Showing posts with label 4 bulan. Show all posts

TAHNIAH.. HANIS ZALIKHA HAMIL 4 BULAN

TAHNIAH.. HANIS ZALIKHA HAMIL 4 BULAN. Lepas kahwin jarang2 dengar cerita pasal Blogger yang terjerumus dalam dunia retis hanis zalikha. Semua tahu suami dia juga seorang pelakon yang kacak terpacak, Hairul Azreen. Tadi sempat terbaca update dari Media Hiburan Online yang katanya hanis zalikha dah mengandung 4 bulan.


Tahniah & Alhamdulillah.. Moga kandungan hanis zalikha selamat sehingga hari baby menjengah dunia. Kejab lagi mesti ramai yang komen tak sabar nak tengok muka baby hanis zalikha kan. Sabaq noh.. tunggu 5 bulan lagi. tak lama dah tu.. 5 bulan sekarang kadang2 rasa macam 5 minggu jer.


dah 4 bulan mesti mengidam nak makan macam macam kan hanis? gamaknya ada tak mengidam makan laksa? Kalau mengidam makan laksa boleh la hairul bawak hanis try laksa laksa ni >> 9 Jenis Laksa yang mungkin ada belum cuba << Selera orang mengandung ni memang macam magic sikit. Almaklum orang mengandung kan. Kadang2 orang mengandung ni boleh suka makan apa yang selama ni dia tak suka makan & Benda yang jadi favorite dia sebelum mengandung tak mustahil boleh buat dia jadi benci & mual walau hanya terbau je pun. Semua jadi terbalik. Tapi kalau makan benda2 yang ada rasa masam, masin macam laksa.. kadang2 boleh menghilang rasa mual & nak muntah.

Apapun.. semoga semuanya di permudahkan untuk pasangan Hanis zalikha & hairul Azreen. Moga hanis sentiasa sihat jer sepanjang mengandung & semoga hairul di beri kesabaran melayan kerenah ibu mengandung. Almaklum la.. orang mengandung ni kadang2 banyak kerenah tapi sesetengah orang la. Sesetengah orang tak pun.. hehehe

GAMBAR! DAH NAMPAK BABY BUMP DATO SITI NURHALIZA

GAMBAR! DAH NAMPAK BABY BUMP DATO SITI NURHALIZA. Walaupun masih tidak mengiyakan dirinya tengah mengandung tapi tak jugak menafikan. Tapi siti nurhaliza memang tak dapat nak nafikan dah bila tersebar sekeping gambar yang dah nampak perut dia yang semakin membesar. Ya Allah awat aku pulak teruja lebih ni.. Macam aku pulak kawen bertahun tahun tak dapat anak. Jangan Marah la.. Aku memang suka tumpang happy orang lain.


Tak tau kot2 Dato Siti nak cakap penampakkan tumbesaran perut & badan dia tu sebab gemuk pulak. Tapi nampak susuk tubuh dia memang dah macam orang mengandung. Rasanya Dato Siti pun dah tak nak sembunyikan kandungan dia kot.. cuma dia tak bagi kenyataan untuk perkara tu je. Alah.. kalau memang dah mengandung sampai masa bersalin jugak kan.

Sumber beautifulnara

Apapun kita doakanlah yang terbaik untuk beliau. Dia nak nafikan atau mengaku tu hak dia la.. Mungkin dia ada alasan tersendiri kenapa masih tak nak mengaku dia mengandung. Yang pasti bukan sebab tak yang baik.. Sebab mungkin untuk kebaikkan dia yang tengah mengandung. Apapun.. tu la bukti cinta Dato Siti & Dato K.

Ya Allah tak sabar pulak nak tengok anak Dato siti ni. Mesti putih gebu macam mak bapak dia jugak kan?

DARI DUDUK DAH NAK BERDIRI PULAK

Itulah keletahnya.. Kalau bulan lepas dia tak nak baring. Dia nak kita dudukkan dia. Kalau di baringkan.. dia akan cuba angkat kepala dia untuk bangun. Kalau tak di angkat & didudukkan macam dia nak mesti la meraung. Itu cerita bulan lepas..

cerita bulan ni bila dah didudukkan dia nak berdiri pula. Bila kita dudukkan dia dia cuba berpijak dengan tapak kaki & cuba angkat bontot dia untuk berdiri. Kalau kita tak bantu dia, dia akan mula meraung. Sudahnya.. Ikutkan saja. Dia masih dalam proses belajar jadi siapa lagi yang akan menjadi guru dia di rumah kalau bukan mummy.

Itu kisah Shahila @ lala yang semalam genaplah umur lala 4 bulan. Tapi semalam tak sempat nak taip entri. Pagi gegas pergi klinik nak ambil ubat untuk lala. Kepala lala sang lekit perasan mula ada kuping2 putih. Baru lagi 2 3 hari ni. Tapi hari2 sang lekit buang. Sebab sang lekit tak tahu apa benda yang kat kepala lala.. sang lekit rujuk dengan kak Lydia Myza. Jadi semalam sang lekit bawak lala gi klinik walau benda tu tak serius. Masa jumpa doktor.. doktor pn tercari2 benda putih tu.. dah takde pulak. Sebabnya sang lekit dah buang. Kat atas kepala lala pun ada sikit ruam2.. Jadi sekalikan la ambil ubat untuk ruam. Pun masa jumpa doktor.. doktor kata tak nampak pun ruam. Tak tau la sang lekit jumpa doktor rabun ke atau bilik doktor tu terlalu romatika di tampoi. Memang la tak banyak.. tapi sang lekit hari2 belek lala dari hujung rambut sampai hujung kaki jadi sang lekit tau la. Doktor cuma check 2 3 minit jer.. Lepas pergi klinik terus jenjalan dengan dady. Tapi semalam lala tak berapa sporting sebab asyik meragam.

Hari ni memang sang lekit tengok kuping2 putih tu dah takde. Pun macam tu tetap sang lekit sapu ubat yang doktor bagi. Orang kata rawat sebelum parah. Cuma ruam2 dia je belum hilang. Tak tahu kenapa kat kepala lala jer ada ruam. Nak kata tak syampoo.. hari2 sang lekit salonkan kepala lala tu. Takde skip2 punya. Kalau syampoo yang punya angkara sang lekit dah tukar. Memang masa lahir lala guna baby johnson..lepas tu dady tukar guna pureen.. sekarang sang lekit guna balik baby johnson. Mungkin lala lebih serasi dengan baby johnson kot.

Doktor kata kulit lala sensitif.. jadi syampu mandian dia doktor nasihatkan jangan guna yang ada perfume (wangi2). Syampo rambut lala sekarang memang jenis clinical & tak wangi pun. Sesuai la untuk lala. Alhamdulillah selain masalah kecil kulit kepala dia, lala takde masalah kesihatan yang lain. Dia sangat aktif & lasak. Sekarang ni sang lekit risau nak tidurkan dia dalam buai. sebab dia terlalu lasak.. pernah 2 kali hampir2 terjatuh dari buai. Nasib baik sang lekit perasan.. Sang Lekit mula ajar dia tidur atas tilam sekarang. Tapi tak boleh on the spot.. kena pelan2 biasakan dia tidur atas tilam. Lala dah biasa dengan di buai dalam buaian masa tidur jadi bila tidur tak di buai dia kurang nyenyak sikit.

Itulah kisah shahila @ lala yang sudah menganjak ke 4 bulan. Sang Lekit nak cerita lala setiap bulan ada dalam blog ni. Kalau blog ni masih ada sehingga lala besar.. mesti lala tahu serba sikit tentang proses dia membesar. Dan inilah salah satu cara mummy menyatakan sayang pada lala.


Susah sekarang nak buat photoshoot dengan lala sebab dia asyik nak hisap jari jer. Nak dapat shoot macam ni pun jenuh tepi tangan dia. Apapun comel lala pakai baju Tok (nenek lala di kedah) beli. Walau bagi sang lekit & hubby lala ni kurang sesuai berbaju macam ni sebab kelasakkan dia. Sang Lekit & hubby lebih suka beli jenis yang berseluar panjang untuk lala. Seluar pendek2 hubby tak suka lala pakai. 

P/S : Rambut lala masih nipis jadi dia sentiasa la bertopi. Kalau tak nampak macam baby boy pulak


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com