.. Bukan sahaja berjaya dalam kerjayanya sebagai seorang artis malah seorang ahli perniagaan jugak. Gamaknya orang kelantan ni memang jenis ada bakat semulajadi menjadi seorang ahli perniagaan kot. memang wanita kelantan kebanyakkan suka berniaga.. Tak kira la berniaga pakaian ke, tudung ke, produk kecantikkan.. Tu yang boleh nampak kadang2 ramai pengasas produk dari kelantan.


Neelofa setakat ni rasanya tak ada keluarkan sebarang produk kecantikkan kot.. cuma ada dia keluarkan produk contact lens, Lofalens. Selain tu macam kita sedia maklum la Neelofa ada keluarkan pakaian & tudung atas jenama dia sendiri iatu Naelofar Hijab & Naelofar Casual. Aku tak pernah la pulak ada koleksi dari jenama Neelofa ni.. Maybe sebab aku pakai brand murah2 je kot hahahaha. Kalau yang terbeli branded sikit tu maybe masa shopping kat the store lupa nak belek jenama hahahaha. Murah ke mahal ke.. Asalkan berberbelanja ikut kemampuan sudah la kan?

Walaupun Neelofa di lihat sebagai artis & ahli perniagaan yang berjaya pun camtu dia masih dalam kategori artis yang terkenal jugak dengan kontroversi. Orang cantik & terkenal la katakan..Kontroversi tu biasa la kan. Tapi yang ni bukan gosip ataupun kontroversi tapi memang betul... Kalau korang memang peminat setia Neelofa korang kena tengok benda ni. Sebab katanya korang boleh tengok sisi sebenar kehidupan Neelofa yang mungkin sebelum ni tidak di paparkan secara umum. Mungkin apa yang kita lihat Neelofa seorang selebriti yang kaya & berjaya.. Tapi di sebalik kejayaan & kekayaannya itu mungkin ada kisah yang orang tak tahu. Kalau korang nak tau boleh dapatkan info kat sini >> Neelofa Papar Sisi Kehidupan Sebenar Dalam #FollowLofa << Bukan je peminat, haters pun kalau nak jaga tepi kain neelofa boleh je tengok ok! Manatau ada point nak mengkritik katanya hahahahaha. Dasar haters katanya. Asal kritik tu haters.. Mohon ubah persepsi anda!

Jadi pada peminat juga Hatters Neelofa yang concern sangat pasal neelofa ni.. Hangpa kena tengok tau. Baru hangpa tau siapa neelofa sebenar. Baru hangpa boleh menilai dia.. kekekeke

DI SEBALIK PANTUN NEELOFA.. ADA SESUATU YANG BUAT PEMINAT HISTERIA

DI SEBALIK PANTUN NEELOFA.. ADA SESUATU YANG BUAT PEMINAT HISTERIA. Tu dia.. petang2 minggu dah up cpasal histeria pulak. Dah tu ada kaitan pulak dengan pelakon & pengacara cantik lagi kaya raya Neelofa pulak. Aiyo.. panas ni. Bukan kipas level 5 sambil baca entri ni katanya... hehehehe


Alah.. nak hangat hangatkan suasana petang minggu yang mengantuk ni saja la up cerita cerita sensasi & panas sikit. Biar keluar peluh katanya membaca setiap bait bait ayat dalam entri ni. Hangpa kan suka yang suspend.. Kan blog lekatlekit.com ni suka tulis berkonsepkan buat suspend je katanya..

Saja la nak share sejak dua menjak ni katanya Neelofa suka berpantun kat Live Video facebook. Bukan sehari dua.. sampai 4 hari dia dok berpantun kat facebook live video tu. Menurut sumber yang aku baca... katanya pantun yang Neelofa baca tu bukan sebarang pantun ok! Pantun tu boleh menyebabkan peminat dia jadi histeria. Jangan kata peminat yang tak minat pun maybe boleh histeria jugak.

Apa yang di seru atau di sebut dalam pantun neelofa tu gamaknya sampai buat peminat dia histeria.. Ada bait bait menyeru jin ke? Atau sesuatu yang lebih dahsyat dari tu..  Kalau korang nak tahu pantun Neelofa tu ada apa sampai menyebabkan peminat dia histeria korang baca sendiri kat sini >> Ha? Neelofa Buat Ramai Peminat Histeria! Katanya Ada Kaitan Dengan Si _ _ T A _ ? << Memang suspend kan.. Menunggu saat saat tu.. Berdegup jantung ku katanya. hehehhee

Aku tengok pun rasa macam nak histeria jugak ni... Memang kalau dapat boleh buat saka ni. Menangis ok aku tengok. Patut la berpantun sakan neelofa Hahahahaha.

RAMAI PERTIKAI KEMENANGAN NEELOFA SEBAGAI BINTANG PALING POPULAR

RAMAI PERTIKAI KEMENANGAN NEELOFA SEBAGAI BINTANG PALING POPULAR. Semalam aku sempat jugak menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 ni. Sempat lagi sambil tengok sambil update senarai pemenang ABPBH 29. Dah alang alang tengok maka jadikan sumber entri di blog la. Nak2 lagi blog aku blog rojak.. Suka hati aku la nak tulis pasal apapun. Memang tak ada niche tertentu blog aku cuma lebih di kenali blog cerita seram. Sebab banyak jugak aku share kisah seram kat sini.


Bila dok tengok ABPBH 29 secara live kat tv3 semalam.. ada kemenangan tu aku bersetuju & rasa layak retis tu menang & ada yang aku rasa macam tak layak pun dia menang tapi bila fikir balik anugerah ni berdasarkan undian. tak kira la undian peminat atau dia undi diri sendiri.. Yang pasti siapa banyak undi dia la menang. Tapi ada sesetengah kategori aku bersetuju jugak dengan pemenang dia macam kemenangan Wings sebagai artis duo/berkumpulan popular tu.. Sapa tak kenal wings kot. Dari dulu sampai sekarang tetap popular. Ada berani nak pertikai lagi ke kemenangan wings. Gila kau nak pertikai.

Tapi memang dari awal aku rasa kemenangan Neelofa sebagai Bintang Paling Popular BH 29 akan jadi pertikaian. yelah.. sekarang muka neelofa jarang kita nampak kat drama2 tv ke, atau apa2 rancangan televisyen. Malah filem pun dah tak berapa nampak muka dia. Dia sibuk jual tudung katanya.. Yang dok ada kontroversi melibatkan adik dia atau pasal tudung dia je. Tup tup menang Bintang Paling popular. Confirm la rumah siap pahat masih berbunyi.

Kalau ikutkan rasa dia macam tak layak menang tapi macam aku kata la.. Ia berdasarkan undi. Dah orang undi dia banyak berbanding dari finalist yang lain. Nak kata apa ye dak. Sebab anugerah ni anugerah untuk mereka yang di pilih sebagai paling popular bukan terbaik. Kita kena ingat yang popular belum tentu terbaik & yang terbaik pun kadang2 tak popular.

Lebih senang kita anggap je dah rezeki dia. Walau kita rasa dia tak berapa menyerlah sangat sejak dua menjak ni di arena seni hiburan tapi masih di undi sebagai paling popular nak buat macam mana. Orang undi dia ke, dia undi sendiri ke.. Dia sendiri tahu kemenangan dia atas dasar apa. Kat Malaysia memang sinonim siapa cantik dia la lebih popular. kalau tak.. takkan Mira Filzah boleh menang artis baru wanita popular padahal berlakon tahap amatur je lagi.

Nak di sukai ramai kena berpesonaliti yang baik atau menarik. Jadi nak tahu personaliti anda samada sesuai dengan zaman atau tak boleh test kat sini >> Nak tahu personaliti anda sesuai dengan peredaran zaman atau tak meh test kat sini << Mungkin salah satu ciri yang buat seseorang itu popular adalah dari personaliti yang di tampilkan jugak. Jadi penting untuk kita tahu personaliti yang sesuai ikut peredaran zaman.

Apapun.. Tahniah la kepada semua pemenang. Tak guna kita bising2 nak2 lagi yang tak mengundi. hahahaha

PADAH TERLAMPAU MENUNJUK BILA BERCINTA DENGAN ARTIS

PADAH TERLAMPAU MENUNJUK BILA BERCINTA DENGAN ARTIS. Dah nama pun retis.. Bukan je kisah kerjaya dia dalam dunia seni ni orang nak ambil tahu, malah kisah peribadi, keluarga apatah lagi kekasih memang jadi buruan media la. Bukan je yang popular tu artis je orang yang rapat dengan dia juga jadi perhatian terutama pasangan dia la. Yelah.. dunia hiburan sekarang memang lebih suka highlight retis ni couple dengan sapa, nak kawen dengan sapa, bercerai kenapa,sapa kekasih gelap dia.. Memang cerita2 macam tu ada value. Post jer berpusu2 orang clik katanya.


Bila baca satu gosip ni.. kisah makwe pelakon sharnaaz ahmad yang di tuduh syok sendiri sebab dia je rajin upload gambar dengan sharnaaz tapi bagi pihak sharnaaz takde sangat. Biasa la lelaki kan.. Mungkin sebab sharnaaz ni dah banyak kali bercinta tapi tak jadi dia malas nak show off sangat la makwe baru dia yang katanya kakak kepada Neelofa. Tu la kan bercinta dengan orang popular ni. Bila dia tunjuk siapa kekasih dia orang tuduh dia yang lebih2 padahal si retis takde pun nak bagitau orang yang dia tu kekasih si retis padahal depa tahu la apa hubungan yang terjalin antara mereka. Kalau tak nafikan tu maknanya ada la tu.. Kalau takde pun maybe saja nak create gosip untuk naikkan nama dalam industri hiburan.


Jadi perempuan ni macam tu la.. Sebab perempuan dia punya excited pada sesuatu perkara tu lain macam sikit. Apa je dia dapat kalau boleh semua dia nak bagitau orang. Apatah lagi kalau dapat pakwe retis ni, kan? Sebab tu jadi perempuan ni kadang2 kena tunjuk jual mahal sikit.. Tak payah excited sangat. Sebab nanti yang buruk semua perempuan yang kena tanggung. Sebab perempuan ni kita sedia maklum lebih terdedah kepada fitnah. Dah lumrah kehidupan yang kita tak boleh nak ubah. Apa yang boleh kita buat adalah kita je berubah, Insya Allah dengan berubah mampu mengubah persepsi orang terhadap kita.

Sumber Erafm

Moral of the story.. Zaman media sosial ni bukan macam zaman TV hitam putih. Jangankan nak tengok rancangan gosip.. Nak tengok rancangan TV pun kena bersusah payah macam ni >> Kesusahan Orang Dulu Nak tengok TV << Jadi, Sebab teknologi dah memudahkan orang menyebarkan gosip maka kita kena slow down dalam beberapa perkara agar tak menimbulkan fitnah & salah sangka.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com