Showing posts with label khalwat. Show all posts

JANDA TERPAKSA BERKHALWAT KERANA SERING DI GANGGU SAKA IBU

JANDA TERPAKSA BERKHALWAT KERANA SERING DI GANGGU SAKA IBU. Malam ni kita ada segmen baru iatu segmen berita seram lekatlekit. hahahaha.. Sebab yang aku nak share ni bukan cerita seram tapi berita seram. Macam mana pulak berita seram ni.. Nak tau kena la baca entri bukan baca tajuk entri je ok!


Alkisahnya sepasang teman tapi mesra berstatus duda & janda ni berkenalan di media sosial & katanya depa declare hanya sebagai kawan.. Tapi kalau kawan sampai tiap2 tengah malam datang rumah pun pelik jugak kan.. Orang2 sekeliling dok perati jer.. Yelah, nak ambil apa2 tindakkan kena pastikan dulu sesuatu perkara tu. Tak boleh main serbu tak pakai helmet katanya. Satgi tak pepasal kepala bertelur pulak kan..

Nak di jadikan kisah misteri satu malam katanya.. Pasangan teman tapi mesra di serbu oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bersama tiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, kira-kira jam 3.20 pagi. Baca betul - betul jam mereka di serbu tu.. Time tu memang bukan time yang sesuai nak lepak2 tengok TV kat rumah orang. Depa di ambush hasil dari maklumat orang awam. So moral of the story kat sini walau orang tak tegur kemungkaran korang kena ingat ada mata yang memerhati. Zaman sekarang memang teguran ni kurang effective lagi bagus serahkan je pada pihak sepatutnya untuk ambil tindakkan.

Pasangan Teman tapi Mesra yang berkhalwat angkara saka hahahaha

Bila dah kantoi kena cekup.. Alasan si duda tu katanya depa tak buat apa2.. dia datang sekadar nak teman kawan dia yang takut tidur sorang diri kat rumah sebab saka mak dia asyik kacau dia. hahahaha.. Saka mak dia pulak di jadikan alasan. Dia kata janda tu call dia suruh datang. Sebab kesian dia pun datang dengan lenggang lenggoknya di tengah malam. Ni saka Valentine ni.. Sedang elok pulak kena cekup 14 Febuari hahaha..


Agak seram jugak kan kes khalwat ni.. Gamaknya kalau saka mak janda tu tak kacau dia mungkin dia tak berkhalwat dengan duda. Ni semua salah saka.. Sebab tu jangan bela saka & jangan biarkan diri anda di selubungi saka. Kalau rasa ada yang mula dok jadi saka anda.. benteras dari peringkat awal. Jangan biar lama - lama.. Saka ni sejenis benda yang memudaratkan diri tak kira saka original atau saka jadian bertopengkan manusia. Hehehehe

Moral of the story.. Jauhi Saka hidup bahagia. heheheehe

MAK BAPAK DIA TAK KISAH PUN DIA NAK ROMEN DENGAN AWEK MALAM VALENTINE

Tak habis lagi cerita Valentine ni. Setakat kena tangkap khalwat malam Valentine kat hotel budget rasanya bukan benda baru atau benda pelik berlaku setiap tahun. Walau setiap tahun ada je operasi menangkap pasangan beromen kat hotel budget tapi tetap takde penyelesaian pun. Setiap tahun ada je yang kena tangkap.


Tapi tu berita yang bukan luar biasa.. Tapi ada satu cerita yang sebenarnya bukan cerita luar biasa tapi pengakuan dia tu yang ada tarikkan den nak share kat sini. Antara pasangan yang di tangkap malam Valentine yang satu ni statement dia bukan je membuka aib sendiri malah membuka aib mak bapak dia jugak. Dah la kena tangkap beromen dalam bilik hotel dengan awek.. siap bagitau mak bapak dia tak kisah pun dia bersekedudukkan dengan awek dia & depa kena tangkap ni pun mak bapak dia tak kisah.

Berita penuh baca kat Sinar Harian

Kemain kau yer... Western sangat keluarga kau. Selalunya yang kita dengar atau baca pasangan yang di tangkap takut sangat la perbuatan depa tu family tahu. Ada menangis, meraung, merayu bagai nak di lepaskan supaya family tak dapat tahu. Yang ni tak.. Rilex je. Apa nak kisah mak bapak pun tak rasa benda tu mengaibkan so tak payah takut balik rumah kena marah bagai.

Tapi tak tau la.. Dia kata bukan mak bapak dia kata. Entah2 ego tinggi nak berlagak macam urban & western sangat hidup dia, dia buat la cerita dogeng yang mak bapak dia tak kisah dia bersekedudukan dengan awek. Kalau tak kisah korang check in kat rumah sendiri sudah. Romen puas2.. free pun free & takde sapa nak kacau. Ye dak?? Tapi tak mustahil jugak ada spesis mak bapak camni.


KENA TANGKAP KHALWAT DENGAN BEKAS SUAMI MALAM PERTAMA KAHWIN

Kisahnya dia dah kawen dengan suami baru.. baru je kawen 1 hari tup tup.. malam tu kena tangkap basah dengan bekas suami. macam mana tu Uolls... kira trajedi malam pertama la ni. Trajidis sungguh kisah ni. Mesti korang tak berapa paham lagi kan??


Alkisahnya sorang makcik ni 55 tahun ni dah bercerai dengan ex asben dia bulan Januari lepas & telah pun bernikah dengan suami baru sehari sebelum dia di tangkap khalwat kat rumah bekas suami. Biarpun dah bercerai katanya si makcik ni still lagi selalu bermalam kat rumah ex asben ni.. Yang suami baru tu tahu tapi tak kisah. Korang baca sendiri untuk lebih faham kisahnya kat bawah ni

Sumber Sinar Harian

Ni terlampau hidup gaya barat la ni.. terlampau open minded & sporting. Bila berkurung berdua duaan dalam rumah tanpa ada ikatan pernikahan yang sah memang la boleh mendatangkan syak & boleh kena tangkap khalwat. Aduhai makcik.. Semoga mendapat pentunjuk & hidayah la lepas ni. Kalau tak tau takpe lepas ni belajar yer makcik.

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BALIK MENGUNDI, CHECK IN HOTEL.. KITA SETTLE TEPI BANG!

Kakitangan awam ke, kepala awam ke hapa awam ke kalau dah salah tetap la salah kan?? settle tepi ke settle tengah ke settle belakang ke.. Tiada kompromi, hokay!!

Sesaja nak share berita hari ni dalam Sinar Harian kisah sorang awek yang berkerja dengan gomen (kakitangan awam) yang terlibat dalam acara mengundi awal  semalam di cekup khalwat dengan boipren dia kat salah sebuah hotel bajet, Batu Pahat Johor.

Dia turut mengaku baru sahaja selesai melaksanakan undian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan memberi alasan bimbang untuk pulang sekaligus mendorongnya mendaftar masuk hotel bajet berkenaan bersama teman lelakinya.“Kes ini akan melibatkan kerjaya saya. Tak bolehkah kita 'settle' tepi bang,” katanya.

“Semasa pintu bilik berkenaan dibuka, kami menemui seorang lelaki hanya memakai tuala, manakala pasangannya memakai pakaian lengkap.

Kelas kau semah cekak rambut reben merah gitu!! Artikel penuh baca kat SINI

Apa la dia takut sangat kan nak balik umah sampai boipren kena teman check in dalam bilik hotel tu yer?? Takut momok ke dik?? Ke takut kena serbu sebab orang nak tengok dakwat kat jari tu boleh hilang ke tidak??hahahahaha...

macam - macam alasan bila dah kantoi. Cuba meraih simpati.. Tapi penguatkuasa ni kena tegas & berhati keras untuk menjalankan tugas. Kalau hati selembut sutera & sewangi downy.. tak boleh penguatkuasa la, kan??

Moral of the story... Dont try this at anywhere, hokay!!


 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <


BACA AL-FATIHAH SETELAH KANTOI KHALWAT

Nak gelak ke..nak senyum ke.. nak marah ke.. or nak tahan semua tu?? Apapun memang kelakar kisah ni. Di sebabkan kelakar & ada moralnya yang boleh di jadikan teladan supaya di jadikan sempadan maka sang lekit nak kongsi dengan semua kat blog ni.

Alkisahnya seorang gadis ni kantoi khalwat dengan seorang kekasih dia kat sebuah rumah flat. Setelah di cekup si gadis ni terus membaca surah Al - Fatihah sebaik pintu bilik dia di buka. Mungkin gadis ni terlampau panik kot, maka terjadilah peristiwa lucu macam ni. Kalau di ikutkan apa kena mengena surah Al - Fatihah dengan situasi yang di hadapi waktu tu kan??

Pasangan kantoi yang di soal siasat

Walaupun agak kelakar tapi elok la di jadikan sempadan dari melakukan perkara tersebut.

Rujukan : Sinar Harian

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com