CARA MUDAH BEZAKAN DAUN BAWANG,DAUN KUCAI,DAUN SUP & DAUN KETUMBAR
Hari ni kita ke dapur ada sempadan sekejab yer.. Almaklum rumah sempit la katakan. Nak buat dapur tanpa sempadan ni kang tak cukup space dalam rumah so buat dapur ada sempadan je la. Hari ni Chef lekat lekit nak bagi sedikit penerangan pada daun yang selalu orang konpius.. Nak beli daun ni terbeli daun tu. Sebab rupa depa ni macam kembar seiras kalau sekali pandang kena belek sikit baru nampak perbezaanAntara daun masakan yang paling buat orang konpius adalah daun bawang & daun kucai. Laki aku pun pernah silap beli. Nak beli daun bawang terbeli daun kucai. Padahal kalau di amati sebenarnya nampak jer hijau panjang2 macam sama tapi tak sama. Sebab daun kucai dia leper.. Tapi daun bawang dia bulat sikit macam ada gelembung udara dalam daun tu. Daun bawang selalunya orang jual masih ada bawang dia di hujung tapi daun kucai selalunya orang dah potong di hujung.
Daun Bawang |
Daun kucai |
Daun kedua daun sup & daun ketumbar. Daun sup dia lebih besar & daun dia jarang2 sikit berbanding daun ketumbar daun dia kecik2 & agak rimbun. Bau pun tak sama. Walau nampak macam tak ada beza sebenarnya kalau tengok betul2 ada perbezaannya.
daun sup |
Daun ketumbar |
Jadi.. Pada yang selalu konpius atau tersilap beli moga tips & petua ni dapat membantu yer. Aku ni bukan pandai sangat tapi yelah sejak jadi surirumah yang bergelumang di dapur hari hari.. maka terbelajar la semua benda ni secara tidak sengaja. so, apa yang aku tahu aku share la. Manalah tau dapat membantu.
Moral of the story.. si suami jangan silap beli lagi yer... Sebab orang laki ni memang jenis nak membeli jarang membelek.. asal nampak sama rembat terus bayar. hahahaha