Showing posts with label NOT KKM. Show all posts

PRODUK KOSMETIK MENDAPAT KELULUSAN KHAIRUL YOI

PRODUK KOSMETIK MENDAPAT KELULUSAN KHAIRUL YOI.  Nama khairul Yoi menjadi fenomena di social media kerana kelantangan dia mendedahkan produk produk bahaya yang berleluasa sekarang ni. Memang sangat di geruni ramai pengeluar produk terutama yang produce produk bahaya, beracun, overclaim la. Yang keluarkan produk berkualiti, selamat & cukup kriteria tu mesti happy sebab kalau nasib baik dapat free review dari Khairul Yoi sebab Misi dia adalah mengajak pengguna untuk memilih produk yang selamat.

Saya antara individu yang pernah di kaitkan dengan Khairul yoi padahal den ni Khairul Yoi pun tak pernah jumpa. Cuma saya salah seorang followers dia je sebab kan dia selalu berkongsi info tentang produk produk. So dari situ kita ceduk sikit ilmu dia untuk rujukan. Sebab saya kan blogger yang membuat review produk. Kalau dulu main review sekarang dah ada kesedaran untuk memilih produk produk yang selamat sahaja. Dah tahu apa kriteria perlu ada pada sesuatu produk untuk membuktikan ia selamat di gunakan. Walaupun di  tuduh sebagai individu yang menggunakan identiti Khairul Yoi hanya sebab den kena saman dengan ponder produk tapi hakikatnya.. Saya bukan dia. Sapa masih percaya tu.. Kesian hangpa. Kalau saya Khairul Yoi tak ada nya sampai kena saman juta juta lemon kan?? kalau saya Khairul Yoi tak la struggle nak collect derma bayar kos guaman.

Sekarang ni memang nampak kalau produk yang Khairul Yoi review memang lebih mendapat kepercayaan dari pengguna berbanding dapat Notifikasi KKM. Kita sedia maklum la Notifikasi KKM (NOT KKM) pada produk kosmetik ni bukan jaminan selamat pun. Nak apply NOT tak sesusah kriteria yang Khairul Yoi tetapkan untuk dia review produk hangpa ok! Tak cukup dokumen yang di perlukan & bukti sokongan produk hangpa tu berkualiti & selamat.. Mimpi la dia nak review. Sebab dia bukan buat review berbayar atau buat servis pengiklanan. Dia tetap dengan prinsip dia menyampaikan kesedaran kepada pengguna terutama berkaitan produk kecantikkan ni. Jadi memang tak simply nak dapat review dari Khairul Yoi selain dia juga membuat kerja kerja khidmat masyarakat yang lain. Tak la 100% pasal produk jer.. Isu isu semasa lain pun dia ada bagi khidmat percuma juga.

Semalam terkejut tengok kat Header Group TPOM (The Power Of Makeup) terpampang banner iklan produk korean skincare Beauarti. Yang rasa macam kelakar tu sebab dia siap mention Approved by Khairul Yoi. Allahu.. Besar pengaruh Budak Yoi ni kan sampai orang lebih yakin kalau Yoi yang bagi kelulusan dari KKM. Tapi tak pelik la.. Produk kosmetik di Malaysia ni macam di katakan la.. Apply NOT KKM je dah lepas boleh jual. Lepas tu kalau KKM dapat aduan sesuatu produk yang bernotifikasi dia akan ambil sampel buat labtest kalau di kesan mengandungi bahan terlarang & notifikasi di batalkan lepas tu just denda RM25K di mana denda yang tak buat founder2 tak bertauliah & bertanggungjawab ni serik pun. Sebab depa dah kaya.. Bayar denda, tukar packaging produk & claim sebagai produk baru, apply balik NOT KKM, buat iklan dengan claim formulasi baru then jual balik settle. Kena lagi ulang2 buat benda yang sama sampai Minah & DO mati katanya... rasanya KKM kena naikkan denda RM1juta keatas juga untuk mengawal pengeluaran produk beracun di pasaran.


Sebab tu NOT KKM dah macam tak ada fungsi bagi kebanyakkan pengguna sekarang. Cuma antara kriteria yang di perlukan sebelum menggunakan sesuatu produk kosmetik iatu perlu Bernotifikasi KKM selain yang di titik beratkan adalah, RnD, dermatalogy test, labtest, clinical approval bla.. bla.. yang mana produk produk yang ada kriteria macam ni banyak di jual di drugstore.

Atas sebab sebab macam tu.. Khairul Yoi yang mencetuskan fenomena luar biasa sebagai aktivis anonymous yang paling berpengaruh menjadi kepercayaan kebanyakkan pengguna. Yelah.. Siapa sanggup buat perkara perkara berisiko macam ni. Tak ramai. Den sendiri pun dah kena saman beb! Ni pun struggle cari dana  nak habiskan kes den. So sesapa yang nak membantu boleh rujuk posting di bawah yer...


Walaupun bahasa Khairul Yoi menjadi pertikaian tapi posting dia la paling sampai kepada masyarakat & kesedaran yang di sampaikan pendek kata memang banyak menyedarkan pengguna tentang produk produk beracun & bahaya di pasaran. Banyak pengakuan pengguna yang mendapat petunjuk & hidayah selepas follow Khairul Yoi & berhijrah menggunakan produk yang selamat. Tu tak termasuk seller produk yang berhenti dari terus menjual produk2 berisiko kepada pengguna. Yelah dulu depa pun tak tahu sebab kurang pendedahan.. Bila dah tahu yang mana ada rasa tanggungjawab tu of course la tak sanggup lagi nak teruskan, ye dak. Ia berkaitan dengan soal halal, haram & keberkatan rezeki yang kita dapat juga.

Apapun.. Yang baik kita ambil sebagai panduan, yang buruk jadikan sempadan. Bahasa Khairul Yoi memang lantang, kejam & keras so kalau rasa tak boleh terima just ambil input & info yang dia sampaikan. Ilmu ni.. jangan tengok siapa yang menyampaikan tapi apa yang di sampaikan. Simple.

Moral of the story.. Nampaknya Khairul Yoi kena ada satu cop mohor.. Untuk Approve lagi banyak produk produk lepas hahahahaha. Just Joke!

JOM KENALI APA ITU KOSMETIK TIMBANG KILO

JOM KENALI APA ITU KOSMETIK TIMBANG KILO. Tu dia walau jenuh dok bagi kesedaran pasal kosmetik/produk timbang kilo ni tapi masih ada yang tak khatam khatam lagi. Saya pun selalu dapat PM tanya produk ni kilo ke tak.. produk ni selamat ke tak.. produk ni ok tak dah macam aku ni pakar menganalisis produk yang ada makmal sendiri kat rumah pulak.

Kita bukan pakar.. dengan tengok je kita dah boleh tahu produk ni selamat ke tak. Tapi di sebabkan lambakkan produk beracun @ produk kosmetik timbang kilo kita dah boleh kenalpasti melalui ciri ciri yang ada pada sesuatu produk tu samada selamat atau mencurigakan.

Pagi ni sempat menonton rancangan Selamat pagi Malaysia.. sejak pakatan harapan menerajui kerajaan baru ni dapat pulak siaran TV1 kat rumah den ni (Ni pun bukan politik tapi kejadian yang benar benar berlaku) maka boleh la menonton TV1 dengan jelas tanpa polkadot. Almaklum la den ni rokyat marhaen yang tak melanggan esteruk atau apa2 siaran TV berdekoder tu. Cuma pakai TV guna area ampaian jer. So memang certain siaran TV dapat dapat atau tak jelas.

So dari perbincangan topik 'Kosmetik Timbang Kilo' Tadi boleh la saya share dengan pembaca blog saya yang masih blur blur menatang apa kosmetik timbang kilo.

Sebagai pengenalan.. Kosmetik adalah produk kecantikkan & penjagaan diri yang di gunakan di luar kulit macam produk penjagaan wajah, produk penjagaan rambut, produk penjagaan kulit badan, pewangi badan & sebagainya. Produk kosmetik ni tak boleh ada tuntutan perubat seperti merawat ia cuma produk kecantikkan & penjagaan kulit/badan/rambut sahaja. Tak boleh claim produk di bawah kategori kosmetik ni merawat gatal gatal ke, ezcema ke hapa.

Produk kosmetik perlu ber notifikasi (KKM) untuk di pasarkan di Malaysia tak kira produk tu produk tempatan (local produk) atau produk luar (International product). Wajib kena ada NOT KKM. Dan NOT KKM bukan kelulusan tapi cuma pengistiharan yang di buat pengeluar bahawa produk mereka selamat & bebas bahan berbahaya. KKM tidak pernah memberi sebarang kelulusan kepada produk kosmetik kerana proses untuk mendapatkan NOT KKM tidak melalui ujian makmal & analisa di lab kkm. Cuma di isytihar oleh pengeluar melalui dokumentasi sahaja.

Kita terus ke Topik Kosmetik Timbang Kilo. Apa tu Kosmetik @ Produk timbang kilo? 

Produk kosmetik Timbang kilo ni adalah produk yang material dia di beli secara pukal (borong) normally dari negara jiran kemudian di packing & di letak label jenama & di pasarkan atau kita biasa dengar produk rebrand. Proses packaging dia pun maybe packing sendiri kat rumah atau tempat tempat yang tidak memenuhi ciri ciri keselamatan & kebersihan yang di tetapkan.

Produk kosmetik timbang kilo ni bila KKM ambil sampel & buat lab test.. Biasanya di cemari dengan bahan di panggil racun berjadual iatu Merkuri, Hidrokinon & tretinoin. Merkuri & hidrokinon biasanya memang dalam dos yang banyak & merbahaya la (dos yang tidak di benarkan) & tretinoin adalah sejenis bahan yang tidak di benarkan dalam produk kosmetik sebab Tretenoin di gunakan untuk merawat masalah jerawat yang serius & perlu berdaftar dengan produk kategori ubat. Iatu perlu berdaftar sebagai MAL kerana dia dalam kategori ubat terkawal. Jadi produk kosmetik yang ber Notifikasi (NOT KKM) memang tidak boleh meletakan Tretinoin dalam produk mereka.

Ciri ciri yang biasa KKM kesan pada produk kosmetik timbang kilo.. Mempunyai warna yang terang (warna warni) & di datangkan dalam bentuk set yang mempunyai krim siang & malam.


Produk yang selamat adalah produk yang dah melalui proses RnD (Research & Development) iatu proses metode penelitian yang digunakan untuk menghasilkan produk tertentu dan menguji keberkesanan & keselamatan produk tersebut. Selain RnD.. produk juga perlu melalui labtest.

Tip memilih produk yang selamat supaya tak terguna produk kosmetik timbang kilo yang mengandungi bahan terlarang adalah..

1. Semak label pada produk pastikan semua label ini ada

➠bahan bahan (Ingredient)
➠Description (penerangan Produk)
➠Cara penggunaan
➠Alamat pengilang
➠Cadangan pada jenis kulit/ masalah kulit yang boleh menggunakan produk tersebut

2. Semak samada produk tersebut samada ada BerNotifikasi yang sah (NOT KKM) ada melalui RnD & labtest atau dermatology test/clinical approve etc..

3. Sebelum mencuba atau menggunakan sesuatu produk kenali jenis/masalah kulit. Pastikan bahan bahan yang terdapat dalam produk tersebut bersesuai dengan jenis/masalah kulit anda. Kalau tidak faham boleh merujuk kepada mereka yang lebih arif tentang ingredient produk.

Sekiranya anda terguna & mengalami kesan sampingan selepas menggunakan produk kosmetik timbang kilo yang beracun mohon terus dapatkan rawatan di hospital.

Tu input yang saya dapat dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia dengan topik Kosmetik Timbang kilo tadi. Moga info sedikit ni memberi manafaat besar pada anda semua.

Moral of the story.. Sematkan di hati cantik itu sihat bukan putih ke hitam ke kulit korang. So jangan terlalu mengejar nak putih, nak gebu, nak nampak urat hijau sampai mengabaikan keselamatan & kesihatan anda. Katakan tidak pada Produk Kosmetik Timbang Kilo & Bahaya.

UBAT KUAT BERDAFTAR SEBAGAI PRODUK KOSMETIK?

UBAT KUAT BERDAFTAR SEBAGAI PRODUK KOSMETIK? Dulu serius den ni jahil.. Tak faham kategori pendaftaran dengan KKM. asal ada Nombor KKM tu bagi den dah berdaftar, lulus, selamat & boleh la guna. Serius den banyak belajar sekarang ni. Tu dia.. hikmah di sebalik musibah yang datang. Allah tu tak kejam. Dia tahu den ni sejenis seseorang yang suka memberi pendedahan & kesedaran cuma ilmu je belum cukup didada. Sebab tu dia uji den dengan cara macam ni.. Sebab Dia dah tahu.. den akan berusaha belajar tentang perkara yang berkaitan.

Berhenti memberi pendedahan & kesedaran pada pengguna?? Tak terfikir nak buat masa ni cuma den lebih berhati hati dalam mengulas tentang isu isu ni la. Biarlah kita menulis secara general & selamat asalkan ilmu & info yang kita nak bagi tu sampai kepada orang awam. Kurangkan kelantangan.. chill sudah dalam menulis ye dak? Kalau ter laser sekali sekala tu harap maafkan.. Yelah, den manusia nak berubah 100% memang la tak mampu tapi berusaha ubah sikit demi sikit.

Ok berbalik kepada topik.. Bagi yang rajin ikuti isu2 pasal produk mesti terbaca pasal baru2 ni KKM telah menarik balik NOTIFIKASI kepada beberapa jenama produk ubat kuat di pasaran. Ni local produk yer...

Ubat kuat berdaftar sebagai Notifikasi (NOT KKM) ??? NOT KKM bagi yang tak tahu untuk pendaftaran bagi produk kosmetik yang hanya di gunakan luar kulit bagi tujuan/tuntutan kecantikkan & penjagaan diri. Kenapa produk 'Ubat Kuat' berdaftar di bawah produk kosmetik pulak ni? Haru biru unggu kelabu. Ubat kuat ni ada tuntutan untuk kecantikkan jugak ke???

Bukan saja ubat kuat.. Kalau hangpa perati iklan2 produk yang ada tuntutan perubatan contoh paling senang produk balm. Kemain bangga dia tayang NOT KKM konon produk dia lulus KKM. Apa balm hang tu untuk mencantikkan kulit/rambut kuku bagai ke? Bila tengok iklan claim merawat kembung perut la, merawat senak ulu hati la, merawat bla.. bla.. Hoi la seller & founder. Produk yang ada tuntutan perubatan macam tu mana boleh daftar di bawah produk kosmetik. Terang terang dia tak ada tunutan kecantikkan atau penjagaan kulit pun. Semua claim untuk sakit even sakit ringan macam kembung perut, selsema, batuk bla.. bla.. bagai.

Macam tu jugak ubat kuat.. Nak bagi tegang la, tahan lama, besar, mantap.. boleh on sampai subuh bla.. bla.. Bagai celah mana ada tuntutan untuk kecantikkan. Semua tuntutan untuk berjimak je. Memang tak boleh la daftar di bawah produk kosmetik. Selalunya produk macam tu berdaftar sebagai produk kategori ubat Tradisional sebab selalu je claim guna bahan bahan herba semulajadi.

Kenapa pengeluar produk macam ni daftar sebagai NOT KKM? Sebabnya pendaftaran NOT je paling mudah.. kau hantar dokumen yang mengatakan produk kau selamat, produk kau memenuhi kriteria untuk di daftarkan sebagai NOT settle. Sebab NOT cuma pendaftaran bukan kelulusan apa2 dari KKM. Even selamat ke tidak pun KKM tak isytihar melalui pemberian NOT tu. Founder atau pengeluar yang perlu Notify (Isytihar) melalui dokumen yang produk mereka bebas bahan terlarang bagi memastikan permohonan pendaftaran produk mereka di luluskan untuk tujuan pemasaran. Sebab nak pasarkan produk di malaysia wajib berdaftar dengan KKM. Sebab tu banyak berlaku bila ada aduan dari pengguna produk kosmetik yang berdaftar dengan KKM di tarik balik NOT bila kkm ambil sampel & buat ujian lab & di kesan mengandungi bahan terlarang.

Dan di sebabkan itu pengeluar produk yang ada tuntutan perubatan ni depa nak mudah.. depa apply je NOT KKM. Alah.. bukan semua pengguna bijak pun. Asal letak nombor KKM semua pun fikir.. Oo.. lulus KKM.. Produk Lulus KKM selamat la. Dia bukan check dah NOT tu untuk pendaftaran produk apa. Walau sepatutnya produk2 ada tuntutan perubatan atau tuntutan untuk s3ks ni perlu berdaftar sebagai MAL KKM.

Sumber KKM

Nak dapat MAL KKM ni bukan senang cheq Ooi.. KKM akan buat ujian lab memastikan produk tu bebas bahan terlarang, khasiat & bahan di gunakan terbukti berkesan untuk tuntutan yang mereka buat pada produk. Contoh kalau kata produk tu claim boleh membantu melegakan batuk.. So, KKM akan pastikan bahan bahan di gunakan tu memang ada khasiat yang boleh membantu memberi kelegaan kepada masalah batuk. Kalau tak ada bukti setiap tuntutan yang di buat memang tak lulus la permohonan MAL kau.

Tu secara ringkas saya boleh explain untuk memudahkan kita rakyat marhein yang tak berapa educated dalam bidang tersebut untuk faham. Nak faham lagi hangpa pi call atau email je pihak kkm tanya sendiri betoi ka dak apa kami tulis. Kalau salah tolong betulkan untuk kita sama2 belajar.

So, bila seller atau founder claim produk dia konon 'Lulus KKM' & tayang no pendaftaran KKM check dulu. Kalau produk kosmetik macam skincare/makeup/ produk penjagaan diri macam syampo rambut/badan semua tu.. kalau berdaftar sebagai NOT tak ada tuntutan merawat apa2 penyakit kulit atau penyakit dalaman so ok. Kalau produk yang ada tuntutan perubatan tak kira la dia tulis boleh mengecutkan bisul ke hapa.. Tapi berdaftar sebagai NOT KKM.. tu di kira menipu & overclaim. Harus ragui demi keselamatan kita semasa menggunakan produk tersebut.

Dah penat menaip ni.. Kalau hangpa tak paham juga tak tau la.. lenguh jari jemari abang saleh tau membebel kalau satu hapa pun hangpa tak paham.

Moral of the story... Pilihan sebenarnya di tangan kita untuk menyokong pengeluar produk yang mengambil kesempatan menipu kita pengguna yang kurang ilmu untuk meraih kekayaan duniawi atau berhenti support produk2 yang menipu macam ni. Kalau sekecil kecil perkara pun depa boleh tipu macam pendaftaran KKM.. tak mustahil banyak lagi perkara lain depa boleh tipu.

TERBONGKAR! NOT KKM PADA PRODUK KOSMETIK BUKAN JAMINAN PRODUK ITU SELAMAT

TERBONGKAR! NOT KKM PADA PRODUK KOSMETIK BUKAN JAMINAN PRODUK ITU SELAMAT. Berhenti memberi pendedahan pada orang awam? Oh.. Mustahil. Sebagai penulis even aku ni bukan la baik sangat tapi tidak la sejahat syaiton nirrojim.. Aku rasa apa yang penting untuk aku sampaikan, aku kena sampaikan. Aku bukan tulis blog personal kan.. Blog aku kategori blog santai yang macam macam ada. Aku akan terus menulis selagi aku boleh menulis. Apa yang sedang berlaku kat aku sekarang aku anggap cara Allah menegur & mengajar aku bagaimana untuk lebih berhati hati bila menulis tak bermakna aku akan berhenti menulis yer..


Notifikasi KKM pada produk kosmetik.. Ni yang selalu di jadikan modal kebanyakkan pengasas produk kosmetik untuk mengelirukan pengguna. Mereka akan guna Notifikasi (NOT KKM) ni untuk menyakinkan pengguna produk mereka selamat kerana mendapat kelulusan KKM. Aku ada terbaca kat satu Group Masyarakat Kena Tahu.. Aku copy paste balik yer supaya info tidak bercanggah..

Di Malaysia mengikut undang-undang, Kosmetik perlu dinotifikasi kepada pihak KKM sebelum boleh dipasarkan kepada pengguna. Notifikasi bermaksud, pihak syarikat dikehendaki untuk mengemukakan suatu bentuk pengisytiharan kepada pihak KKM di mana pihak syarikat perlu mengemukakan maklumat-maklumat berkenaan produk kosmetik yang mereka akan pasarkan.
Produk kosmetik tersebut perlu memenuhi spesifikasi yang ditetapkan barulah ia dibenarkan untuk dinotifikasi dan dipasarkan di Malaysia.
Notifikasi TIDAK BERMAKSUD bahawa KKM mengeluarkan sebarang bentuk KELULUSAN bagi mana-mana produk kosmetik. Perkara yang sama seperti produk makanan...KKM tidak pernah memberikan sebarang kelulusan.

Korang kena faham.. NOT KKM pada produk kosmetik bukan jaminan produk tu selamat ok! Jadi tak pelik la kalau kebanyakkan produk kosmetik sebelum ni yang ada NOT KKM ni tetiba KKM keluarkan laporan yang mengatakan produk mereka mengandungi bahan seperti merkuri & sebagainya yang bahaya kepada kesihatan manusia. Sebab NOT KKM bukan bermakna produk tu mendapat apa apa kelulusan dari KKM. Ia sekadar sistem notifikasi dan PMS sebagai kawalan regulatori dalam negara. Dengan adanya sistem ini sekurang-kurangnya banyak kes kosmetik yang mengandungi bahan terlarang dapat dikesan. Tu dah terbukti bila semakin banyak local produk yang KKM keluarkan laporan mempunyai bahan terlarang & merbahaya. Tapi Itu yang kita selalu keliru sebab kita anggap NOT KKM ni bukti produk dah di analisa & terjamin selamat. Hope lepas ni kita tak 'Tipah Tertipu lagi yer' hehehe.

Apabila sesuatu produk dikesan mengandungi bahan terlarang, notifikasi produk tersebut akan dibatalkan. Pihak syarikat akan diarahkan untuk memberhentikan penjualan dengan serta merta, membuat panggilbalik produk tersebut daripada pasaran (dalam masa 72 jam) dan melupuskan produk kosmetik terlibat. (Yang ni kebanyakkan pengeluar produk tak buat. tetap jual macam biasa )
KKM juga akan mengeluarkan kenyataan akhbar kepada orang ramai agar mereka memberhentikan serta merta penggunaan produk kosmetik terlibat sekiranya masih ada dalam simpanan mereka. Maklumat tersebut juga akan dipaparkan di laman web NPRA iaitu npra.moh.gov.my

Tujuan Notifikasi KKM di berikan kepada sesuatu produk kosmetik ni adalah sekiranya berlaku produk tersebut memberi kesan buruk pada pengguna at least pihak KKM mempunyai informasi lengkap terhadap syarikat terlibat dan mudah untuk KKM ambil tindakan dan pihak yang menjadi mangsa boleh mengambil tindakan.

Korang boleh tengok video dari rancangan Selamat Pagi Malaysia yang membincangkan isu ni & boleh baca penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut. kat sini https://www.facebook.com/MedicalMythbustersMalaysia/videos/1380794008677760/

Jadi sebelum menggunakan sesuatu produk jangan hanya menilai dari NOT KKM. Aku sendiri pun pernah buat kesilapan macam ni. Bila tengok ada Notifikasi KKM pada produk aku claim.. produk tu memang ada kelulusan KKM & terjamin selamat. Rupanya.. Aku pun di perbodohkan selama ni sebab kurang ilmu. Orang kata bodoh biar sekali.. Kalau berkali kali tu bukan bodoh lagi dah. Tahap bangang mungkin. hehehehe

Kalau Not KKM bukan jaminan sesuatu produk tu selamat di gunakan bermakna kita kena lebih bijak la lepas ni. Nak selamat guna produk yang dah lama di pasaran & tiada kontroversi kesan sampingan.

Jadi kalau korang terguna produk yang tidak selamat atau melihat produk yang masih di jual even KKM dah keluarkan laporan produk tu tidak selamat korang boleh buat pertanyaan & aduan kat sini >> http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms << kalau tak tau macam mana cara nak buat aduan.. next time aku buat tutorial kat hangpa noh.. hehehehe

Moral of the story.. Allah dia bagi rezeki pada sesiapa sahaja tak kira cara kita mencari rezeki tu cara baik ataupun salah. Orang jahat pun ramai hidup senang lenang dalam dunia ni. Allah tetap bagi rezeki kat dia. So, pada peniaga produk ni.. Kena ingat, rezeki yang melimpah ruah Allah bagi tak bermakna Allah redha dengan jalan kita mencari rezeki. Kita dapat kenikmatan & kemenangan dunia.. Tapi akhirat belum tentu. Peace Yo!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com