Showing posts with label pemenang. Show all posts

SENARAI PEMENANG GIVEAWAY KUTUK MENGUTUK BERSAMA LEKATLEKITDOTCOM

SENARAI PEMENANG GIVEAWAY KUTUK MENGUTUK BERSAMA LEKATLEKITDOTCOM. Lebih kurang sebulan Giveaway ni berlangsung akhirnya setelah di tilik dalam geluk jampi nujum pak belalang.. Maka dah dapat la senarai pemenang. Walaupun contestant cukup2 syarat jer... Memang nak bagi cukup syarat sebab tak sampai hati pulak nak batalkan Giveaway katanya. takpe la.. pengalaman pertama handle untuk Giveaway sendiri.. Lagipun niat nak bagi pembaca blog lekatlekit.com ni hadiah dah lama.


Sebelum Pemenang nak di umumkan.. Sukacita la admin blog lekatlekit nak bagitau.. Hadiah mestilah di tuntut seminggu dari tarikh pemenang di umumkan. Kalau tak redeem hadiah anda memang akan di kira 'burn' la sebab admin blog anggap anda tidak berminat dengan hadiah tersebut. Jadi semua yang menyertai Giveaway ni kena alert yer...

Dengan lafaz bismillah.. Jemput makan. ok ok.. gurau jer.. Senarai pemenang Giveaway kutuk mengutuk bersama lekatlekitdotcom adalah...

Hadiah utama.. Blog pilihan melekit adalah..
http://aunidenovella.blogspot.my/2016/08/kutuk-menang-hadiah-bersama.html
Memenangi hadiah berupa 1 face wash 4 in 1 Ronasutra (Done)

Hadiah pertama pengutuk paling kejam..  hehehe
http://www.dianarashid.com/2016/09/kutuk-menang-hadiah-bersama.html
Hadiah berupa sehelai tudung Ariani (Done)

Hadiah kedua pengutuk separa kejam.. hehehe
http://www.mariafirdz.com/2016/09/kutuk-menang-hadiah-bersama.html
hadiah berupa BB Cream Seqybeauty (Done)

Hadiah ketiga pengutuk boleh tahan kejam.. hehehe
http://awansamudera.blogspot.my/2016/09/kutuk-menang-hadiah-bersama.html
hadiah berupa BB Cream Seqybeauty (Done)

Hadiah ke empat pengkritik manja..
https://cikash.blogspot.com/2016/09/giveaway-kutuk-mengutuk-bersama.html
Hadiah berupa Nurrasya Organic Body Wash (Done)

Hadiah kelima pengkritik lite lite...
http://theieraziera.blogspot.my/2016/09/giveaway-kutuk-mengutuk-bersama.html
hadiah berupa Nurrasya Habatus Sauda Hair Treament (Done)

Hadiah keenam.. komen komen manja
http://www.sayidahnapisah.com/2016/09/kutuk-menang-hadiah-bersama.html
hadiah berupa produk buang bulu (honey Wax) (Done)

Hadiah ketujuh.. cuit cuit
http://adna2029.blogspot.my/2016/09/giveaway-kutuk-mengutuk-bersama.html
Hadiah berupa Lipbalm scrub

Hadiah kelapan.. Pengkritik nak duit.. hehehe
http://penselduabee.blogspot.my/2016/09/giveaway-kutuk-mengutuk-bersama.html 
Hadiah berupa Wang Tunai RM20 (Done)

hadiah kesembilan
http://www.kuihsemperit.my/kutuk-menang-hadiah-bersama-lekatlekit-com/
Hadiah berupa Satu Botol Air (Done)

Sila emailkan alamat untuk penghantaran hadiah anda kat lekatlekitgurl@yahoo.com. Sila letak tajuk Pemenang Hadiah Giveaway Lekatlekitdotcom tempat ke... ? Tarikh untuk anda tebus hadiah adalah sebelum 15 oct 2016. Atau boleh jugak PM di facebook NurSuria Azizan

Pada yang tak menang.. Insya Allah jika ada rezeki di lain masa akan di adakan lagi Giveaway gilang gemilang ni. Terima kasih kerana sokongan anda yang tak berbelah bahagi terhadap blog lekatlekit.com ni. bagi mengubati kekecewaan yang tak menang jom la kita ubati kesedihan tu dengan menonton 9 live video di Facebook yang di viralkan ni >> 9 Live Video Facebook yang jadi viral baru baru ni << Bagi yang berjaya mencuri hati ku dengan kutukkan & kritikkan tu.. Tahniah. Jangan lupa kalau buat entri tu war warkan la link penaja hadiah tu tau tanda terima kasih sudi sponsor hehehehe...

RAMAI PERTIKAI KEMENANGAN NEELOFA SEBAGAI BINTANG PALING POPULAR

RAMAI PERTIKAI KEMENANGAN NEELOFA SEBAGAI BINTANG PALING POPULAR. Semalam aku sempat jugak menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 ni. Sempat lagi sambil tengok sambil update senarai pemenang ABPBH 29. Dah alang alang tengok maka jadikan sumber entri di blog la. Nak2 lagi blog aku blog rojak.. Suka hati aku la nak tulis pasal apapun. Memang tak ada niche tertentu blog aku cuma lebih di kenali blog cerita seram. Sebab banyak jugak aku share kisah seram kat sini.


Bila dok tengok ABPBH 29 secara live kat tv3 semalam.. ada kemenangan tu aku bersetuju & rasa layak retis tu menang & ada yang aku rasa macam tak layak pun dia menang tapi bila fikir balik anugerah ni berdasarkan undian. tak kira la undian peminat atau dia undi diri sendiri.. Yang pasti siapa banyak undi dia la menang. Tapi ada sesetengah kategori aku bersetuju jugak dengan pemenang dia macam kemenangan Wings sebagai artis duo/berkumpulan popular tu.. Sapa tak kenal wings kot. Dari dulu sampai sekarang tetap popular. Ada berani nak pertikai lagi ke kemenangan wings. Gila kau nak pertikai.

Tapi memang dari awal aku rasa kemenangan Neelofa sebagai Bintang Paling Popular BH 29 akan jadi pertikaian. yelah.. sekarang muka neelofa jarang kita nampak kat drama2 tv ke, atau apa2 rancangan televisyen. Malah filem pun dah tak berapa nampak muka dia. Dia sibuk jual tudung katanya.. Yang dok ada kontroversi melibatkan adik dia atau pasal tudung dia je. Tup tup menang Bintang Paling popular. Confirm la rumah siap pahat masih berbunyi.

Kalau ikutkan rasa dia macam tak layak menang tapi macam aku kata la.. Ia berdasarkan undi. Dah orang undi dia banyak berbanding dari finalist yang lain. Nak kata apa ye dak. Sebab anugerah ni anugerah untuk mereka yang di pilih sebagai paling popular bukan terbaik. Kita kena ingat yang popular belum tentu terbaik & yang terbaik pun kadang2 tak popular.

Lebih senang kita anggap je dah rezeki dia. Walau kita rasa dia tak berapa menyerlah sangat sejak dua menjak ni di arena seni hiburan tapi masih di undi sebagai paling popular nak buat macam mana. Orang undi dia ke, dia undi sendiri ke.. Dia sendiri tahu kemenangan dia atas dasar apa. Kat Malaysia memang sinonim siapa cantik dia la lebih popular. kalau tak.. takkan Mira Filzah boleh menang artis baru wanita popular padahal berlakon tahap amatur je lagi.

Nak di sukai ramai kena berpesonaliti yang baik atau menarik. Jadi nak tahu personaliti anda samada sesuai dengan zaman atau tak boleh test kat sini >> Nak tahu personaliti anda sesuai dengan peredaran zaman atau tak meh test kat sini << Mungkin salah satu ciri yang buat seseorang itu popular adalah dari personaliti yang di tampilkan jugak. Jadi penting untuk kita tahu personaliti yang sesuai ikut peredaran zaman.

Apapun.. Tahniah la kepada semua pemenang. Tak guna kita bising2 nak2 lagi yang tak mengundi. hahahaha

SIAKAP KELI DI KECAM TAK NAIK PENTAS AMBIL AWARD DI MALAM ANUGERAH PILIHAN ONLINE (APO)

SIAKAP KELI DI KECAM TAK NAIK PENTAS AMBIL AWARD DI MALAM ANUGERAH PILIHAN ONLINE (APO). Apa punya lawak pun tak tau la kan. Pasal hantar wakil untuk ambil anugerah yang di menangi dalam Anugerah Pilihan Online (APO) pun bolej jadi isu besar ke? Hello.. Benda ni rasanya dah banyak kali berlaku masa majlis anugerah nak2 lagi dalam industri hiburan tak kira dalam & luar negara. Tak perlu nak jadi isu kot.. Lagipun dia dah upah orang wakilkan mereka untuk terima anugerah tu. Apa ada hal.


Dalam dunia online ni ramai kot yang memang tak suka mendedahkan rupa mereka hanya mempertaruhkan penulisan & perkongsian secara online. Kalau aku pun mungkin aku pilih hantar wakil kot. Aku pun belum bersedia nak enterframe muka aku secara umum. Nak2 lagi secara langsung. Aku bukan cantik sangat nak jual muka katanya. Lain la orang ada rupa.. penulisan ala2 je pun boleh popular bagai nak rak. Biarlah aku jual ayat je dalam blog buat masa ni. Akan datang mungkin pendapat tu berubah tetiba aku nak show off rupa aku. Mungkin masa tu blog aku dah menyerlah jauh kan.. Jadi orang dah kenal penulisan aku. Tetiba baru nak tayang muka. Ok la.. Takde la kena tuduh jual muka kan. hahahaha. Lagipun satu ketika dulu aku pernah tampil tanpa sorok muka pun. Bila bertukar status tu aku ambil keputusan tak nak tayang muka sangat. Sipi2 je aku tayang ikut keperluan.

Ada yang rasa kalau tak nak ambil award sendiri bagi je award tu kepada blogger yang sanggup datang meriahkan majlis. Alahai.. menang pun bukan depa vote diri sendiri kot. Orang yang vote. Tu pilihan orang ramai. Bukan satu kemestian pun dalam anugerah tu semua yang tercalon mesti datang & ambil anugerah sendiri kalau menang. Apa ada hal. selama ni korang baca blog siakap keli tak kisah pun tak kenal muka admin dia. Tetiba untuk majlis anugerah jadi kesah pulak.


Tapi tu la orang tak puas hati depa menang maka akan muncul macam2 pertikaian termasuk la hantar wakil untuk terima anugerah di menangi. Aku ni bukan baca sangat pun blog siakap keli tu. Tapi rasanya isu ni tak perlu jadi isu pun. Masing2 pun ada komitmen lain masa tu. Nak terkejar sana sini letih beb! Bahaya tau bila terlampau letih boleh menyebabkan maut. Tak caya korang boleh baca kat sini >> Awas! Ini sebab Letih Juga Boleh Menyebabkan Maut <<

Moral of the story.. Standard la bila ada apa2 majlis anugerah ni mesti macam2 isu akan di bangkitkan lepas majlis tu. Tapi agak lawak bila isu tak datang majlis anugerah & wakilkan orang lain ambil anugerah jadi isu besar. Tapi Ok jugak tu pada mereka yang jadi pertikaian. Boleh dapat publisti secara tak sengaja katanya. hehehe

NI LA BLOGGER YANG TAK SUKA BLOG LEKAT LEKIT

Pendedahan berani mati ni ni, kau hado? Aku dedah sebijik2 blogger yang tak suka blog aku. Berani kau tak suka blog aku yer... Ni blog lekat lekit lah. Berani dia kata tak suka. Dia tak tau blogger lekat lekit ni juara debat sorang diri depan cermin.. Sekali dia melahar tsunami dengan dengan lautan api. Tu dia.. punya ganas, takut orang nak komen blog aku nanti.

Aku takde la extreme sangat camtu kot. Tajuk entri tu pasal Liebster Award jer..  Kan aku ada bagi soalan.. Apa yang anda tak suka tentang blog lekat lekit? Wajib jawab la kan Boleh rujuk entri ni Liebster Award )... yang sahut cabaran tu pun bukan ramai bebenor.. Tapi sebab dah janji penjawab soalan liebster award yang bertuah aku akan hadiahkan topup Rm10 maka aku akan tunaikan walau tak ramai pun yang support.

Yang bertuah adalah...... Jeng jeng jeng

Blogger Diana Rashid 
Nak tau apa blogger diana Rashid tak suka pasal blog aku sila la baca sendiri kat blog beliau kat SINI

Tapi aku up lagi la satu hadiah bagi menghargai orang yang first sahut cabaran Liebster Award iatu MNH Sastera. Juga aku bagi topup RM10. Nak tau apa dia tak suka pasal blog aku baca kat SINI

Yang lain2 tak berjaya tu jangan kecik hati.. Insya Allah kalau ada rezeki lebih nanti aku buat lagi contest2 simple camni. Apapun thanks support. Bagi korang yang nak tau apa depa tak suka pasal blog aku ni korang boleh baca kat sini

Blog : TengkuButang
Blog : CmaShiema
Blog : TunSha Ayunie
Blog : Khaty R'bain
Blog : Nurul

Apapun terima kasih yang sudi support bukan saja contest simple Liebster Award ni malah dari dulu hingga sekarang blog lekat lekit ni. Aku nak bagi iPhone 5s aku sendiri pun takde.. Tak mampu katanya.. so, hanya ucapan terima kasih jer dapat aku ucap atas sokongan semua pada blog aku.

P/S : Dua blogger yang bertuah tu sila PM saya kat FB No tel anda yer.. Kalau tak macam mana nak bagi topup


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com