MELATAH PENYAKIT ORANG MELAYU JE KE?
Hari ni sang lekit nak mengupas kupis isu melatah. Dah lama menjadi persoalan dalam kepala otak sang lekit kenapa hanya orang melayu sahaja yang terkena penyakit melatah ni? Jarang - jarang kita dengar atau lihat sindrom melatah ni di kalangan bangsa lain, kan? Kenapa agaknya? Kalau penyakit kenapa hanya orang melayu jer yang mengidap? Apakah penyakit melatah ni penyakit bangsa melayu sahaja? Jom kita kupas kupis & kopek isu ni.Seorang pelakon yang terkenal dengan latahnya, NorKhiriah. Hasil carian google
Orang yang melatah ini akan menyebut perkataan atau meniru tingkah laku orang lain di sekelilingnya terus-menerus, berulang-ulang. Sekiranya orang yang menyakat itu terus mengusik orang yang melatah, latahnya akan menjadi-jadi sehinggakan dia seperti di alam bawah sedar, hilang kawalan diri lalu mengerjakan segala yang diperintah. Kadangkala, orang yang melatah ini boleh membahayakan orang lain di sekitarnya jika dia memegang benda merbahaya atau senjata tajam.