Showing posts with label adat melayu. Show all posts

HANTARAN TINGGI SEBAGAI BACKUP HIDUP LEPAS KAHWIN

HANTARAN TINGGI SEBAGAI BACKUP HIDUP LEPAS KAHWIN. Selepas jadi viral video pergaduhan pasal duit hantaran tak cukup masa hari nak akad nikah tu.. Maka mula la isu2 yang berkaitan mula di perkatakan oleh pakar pakar media sosial. Masing2 memberi pandangan & persepsi sendiri terhadap hantaran perkahwinan.


Pada asalnya hantaran perkahwinan tu cuma adat sesetengah kaum.. Yang paling mengamalkan adat tu orang Melayu & india cuma beza orang india perempuan yang kena bagi hantaran kat lelaki.. Tapi kat Malaysia ni rasanya Orang india pun pihak lelaki sediakan hantaran untuk pihak perempuan jugak kan. Almaklum la adat melayu ni banyak di adaptasi dari adat India.. Sebab dah di amalkan sejak turun temurun sampai ada yang tak tahu sesetengah dari adat melayu ni berasal dari adat orang India.

Tak salah nak junjung adat tapi ada yang tak menyusahkan la. Adat lambang sesuatu bangsa jugak tapi kalau adat sampai memecahkan belahkan umat.. Macam apa yang berlaku sekarang. Pasal Hantaran kawen dah macam orang hilang akal tak kira tua muda. Rasa perlu lagi ke nak junjung adat dalam keadaan macam tu. Adat melayu sentiasa bersopan & beradab.. sebab adat hantaran kawen semua nampak biadap walau di perkarangan rumah Allah. Terlebih menjunjung adat sampai menolak apa yang agama suruh pun.. nak cakap aku ni tak berapa layak katanya. Lu pikir la sendiri.

Ada jugak kata tak salah minta hantaran mahal.. sebab nak jaga standard. Tak nak jadi perbandingan nanti. Tak nak mertua pandang rendah bagai.. Konon hantaran sikit nampak low class kot. Ada yang anggap duit hantaran tu sebagai backup lepas kawen. Duit tu la nanti nak beli barang2 rumah. Gamaknya.. yang kawen hantaran sikit duduk rumah ada lantai dengan syiling je kot. Ada yang rasa duit hantaran tu menentukan nilai tahap education seseorang. Tapi depa lupa kot.. yang sekolah tak habis pun sekarang ni hantaran bukan main tinggi. Yelah.. kalau dah muka lawa selalunya high demand. Yang tak sekolah pun ada mampu dapat hantaran setanding yang belajar sampai ke langit. So kau takde beza pun dengan orang tak sekolah jika meletakkan hantaran sebagai penentu taraf pendidikan kau.

Percaya dengan janji Allah.. setiap perkahwinan tu ada rezekinya. Tak payah nak jadikan hantaran tu sebagai backup masa depan sangat la kalau setakat RM15K.. Rumah sebiji pun tak mampu nak beli dengan RM15k. Alang alang nak backup sangat minta la tanah dua tiga ekar.. rumah sekurang kurangnya sebiji. Tu baru backup masa depan sebab aset tu sampai bila2 pun tak susut harga. Setakat minta hantaran sebiji smartphone macam ni >> RM80 per month untuk Samsung Galaxy S7 edge.. Biar Betul? Tak caya tengok sini << atau Setakat beli sofa loren dengan duit hantaran.. setahun dua sofa loren ko tu dah tak ada harga beb! Jenis barang yang pakai tak lama ni.. memang tak boleh jadi backup la. Tak payah rasa hantaran tinggi tu yang menentukan taraf seseorang di mata manusia sedangkan dalam Islam mengatakan.. mahar yang rendah adalah yang terbaik. Kalau kita menolak mahar yang rendah & tak yakin mahar yang rendah tu sebenarnya yang terbaik sama la kita tak percaya dengan janji Allah sebab apa yang Allah perintahkan manusia buat takde satu pun untuk merosakkan hambaNya. Tapi tu la kita cuma manusia ye dak.. tak lari dari ada sikap melawan termasuk aku.

Sempurnakan yang wajib. Buat ikut kemampuan. Kalau pihak yang nak memberi tu mampu bagi RM1juta.. takde masalah kau nak minta RM1juta pun duit hantaran.. Yang jadi masalah kau nak kawen dengan dia tapi minta sesuatu yang melebihi kemampuan dia. Sebenarnya kau nak kahwin dengan dia ke kau nak dia mati tak rehat sebab struggle cari duit demi nak memuaskan tuntutan nafsu serakah kau!

Pokok pangkal bukan hantaran penentu perkahwinan kau bahagia atau tak.. Pasangan yang kau pilih tu yang memainkan peranan penting untuk sebuah perkahwinan. Aku tak berani nak cakap besar sangat la.. Macam laki aku sekarang perfect. Padahal kami sama sama banyak kekurangan.. Belajar setiap hari memperbaiki sampai sekarang pun still kami bukan manusia yang perfect apatah lagi pasangan suami isteri yang sempurna tapi kami kahwin hantaran takde la cecah puluh ribu atau belas ribu. Semua simple. Hantaran barang pun tak ada tau tapi majlis tetap meriah, makanan untuk tetamu Alhamdulillah cukup & tak payah nak catu lauk. Tukang masak pun masak menu untuk majlis tu sedap sedap belaka walau hanya gotong royong dari ajk masjid. Kami makan apa yang tetamu makan.. tak ada makan beradap biadap bagai depan tetamu lain walau ada yang offer nak masakan lauk pengantin. Apa yang tetamu makan itulah kami jamah.. takde yang telan air liur tengok lauk pengantin yang mewah. Islam pun tak galak kita buat macam tu. Simple tapi serba cukup untuk meraikan hari perkahwinan kami. Sesungguhnya aku bersyukur.. sebab dari sebelum kawen dulu aku mengimpikan majlis kawen yang simple sampai aku pernah tanya makcik kalau kawen tak buat kenduri boleh tak? Walaupun masa tu aku memang tak ada calon suami & tak tau lagi bila jodoh nak sampai. Aku percaya bila kita memudahkan perkara yang baik.. Allah bantu untuk mudahkan segala apa yang kita rancang walau kita sendiri pun kadang2 tak sangka perjalanan tu akan selancar tu dalam budget yang sangat ciput. Ni pengalaman sendiri la.. Ada je rezeki yang datang sepanjang perjalanan kami menuju ke gerbang perkahwinan.

Moral of the story.. Hantaran tinggi atau rendah bagi aku tak salah sebab nilai tu tak sama persepsi bagi setiap orang. Ada orang kaya RM15K tu bukan jumlah yang membebankan.. Tak payah struggle nak cari RM15K memang petik jari je dia boleh dapat & ada orang RM5K pun bagi dia perlu kerja siang malam untuk cukupkan. Jadi berapa pun nilai hantaran kita bukan penentu apa apa pun sebenarnya.. Cuma ia salah satu acara menyempurnakan adat. Tak payah obses dengan hantaran sangat.. Asalkan bakal jodoh kita ada ciri2 tak buat kita mati kebulur atau terpaksa struggle nak kena bela dia pulak lepas kawen tu pun dah cukup baik. Tak semestinya dia tak mampu sediakan hantaran tinggi.. dia tak mampu beri kehidupan yang selesa pada kita  walaupun tak mampu bagi hidup mewah, ye dak??

UPACARA MELAMAR HANIS ZALIKHA MEROSAKKAN AKIDAH?

Tu dia... Jadi isu besaq dah. Mula2 orang dok komen pasal isu tu aku tak banyak ikut campur sebab aku takde esteruk jadi aku tak tengok rancangan tu & aku mula2 cuma baca jer status2 yang cakap pasal isu tu. Majoriti memang rasa tak sepatutnya berlaku & pada pendapat aku sendiri pun memang tak patut.. Kita orang melayu Islam.. ada cara & adat tersendiri. Kenapa nak ikut cara & adat orang barat sangat...


Tadi terbaca kat beautifulnara komen seorang Ustaz yang kata boleh memesongkan akidah sebab bertentangan dengan cara Islam & budaya kita. Selain tu boleh menjatuhkan maruah, katanya. Tapi aku paling setuju komen Azwan Ali.. nampak murahan sangat. Yelah.. setakat melamar atas pentas.. watdehek?? Orang lain buat dengan penuh adat istiadat katanya.. depa alahai curi sikit masa dalam rancangan hiburan untuk buat lamaran. Alahai... adat melayu lagi nampak berprestij kot kekekekeke

Artikel penuh sila baca di Beautifulnara

Apapun.. Moga jadi pengajaran buat orang lain.. kita melamar bukan dengan ayat 'will U marry me'.. kita melamar jumpa mak bapak pihak perempuan. Jangan jadikan budaya kita takde beza dengan orang barat nanti 'Melayu akan hilang di dunia'. Kekal kan adat yang baik.. Tak salah pun. Adat juga melambangkan bangsa.. Kalau setakat makan belacan tak payah nak will U marry me sangat la kan? kekekeke


BERSANDING MASA BERTUNANG

Ni salah satu budaya baru yang tercipta dalam masyarakat melayu/Islam sekarang dalam kita sedar & tidak. Sekali lagi Isu panas ni di bangkitkan kat blog Lekat lekit pasti ada punggung2 yang mula panas & jari - jari yang dulu menaip manja akan menjadi ganas. Tak kisah la.. Tapi tetap sang lekit nak kopek isu ni dengan pendapat & pandangan peribadi melekit.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Kalau dulunya Sang Teruna jarang nak datang atau bertandang kerumah pihak perempuan semasa istiadat bertunang di langsungkan. Dorang hanya hanya menunggu dengan penuh debaran kat rumah jer. Di terima ke? Di Tolak ke? Hantaran murah ker? Mahal ker? Pendek kata dorang hanya main teka silang kata atau teka teki je kat rumah sementara menanti rombongan meminang pulang untuk tahu keputusan dari perjumpaan tu. Betul tak??

Tapi tidak lagi berlaku di masa sekarang. Kebanyakkan Sang Teruna akan ikut serta dalam operasi menyerbu kerumah pihak perempuan untuk sesi peminangan di jalankan. Siap berpakaian sedondon lagi dengan Si Gadis. Ala - ala orang nak nikah & bersanding pula. Lepas sah jer bertunang mula la acara mengambil gambar didepan keluarga kedua belah pihak. Berkepit mengalahkan sesi bergambar suami isteri yang baru sah di nikahkan jer. Lepas tu ada lagi satu sesi potong kek. Tangan mu tangan ku bersatu kat pisau.. Senyum.. action nak potong kek & snap!

Bertunang, bernikah & bersanding dah takde beza lagi sekarang ni. Mungkin beza halal dengan tak halal jer kan?? Tapi aktiviti yang di jalankan kalau dulu bertunang takde sesi2 bergambar ala2 bersanding, potong kek berdua duaan macam tu tapi kini adat & budaya itu telah di upgrade. Sang Lekit tak cakap salah atau tak salah. Terpulang pada individu itu sendiri untuk melabelkan manis atau tak atau nak ikut adat lama atau budaya baru cuma sang lekit nak tekankan disini dengan munculnya budaya baru macam ni maka makin hilanglah adat yang atuk nenek, mak bapak kita pegang selama ni. Bab hukum hakam ni kita serah kepada yang lebih pakar jer yer.. Ilmu sang lekit ni terlalu cetek nak cakap bab2 tu kang jadi pertikaian pula.

Entri ni sekadara kupasan untuk pembacaan & perbincangan secara umum jer. Sekadar ingat mengingati diri sendiri & sesama kita. Apa yang baik kita jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Biarpun pepatah ni pepatah lapuk tapi rasanya masih relevan untuk di guna pakai.

Ini cuma pendapat & pandangan peribadi yang tidak merujuk kepada mana - mana pihak, individu, blog mahupun blogger yer. Andaikata tempias ni terkena kat batang hidung sesiapa anggap la entri ni cuma kebetulan bukan nak mengaibkan korang. Apapun tersilap kata, terkasar bahasa sang lekit dengan rendah diri mohon maaf.

P/s : Korang juga boleh terjah ke blog Good Morning, Teacher sebab yang turut mengopek isu ni.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com