Showing posts with label cekung. Show all posts

GAMBAR TERKINI ZAMANI SLAM YANG SEMAKIN KURUS SEMULA

GAMBAR TERKINI ZAMANI SLAM YANG SEMAKIN KURUS SEMULA. Zamani Slam.. artis yang boleh kategori evergreen jugak la sebab masih diminati hingga kini walau pernah satu ketika mengemparkan industri hiburan bila dia di tangkap kerana dadah namun kontroversi itu tidak membunuh kerjaya seni dia. Malah ramai peminat & rakan2 terus memberi sokongan untuk Zamani berubah & menjauhi dadah.


Selepas menerima rawatan pemulihan dadah di rumah pengasih Zamani yang sebelum tu memang kurus kering.. nampak lebih sihat & berisi. Dia pun mengaku berat badan dia naik sepanjang menjalani rawatan pemulihan kat situ. Nampak pun lebih hensem katanya berbanding sebelum tu memang nampak sangat something wrong somewhere bila badan dia macam tinggal tulang & kulit je. Cengkuk boleh nampak tulang.

Aku suka jugak ikuti perkembangan zamani melalui fanpage dia.. Ada jugak rakan kat facebook seorang wartawan hiburan yang rajin upload gambar2 dengan zamani. Dari situ aku perasan zamani nampak semakin kurus semula... Tak tau la kenapa.Kita tak payah buat spekulasi apa2.. Mungkin sebab sibuk dengan aktiviti nyanyian menjadi faktor kenapa badan dia semakin susut semula.

Perbezaan gambar sebelum ni dengan gambar terkini memang nampak yang terkini nampak cekung semula pipi dia tu.

Hope Zamani terus istiqomah menjalani kehidupan sihat. Kita doa yang baik baik buat zamani. Dia seorang artis yang sangat baik.. Sepanjang dia menjadi penyanyi.. Hanya kes di tangkap sebab dadah tu je kontroversi paling hangat yang mengaitkan diri dia. Yang lain2 dia tak ada masalah. Semoga zamani terus success dalam kerjaya seninya.

TASHA SHILA KURUS SEBAB CUBA PRODUK YANG BELUM DAPAT KELULUSAN

Tasha shila ni aku tengok dari dulu takde la gemuk ke hapa. Badan dia orang kata sedang elok dah tu.. Tapi tak tau la kan tuan punya badan rasa badan dia tersimpan lemak tersembunyi ke hapa sapa nak kena jadi bahan eksperimen satu produk yang katanya dia sedang usahakan bersama rakan kongsi.

Sapa setuju gambar ni lebih comel?

Serius aku tengok ni bukan tahap slim tapi kurus keding. Aku sendiri pernah lalui zaman kurus keding yang aku sendiri rasa sedih nak tengok diri sendiri dalam cermin. macam mana la si Tasha Shila ni rasa bahagia dengan badan dia yang sekarang. Rasa dulu dah elok sangat..

Berbanding yang cekung ni?

Muka nampak cekung serius tak cantik la Tasha Shila Ooi.. Kalau tak make up confirm nampak nampak ketara tulang pipi cekung tu. Produk tu katanya masih peringkat dalam proses mendapat kelulusan & pengesahan halal. Progress dia katanya dah 70%.


Dari segi kesan kurus memang nampak berkesan tapi Risau pulak aku tengok sebab produk ni macam fungsi untuk kurus jer.. selagi kau ambil kau akan semakin kurus bukan macam untuk kesihatan jer. Apapun tunggu jer la... kelulusan produk tasha shila ni. Kalau lulus Insya Allah selamat.. Kalau tak lulus selamat jalan je la. hikhikhikhik

Moral of the story.. Nak kurus ke nak tambah berat ke pilih la produk yang selamat. Jangan sebab nak cantik jadi sakit. Pasti ada merindui badan montel yang sihat dulu. hehehehe

P/S : Pendapat aku je la kata tak cantik. pendapat aku tak berkaitan dengan pendapat orang lain.hehehehe

Sumber : Beautifulnara


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com