BERSANDING MASA BERTUNANG

5/11/2011 04:32:00 PM suria lekatlekit 31 Comments

Ni salah satu budaya baru yang tercipta dalam masyarakat melayu/Islam sekarang dalam kita sedar & tidak. Sekali lagi Isu panas ni di bangkitkan kat blog Lekat lekit pasti ada punggung2 yang mula panas & jari - jari yang dulu menaip manja akan menjadi ganas. Tak kisah la.. Tapi tetap sang lekit nak kopek isu ni dengan pendapat & pandangan peribadi melekit.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Kalau dulunya Sang Teruna jarang nak datang atau bertandang kerumah pihak perempuan semasa istiadat bertunang di langsungkan. Dorang hanya hanya menunggu dengan penuh debaran kat rumah jer. Di terima ke? Di Tolak ke? Hantaran murah ker? Mahal ker? Pendek kata dorang hanya main teka silang kata atau teka teki je kat rumah sementara menanti rombongan meminang pulang untuk tahu keputusan dari perjumpaan tu. Betul tak??

Tapi tidak lagi berlaku di masa sekarang. Kebanyakkan Sang Teruna akan ikut serta dalam operasi menyerbu kerumah pihak perempuan untuk sesi peminangan di jalankan. Siap berpakaian sedondon lagi dengan Si Gadis. Ala - ala orang nak nikah & bersanding pula. Lepas sah jer bertunang mula la acara mengambil gambar didepan keluarga kedua belah pihak. Berkepit mengalahkan sesi bergambar suami isteri yang baru sah di nikahkan jer. Lepas tu ada lagi satu sesi potong kek. Tangan mu tangan ku bersatu kat pisau.. Senyum.. action nak potong kek & snap!

Bertunang, bernikah & bersanding dah takde beza lagi sekarang ni. Mungkin beza halal dengan tak halal jer kan?? Tapi aktiviti yang di jalankan kalau dulu bertunang takde sesi2 bergambar ala2 bersanding, potong kek berdua duaan macam tu tapi kini adat & budaya itu telah di upgrade. Sang Lekit tak cakap salah atau tak salah. Terpulang pada individu itu sendiri untuk melabelkan manis atau tak atau nak ikut adat lama atau budaya baru cuma sang lekit nak tekankan disini dengan munculnya budaya baru macam ni maka makin hilanglah adat yang atuk nenek, mak bapak kita pegang selama ni. Bab hukum hakam ni kita serah kepada yang lebih pakar jer yer.. Ilmu sang lekit ni terlalu cetek nak cakap bab2 tu kang jadi pertikaian pula.

Entri ni sekadara kupasan untuk pembacaan & perbincangan secara umum jer. Sekadar ingat mengingati diri sendiri & sesama kita. Apa yang baik kita jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Biarpun pepatah ni pepatah lapuk tapi rasanya masih relevan untuk di guna pakai.

Ini cuma pendapat & pandangan peribadi yang tidak merujuk kepada mana - mana pihak, individu, blog mahupun blogger yer. Andaikata tempias ni terkena kat batang hidung sesiapa anggap la entri ni cuma kebetulan bukan nak mengaibkan korang. Apapun tersilap kata, terkasar bahasa sang lekit dengan rendah diri mohon maaf.

P/s : Korang juga boleh terjah ke blog Good Morning, Teacher sebab yang turut mengopek isu ni.

31 comments:

  1. betul tue lekit...isu nie pun ada dikupas dalam akhbar baru2 nie...

    la nie majlis tunang pun ada yang buat grand sangat2 mengalahkan orang nak kahwin...siap buat pelamin lagi tue...dasat sungguh kan?

    ReplyDelete
  2. betul tu kak,skng ni tunang pon dh mcm sanding.saye pon mcm tu jugak ritu.tp nk wat cane.mak yg suruh.ikut saye nk duk dlm bilik je.but tak de lah berpeluk2 snap pic.bese2 je.

    ReplyDelete
  3. asalkan SAH disisi islam... islam itu mudah...

    ReplyDelete
  4. adah setuju..tapi masa adah..tunang adah ikut..atas permintaan abah adah..dia duduk luar je la..dengar apa org tua bincang..dia balik baru adah jumpa..2 pon lambai je..hahaha..

    tapi entry nie adah setuju!

    ReplyDelete
  5. ada gak idea nak ngomel pasal nih., dah jenuh dah sembang2 dengan kawan n family pasal adat betunang yang melampau2...

    kalau bertunang tu putus? tak ke haru biru?

    belanja nikah lagi? sarung cincin, tunang, rumah laki, rumah perempuan...last2 pokai... hutang betimbun...setuju dgn pendapat nyah lekit...

    ReplyDelete
  6. taw xpe... xpaham dengan cara orang skrg ni

    ReplyDelete
  7. teringat jaman saya bertunang dulu...jangankan nak bergambar tengok pun dari tingkap jer ha..ha..
    tu pun main jeling2 jer...
    Ni bukan zaman 70an ker 80 an ker 90an ker ni dah tahun 2002
    bila kawan2 tgk gambar tunang semua tanya mana gambar tunang dengan pihak lelaki...
    Ayah saya straight & garang ha..ha..
    Keluarga dia semua kena ikut adat..
    Kalau datang rumah lelaki (masa dah bertunang)
    kalau nak berbual guna sms. memang tak ada nak sembang berdua walaupun depan mak ayah dia....
    Sekarang baru bertunang ada pelamin bagai, kalau sanding sorang ok lagi, bergambar berdua pun akal boleh terima lagi...tapi bila dah pegang2 tunjuk cincin, posing sana..posing sini...
    erm...kalau jadi kalau tak jadi...siapa nak tolong jawapkan...

    ReplyDelete
  8. hmm... Yana harap suatu hari nanti.. Yana tak terikut dgn cara sekrg ni.. hehe.. cewah2.. haha...

    ReplyDelete
  9. sepatut nye kecik2 lah jew..x yah smpai nak bersandingkan..=)

    jemput singgah..

    http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/05/juvana.html

    ReplyDelete
  10. YES!!!Finally Cik Lekit bersuara gak..thanks banyak banyak banyak!!
    Sebenarnya kita sebagai tuan punya majlis boleh kata TIDAk untuk perkara-perkara yang kita fikir terang-terang tidak bersesuaian walaupun itu ialah kehendak keluarga,sepupu sepapat dll.Kita mampu mengubahnya.Cuba seorang mulakan untuk berkata tidak,bayangkan kalau dah 20 orang..Dan bayangkan kalau 1 org kata ok..kalau 20 orang..
    ceh..saya ni,tak cukup membebel kan entri sendiri..membebel kat komen orang plak.AMPUN MAK LEKIT!!

    ReplyDelete
  11. betOi 2...dh xde beza...dh jadi kebiasaan dh skrg ni..

    ReplyDelete
  12. setuju sangat... dulu kalau sang teruna tu datang pun, sekadar duduk luar je.... kalau nak masuk pun tunggu rombongan balik...

    ReplyDelete
  13. betul tu kak..setuju sgt..kd2 diorg ni tak rasa membazir ke nak buat majlis tunang mcm majlis kahwin..rasa lagi baik trus buat majlis kahwin je..senang..sekali jalan je..dulu, abg tunggu dalam kereta je nak tau pinangan dia diterima ke tak..tapi org sekarang ni tunang pun macam nak habaq satu dunia..baru tunang belum kawin lg..kalau tetiba putus tgh jalan mcm mana? x ke malu...haiiih..

    ReplyDelete
  14. setuju bangat...

    time saya ari tu tak de pelamin, takde bergambar berdua, tak de acara potong2 kek... dan tak de hantar2 dia balik... alhamdulillah.. permintaan mak ayah semua tu so saya ikut...

    bagi saya buatlah sesimpil dan sederhana mungkin..kita nak kejar redha Allah bukan pujian manusia... sekadar pendapat saya saja.. :)

    ReplyDelete
  15. den taknak TUNANG!den nak NIKAH terus!hahahaha..

    tp hantaran nak double..boleh?hahaha..

    ReplyDelete
  16. yg tu setuju sgt sbb mmg haram kalw snap pic potong kek n tangan bersatu , tapi cana lak dengan org y mendedahkan aurat dia kpd yg bukan muhrim ???????????

    ReplyDelete
  17. dah agak dah mesti ada pertikaikan pasal aurat.. takpe la topik perbincangan soal adat bertunang.. Cik Anon yg misteri pasal aurat cik Anon tulis kat blog cik Anon pula yer.. pasal hukum ni byk. Dlm satu topik takkan muat nak isi semua. Sy tahu kekurangan diri saya sbb tu sy tak sentuh bab hukum sy tulis ni pun pasal adat. Teguran cik Anon saya ambil sebagai teguran kearah kebaikan walau takde kena mengena dengan topik.

    ReplyDelete
  18. btunang biar la bsederhana..
    bkahwin pun serupa..
    knapa nk mmbazir..
    kn elok duit majlis besar2 tu buat beli brg kperluan pngantin baru..
    kn? kn?

    ReplyDelete
  19. cik anon ni salah topik lah..juling ka?

    ReplyDelete
  20. betul2..saya setuju bangat...tp kdg2 parents diorg gak nk cmtu..hailoo so nk buat gi mana..bergambo je laa

    ReplyDelete
  21. sy time tunang bergambar juga lps mjlis selesai.., tp takda la potong2 kek semua..=)

    majlis tetap buat utk bagi makan kepada tetamu..

    bergambar rasa tak salah..tp kalau gambar berkepit dh kompom2 haram kan berpeluk sakan..=)

    kalau pasal isu adat org tua bersanding dah haram so saya tak ikut jugak..=) adat org tua yg dah tau hukum..=)

    ReplyDelete
  22. btul3 kak lekit..bg fyd baik dorang terus nikah je kalau da siap bju sedondon, mini pelamin lagi, potong kek pulak..tgkp gambar mcm org da nikah..terus nikah kan senang..:)

    ReplyDelete
  23. Ujang.. adat yang baik kita teruskan sebagai lambang bangsa.. adat yang bercanggah kita tinggalkan.. apa yg baik jadikan teladan, yang buruk jdkan sempadan. sy masa nak kawen dulu arwah ayah dah warning tak boleh bersanding & pelamin.. potong2 kek pun tak payah. sy ikut apa yg baik jer.. smpai tema baju nikah pun mak yg pilih. bkn tak reti pilih tp saya nak bg mak ayah happy.. yelah sy anak 1st yg kawen masa tu.. walau bkn anak sulung

    ReplyDelete
  24. makin parah makin biol masyarakat dekarang..udahla bersanding tu agama lain punya upacara di iku ikut nice info..thx.

    ReplyDelete
  25. zaman skrg semua dah berubah kan kak. buat yg mampu je lah :)

    ReplyDelete
  26. cma dulu tunang sekali harung ngan naik pelamin..
    tp mmg dasat la style org sekarang bertunang!!pertunangan of the dekad!

    abby,ade tag utk kamu..
    http://cmashiema.blogspot.com/2011/05/mummy-shafie-give-away.html

    ReplyDelete
  27. kalau boleh yang wajib2 cukuplah kan, jangan jadikan budaya

    ReplyDelete
  28. zaman berubah kan...
    tp rasenyer lebih manis mcm dulu...
    xde la menunjuk sangat...
    simple2 jer..
    janji hajat nak meminnag tu dah selamat kan..

    ReplyDelete
  29. he3, Bdk Botak dok kat umah je la kot, adeeiii berdebarnya kalo tunggu...

    Entry terbaru -> Grapevine - Cara Baru Pengiklanan Di Nuffnang & Churpchurp... (",)

    ReplyDelete
  30. betul tu.sampai hilang sume adat zaman nenek moyang kte.isu ni sangat perlu dikupas utk kte bela adat sebenar orang melayu.

    ReplyDelete
  31. ck lbh suke adat org dulu2..i'Allah nti kalo ck nk b'tunang (doakn jodoh kami pjg)nti xnk la si lelaki dtg umah..biar la xde gmbr b'sama2 pun..kihkihkih..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com