RAMAI PERTIKAI KEMENANGAN NEELOFA SEBAGAI BINTANG PALING POPULAR
Bila dok tengok ABPBH 29 secara live kat tv3 semalam.. ada kemenangan tu aku bersetuju & rasa layak retis tu menang & ada yang aku rasa macam tak layak pun dia menang tapi bila fikir balik anugerah ni berdasarkan undian. tak kira la undian peminat atau dia undi diri sendiri.. Yang pasti siapa banyak undi dia la menang. Tapi ada sesetengah kategori aku bersetuju jugak dengan pemenang dia macam kemenangan Wings sebagai artis duo/berkumpulan popular tu.. Sapa tak kenal wings kot. Dari dulu sampai sekarang tetap popular. Ada berani nak pertikai lagi ke kemenangan wings. Gila kau nak pertikai.
Tapi memang dari awal aku rasa kemenangan Neelofa sebagai Bintang Paling Popular BH 29 akan jadi pertikaian. yelah.. sekarang muka neelofa jarang kita nampak kat drama2 tv ke, atau apa2 rancangan televisyen. Malah filem pun dah tak berapa nampak muka dia. Dia sibuk jual tudung katanya.. Yang dok ada kontroversi melibatkan adik dia atau pasal tudung dia je. Tup tup menang Bintang Paling popular. Confirm la rumah siap pahat masih berbunyi.
Kalau ikutkan rasa dia macam tak layak menang tapi macam aku kata la.. Ia berdasarkan undi. Dah orang undi dia banyak berbanding dari finalist yang lain. Nak kata apa ye dak. Sebab anugerah ni anugerah untuk mereka yang di pilih sebagai paling popular bukan terbaik. Kita kena ingat yang popular belum tentu terbaik & yang terbaik pun kadang2 tak popular.
Lebih senang kita anggap je dah rezeki dia. Walau kita rasa dia tak berapa menyerlah sangat sejak dua menjak ni di arena seni hiburan tapi masih di undi sebagai paling popular nak buat macam mana. Orang undi dia ke, dia undi sendiri ke.. Dia sendiri tahu kemenangan dia atas dasar apa. Kat Malaysia memang sinonim siapa cantik dia la lebih popular. kalau tak.. takkan Mira Filzah boleh menang artis baru wanita popular padahal berlakon tahap amatur je lagi.
Nak di sukai ramai kena berpesonaliti yang baik atau menarik. Jadi nak tahu personaliti anda samada sesuai dengan zaman atau tak boleh test kat sini >> Nak tahu personaliti anda sesuai dengan peredaran zaman atau tak meh test kat sini << Mungkin salah satu ciri yang buat seseorang itu popular adalah dari personaliti yang di tampilkan jugak. Jadi penting untuk kita tahu personaliti yang sesuai ikut peredaran zaman.
Apapun.. Tahniah la kepada semua pemenang. Tak guna kita bising2 nak2 lagi yang tak mengundi. hahahaha
ko yg tak tahu boleh pulak ckp dia x menyerlah. neelofa tu mmg la x aktif drama tp dia tu aktif keluar tv jadi pengacara. dia menang pn kategori pengacara popular. apa ko ingt retis yg menang kategori pelakon/penyanyi popular je ke yg layak jd bintang paling popular?? lawak la ko nih ni mesti rumah takde astro asyik tgk drama tv3 je.
ReplyDeletebetul la tu rumah aku memang tak langgan astro. aku tak pertikai bab pengacara tu.. aku cakap org pertikai bab bintang paling popular. la sentap pulak anon ni.. Kau neelofa ke camna? hahaha
DeleteEh! rumah hakak ada astrok tapi akak adalah salah seorang umat yg dok petikai nape la si nelopa ni bleh memang...tapi bersangka baik jelah...anggap tu rezeki dia
ReplyDeleteErr..saya tak tau pulak ada ABPBH ni..heh.
ReplyDelete