Showing posts with label kepercayaan karut masyarakat melayu. Show all posts

ANTARA KARUT & ALASAN SEBENAR KEPERCAYAAN ORANG DULU - DULU

Banyak kepercayaan orang - orang melayu ni. Dari sudut kesahihan & logik memang banyak yang menyimpang tapi orang melayu ni kan terkenal dengan suka berkias. Suka mencipta kepercayaan tapi dengan alasan yang menakutkan walhal kepercayaan yang cipta tu sebenarnya ada sebab lain. Macam guna psychology cara tradisional la jugak nak menakutkan golongan muda agar tak melakukan sesuatu tu. Kali ni jom kita kopek lagi beberapa kepercayaan karut orang melayu dulu - dulu

Duduk atas bantal

Masyarakat Melayu pantang duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul. Sebenarnya dilarang berbuat demikian adalah kerana hendak menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak. Tambahan lagi adalah tidak baik benda untuk melapek kepala diletakkan di bawah punggung.
Kata Lekit : Sedap je bontot kau nak duduk atas bantal. Atas bantal orang lak tu. Mana tau ko kentut ker.. tercirit ker tak ke naya orang yang guna bantal tu nanti.

Pengantin duduk atas bantal tak takut kena bisul ke?? kekeke. Sekadar hiasan. Hasil carian google

Bergendang dalam rumah

Mendengar anak cucu mereka bergendang dalam rumah, seperti memukul dinding, lantai atau sebagainya, maka dilarang oleh orang tua-tua, “dengan berkata "tidak baik bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang.”
Larangan ini sebenarnya untuk mengelakkan bunyi bising di rumah, tambahan lagi bergendang itu akan merosakkan barang, terutamanya barang-barang yang bergantung di dinding itu akan jatuh dan pecah.
Kata Lekit : Manalah tau rumah berdinding kayu.. berlantai papan yang dah reput. Nak repair duit takde lagi. Kau pula dok bergendang mengalah kompang kat rumah kenduri. Kang roboh rumah atau berlubang dinding & lantai sapa nak jawab.


MITOS KUCING ADA 9 NYAWA

Sungguh sang lekit tak pernah tahu wujudnya kepercayaan & mitos tentang nyawa kucing yang di katakan ada sembilan. Selama terjebak hidup berkongsi rumah, katil dengan kucing dari kecik hingga la kecik (walau dah bangka tapi kurang membesar.. kekekekeke) baru sekarang sang lekit tahu wujudnya mitos ni. Maka dengan itu bagi membongkar misteri di sebalik wujudnya kepercayaan ni sang lekit bertapa menuntut ilmu bersama tok guru gogle. Jom kita lihat hasil pertapaan sang lekit.

Benarkah kucing ada 9 nyawa? Dari mana datangnya fakta ni? Kalau ia bukan satu fakta, maka cuma satu kepercayaan & mitos. Kenapa wujudnya kepercayaan dogeng & mitos ni? Mana ada kucing ada lebih dari 1 nyawa. Mungkin wujud kepercayaan karut ni sebab, bila banyak kes yang sang lekit search, kucing yang jatuh dari tempat tinggi & masih selamat, hidup & sihat. Mungkin sebab tu orang ciptakan dogeng bahawa kucing ada 9 nyawa kerana sukar mati. Sebenarnya kucing (dan beberapa haiwan lain) punya sistem keseimbangan dan koordinasi yang luar biasa. Sistem inilah yang membuat kucing, ketika jatuh, akan menyedari dalam posisi apa dia jatuh. Kalau dia jatuh dalam posisi terbalik, dia akan segera memutar tubuh sehingga kakinya berada di sebelah bawah, dan bersiap untuk mendarat (Boleh rujuk artikel sepenuhnya DISINI )

Kucing sang lekit yang namanya kasim kat kampung pun dah berapa kali jatuh dari tempat tinggi. Dia memang jenis suka tidur kat alang2 rumah, lepas tu tidur pula nak gaya bebas lupa yang dia tidur atas sebatang tiang kat tempat tinggi. Bila berpusing je dah tentu la terbabas & jatuh. Tapi tetap hidup sampai sekarang. Tapi tak bermakna kasim kucing yang ada 9 nyawa.

Ni la rupa budak kasim yang selalu terbabas masa tidur kat tempat tinggi

Selagi benda tu takde dalam Al-Quran atau mana - mana hadis jangan la kita mudah percaya. Kepercayaan karut ni boleh membawa kepada syirik. Walau di lihat macam perkara kecil tapi kesannya amat besar kalau ia dah sebati dengan kepercayaan kita, kan? Apapun semua makhluk di hidupkan dengan 1 nyawa. Bila sampai ajalnya, maka dia akan mati juga. Kalau tersalah fakta dalam entri ni mohon di tegur yer.

MARI BERKENALAN DENGAN HANTU PUNJUT

Hantu Punjut? Kenal ker? Pernah dengar ke spesis hantu ni? Kalau bagi sang lekit inilah kali pertama sang lekit dengar nama hantu Punjut ni. Kalau Hantu Punjut mungkin sesetengah dari kita memang tak tahu tapi kalau di sebut Hantu pocong atau hantu bungkus memang tak asing lagi dalam masyarakat melayu kita kan??

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Hantu Punjut, hantu bungkus atau hantu pocong ni dalam satu spesis yang sama walau dalam tiga nama berbeza. Mungkin ada yang masih tak kenal jom sang lekit kenalkan dengan semua. Hantu ni sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan. ia dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

Hasil carian google. Sekadar hiasan
 
Ia tidak dipelihara dan terdapat secara bebas. Kemungkinan hantu ni adalah jelmaan jin yang menganggu manusia. Mereka yang berani menangkap hantu bungkus dikatakan mampu mendapat kekayaan yang banyak. Ini kerana dikatakan, dalam bungkusan tersebut terdapat wang yang banyak. bukan takat bergerak pantas malah boleh loncat dari atap ke atap jauhnya, merupakan kelebihan hantu ini. kalau bertemu dengan hantu ni anda boleh berlari zig-zag..kerana hantu bungkus hanya bergerak lurus.. So, susah la dia nak kejar kan?? kekekekeke

Apapun ini cuma perkongsian info tentang hantu yang menjadi kepercayaan sesetengah orang dalam masyarakat kita. Amaran keras, jangan terlalu percaya akan kewujudan hantu - hantu ini sehingga memesongkan akidah. Sesungguh berdamping dengan jin & syaitan adalah amalan syirik & khurafat yang di larang sama sekali dalam agama kita.

HANTU PENANGGAL BURU WANITA LEPAS BERSALIN

Buat sekian kalinya sang lekit nak kongsi lagi kepercayaan Hantu di kalangan masyarakat melayu dulu kala. Kali ni sang lekit akan mengopek tentang Hantu Penangal. Hantu penanggal ni juga di kenali sebagai hantu hantu tengelong di negeri Kedah atau Balan-balan di Sabah. Jom kita kenali asal usul hantu penanggal/hantu tengelong/balan - balan ni.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Hantu ni berasal dari seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam. Mereka yang di katakan menuntut ilmu ni mampu memisahkan kepada dari badan dan kepala mereka mampu terbang di samping tali perut yang terburai. Darah yang menitik & kalau terkena pada sesiapa di katakan berbisa dan mampu menyebabkan kudis.

Mereka yang mengamalkan ilmu ni juga di percayai menyimpan cuka bagi tujuan memeram urat perut agar kecut sebelum di cantumkan kembali ke badan. Di cerita juga bahawa sekiranya ada orang yang terserempak dengan tubuh hantu ni kemudian di terbalikkan, hantu ini akan bercantum secara terbalik juga dengan kepalanya. Dengan itu rahsia hantu ni akan terbongkar.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Hantu ni juga di percayai suka menghisap darah wanita yang baru lepas bersalin & sekiranya darah wanita lepas bersalin ni di hisap,wanita tersebut akan mati akibat tumpah darah. Sebab tu orang dulu mengamalkan letak daun2 berduri di sekekeling rumah sebab mereka percaya hantu penanggal ni takut pada daun2 berduri kerana risau tali perutnya tersangkut pada duri2 daun tersebut.

Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain. Kini, penanggal bukan sahaja dituntut ole wanita malahan lelaki juga tidak kurang hebatnya.Daerah Kota Belud amat terkenal dengan balan-balan. Sebenarnya penanggal adalah sejenis penyakit keturunan, bagi pengamal-pengamal ilmu ini mereka akan menjangkitkan keturunan mereka melalui makanan. Itu kini ilmu ini disebut sebagai penyakit bagi zaman kini.

Hantu penanggal adalah seseorang yang menuntut ilmu hitam. Dengan itu ilmu tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu penanggal akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan. .Penanggal juga biasanya diwarisi dari ibu kepada anak secara turun-temurun.

Tapi zaman sekarang ni ada ke lagi orang percaya akan kewujudan hantu ni? Memang masih ada yang mengamalkan ilmu hitam tapi kes - kes wanita bersalin kena hisap darah dengan hantu penanggal belum lagi la kita pernah dengar kan?? Kalau betul ada, hantu penanggal ni tak payah merayap jauh2.. Cuma tunggu kat wad bersalin jer. Banyak hidangannya di sana.

Apapun kepercayaan kita harus percaya pada yang Satu, iatu Allah. Tiada kuasa yang mampu menandingi kuasa Allah jadi mohonlah perlindungan dari Nya agar di jauhi dari gangguan2 syaitan, jin & iblis. Entri ni sekadar berkongsi informasi tentang kepercayaan hantu di kalangan masyarakat melayu bukan untuk di percaya sehingga memesongkan akidah.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com